jika ilmu dan akal itu terhad dan tak mampu mengenalkan insan kepada penciptanya.Lalu ramai yang ingin mencari guru2 yg.dikatakan mempunyai jalan bermakrifah.

Ada menyatakan bahawa hanya Allah mengenal Allah.Mengenal diri mengenal tuhan.Ini semua adalah kata2 hikmah dan syair2 para ilmuan sejak zaman yunani lagi.

Jalan pertama ialah beriman dengan jalan syariat.Melalui amalan zahir sebagai mendesplinkan diri dan mematuhi.Tarikat adalah jalan.Ajaran kitab dan sunnah nabi boleh juga dikatakan sebagai jalan tarikat.Tapi ajaran itu telah bercampur-campur sedangkan para murid sendiri tak ada pedoman asas alquran dan sunnah untuk dijadikan piawaian ajaran para guru.

Hakikat adalah intipati pemahaman dan rahsia amal zahir dan batin.Apa yg.dibuat zahir adalah berurusan juga dengan hal rohani.Barulah buah2 kelazatan amal mula dirasai.

Makrifah tak dapat dipelajari atau diajar.Ia adalah kurnia bergantung pada kehendak Allah.
Berbagai jenis makam makrifah dan darjah2nya.Sejauh mana terbuka marifah,hanya diri
sendiri yg.tau.Menceritakan tanpa izin akan membatalkannya.

Banyak sikit ilmu yang dituntut bukan ukurannya.Ada orang boleh dapat dalam masa sedikit. Ada yg.dah masuk alam kubur baru menyedarinya.

Maka tanya diri sendiri,…sejauh mana telah beriman.Selagi tuhan belum menutup jalannya, selagi itu seruan akan mendekatinya.Tuhan mengetahui pada hati hambanya,bukan pada ucapan lidahnya.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.