Menurut Idris (2007) Kesihatan menyeluruh merangkumi beberapa aspek, iaitu fizikal,emosi,rohani, intelek dan sosial. Kecergasan fizikal mempengaruhi aspek-aspek kesihatan yang lain. Beliau menjelaskan juga, sesorang itu dikatakan mempunyai kecergasan fizikal yang baik apabila dia mampu melakukan aktiviti atau tugas harian tanpa mudah berasa lesu, mampu melakukan aktiviti riadah pada masa senggang dan mampu bertindak jika berlaku sebarang kecemasan.

 

Tugasan ini akan membincangkan strategi yang wajar diikuti untuk mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik dari segi tubuh, fikiran dan jiwa.

 

2.0       STRATEGI MENGEKALKAN TAHAP KESIHATAN YANG TERBAIK DARI SEGI TUBUH, FIKIRAN DAN JIWA

Faridah (2014) memberi panduan amalan untuk mengekalkan tahap kesihatan seperti berikut ;

  1. Mengekalkan kesihatan dan selera makan

Tiada siapa boleh mengawal peningkatan usia. Sihat bukan kepada yang berusia muda saja. Bahkan semua peringkat usia seperti bersenam,marathon, naik tangga, mengangkat berat dan senam aerobik. Dengan menjaga kesihatan dan kecergasan secara berkala dapat melambatkan perubahan fizikal dan penuaan seperti Osteoporosis, Dementia dan Alzheimer`s

Matlamat mengamalkan senaman, secara berkala mengandungi tiga elemen :

  • Aerobik untuk kesihatan jantung dan paru-paru
  • Senaman fleksibiliti bagi mengekalkan pergerakan otot dan sendi
  • Senaman kekuatan untuk mengekalkan kekuatan otot, mengelak Osteoporosis dan kecederaan.

Kita hendaklah memastikan sebelum memulakan senaman bincang dengan doktor atau pelatih yang mahir dalam bidang senaman.

  1. Aktiviti berjalan

Aktiviti berjalan menggunakan tiga elemn iaitu : Aerobik, Fleksibiliti dan Kekuatan

Antara kelebihan melakukan aktiviti ini kita dapat bertukar-tukar pandangan, penceritaan dan bertemu kenalan.

Aktiviti ini boleh dilakukan ditempat-tempat berjalan sepeti di kawasan komuniti dan di kawasan pejalan khas seperti di kompleks membeli belah. Sekiranya cuaca tidak mengizinkan, gunakan ‘treadmill’ atau gim. Selain itu, berjoging, berbasikal, berenang dan sebagainya secara individu dan berpasukan.

  • Kita adalah apa yang kita makan :

Cabaran semasa meningkat usia mengekalkan tabiat makan dan makan makanan seimbang. Menurut Abdullah (2008) Memakan makanan yang tidak mencukupi keperluan dan memperoleh nilai gizinya yang rendah dan kekurangan vitamin terutama Vitamin B1 akan menyebabkan fizikal menjadi lemah dan lesu.

  1. Sebab-sebab tabiat makan berkurang di usia tua.

 

  • Penurunan fungsi deria yang mempengaruhi selera makan seperti rasa, bau dan penglihatan.
  • Terlampau memilih makanan
  • Pengambilan ubatan yang boleh mengurangkan selera makan dan keadaan tubuh yang boleh menyebabkan muntah dan komplikasi dalam perut.
  • Pemakanan khusus mengikut jenis penyakit (diabetes,darah tinggi, jantung)
  • Mengalami jenis kesakitan yang boleh mengurangkan selera makan.
  • Hidup sendirian atau keseorangan seperti malas memasak, dengan hanya makan makanan segera.
  • Tidak mahu memasak dan tidak memberi tahu orang lain untuk pertolongan.
  • Mengidap keadaan Dementia, Alzheimer`s yang menurunkan selera makan.
  • Kemurungan, keseorangan, kekeliruan, minuman keras dan dadah.
  • Kurang atau tiada wang membeli makanan.

