Bahasa memainkan peranan.Tersilap bahasa lari pengertian.Tak semua guru2 yg.mengajar ilmu kerohanian tau mengolah bahasa.Kebanyakan guna istilah sedia ada dan meniru bulat2.

Walaupun Alquran itu dalam bahasa arab namun sebutan semasa wahyu sampai adalah
tidak berhuruf.Nabi dengar dan nabi ikut bacaan.Allah menetapkan bacaan itu dalam hatinya.

Proses penulisan dilakukan selepas itu melalui huruf2 arab ketika zamannya dan bukan seperti apa yg.kita lihat Alquran yg.tertulis sekarang.Lalu diterjemahkan dalam pelbagai bahasa berdasarkan nahu2 bahasa arab.

Perlu difahami bahawa bahasa arab Quran tak sama dengan bahasa arab pertuturan bangsa arab itu sendiri.Walau apa pun mesej yg.nak disampaikan oleh tuhan itu tidak jauh bezanya.

Allah itu maha pengampun melainkan dosa2 sirik perlu memohon melalui amalan tobat.
Tidak akan Allah hidupkan seorang manusia jika tujuannya langsung tak buat kesilapan.
Ianya tak bermaksud manusia itu perlu buat salah sebanyak mungkin kerana arahan tuhan.
Kesalahan adalah disebabkan permulaan manusia adalah jahil dan Allah mengeluarkan kejahilan itu melalui pembawa berita kebenaran dan bukti2 kejadian untuk difikirkan.

Mengembara lah dimuka bumi ini untuk melihat kesan2 peningalan orang2 terdahulu.Jika tak mampu fikirkan tentang tanda2 diri sendiri bagaimana Allah cipta dan menyusunnya.Mana mungkin yang dicipta mampu mencipta suatu seumpamanya.

Pastinya pencipta itu sendiri tak mencipta dirinya…

Yang faham tu tau le macam mana nak main dipadang.Bagi saja apa padang tak
masaalah.Asalkan namanya padang.Kalau bawa bola jadilah padang bola.

Namun untuk mengingatkan dan menyedarkan manusia tentang suatu yg.memerlukan daya fikir halus,pengalaman yg.luas,telah melalui tanda2 jemputan majlis adalah memerlukan suatu penyampaian yg.lebih berhikmah dan beradab serta memelihara keagungan seni ilmu.

Walau apa yg.dinyatakan itu benar,namun akan jadi perdebatan dan bangkangan.Cara sains sikologi ada kaedahnya sendiri.cara kerohanian,cara falsafah dan macam2 cara untuk menyedarkan manusia.

Masaalahnya penguna2 kaedah itu tidak bersatu dan ingin membawa kebenaran secara membesarkan sesebuah kumpulan tarikat.

Allah dah buat pun kaedah2 dan teori ilusi dan fantasi untuk pemutihan minda manusia hingga ia mencapai basirah dan menembusi hijab2 asbab dan sunnah tetapnya.

Jika ikut syariat berjalan perlu diatas tanah.Ikut hakikat tanah tu tak wujud dan manusia mampu jalan diatas angin.Dah terbukti pun kepada angkasawan2 yg.melayang layang diudara.

Ilusi dan fantasi dah pun Allah cipta.Dari imej kepada bentuk dapat dirasa dan boleh bertukar jadi gelombang dan berpecah jadi zarah2 berwarna lalu masuk dalam kaca TV.

Sebenarnya manusia yg.membuat teori tu dah terkemudian kemajuannya dari teknologi
ciptaan tuhan.Oleh itu usahlah kata falsafah dan idea tu dari usaha pemikiran bijak pandai untuk memahamkan erti kehidupan yg.fana dan zarah ne.

Kalau nak memahami fantasi dan ilusi,,…cuba bahaskan api,air,tanah dan angin mengikut pendapat yg.asli dari pemikiran sendiri.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net adalah Rakan Penyelidik Nusantara dalam pembangunan dan perkembangan kajian Sains Sosial , Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah di Nusantara. Selain itu, menyediakan Perkhidmatan & Perundingan Guaman Syarie dan Pengurusan Harta Islam. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.