Persekitaran Makro salah satu pembangunan kreativiti dan inovasi dalam multimedia dan produksi filem sedang pesat membangun Multimedia Kreatif merupakan satu industri yang sangat menarik. Industri ini sentiasa berkembang dan segala perkembangannya sentiasa dinantikan oleh khalayak umum.

Oleh itu, perniagaan dalam industri Kreatif Multimedia semakin membina tapak sebagai salah satu industri paling mendapat perhatian di dunia, dengan prospek pengiklanan, animasi hinggalah ke permainan komputer, penerbitan dan juga media interaktif. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa keistimewaan industri Multimedia Kreatif ini terletak pada kebolehannya mengadun teknologi dan seni dengan harmoni di dalam satu industri.
Namun, persekitaran makro boleh mempengaruhi keputusan perniagaan yang dibuat untuk jangkamasa yang panjang dan ia merupakan unsur atau elemen yang tidak boleh dikawal. Di dalam dunia perniagaan, terdapat empat elemen persekitaran makro yang terpaksa dan perlu dihadapi oleh semua peniagaan iaitu elemen ekonomi, teknologi, kebudayaan sosial serta politik dan undang-undang.

Melalui persekitaran makro tersebut, penulis akan menerangkan elemen-elemen persekitaran makro syarikat industri Multimedia dan membincangkan elemen-elemen tersebut memberi kesan ke atas organisasi Les’ Copaque.
Disamping itu, penulis mengemukakan cadangkan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh organisasi tersebut untuk menguruskan persekitaran makronya dengan berkesan.

 

  • ORGANISASI YANG DIPILIH

 

Les’ Copaque yang ditubuhkan pada 2005 adalah sebuah syarikat produksi filem yang merupakan salah satu perintis bidang animasi di Malaysia, dengan misi untuk membawa cerita Malaysia ke mata dunia. Syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) ini telah menghasilkan pelbagai animasi 3D berkualiti tinggi untuk rancangan televisyen bersiri, pengiklanan dan khidmat pesanan masyarakat. Filem pertama mereka yang dihasilkan pada 2009, Geng: Pengembaraan Bermula telah memenangi anugerah filem animasi terbaik pada Festival Filem Kuala Lumpur. Penghargaan lain yang diterima Les’ Copaque adalah Anugerah Viewer’s Choice Award melalui Festival Filem Kanak-Kanak Indonesia dan Best On-Screen Chemistry Award melalui Shout! Awards.

 

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk tidak hanya senarai faktor PESTEL kerana ini tidaklah dengan sendirinya memberitahu pengurus. Apa yang pengurus perlu lakukan ialah untuk memikirkan yang faktor-faktor yang paling mungkin untuk berubah dan yang mana akan memberi impak hebat ke atas mereka iaitu setiap firma perlu mengenal pasti faktor-faktor utama dalam persekitaran mereka sendiri.

 

Bagi sesetengah seperti syarikat farmaseutikal peraturan kerajaan mungkin kritikal; untuk orang lain, mungkin syarikat yang telah banyak meminjam, perubahan kadar faedah mungkin menjadi satu isu besar.  Pengurus perlu membuat keputusan tentang kepentingan relatif pelbagai faktor dan satu cara untuk berbuat demikian adalah untuk pangkat atau skor kemungkinan perubahan yang berlaku dan juga kadar kesan jika ia tidak. Semakin tinggi kemungkinan berlaku perubahan dan lebih besar kesan apa-apa perubahan yang lebih ketara faktor ini adalah untuk perancangan firma. Ia juga penting apabila menggunakan analisis PESTEL mempertimbangkan tahap di mana ia digunakan. (Irwan, 2016)

 

  • ELEMEN-ELEMEN UMUM PERSEKITARAN UMUM PERSEKITARAN MAKRO

 

Memahami persekitaran makro atau persekitaran luaran di dalam menguruskan sesuatu perniagaan adalah sangat penting dan ianya akan menentukan kejayaan dan mempengaruhi keputusan sesebuah perniagaan yang diuruskan. Boleh dikatakan kesemua aspek yang melibatkan perniagaan akan dipengaruhi oleh faktor-faktor atau komponen-komponen persekitaran yang ada.

