Isi Kandungan

Contoh isi kandungan artikel atau kertas keija ilmiah adalah seperti berikut;

1.0       Pendahuluan

2.0       Ta’rif

2.1       Ta’rif Dari Sudut Bahasa

2.2       Ta’rif Dari Sudut Istilah

3.0       Jenis – Jenis

4.0       Kesimpulan

5.0       Penutup

6.0       Bibliografi

Contoh isi kandungan secara umum seperti berikut:

1.0       Pendahuluan

2.0       Ta’arif

3.0       Pembentangan Data

4.0       Analisa

5.0       Hasil Kajian

6.0       Kesimpulan

7.0       Penutup

8.0       Bibliografi

img20161119113044

Contoh isi kandungan tesis adalah seperti berikut:

  1. Kulit Tesis

SUMBANGAN AL-SHEIKH MUHAMMAD ABU ZAHRAH TERHADAP

PERKEMBANGAN PENGAJIAN FEQH JENAYAH

MUHAMMAD SOULHIEY ZECKRY BIN YUSUF

JABATAN PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA (OUM)

SESI 2012 /2014

            2.Muka Pertama

SUMBANGAN AL-SHEIKH MUHAMMAD ABU ZAHRAH TERHADAP

PERKEMBANGAN PENGAJIAN FEQH JENAYAH

NIK MUHAMMAD SOULHIEY ZECKRY BIN YUSUF

Kertas Projek Dikemukakan Untuk Memenuhi Sebahagian Daripada

Keperluan Ijazah Sarjana Syariah

Jabatan Pengajian Islam

Bahagian Syariah

Universiti Terbuka Malaysia

September 2012

            3.Muka Ketiga

Dedikasi

4.Muka Empat

Abstrak

5.Muka Lima

Penghargaan

Sekian,

Nik Muhammad Soulhiey Zeckry Bin Yusuf

Petra Jaya

93050 Kuching,

Sarawak.

6.Muka Tujuh

Senarai Kependekan

7.Muka Lapan

Transliterasi

8.Muka Sembian/ Sepuluh/ Sebelas

Daftar Isi

PENDAHULUAN

( Proposal )

Objektif

Rasional Pemilihan Tajuk

Penafsiaran Tajuk

Metodologi Kajian

 

BAB PERTAMA

SEJARAH HIDUP MUHAMMAD ABU ZAHRAH

1.1       Latar Belakang

1.2       Pendidikan

1.3       Hasil Penulisan Dan Karya

BAB KEDUA

KETOKOHAN MUHAMMAD ABU ZAHRAH DALAM BIDANG FEQH JENAYAH

2.1 Keistimewaanya Dalam Bidang Ini Bebanding Dengan Orang lain

2.2 Sumbangannya dalam Mempertingkatkan Bidang Ini

BAB KETIGA

ANALISIS HASIL- HASIL PENULISAN MUHAMMAD ABU ZAHRAH DI BIDANG FEQH JENAYAH

BAB KEEMPAT

PENUTUP ( KESIMPULAN DAN PANDANGAN )

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

 

8.0       MENGUMPUL BAHAN – BAHAN DAN MEMBUAT PETIKAN

8.1       Menyediakan Kad / Fail Maklumat

Penulisan ilmiah banyak bergantung kepada tulisan – tulisan dan pendapat – pendapat orang lain. Penulis terpaksa banyak membaca dan menyelidik. Kemudian memetik dan menyalin bahan – bahan yang ada hubungan dengan tajuk atau bidang yang hendak ditulisnya itu. Bagi mengumpulkan bahan- bahan tersebut penulis dicadangkan menyediakan kad atau buku khas. Kad atau buku khas ini adalah bagi menyalin maklumat dan petikan daripada buku yang dibaca berkaitan dengan tajuk yang dikaji.[1]

Di bawah setiap petikan hendaklah ditulis sumber rujukan, nama pengarang, penerbit, kota diterbitkan dan halaman petikan. Contoh catatan pada kad atau buku khas tersebut adalah seperti berikut :

Di zaman permulaan Islam, Feqh diistilahkan bagi mengertikan ilmu akhirat, mengenali rahsia ufuk hati, mengelahui hal – hal yang merosakkan amalan,…….

Al-Ghazali , Ibn Hamid Muhammad ibn Muhamad al-Ghazali , Ihya’ Ulumuddin ,Dar al-Ma’arif: Kaherah , 1969 , m.s 54 .

8.2 Cara Menulis Petikan

Petikan hendaklah disalin tepat mengikut asal. Jika terdapat salah ejaan, hendaklah ditulis ( sic ) selepas perkataan yang salah ejaan bagi menunjukkan perkataan disalin tepat mengikut asal.

