Dilema Nak Abik Master ?

Al-Kisah tersebut bagi meleraikan beberapa orang student yang masih dalam dilema untuk ambil Master dalam bidang masing-masing.. So, di sini saya nak kongsikan serba sedikit  tentang pengajian master untuk sape2 yang masih dilema nak sambung master/nak terus kerja/berhenti keje & sambung master. Saya cuba share serba sedikit apa yang saya tahu ye. this will be long essay.

In brief, masa degree saya try macam2 part time so I know rather than sit & listen I’m more to hands-on person. Lepas grad saya keje kat 1 company, and jawatan yang saya dapat is executive something.

Setahun keje then saya discover one thing about myself which is saya tak boleh buat keje dalam aircord, ngadap laptop sambil duduk atas kerusi pusing2. I need fast moving environment, yang bising sikit & bebas. Lepas setahun saya decide untuk ambik master by full research even CGPA degree x cukup (saya kena merayu kat supervisor).

Selalunya kalau saya cakap kat orang saya ambik full research they will go ‘WOW  hebat!’. Pada saya ni bukan pasal sape lebih hebat sebab setiap orang capacity & capability semua tak sama.

Untuk sape-sape yang nak ambik master, sebelum decide :

Pertama sekali anda WAJIB kenali diri sendiri, maksudnya anda ni jenis yang macam mana. Yang ni paling penting kerana sebagai penentuan anda nak ambil master yang macam mana. Di Malaysia, master ada 3 kategori mode of study:

1. Full research
2. Mixed (half research + half coursework)
3. Coursework

Sebab sekarang saya kulliyyah engineering, kalau kat UIA dia ada offer pilihan 1 & 2 sahaja untuk course engineering so saya ambik yang full research.

Ok..berbalik kepada kenali diri sendiri tadi, sebelum pilih 1/2/3 anda rasa, anda jenis yang macam mana?

 

1. FULL RESEARCH

Untuk yang ni memang langsung xde kelas. Anda akan banyak buat keje sendiri. Anda akan ada supervisor (and co-supervisor) tapi biasanya diorang pun akan assume anda boleh buat keje sendiri.

Jadi apa function supervisor? Dia akan guide macam mana nak start, betullkan apa yang salah, suggest apa yang patut based on his/her previous experience, and bawa kita kembali ke pangkuan jalan kalau nampak keje kita dah mngarut sangat LOL.

In short, kita akan buat semua benda sendiri termasuklah termasuklah pusing2 sume bangunan untuk cari mesin apa nak pakai & kat mana, cari orang untuk ajarkan pakai mesin, survey harga barang kat pasaran, deal dengan supplier about price & payment, siapa person in charge untuk setiap department and lab, even nak set up experiment pun supervisor tak kan ajar!

Tugas-tugas lain macam mana untuk menulis dengan betul ikut format, nak cari journal tu sume memang supervsisor takkan sentuh langsung, kira macam sangat picisan you will learn very slowly as you go. Dah nama pun full research, examiner/supervisor akan expect kita to go very deeply into subject of matter yang kita pilih. Tapi cuma focus part tu jelah. So, best kan 🙂 ?

Lagi, dah namanya research jadinya supervisor takkan ambik tau even kalau anda akan berada kat lab/site dari pagi sampai malam. Yang penting keje yang dia nak kita hantar on time! Cuti memang xyah kiralah sebab untuk full research kira burn la cuti tu kalau nak cepat siap. No cuti semester, no cuti mid semester.

Sekarang saya ambik full research so once in a while saya akan lari balik kampung jap kalau penat sangat even on weekdays. Sebab x perlu attend class so who cares?

So, sekali lagi, soalkan diri anda sendiri dan rasakan anda ni jenis macam mana. Adakah rasanya jenis yang excited tak nak try buat semua benda sendiri? Rasanya boleh tak handle long hour of working alone with minimum supervision? Kalau anda rasa anda ni jenis yang nak suruh orang ajar setiap benda even the simplest thing and constantly whine, full research ni memang bukan untuk milik anda !.

Sebabnya apa,?  kadang2 benda simple macam you dont know how to construct a table using microsoft word pun boleh lead to stress or even depression tambah tubuh badan yang penat due to long hours outside. Nampak macam remeh je tapi percaya saya constant frustration akan buat kita rasa nak muntah tiap kali nak hadap laptop. So thats explain ramai orang quit half way masa amik master & PHD. So,ini semua pasal bad side of full research la.