 

Menurut (Norasidah Hashim, 2012) elemen Persekitaran Makro yang mempunyai empat Faktor iaitu sosio-budaya, ekonomi, teknologi serta politik dan perundangan.

 

3.1       Sosiobudaya

 

Persekitaran ini terdiri daripada institusi dan pengaruh lain yang mempengaruhi asas, persepsi, keutamaan serta gelagat sesebuah masyarakat. Individu yang dibesarkan dalam kelompok masyarakat membentuk nilai dan kepercayaan mereka berdasarkan norma masyarakat tersebut.

 

Kebudayaan sosial terdiri daripada dua aspek iaitu aspek demografi dan aliran kebudayaan dalam masyarakat. Destinasi eksport siri animasi pertama Malaysia yang ditayangkan di saluran Disney Asia dan TPI Indonesia kerana populasi masyarakat disana majoriti berbangsa Melayu. Menarikanya konsep Upin dan Ipin mengetengahkan kehidupan kanak-kanak kembar dan rakan-rakannya yang berbilang bangsa di kampung melambangkan konsep 1 Malaysia.

 

3.2       Ekonomi

 

Persekitaran ekonomi memainkan peranan penting dalam kejayaan atau kegagalan mana-mana perniagaan yang baru diteroka. Persekitaran ekonomi makro merangkumi jumlah semua barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan, diedarkan, dijual dan digunakan. Usahawan perlu analisis persekitaran ini di peringkat global, nasional dan tempatan di mana mereka mengendalikan perniagaan. Usahawan bergabung dengan pemegang saham untuk memantau, ramalan, menilai dan keadaan ekonomi makro tidak memberi kesan atau usaha baru.

 

Industri pemfileman animasi ini berpotensi memberi pulangan keuntungan lumayan kepada pelabur, maka banyak syarikat telah menceburkan untuk membuat pelaburan samaada sebagai perniagaan teras atau cabang perniagaan. Upin & Ipin yang kini ditayangkan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, telah berjaya mengumpul peminat dari seluruh benua. Siri animasi Upin & Ipin juga boleh diakses melalui saluran YouTube – yang membolehkan peminat mereka di serata dunia menonton siri animasi tersebut.

 

3.3       Teknologi

 

Cabang ilmu tidak memperkatakan seni industri, sains gunaan, kejuruteraan, proses, rekacipta atau kaedah boleh ditakrifkan sebagai teknologi. Analisis teknologi memerlukan pengimbasan dan pemantauan dari masa asas menyelidik melalui pembangunan produkdan pengkomersilan. Teknologi perubahan mengambil masa dua bentuk iaitu rekacipta tulen dan inovasi bagi proses. Rekacipta tulen merujuk kepada penciptaan sesuatu yang baru adalah berbeza daripada melakukan teknologi atau produk yang sedia ada. Atas sebab ini, rekacipta biasanya mempunyai nilai ekonomi dan tidak mempunyai pesaing di peringkat awal dan selalunya dimonopoli oleh individu yang mempunyai hak undang-undang di lakukan ciptaan. Tetapi terdapat kelemahan dengan ciptaan kerana tidak ada pasaran di peringkat awal.

 

Ciptaan baru terkini boleh mewujudkan pasaran baru dan peluang untuk perniagaan sebagaimana penggunaan teknologi animasi sentuhan teknologi stereoscopic 3D Malaysia pertama yang mengunakan teknik animasi 2D. Manakala inovasi bagi proses merujuk kepada perubahan kecil dalam reka bentuk, produk formulasi dan pembuatan, bahan dan pengedaran.

