Kes ini telah didengar pada hari ini di mana Plaintif hadir dan diwakili oleh Peguam Syarienya  manakala Defendan hadir sendirian.

DI ATAS PERSETUJUAN BERSAMA, maka Mahkamah perintahkan seperti berikut :-

1. Defendan diperintahkan untuk membayar nafkah isteri sebanyak RM50.00 sebulan mulai pada bulan Jun 2013 berdasarkan Seksyen 59 Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam 2001 ;

2. Pembayaran Nafkah Isteri tersebut hendaklah dikreditkan terus ke dalam Akaun Bank milik Plaintif ;

3. Selanjutnya adalah diberitahu bahawa keingkaran mematuhi perintah ini dengan disengajakan akan menyebabkan Defendan boleh didakwa di bawah Seksyen 135 Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam 2001; dan

4. Perintah ini berkuatkuasa serta merta mulai hari ini.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.