Ok..good news is untuk research tiada CGPA; its either pass or fail :). So pada saya kat sini kita dah boleh eliminate one anxiety to constantly worry about CGPA yang cukup2 makan, or carry mark rendah dan sebagainya.

Kalau tak silap saya untuk sape2 yang ambik subject kena dapat B kot baru lulus. Lagi satu benda pasal master full research, it is convertible to PHD. Contohnya research yang kita buat tiada orang lagi buat, kira kita 1st timer, kalau kena cara memang boleh tukar terus ke PHD.

Lastly pasal yuran. Universiti lain saya tak pasti macam mana kira. Tapi kalau untuk UIA, yuran untuk full research paling murah sebab dia takde subject. FYI, yuran untuk master dia kira based on how many credit hour kita ambik setiap sem.

 

2. MIXED MODE

Untuk mixed mode anda kena buat dua-dua; research & course work. Maksudnya kena pegi kelas & pegi site/lab jugak. Macam saya, saya tau saya bukan jenis multitasking person so mixed mode is big NO for me.

Kalau awak rasa you can handle different tasks at one time and you are normally excel it then mixed mode ni memang sangat ok untuk anda. Penah dengar tak mat salleh cakap “know everything master of nothing“.

Kalau saya ambik mixed mode saya pun akan jadi macam ni la kot sebab saya tak boleh handle banyak benda satu masa. But then again mat salleh lain plak cakap ‘it is good to know a little of everything‘. Saya setuju yang ni sebab let say anda dah buat banyak benda pastu nanti nak sambung PHD mixed is an advantage. Bigger scope for you in terms of subject & hands-on skill.

Untuk master yang dua tahun biasanya 1st year kita masuk kelas, 2nd year buat research. Tapi normally 1st or 2nd semester orang akan mula buat research dah sebab nak offset untuk experiment2 yang tak jadi pada masa akan datang. Kiranya lebih kurang macam pagi g kelas, petang masuk lab and vice versa. Tapi the best part is, walaupun kita buat research we dont have to go deep into the details.

Untuk mixed ada CGPA sebab ambik subject. Jadinya untuk lulus master kena lulus both the research and coursework. Pasal cuti plak masa 1st year tu mungkin boleh ikut time cuti macam student biasa. Tapi once dah start research tu mungkin susah sikit nak cuti.

Jadinya kalau anda jenis mudah homesick sepanjang minggu, sepanjang bulan, sepanjang tahun saya memang tak suggest ambik mixed mode ni. Kalau rumah dekat dengan Universiti OK lagi. Tapi kalau rumah jauh and tapi nak slalu balik rumah family, then please consider money and travelling time. Dari segi workload mungkin banyak sikit dari full research sebab kena buat 2 benda.

Normal la kan bila masuk kelas akan ada kuiz & assignment. So kat situ beza yang paling jelas dengan full research. Dari segi pertukaran ke PDH plak saya tak pasti boleh ke tak, mungkin pembaca boleh share sedikit sebanyak.

 

3. COURSEWORK

Disebabkan kulliyah saya tidak dioffer coursework so mintak maaf ye tak boleh nak cerita panjang. Cuma setakat yang saya tahu, yuran kena bayar ikut how many credit hours.

Kena attend kelas & akan ada kuiz, assignment. Saya penah ambik degree so saya tahu dah perasaan penat disebabkan kuiz ni. Bukan penat sebab study tapi penat sebab memanjang risau pasal cane nak hadap kuiz tanpa study. Saya rasa semua orang tau macam perasaan tu…. Tapi kalau anda rasa lagi senang ikut jelah flow yang lecturer dah sedia, then ambik coursework pun ok.

Dari segi subject apa yang nak ambik tiap sem tu saya tak pasti macam mana, mungkin ada subject yang boleh pilih, atau pun mungkin ada yang dah fixed saya tak pasti sangat. Saya ni jenis yang susah bangun pagi so coursework also is a big NO for me. Bangun pagi, prepare apa yang patut, iron baju and everything. In short, ambik coursework sama macam degree balik. Cumanya tukar subject & lecturer and belajar lagi details dari dulu. Pasal presentation also im not sure about this.

