Zat adalah wujud azali,tidak menyerupai suatupun bentuk yang dijadikan NYA.Kerana zat mempunyai keasliannya
semula jadi dan tak bergabung atau terbahagi sebagai bilangan.Tidak memerlukan tempat kerana ruang itu
sendiri tidak wujud.Tak tertakluk oleh masa kerana masa itu adalah DIA.Zat meliputi setiap sesuatu bukan
bererti bergantung harap pada sesuatu sebaliknya kerana setiap ciptaan memerlukan kewujudan Zat.

Umpama kuasa nekuler tidak terwujud tanpa ada jisim2 dan molikulnya dari zarah2 atom.Semua kejadian adalah
terdiri2 dari zarah dan molikul.Semuanya wujud dengan wujud zat.

Allah adalah nama bagi Zat.Samada zat itu bernama atau tidak,..Allah itu juga adalah dijadikan oleh ZAT.Maka
Allah tuhan yg.empunya zat maha berkuasa.

Bila namanya dah maha berkuasa maka dengan sendiri dihasilkan dan terhasilnya sumber diatas sumber,
cahaya diatas cahaya.Maka proses ciptaan terus berlaku kerana kekuasaannya yg.tak terbatas.

Azali ?

Saya juga menggunakan perkataan itu berdasarkan ikutan.Dengan perkataan yg.mungkin kurang tepat
boleh membawa fahaman yg.lemah.Wujud atau wajib wujud dan mustahil jika tak wujud.Itulah hukum akal.
Jika menggunakan perkataan semulajadi pun rasanya kurang tepat.Seolah-olah zat itu adalah kejadian bertitek
permulaan.Jadi bagi saya ialah Yang Wajib Wujud.

Hukum iman hanya satu.Iaitu yakin dan yakin hakiki.Sebelum beriman dengan yakin dan dianugerahkan tuhan
yakin hakiki,…manusia perlu melalui proses akal.Akal adalah alat perantara ruh dan petunjuk tuhan.

Ruh sebelum masuk kejasad telah membuat perjanjian dengan tuhan dan sanggup diuji.Oleh itu yg.beriman
adalah ruh yg.telah dilupakan saat perjanjian itu agar ia kembali mengingati.
Sebab itu jiwa kita mempunyai fitrah islam.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net adalah Rakan Penyelidik Nusantara dalam pembangunan dan perkembangan kajian Sains Sosial , Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah di Nusantara. Selain itu, menyediakan Perkhidmatan & Perundingan Guaman Syarie dan Pengurusan Harta Islam. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.