 

  1. Jenis makanan menjaga kesihatan

Menurut Idris (2007) Pemakanan ialah jenis makanan yang ditentukan untuk dimakan. Terdapat lima kumpulan makanan yang menjadi asas pemakanan seimbang iaitu :

  • Kumpulan bijirin, hasil bijirin dan ubi seperti Nasi, roti, mi dan ubi kentang
  • Kumpulan sayur-sayuran dan buah-buahan seperti Sawi, Brokoli, karot, jambu dan tembikai
  • Kumpulan susu dan hasil tenusu sepeti susu, keju dan dadih.
  • Kumpulan daging, ayam, telur, ikan dan kekacang.
  • Kumpulan minyak, lemak dan gula.
  1. Ciri-Ciri “ Penuaan ”
  • Sel hipokampus di otak mengecut menyebabkan penurunan tahap ingatan.
  • Dementia dan Alzheimers.
  • Kekeliruan yang hanya berlaku sementara, jika disebabkan jangkitan saluran kencing, perlu dapatkan rawatan doktor.

 

Langkah-langkah untuk mencerdaskan minda

  • Melakukan senaman lebih kerap kerana dapat mengurangkan Dementia sebanyak 30-40% yang dicadangkan senaman selama 150 minit seminggu.
  • Akifkan minda dengan melakukan Crossword, Puzzle dan sebagainya.
  • Pastikan tahap stress menurun. Meditasi boleh menurunkan tahap stress.
  • Pemakanan seperti Ikan, Sayuran, buahan, kekacang boleh menurunkan penyakit Alzheimer`s
  • Hidup dengan ada tujuan dapat mengurangkan Alzheimer`s.
  • Masalah gigi, penglihatan dan pendengaran

Sebab-sebab kerosakan gigi bila umur meningkat

  • Gusi mengecut mendedahkan tunjang gigi menyebabkan kerosakan gigi
  • Filling dan crowns pecah
  • Pengurangan air liur bila berumur, asid dalam makanan tidak boleh dineutralisasikan berlaku kerosakan gigi.
  • Penggunaan ubatan penahan sakit (painkillers) mengurangkan pengeluaran air liur
  • Bentuk dan saiz tisu gusi bertukar-susah melekatkan gigi palsu
  • Pengurangan penglihatan sukar untuk melihat kawasan gusi semasa menggosok gigi.
  • Pengurangan air liur bila berumur, asid dalam makanan tidak boleh dineutralisasikan-kerosakan gigi.

Langkah-langkah menjaga kesihatan gusi dan gigi

  • Pemeriksaan gigi 2 kali setahun
  • Sentiasa melihat keadaan gigi dan gusi
  • Makan makanan seimbang
  • Menggosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
  • Tukar berus gigi baru sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.
  • Sekiranya ada penyakit arthritis, mohon nasihat doctor cara menggosok gigi
  • Basahkan mulut sekiranya ia kering.
  • Kalau mempunyai mulut berbau jumpa doctor

Masalah Penglihatan

  • Apabila melepasi 40’s atau 50’s- Memakai cermin mata atau lensa sesentuh
  • Presbyopia-Melihat jauh
  • Myopia-Melihat dekat
  • Komplikasi penglihatan boleh disebabkan oleh katarak, glaucoma, degenerasi macular

Langkah-langkah sekiranya terdapat penurunan tahap penglihatan :

  • Cerahkan lampu dalam tandas/ bilik tidur
  • Sinaran lampu yang cukup didapur
  • Sediakan telefon yang berbuton besar
  • Besarkan keyboard pada telefon pintar
  • Baca buku atau akhbar berhuruf besar
  • Besarkan font pada computer atau tablet

Kesan Kehilangan Pendengaran :

  • Keseorangan
  • Gangguan emosi ,Bagaimana kita sedar yang kita hilang pendengaran : Selalu bertanya “Apa ? “ dan suruh mengulangi percakapan

1-Kehilangan Pendengaran Konduktif

Melibatkan telinga tengah dan luar yang disebabkan oleh penyumbat tahi teliga atau wax, kebocoran gegendang telinga, kecacatan semasa lahir atau penyakit

2-Kehilangan Pendengaran Sensorineural

Kerosakan telinga dalam yang disebabkan faktor umur. Kehilangan pendengaran boleh diatasi dengan mengguna Alat Mendengar.