Contoh :.. peristiwa Isra’ dan Mi’raj berlaku dalam bulan Rajab ( sic), [2]

Penulis boleh membuang bahagian petikan yang dirasakan kurang penting dengan digantikan tanda (…….) pada bahagian yang dibuang

Contoh:

Surat Umar kepada Abu Musa al-Asy’ari beliau berkata “……….Fahamiilah dengan betul segala apa yang berkecamuk di dalam hatimu yang hukumnya tidak tersebut di dalam al-Quran atau al-Sunnah. Ketahuilah apa yang sebaya dan apa yang tidak serupa , dan lakukan Qiyas untuk tujuan itu ” [3]

Penulis boleh memberikan pengertian dan pada kalimah dalam petikan yang diambil dan di tulis di dalam kurungan.

Contoh:

…………. ( – Penulis ),

Sesuatu petikan yang pendek ( kurang daripada tiga baris ), hendaklah dimasukkan sejajar ke dalam teks ditulis antara tanda petikan “………….”

Contoh:

Imam Al-Syafei pernah menyatakan bahawa kalau sah hadis berkenaan, maka itulah mazhab saya .. “.[4]

Jika petikan tersebut panjang hendaklah diletakkan dibawah teks dan tidak diberikan tanda

” …. ” . Saiz hurufnya hendaklah lebih kecil daripada saiz tulisan lain

Contoh:

Imam Malik telah menghantar surat kepada al-Laith ibn Sa’d. Beliau berkata :

Saya dengan tuan telah memberi fatawa yang bercanggah dengan apa yang dipegangi oleh ramai di daerah kami di sini. Sedangkan tuan sebagai seorang yang beramanah dan disanjung oleh penduduk daerah kami juga sebagai orang yang diberikan pengharapan, seharusnya berhati – hati dan mengikuti apa yang boleh membawa kepada kejayaan.[5]

Petikan yang penting sahaja yang dimasukkan di dalam karangan tesis ilmiah. Penulis yang aktif akan sentiasa menulis petikan dan kenyataan penting daripada sebarang sumber untuk tujuan simpanan dan penulisan yang lain dalam pelbagai bidang. Begitu hasil temubual dan wawancara dicatat kenyataanya secara jelas dalam kad atau buku khas.

9.0       CONTOH SENARAI RUJUKAN

9.1       Syariah

Kitab rujukan utama bagi bidang syariah adalah kitab – kitab utama setiap mazhab seperti contoh berikut;

Feqh Hanafi

–           Badaie’ Al-Sonaie’ Fi Tartib a! – Syarai oleh Imam Al-Kasani ( 587H )

–           Fath al-Qadir – Ibn al-Humam ( 681H )

Feqh Al-Shafei

–           Al-Umm – Imam Muhd Idris al-Shafei ( 204H)

–           Al-Muhazzab – Abu lshak al-Syirazi (476H )

Feqh Al-Maliki

–           Bidayah al-Mujtahid Wa Nihayah al-Muqtasid – Ibn al-Rusd ( 595H)

–           Fatawa Ibn Taimiyyah – Ibn Taimiyyah

–           Al-Mughni – Ibn al-Qudamah (620H)

Feqh al-Muqarin

–           Al-Muhalla -Ibn Hazm

–           A l-Ifsoh An Maani al-Shihhah

–           Feqh Ala Mazahid al-Arba’ah

9.2       Usuluddin

Bidang Aqidah

-A l-Ibanah An Usul Al-Diyanah

– Syarh Jauharah Tawhid.

Bidang Tafsir

–           Kitab -Kitab Tafsir Muktabar

Bidang Hadis

–           Kutub al-Asittah Atau al-Tisa’h

Bidang Tasauf

–           Risalah al-Qusyariyvah

–           Ihya’ Ulumuddin

9.3       Bahasa Arab

Karangan Sibawaih

Karangan al-Khalil

Maa’jim al-Lughawivyah

–           al-Mu’jam at-Wasit

–           al-Qamus al-Muuhit

9.4       Rujukan – Rujukan Lain

Ta’arif

  • Lisan al-Arab – Ibn Manzur
  • Mukhtar al-Sihhah

Nama Tempat

Mu’jam al-Buldan

Nama Tokoh

  • Tabaqat Al-Syafeiyah
  • Al-I’lam – Al-Zarkali

9.5       Mausu’ah-mausu’ah (Ensiklopedia)

–           Mausu’ah Al-Feqh al-Islami – Majlis Al-A’la Li Syuun al-Islamiyyah Mesir

–           Mausu’ah Al-Feqh al-Islami- Majlis Ulama` Damsyiq

–           Mausu’ah Al-Lughah al-A ‘rabiah

–           Mausu’ah Al-Feqh al-Islami – Maahad al-Dirasah al-Islamiyyah ( Seliaan Abu Zahrah)