In short, if you think you kinda morning person, prefer sit & listen learning process, possess multiple talent to absorb different subjects from different field, need constant guideline from lecturer, cannot handle hands-on work, good at following flow, then better go for coursework.

Cuma sedikit tambahan kalau anda nak sambung PHD dengan master coursework mungkin kena study lebih sikit pasal ni. Ataupun pembaca boleh share macam mana caranya.

Ini saj yang dapat dikongsikan for your consideration before ambik master. Sebab ramai yang saya jumpa diorg, rasa diorg dah ambik bidang yang salah & nak quit. Tak larat nak carry on padahal nak habis dh. Saya sertakan ucapan good luck ye untuk sape2 yang bakal/teringin nak sambung master especially those yang dah keje & financially stable. Sebab dah sambung nanti sayang kalau nak patah balik.

Pengalaman Diana Nabila pula, katannya : since I dah buat master and now bekerja dalam academic line.

1st, kena consider tujuan anda buat master before pilih mode of study… Klu rasa nak masuk academic line or nak sambung PHD nanti, the best is kena amik yg ada component research (dissertation) atau fully research. Sbb thesis itu sgt penting dan sering ditanya klu nak minta keje nanti dan jg berguna bila buat research (journal article or grant).

Klu utk buat PHD pun sama, research master anda sgt berguna in term of provide pengalaman/pendedahan buat research so taklah pengsan masa PHD nanti. Dan research master blh jg dijadikan ground untuk buat PHD. So masa master ni pilihlah tajuk yg boleh dikembangkan bila buat phd nanti, jd tak lari bidang and dah tak susah, u just expand.

Wlupun begitu, my advice is to do mix mode. Sbb component thesis tak besar sgt (but still ada, so dh memenuhi syrt), dan jika nak masuk academic line, sebaiknya kita dah upgrade pengetahuan dlm course2 tertentu. Jika menggunakan knowledge peringkat undergrad saja mcm tak cukup padu.

However, jika tujuan buat master hanya suka2/utk kepuasan, etc, tak kesahlah nak buat mode mana…

Selain tu, kena tengok ur disiplin jugak. Klu anda jenis berpoya2 susah nak disiplin bab masa dsb, payah nak buat research. Sbb kita uruskan sdri masa tu (tak perlu hadir kelas dsb), progress bergantung pd disiplin anda sendiri. Tp klu amik coursework or mix mode yg kena hadir kelas, biasanya boleh hbs study dlm tempoh masa standard, sbb kita ikut jer dah ada jadual tu, sem 1 kena hadir kelas, assignment, exam, pastu proceed ke semester kedua. Sama mcm undergrad. Jarang org extend bersem2 jika buat mode ini.

Akhir kata, nak pilih mode apa bergantung pd keperluan anda mengapa buat master. Jangan takut jangan stress, tak susah pun buat master, lagi senang dari undergrad. Sy rasa lagi seksa nak habiskan 1st degree sbb 3 tahun tu lama sgt drag hingga hilang motivation. Master tak sedar setahun+ dah habis…

Level master bukan susah mana, kena lebih participating and perform saja, cth bercakap lebih, blh berdebat/defend ur ideas, pendek kata play active role. Jika undergrad duduk je dlm kls diam2 jadi ulat buku pun blh grad.

Master perlu aktif sikit, tp level susah tu tak susah mana pun sebenarnya. Ada lecturer, cara markingnya jika for undergrad, kita diberi markah berdasarkan point yg betul. Tp for master level, dia anggap kita dpt 100 markah dulu, then point mana yg salah dia akan tolak markah di situ. Sbb utk level master, kita sepatutnya dah expert and tak silap dari sudut knowledge/teori tu.

Pengalaman seorang student yang buat coursework, katanya : If you’re working n nk smbung master utk tujuan upgrade level n diri sendiri, saya cadangkan..buat coursework mcm saya. Sbb komitmen pd kerja n dlm ms yg sama diri sendiri. Tapi kalau anda mmg fulltime n ada plan further PHD, by research is the best.

Itu pndapat saya la. Tp bgus la sis pelajar master ni punya explanation. Jelas n jitu. Bagus utk kefahaman yang tgh berkira2 smbung study.

Saya buat master research juga. Masuk 3rd sem dapat panggilan kerja. Masa Tu tinggal data analysis & writing. Ingat sempat la nak buat. Tapi Tak. Extend 1 sem. Curi-curi masa buat writing.

