Masalah Tentang Penuaan

Menurut Faridah (2014) Proses penuaan memberi kesan terhadap pengambilan nutrisi, berat badan, kegagalan fungsi sensori. Isu penuaan serta kegagalan fungsi badan sering dikaitkan dengan faktor umur.

 

Menurut Zainal (2010) Secara mudahnya penuaan berlaku apabila berjuta-juta sel atau tisu badan yang rosak setiap hari tidak dapat diganti dengan jumlah yang sama. Lama-kelamaan organ-organ badan mula mengalami kemerosotan struktur sehingga tidak berfungsi dengan normal. Akibatnya seluruh sistem badan mengalami nasib yang sama. Beliau juga menjelaskan tentang gejala badan yang sedang mengalami penuaan ialah :

1-Gerak balas lambat

2-Kecederaan sukar pulih

3-Kurang bertenaga

4-Penghadaman lambat

5-Jantung tidak kuat untuk mengepam darah

6-Tulang badan, sendi mudah patah atau cedera

7-Mudah lupa

8-Tidak mampu membuat sesuatu kerja atau duduk dengan lama

9-Sistem imunisasi lemah dan mudah diserang penyakit

10-Zat makanan dan oksigen sukar diangkut atau diserap

11-Kulit wajah,leher dan seluruh badan akan berkedut

12-Kelemahan organ seksual

13-Kelenjar-kelenjar yang mengeluarkan enzim dan hormon tidak aktif

 

Secara keseluruhannya, kehidupan seharian tidak lagi dapat dilakukan seperti biasa. Tahap kesihatan sangat merosot dan individu tersebut tidak cergas lagi dalam semua aspek kehidupan.

 

Tugasan ini akan menerangkan masalah biasa kesihatan berkaitan dengan penuaan.

 

2.0       MASALAH BIASA KESIHATAN BERKAITAN DENGAN PENUAAN

 

Menurut Stanky L.Robbin dan Vinay Kumar (1999) Penuaan melibatkan pembahagian dan kematangan organisma dan selnya, pada suatu tempoh tertentu yang diikuti dengan kehilangan keupayaan fungsi yang berlarutan yang dikatakan penuaan dan berakhir dengan kematian.

 

Namun demikian, Faridah (2014) punca kesihatan yang tidak seimbang menyebabkan proses penuaan cepat berlaku. Beliau menyatakan masalah kesihatan yang biasa berlaku :

 

  1. Proses Penuaan
  2. Masalah kesihatan gigi dan pendengaran
  • Penglihatan yang kurang
  1. Masalah Pendengaran
  2. Penggunaan ubat-ubatan
  3. Kemurungan
  • Sensitif pada kepada cuaca panas dan sejuk.


3.0       KESIMPULAN

Isu kesihatan semakin menarik perhatian bagi golongan dewasa dan tua selari dengan proses penuaan. Ilmu dan panduan tepat perlu diperolehi agar golongan dewasa atau tua dapat mengekalkan gaya hidup yang sihat serta persekitaran yang bersih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.