  • Penggunaan ubatan dan pemilihan doktor
  • Semakin tua seseorang itu, semakin banyak ubat di ambil, untuk mengurus tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, Osteoporosis dan sebagainya
  • Kita hendaklah mengetahui mengenai sesuatu preskripsi sesuatu jenis ubat oleh doctor
  • Kos sesuatu preskripsi ubat boleh menjadi tinggi. Oleh itu, kita hendaklah mencari cara terbaik untuk mengurangkan kos sesuatu preskripsi.

Memilih seorang doktor

Seseorang memerlukan doktor di hari tua, samada untuk penyakit

Berikut adalah cara-cara mencari seorang doktor yang sesuai :

  • Memohon cadangan dari seorang doktor lain
  • Mohon cadangan dari jururwat dan personel perubatan lain.
  • Tanya ahli-ahli keluarga mengenai doctor berkenaan
  • Dapatkan senarai doctor dari syarikat insuran

Faktor-faktor pemilihan doktor atau jenis amalan beberapa contoh :

  • Kesesuaian masa temujanji
  • Samada doktor mahu terlibat dalam perancangan kesihatan pesakit
  • Samada doktor berkenaan merupakan seorang doctor yang dihormati
  • Samada doctor berkenaan boleh menerima panggilan telefon untuk ke rumah.
  1. Kemurungan dan sensitif pada kepanasan dan kesejukan. :

Pengurusan Kemurungan

Menurut kajian : 1/6 Dewasa berumur  65 tahun ke atas, mengalami kemurungan.

Terdapat simpton kemurungan klinikal

  • Kesedihan berterusan, gelisah, mood kosong
  • Hilang minat aktiviti keluarga atau rakan
  • Kurang tenaga, tidak bermaya, letih
  • Masalah tidur dan bertukar masa tidur (insomnia, terlebih tidur dan terjaga awal pagi
  • Masalah makan ( kurang selera makan dan kurang berat badan)
  • Masalah tumpuan, ingatan dan membuat keputusan
  • Berperasaan “ tak boleh harap “ dan negative
  • Perasaan bersalah
  • Fikir mahu mati atau bunuh diri.
  • Menimbulkan kemarahan
  • Menangis berlebihan
  • Sakit kepala dan belakang berulangan

Sebab-sebab berlakunya Kemurungan :

1-Ubatan :

  • Terdapat ubat yang menyebabkan kemurungan sebagai kesan sampingan
  • Terdapat interaksi antara ubat

2- Alkohol :

  • Alkohol bersama ubat boleh menyebabkan kemurungan.

3- Penyakit Fizikal

  • Diabetes,strok,perubahan hormone, perkinson dan kanser.

4-Perubahan Kimia Dalaman

  • Perubahan bahan kimia pada seseorang akan berlaku bila umur meningkat
  • Perubahan pengurangan dan peningkatan bahan kimia dalam tubuh

5-Peristiwa dalam kehidupan

  • Kematian yang tersayang, penceraian dan sebagainya
  • Bersara boleh menyebabkan stress dan depresi

6-Genetik

Contoh : Tabiat merendahkan diri dalam jangka masa panjang.

Rawatan :

Rawatan awal

  • Anti-Depresant
  • Kaunseling
  • Anti-depresant beserta kaunseling

Masalah sensitif pada keadaan sejuk dan panas

Keadaan sejuk :

  • Saluran tidak berdilat dan mengecut semasa tua
  • Kurang tisu lemak
  • Kesan sampingan dari medikasi
  • Kesemua sebab di atas boleh menyebabkan hipotermia

Keadaan Panas :

  • Hipertermia (Stres Haba)- Berpeluh pada tapak tangan, mual, lemah dan denyutan jantung yang kuat
  • Strok Haba (Heatstroke) Suhu badan tinggi, kejang, diarea, sesak nafas dan kulit kering
  • Dihidrasi ,Ciri-ciri kekeliruan, letih
  • Orang dewasa lebih berlaku kerana fungsi buah pinggang tidak sempurna berbanding semasa muda, oleh itu minum air 8 gelas sehari

 

3.0       KESIMPULAN

Walapun proses penuaan tidak dapat dielakkan. Namun, panduan dan strategi untuk mengekalkan tahap kesihatan pada usia tua masih boleh dirancang.

 

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.