 

Menurut Utusan Malaysia, lebih separuh daripada tenaga kerja di belakang tabir siri tersebut merupakan graduan daripada Universiti Multimedia Malaysia (MMU) yang dimilik Telekom Malaysia (TM) yang menyokong penerbitan produk-produk animasi turut merancang penggunaan high speed broadband bagi memudahkan tujuan mempromosi siri tersebut. Sekaligus, ia dapat membantu membina jenama TM di kalangan kanak-kanak dan remaja, perkhidmatan tersebut membuka ruang jalur komunikasi untuk mendekati mereka. (Zakaria, 2009)

 

3.4       Politik Dan Perundangan

 

Elemen terakhir dalam persekitaran makro adalah politik dan perundangan. Segmen politik dan perundangan persekitaran makro adalah arena kumpulan kepentingan yang berbeza bersaing untuk perhatian dan sumber. Ini adalah persekitaran di mana usahawan menjalankan kuasa politik mereka. Untuk tahap besar, usahawan perlu mengambil diberi nama unsur politik dan perundangan usaha baru. Mereka perlu mematuhi dan mematuhi dasar, perundangan dan peraturan-peraturan di mana perniagaan beroperasi.

 

Terdapat banyak perbezaan politik dan perundangan di antara satu negara dan lain. Usahawan-usahawan isu-isu global harus sedar halangan perdagangan, cukai, tarif dan risiko politik, serta hubungan dua hala dan pelbagai hala. Mereka menghalang aliran bebas sumber dari negara lain sebagai perlindungan bagi industri negara rumah itu. Sebagai contoh masalah cetak rompak yang boleh menjejaskan royalty sesebuah karya dengan menggunakan perpindahan fail movie tanpa sempadan seperti melalui file sharing, torrent dan sebagainya.

 

Secara umumnya, politik kestabilan negara di mana perniagaan beroperasi menyediakan peluang untuk usahawan untuk memulakan usaha baru atau mengembangkan perniagaan mereka. Mereka kadang-kadang menambah kos pada kerja dari segi kertas kerja, ujian, pemantauan dan pematuhan.

 

Oleh yang demikian, usahawan harus menilai persekitaran politik dengan teliti untuk mengenal pasti ancaman atau peluang yang ada. Seperti kehendak Akta Syarikat 1965 adalah, hanya syarikat awam berhad sahaja yang dibenarkan menganjurkan skim kepentingan dan skim tersebut hendaklah didaftarkan di SSM serta perlu mamatuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, yang bertujuan untuk melindungi pelaburan yang dibuat oleh pelabur dalam aktiviti-aktivti skim pelaburan yang ditawarkan.

PENGENALPASTIAN DAN PERBINCANGAN TENTANG ELEMEN-ELEMEN PERSEKITARAN MAKRO YANG MEMBERIKAN KESAN.

 

Kesan persekitaran makro merupakan kesan yang berlaku selepas pengenalan elemen-elemen tersebut dalam bidang perniagaan. Usahawan yang mengantarabangsakan hasil produk atau karya dan perkhidmatan harus menghadapi dan bersemuka cabaran-cabaran ini.

  • Kesan : Sosiobudaya

Kesan elemen persekitaran makro yang pertama adalah kebudayaan sosial sama ada melalui demografi atau kebudayaan. Elemen persekitaran demografi boleh mempengaruhi pemasar dalam strategi pemasaran meliputi jumlah kuantiti produk yang akan dikeluarkan, produk yang sesuai dikeluarkan dan sebagainya. Melalui kebudayaan pula, institusi dan kuasa-kuasa lain memberi kesan kepada nilai-nilai asas masyarakat, persepsi, keutamaan dan tingkah laku. Projek dan penceritaan dalam animasi Upin dan Ipin menampilkan kebudayaan dan hubungan etnik di Malaysia yang sentiasa menjaga adab dan kebudayaan.

 

Menurut sumber, Les’ Copaque merancang untuk membuka Taman Tema Upin & Ipin bertempat di Sepang, Selangor. Taman tema tersebut dijangka akan memulakan operasi dalam jangka masa 3 tahun lagi, dengan mengetengahkan permainan dan tarikan lain yang berkonsepkan siri animasi Upin & Ipin. Les’ Copaque juga bersedia untuk menerokai peluang perniagaan baru bersama rakan kongsi antarabangsa yang berminat dengan jenama yang telah dikenali oleh lebih 300 juta pengguna. (Matrade, 2016)

 

  • Kesan : Ekonomi

 

Kesan elemen persekitaran makro kepada organisasi yang ke dua ialah ekonomi di mana persekitaran ekonomi boleh mempengaruhi kuasa beli dan corak perbelanjaan pengguna. Faktor-faktor ekonomi adalah kebimbangan kepada firma pemasaran kerana ia boleh mempengaruhi permintaan, kos, harga dan keuntungan. Antaranya perubahan di dalam pendapatan iaitu apabila pendapatan meningkat, kuasa beli juga akan meningkat.

 

Bermula daripada animasi pendek sehingga penerbitan filem penuh, Les’ Copaque meluaskan sayap mereka melangkaui bidang animasi. Les’ Copaque kini telah menembusi bidang penghasilan barangan di mana mereka bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menghasilkan produk berlesen bagi jenama Upin & Ipin. Produk Upin & Ipin merangkumi alat tulis, komik, permainan, DVD, buku, cenderahati, barangan rumah, bekas minuman, coklat dan gula-gula.

 

Les’ Copaque juga telah membawa jenama Upin & Ipin ke industri makanan dan minuman dengan pembukaan ‘Geng’s Corner’. Restoran pertama telah dibuka di Shah Alam dan cawangan terbaru di Taman Melati menyediakan sajian tempatan dan barat di dalam suasana yang sesuai untuk seisi keluarga. Antara menu yang disediakan adalah Nasi Ayam Upin & Ipin dan Gulai Kawah Opah. Geng’s Corner juga menyediakan perkhidmatan untuk sambutan hari jadi, aturcara korporat dan aktiviti kekeluargaan. Pengunjung juga akan dihiburkan dengan acara yang dianjurkan Kelab Peminat Upin & Ipin seperti ‘Malam Bersama Geng’ dan aturcara bertema yang lain.

 

Selain itu, Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. Telah pun menandatangani memorandum perjanjian (MOA) dengan Nicecrown International Ltd. yang berpangkalan di Hong Kong untuk meraih projek berkaitan penggunaan jenama ‘Upin & Ipin’ di China.  Perjanjian tersebut, yang dibuat di bawah program ‘One Belt, One Road’ (OBOR), akan melihat Nicecrown Int. sebagai wakil dan pemudahcara dalam menguruskan sebarang perjanjian untuk melaksanakan projek itu termasuk pembinaan taman tema Upin & Ipin di Shanghai dan Urumqi di China, dengan kos berjumlah RM40.7 bilion dan sebuah taman tema di Malaysia, dengan anggaran kos sebanyak US$20 bilion.

 

Di samping itu, projek tersebut akan mempamerkan dan mempromosikan harta intelek Les’ Copaque selain mengenal pasti stesen televisyen tempatan dan rangkaian pawagam untuk menayangkan siri animasinya di China. Nicecrown Int. juga akan membangunkan perniagaan membabitkan barangan, pelesenan dan restoran, antara lain, dalam pasaran China.

 

Sebelum itu, pada April 2016, Les’ Copaque dipelawa oleh kerajaan China, melalui China World National Culture Promotion Society dan Persatuan Pelaburan Syarikat Malaysia, untuk memperluaskan perniagaannya di sana di bawah program OBOR. (Utusan Online, 2016)

 

4.3       Kesan : Teknologi

 

Kesan elemen persekitaran makro kepada organisasi yang ke-3 ialah teknologi. Filem ini mencipta sejarah dalam industri perfileman tempatan apabila menggunakan teknik penerapan teknologi komputer grafik yang menggabungkan watak animasi dan watak manusia.

 

4.4       Kesan : Politik dan Undang-undang

 

Kesan elemen persekitaran makro kepada organisasi ialah politik dan undang-undang. Politik dan undang-undang yang dibuat merupakan sebahagian daripada persekitaran makro di mana setiap kumpulan yang berlainan akan bersaing dengan tujuan untuk memperolehi perhatian dan sumber.

 

Para usahawan perlu menerima dan mematuhi polisi, undang-undang dan peraturan di mana perniagaan tersebut dijalankan termasuklah undang-undang dalam bidang kepenggunaan, hubungan pekerja, alam sekitar dan amalan yang kompetitif. Persekitaran ini boleh mempengaruhi sesebuah organisasi khususnya mempengaruhi objektif organisasi, dasar, keputusan, sekatan undang-undang dan juga undang-undang berkaitan cukai. Keadaan ini bukan sahaja menyekat, malah menghalang sumber aliran bebas dari negara lain. Persaingan adalah sengit dari segi animasi negara luar seperti Jepun.

 

PENGESYORAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN PERSEKITARAN MAKRO DALAM ORGANISASI PILIHAN

 

5.1       Cadangan Ekonomi

 

Cadangan pertama untuk menguruskan elemen persekitaran Makro dalam sesebuah organisasi adalah aspek ekonomi. Sebagai contoh pemasaran dengan melakukan pertukaran animasi dan barangan jenama Les’ Copaque seperti barangan alat tulis, barangan kanak-kanak dan cenderahati di peringkat antarabangsa dapat mempercepatkan proses penjualan yang akan meningkatkan keuntungan.

 

Selain itu, aktiviti perniagaan iaitu pembelian dan penjualan barangan dan perkhidmatan melalui perdagangan elektronik atau “e-commerce” dapat mengurangkan belanja dan masa.

 

Walaupun perkembangan teknologi membawa kesan yang positif kepada organisasi perniagaan, tidak dapat dinafikan bahawa ia juga mendatangkan kesan-kesan negatif atau sampingan seperti peningkatan kesesakan lalu lintas serta pencemaran udara dan air akibat pembuangan sisa-sisa toksik, tenaga buruh digantikan oleh mesin, interaksi dengan mesin berbanding dengan manusia dan sebagainya. Oleh itu, amalan pendekatan yang seimbang perlu diutamakan. Faedah dan kebaikan daripada penggunaan teknologi moden dan canggih dipetik. Pada masa yang sama, kesan-kesan sampingan akibat penggunaan teknologi moden dan canggih itu perlu diminimumkan.

 

5.2       Cadangan : Teknologi

 

Cadangan kedua untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam organisasi iaitu dalam aspek teknologi di mana, penggunaan teknologi baru yang lebih konsisten dan efisen.  Organisasi atau syarikat juga perlu bijak mengawal dan memantau perubahan teknologi serta mengesan penggunaan teknologi untuk membantu mengisi keperluan manusia. bertujuan agar produk yang lebih inovatif dapat dicipta dan diterima dipasaran sasaran.

 

Selain itu, menyediakan program pendidikan awal kanak-kanak yang diwatakkan oleh Upin Upin bagi menarik minat kanak-kanak di peringkat pra-persekolahan yang berunsur TV Pendidikan seperti Didi & Friends ke arah mencapai pendidikan negara yang bermultimedia.

 

5.3       Cadangan : Sosio-Budaya

 

Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam organisasi ialah aspek sosial budaya iaitu demografi dan kebudayaan. Menurut (Kotler, 2008) demografi berkait rapat dengan data populasi seperti saiz, kepadatan lokasi, umur, jantina, bangsa, pekerjaan, penghijrahan populasi, lokasi geografi, dan pengagihan pendapatan penduduk.

 

Manakala arah aliran sosial pula berkaitan dengan mod dan cara kehidupan seseorang, kelas sosial, dan statistik lain berhubung populasi penduduk dalam sesebuah negara. Usahawan perlu bijak memantau perubahan gaya hidup, citarasa dan pilihan rakyat untuk mengenal pasti peluang perniagaan. Dalam mencari keuntungan, usahawan juga mempunyai tanggung jawab besar terhadap penjagaan alam sekitar. (Maria Che Othman, 2016) Misalnya diperluaskan lagi konsep hubungan etnik yang ada di Malaysia termasuk etnik di Sarawak dan Sabah.

 

RINGKASAN

 

Berdasarkan kajian analisa terhadap proses perniagaan terhadap Les’ Copaque dapatlah disimpulkan bahawa persekitaran makro mempengaruhi strategi perkhidmatan di dalam sesebuah syarikat. Persekitaran makro terdiri empat aspek utama iaitu sosio-budaya, ekonomi, teknologi, politik dan perundangan. Sosio-budaya memngetengahkan isu demografi penduduk dan aliran sosialnya.

 

Manakala ekonomi menunjukkan kadar ekonomi semasa, kesan kepada pengenalan elemen makro. Teknologi pula ditentukan dengan tahap kreativiti dan inovasi sesebuah teknologi dalam peralatan dan proses pembikinan animasi. Politik dan perundangan mengetengahkan isu-isu seperti halangan perundangan, risiko politik, perjanjian perdagangan, cukai dan peraturan yang kesemuanya bukanlah memberi keuntungan malah menyukarkan proses perdagangan. Namun melalui cadangan pengurusan elemen persekitaran makro yang telah diberikan sedikit sebanyak mungkin dapat meningkatkan dan menambahbaikkan mutu pemasaran yang sedia ada. Ekonomi misalnya tidak harus tertumpu kepada proses pembikinan animasi saja, namun boleh ditingkatkan melalui penjualan produk dan barangan.

 

Manakala teknologi pula perlu menghalusi setiap aspek pemproses dengan membuat lebih banyak R & D. Sosio-budaya pula harus peka dalam isu alam sekitar serta masyarakat setempat. Aspek terakhir dalam elemen persekitaran makro pula adalah politik dan perundangan. Halangan yang diterima boleh diubah dengan usaha yang lebih gigih serta pematuhan syarat dengan tepat. Dengan kombinasi ke empat-empat elemen pasti dapat menghasilkan kejayaan kepada seseorang usahawan.

 

Oleh itu, sokongan daripada pihak kerajaan dan rakyat terhadap hasil karya tempatan seharusnya diketengahkan sehingga mendapat perhatian pelancong asing yang datang di Malaysia dan juga memperbanyakan peluang ke pusat latihan dan university yang menawarkan kursus Multimedia dan Kesenian mendapat tarikan diperingkat sekolah dan remaja.

 

 

Rujukan
Astro Awani. (2015, March 11). Astro Awani . Retrieved from http://www.astroawani.com

Irwan, M. (2016, Oktober 20). Inspire Forum OUM. Didapatkan dari http://inspire.oum.edu.my

Ismah, O. (2011). ABSS2103 : Prinsip Pemasaran. Selangor: Open University Malaysia.

Kadir, N. (2010). Berfikir Gaya Trump. Kuala Lumpur: PTS Profesional.

Kotler, P. a. (2008). Principles of marketing. Harlow: Financial Times Prentice Hall.

Maria Che Othman. (2016, September 30). Persekitaran Makro Dalam Dunia Keusahawanan. Didapatkan dari https://www.academia.edu

Matrade. (2016, Julai 09). Membina Ikon Negara Bersaama Les` Copaque. Didapatkan dari http://www.matrade.gov.my/ms/pengeksport-malaysia/ke-arah-antarabangsa/kisah-kejayaan-pengkesport/les-copaque-production-sdn-bhd

Norasidah Hashim, e. (2012). OUMM2103: Keusahawanan. Selangor: Open University Malaysia.

Utusan Online. (2016, September 10). Les’ Copaque perluaskan perniagaan ke China. Didapatkan dari https://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/les-copaque-perluaskan-perniagaan-ke-china-1.381036

Zakaria, N. M. (2009, Mei 28). Upin Ipin Terap 1 Malaysia. Didapatkan dari http://ww1.utusan.com.my

 

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net adalah Rakan Penyelidik Nusantara dalam pembangunan dan perkembangan kajian Sains Sosial , Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah di Nusantara. Selain itu, menyediakan Perkhidmatan & Perundingan Guaman Syarie dan Pengurusan Harta Islam. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

5 thoughts on “Persekitaran Makro Dalam Perniagaan”
  1. A good piece of overview and examples and should be applauded.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.