–           Mausu’ah Al-Feqh al-Jenai’e’ Al-Islami – Dr Fathi Bahnasi

–           Mu’jam al-Fuqaha` Dan Mu’jam – Mu’jam yang lain

–           Mausu’ah Feqh Imam al-Auza’e , Ibrahim al-Nakhe’I, Suljan al-Thauri – Doktor Muhammad Ruwas Qala’h Ji

–           Risalah-Risalah Dokior Falsafah dan Master yang tcrdapat di pcrpustakaan univcrsiti

9.6       Umum

Buku – buku lain boleh dijadikan sebagai rujukan adalah risalah Master dan PHD yang telah dicetak sama ada baru atau lama. Risalah – risalah ini amat penting untuk dimiliki mengikut bidang masing – masing kerana penyelidikan bahan tersebut menyeluruh dan hasil kajian tersebut telah disemak dan ia berautoriti. Setiap buku moden yang dimiliki perlu disemak nota kaki dan takhrij hadis secara lengkap supaya mudah bagi penyelidik membuat rujukan semula kepada bahan yang dirujuk dan nas yang menjadi hujah penulis buku tersebut.

10.0     TEMPAT – TEMPAT RUJUKAN

Penulis mencadangkan supaya bahan – bahan kajian dapat dikaji ditempat berikut supaya lebih berautoriti selain kilab yang dimiliki sendiri iaitu :

  1. Kitab al-Makhthutoh

i           Dar al-Kutub al-Misriyyah – Syarie’ Kurnish Nil , Kaherah ( 50000 makhthutot yang terdapat di maktabah )

  1. Maktabah al-Azhar di Kuliah – Universiti Al-Azhar di Hussain ( 24000 Makhthutot ) [6]

iii          Maktabah Utama al-Azhar di Dirasah

iv         Maktabah al-Halaby di belakang Jami’ Al-Azhar, Husain

  1. Bahan Bacaan Dan Rujukan
  2. Maktabah Dar Ifta` Misriyyah, Dirasah , Kaherah

ii          Maktabah Majma` al-Buhuth al-Isiamiyyah,Madinah Nasr . Kaherah

iii.         Maktabah Majlis A`la Li Syuun Al-lslamiyyah, Tahrir. Kaherah

iv         Maktabah Masjid al-Nur, Abbasiah , Kaherah

v          Maktabah Mubarak Ammah, Giza

11.0     PERMASALAHAN DI KALANGAN SEBAHAGIAN MAHASISWA

11.1     Masalah Sebahagian Mahasiswa di Dalam Kajian Ilmiah

  1. Kurang Menghidupkan Budaya Ilmiah
  • Budaya hidup harian sebahagian adalah agak faudo (tiada disiplin)
  • Tidak minat membaca bahan- bahan yang agak berat
  • Kurang maklumat khususnya asas – asas bahasa dan pengkhususan
  • Membaca bahan secara umum dan bersahaja tanpa membuat analisa
  • Suka bacaan ringan yang kurang nilai ilmiah
  1. Objektif Pembelajaran Dan Pengkajian

–           Tiada objeklif yang jelas dalam pembelajaran di permukiman Al-Azhar

–           Anggapan sekadar lulus peperiksaan dan masa cuti untuk melancong dan balik kampung

iii.         Disiplin

  • Tidak mengurus masa dengan baik

11.2     Cadangan Penyelesaian Masalah

i           Wujudkan budaya Ilmiah

  • Di Rumah
  1. Wujudkan biah ilmiah
  2. Menggantikan maudhu bersembang semasa makan dan bersantai dengan sesuatu topik ilmiah
  • Persatuan

i           Membuat pentaklifan kepada ahli untuk membuat kajian sesuatu tajuk di bawah bimbingan Unit Kajian Ilmiah

ii          Kelab Kajian Ilmiah diwujudkan dan diselaraskan seperti melalui laman ini.

iii.         Membuat pentaklifan kepada mahasiswa tahun akhir untuk menghasilkan satu tesis mengikut bidang masing – masing yang di semak oleh fellow IKIM dan sebagainya.

iv         Memperbanyakkan program seperti diskusi ilmiah, kertas kerja hasil kajian ahli dan wacana sesuatu masalah hukum.

v          Menghasilkan esei untuk Suara Kampus secara taklifan atau Jurnal mengikut kuliah dan pengkhususan pengajian .

vi         Melahirkan kumpulan pakar dalam setiap bidang mengikut kuliah

vii        Menggalakkan ahli membuat tesis sarjana muda mengikut bidang masing – masing

ii           Menjelaskan objektif pengkajian ilmiah dengan program motivasi setiap sesi percutian semester

  • Kursus pengkajian ilmiah dan panduan menulis khususnya pelajar tahun satu
  • Ceramah pengenalan kitab – kitab muktabar dan kaedah membaca teks arab.

iii          Membina sikap sebagai mahasiswa yang serius dan mengubah minda pengajian bukan hanya dengan bertalaqqi tetapi bertalaqqi dan mengkaji

  • Buku kuliah doktor dikaji dan dinalisa berdasarkan nota kaki yang diberikan.
  • Mewujudkan budaya muzakarah dan perbincangan dan masa ke semasa
  1. Kempen menghargai masa dan membuang sikap pembaziran
  • Kempen ke kuliah dan membentuk mahasiswa mithali
  • Ziarah maktabah dan perbanyakkan masa membaca di maktabah
  • Paksakan diri sendiri untuk menulis dan menyumbangkan bahan ilmiah ke dalam Suara Kampus dll.
  • Perubahan terletak hanyalah pada diri individu.

12.0     KESIMPULAN KERTAS KERJA

  • Para perserta mendapat gambaran teknik dan kaedah penulisan ilmiah
  • Membuat dan menulis hasil kajian mengikul teknik yang sebenar
  • Menyedari bahawa cabaran hari ini adalah cabaran intelektual

Berazam untuk menyumbang sesuatu kepada ummah dengan hasil kajian ilmiah

  • Pembaca akan terus bertindak dengan membuat kajian mengumpul data seterusnya menulis dengan teknik yang dipelajari.

13.0     PENUTUP

Semoga rancangan ini menghasil sesuatu yang baru dan bermanfaat untuk semua bagi menggerakkan satu institusi kajian ilmiah yang mengeluruh dari semua pihak bagi melahirkan generasi mahasiswa yang berdaya intelektual serta penguasaan maklumat yang mendalam. Amat rugi , khazanah ilmu di bumi al-Azhari hanya dimanfaatkan sekadar 20% ( buku kuliah dan buku – buku kecil ) sahaja semasa pemukiman selama empat tahun , sedangkan 80% bahan kajian di biarkan tanpa disentuh dan digali secara bersungguh – sungguh sebagai bekalan dan hasilan yang amat bermanfaat untuk Islam dan Ummah. Ayuh bangun sahabat-sahabat untuk meneroka khazanah ilmu ini dengan penuh semangat dan yakin.

Sekian,

November 2016

14.0 BIBLIOGRAFI

Abdulah Hj Hassan, ( Pengarah Dialog Peradaban, Universiti Malaya ), Method Pengumpulan Data, di Bengkel Penyelidikan Pasca„Ijazah , pada 23 Julai 1999 di Akademi Islam, Universiti Malaya

Ahmad Yusuf Badri (Dr), Usul Al-Bahs al-Ilmi Wa Manahijuhu , Kuwait: Wikalah Matbuah . 1975

Ahmad Syalaby (Dr). Kaifa Taktub Bahs Wa Risalah , Kaherah Dar al-Nahdhah a’l-Misriyyali. 1970

Abd Wahab Abu Sulaiman ( Dr ). Kitabatul Bahs Ilmi, Damsyik : Dar Fikr ,1989

Abdul Ghani Abdullah, Panduan Penulisan Ilmiah, Kaherah : Percetakan Unit Penerbitan PMRAM, 2000

Muhd Ruas Qala’h Ji ( Dr ). Thuruk al-Bahs Fi Al-Dirasah al-Islamiyyah, Damsyik Dar al-Nafais 1999

Mohd Kamil Abd Majid . ( Tim. Pengarah Akademi Islam , Universiti Malaya ), Panduan Penulisan llmiah di Bengkel Penyelidikan Pasca Ijazah , pada 23 Julai 1999 di Akademi Islam Universiti Malaya

Pauzi Awang. Panduan Penulisan llmiah . Kaherah : Percetakan Unit Penerbitan PMRAM . Kaherah 1989

———————————————————————

[1] Lihat : Pauzi Awang, opt.cit m.s 8

[2] ibid, ms 9

[3] Ibnu Qaiyim al-Jauziyah, I`lam al-Muwaqi’in , Dar al-Bayan : Kaherah , 1968 , Jld 1 , m.s 203

[4] Muhamad Abu Zahrah, Tarikh al-Mazahib al-Feqhiyyah, Dar Al-Fikr Al-A’rahl : Kaherah , 1978 ,m.s 85

[5] Muhammad Yusuf Musa. Tarikh al-Feqh, Dar Maarif : Kaherah, 1958 , m.s 203

[6] Muhd Ruas Qala`h Ji ( Dr ), Thuruk al-Bahs Fi Al-Dirasah al-Islamiyyah . Dar al-Nafais,  Damsyik,1999, m.s73

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.