Hampir jugak Nak give up, tapi alhamdulillah supervisor, family & friends pun banyak bantu. InsyaAllah tahun ni convo,  jadinya moral support pun perlu. Kalau rasa sangat terbeban luahkan jangan simpan sendiri..

Adakah kalau full time jd researcher mmg kurang masa ke ?.. Ingtkan blh wt ikut time kta.. Just pastikan antar on time.. Klu keja full time office hour, rasanya manakah mode yg sesuai?

Kalau full time pandai manage masa tak ? Ada masalah Nak habis research dalam tempoh 2 Tahun. Ada yg Boleh habis lagi awal. Sebab Saya masa sem 3 dapat tawaran kerja, tak sempat Nak mohon buat tukar ke part time, Tu yg kena curi-curi masa & kejar dateline. Kalau masih Nak kerja better amik part time & coursework. Research part time boleh tapi akan Makan masa.

Im doing master in mixed mode. Actually, for the first semester, saya register utk buat master in coursework. Sebab tak nak ngadap viva lagi after dah rasa azab nya time first degree dulu.

But then, masa sem 2 dapat pencahayaan agung di mana, kalau buat mixed mode, it would be better as if manalah tau kalau ada hati nak sambung PHD ke lepas tu. Plus, kena masuk kelas lagi. Kena carry lebih credit hours lagi utk melayakkan saya register utk project paper for the next semester. Macam ambik masa lama la jugak. Maka, disebabkan saya bukan jenis yg suka mengadap exam je keje and sort of quiz, midterm test and segala benda lain lagi la… saya pun decide tukar mode.

Sekarang, saya dah selamat habiskan semua classes. And now focus on doing my dissertation. Yang bestnya,  aku takde kelas dah kalau nak compare dgn member2 yg buat coursework dan advantage nya saya dapat buat tesis kat rumah and dapat la buat freelance tolong member key in data.

One thing yg best bila buat master by research or mixmode ni… anda dapat go into the details pasal research method tu. And apa yg saya baru sedar, saya suka benda2 research ni sebenarnya. So, bagi mereka yg rasa mmg suka buat benda2 mcm saya ni… boleh la pilih nk ambik mixed mode or full research.

Stress? DOnt worry. Even kita budak master pun. Get a life la jugak. Ambik masa bersosial. Jgn rigid sangat dok mengadap tesis and all sort of benda2 yg boleh buat anda stress. Chill. Time buat keje, buat keje. Time chill2, tgk kpop drama. Tengok. Time nak tengok pantai.. pegi tgk pantai. And jgn lupa diri pulak. Anda tu ada supervisor.

So, jgn lupa kerap2 la jumpa supervisor kalau tak nak kena dismiss sebab takde improvement and progress on your tesis.

Bagaimana pula pandangan student yang ambil master mixmode.. Katanya : disebabkan sy bekerja.. kelas 2 kali semiggu.. tp sy enjoy ke kelas, sbb sy rasa keluar dr dunia kerja sy.. buat master ni, jgn push sgt mcm undergrad.. rilleks.. but make sure u master the topics..hehe.. bole berdebat la kalau org tanya.. lg 1, mixmode ni, kalau exam, jawapan mmg xde dlm buku.. apa yg sembang dgn DR kat kelas, yg tu la yg masuk..

Kalau anda mksudkan buat keje skali macam group assigment macam degree yg tu memang tiada. Sebab setiap student akan buat tajuk lain-lain.

Kalau macam ni ada,contohnya supervisor anda buat research topik besarnya Makanan Untuk Haiwan Ternakan. Mungkin anda buat pasal cara nk hasilkan makanan tu, dan kawan anda under supervisor sama akan buat pasal kesan pemakanan terhadap system digestion. Kiranya tajuk anda akan ada kaitan dgn topik besar tapi tajuk & focus tidak akan setiap orang.

Hasil dari perbincangan tersebut dapatlah kita simpulkan bahawa kenalilah diri anda terlebih dahulu, jenis yang macamana seorang yang berdisiplin dengan masa atau sebaliknya, dan kenalilah apakah tujuan utama anda sambung Master sebelum memilih kategori-kategori mode tersebut. Juga pastikan anda mendapat support dari kawan, keluarga dalam meneruskan perjuangan ini sebagai motivasi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *