Komunikasi : Hubungan Peribadi

Menurut (Shahrol Aman Ahmad,et.al, 2012) Komunikasi adalah proses pemindahan maklumat dan pengetahuan dari seorang individu atau pihak kepada orang lain atau pihak dengan menggunakan simbol-simbol yang bermakna. Ia adalah satu kaedah pertukaran dan perkongsian idea, sikap, nilai, pendapat dan maklumat.

Walaupun terdapat beberapa jenis komunikasi, namun, penulis memilih jenis komunikasi interpersonal yang merujuk kepada konteks komunikasi yang melibatkan dua individu. Daripada, dua pcrkataan utama dapat dikenal pasti iaitu ‘inter’ dan ‘person’ Inter bermaksud antara dan ‘person’ pula merujuk kepada individu. Justeru itu, secara umum komunikasi interpersonal dapat dikatakan sebagai komunikasi antara individu.

Manusia secara semula jadi memilih individu-individu tertentu untuk berkomunikasi. Ada ketika manusia memilih untuk tidak terlibat langsung dalam sesuatu interaksi. Buber (1970) berpendapat dalam membentuk jalinan hubungan yang akrab seseorang itu akan mengambil masa yang lama, tenaga dan keberanian dalam menawarkan keakraban seseorang. Menurut Buber (1970) lagi manusia melaburkan usaha dan menanggung risiko dengan membuka diri secara mendalam hanva dengan individu tertentu sahaja. Justeru itu, komunikasi interpersonal dapatlah dikatakan sebagai satu interaksi yang akrab dengan orang-orang tertentu sahaja.

Kajian oleh Buber (1970) menunjukkan peringkat komunikasi interpersonal yang tertinggi adalah komunikasi yang mclibatkan individu. Menurut beliau lagi, kita tidak boleh melihat individu sebagai manusia biasa. Manusia dilihat sebagai individu vang unik terutamanya dalam komunikasi interpersonal. Dalam hal ini, manusia tidak akan berinteraksi melalui peranan sosial mereka sahaja (pensyarah-pelajar, ketua-pekerja ataupun guru-murid) tetapi kita perlu memahami perbezaan yang wujud dalam setiap diri individu. Memahami perasaan takut, seronok dan gembira individu memerlukan tempoh masa yang panjang. Apabila kepercayaan terbentuk, maka individu mula mendedahkan peribadi mereka dan akan membenarkan kita melihat diri mereka yang unik. (Shahrol Aman Ahmad,et.al, 2012)

Oleh itu, tugasan ini akan membincangkan mengenai kepentingan komunikasi dalam sebuah hubungan peribadi dan faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya konflik dalam hubungan peribadi. Di samping menjelaskan strategi yang berkesan bagi mengatasi konflik dalam hubungan peribadi.

 

PERBINCANGAN MENGENAI KEPENTINGAN KOMUNIKASI DALAM HUBUNGAN PERIBADI

 Memenuhi Tuntutan Fitrah Manusia

 

Manusia tidak dilahirkan bersendirian. Mereka mempunyai keperluan tertentu yang perlu dipenuhi dan salah satu tempat kebergantungan setelah seseorang itu memerlukan kepercayaan kepada Tuhan. Kebanyakan orang memerlukan persahabatan untuk mengelakkan rasa sunyi, menyelesaikan konflik atau disayangi. Manusia juga memerlukan antara satu sama lain untuk hidup dan memenuhi hasrat mereka untuk bersosialisasi. Ia adalah normal bagi orang ramai untuk berasa diperlukan. Hubungan terjalin bagi tujuan mendapatkan perhatian daripada orang lain dan memenuhi kehendak untuk memiliki dan dimiliki. Perasaan sunyi menyukarkan seseorang untuk menjalinkan suatu hubungan dengan orang lain. Hubungan yang akrab melibatkan perasaan untuk mencintai dan dicintai. Seseorang akan merasa lebih mudah untuk menyesuaikan dirinya dalam hubungan dengan orang lain jika dia selesa dengan mereka.

 

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Kami Tuhan menjadikan kamu daripada seorang lelaki dan perempuan iaitu Nabi Adam dan Siti Hawa, maka lahirlah berbagai-bagai bangsa, dengan tujuan supaya kamu berkenal-kenalan di antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Tuhan adalah mereka yang paling bertaqwa.” (Surah Al Hujurat: Ayat 13)

 

Ayat tersebut menganjurkan agar manusia kenal mengenal antara satu sama lain, bahawa kita bukan hidup berseorangan dan berkempentingan diri yang tidak memerlukan. Oleh itu, kita memerlukan orang lain atau bangsa lain. Ini menjelaskan kepada kita bahawa saling perlu memerlukan, bukan dari satu pihak sahaja. Ianya melibatkan dua pihak sama ada dua individu, dua bangsa atau dua jemaah.

 

Mengawal Keadaan

 

Setiap individu berusaha untuk membentuk dan mempertahankan pengaruh mereka dalam satu persahabatan. Dalam keadaan tertentu, seseorang berhasrat untuk memastikan bahawa hubungan mereka adalah stabil, selesa dan berada dalam kawalan mereka. Seseorang individu dengan jujur seharusnya menceritakan perasaannya. Sekiranya tersinggung hendaklah mengatakan bahawa diri itu tersinggung.  Seseorang yang tidak jujur akan perasaannya seumpama tidak bertanggungjawab atas  perasaan sendiri.Ia  akan  menyebabkan  hubungan menjadi tegang dan komunikasi menjadi negatif.

 

Menurut ajaran Islam, Al-Quran telah memberi beberapa garis panduan sebagai asas bagi mewujudkan perhubungan atau interaksi yang berkesan di antara seseorang dengan seseorang insan yang lain.

 

Justeru itu, di antara ayat-ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang perkara di atas ialah:

“Perkataan yang baik dan perbuatan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada memberi sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan) menyakitkan hati. Dan (ingatlah)Allah maha kaya dan maha penyantun.(Al-Baqarah: 263).

 

Nabi Muhammad SAW juga pernah menekankan betapa pentingnya kita berkomunikasi. Baginda bersabda dalam hadis yang bermaksud : “Tidak halal bagi seseorang apabila ia memutuskan hubungan dengan saudaranya sesama muslim melebihi tiga hari, keduanya saling bertemu namun saling mengacuhkan satu sama lain dan yang terbaik dari keduanya adalah yang memulai menegur dengan mengucapkan Salam.” (Hadits Riwayat al-Bukhari, no. 5727 dan Muslim, No. 2560)

 

Hadis tersebut memberi maksud bahawa hukumnya adalah haram bagi seseorang Muslim yang berniat tidak mahu berkomunikasi dengan sesiapa pada hari tersebut. Dalam kehidupan sehari-hari, kita sering melakukan komunikasi secara perseorangan atau secara individual dengan orang lain. Komunikasi sedemikian ini sering disebut komunikasi bersemuka, dan disebut juga komunikasi antara peribadi (interpersonal communication).

-Pengembangan keperibadian

 

Bayangkan manusia tidak berkomunikasi, kita tidak dapat berkenalan dengan orang lain, kita tidak dapat membangun sesuatu hubungan, tidak dapat bersosialisasi, dan kita tidak dapat perkembangan diri dan tidak mempunyai luas pengalaman. Oleh itu, komunikasi itu akan terus ada seiring dengan perkembangan manusia. Manusia tidak berkembang tanpa ada komunikasi, dan komunikasi tidak mungkin ada tanpa ada manusia. Boleh dikatakan manusia itu tidak terlepas dari berkomunikasi.

 

Sekiranya ada orang yang selalu menjahui dirinya dengan orang lain dan sedikit melakukan komunikasi dengan orang lain, dia sudah jelas akan mengalami keterlambatan dalam pengembangan sahsiahnya dan akan mempunyai sedikit mempunyai pengalaman, orang tersebut akan menjadi pemalu dan kurang keyakinan diri atau dengan kata lain orang yang kurang berkomunikasi juga akan mempengaruhi psikologi seseorang yang menjadikan ia lambat untuk berkembang.

 

Oleh itu, komunikasi juga penting dalam pembentukan karakter keperibadian seseorang dan pengembangan idea kerana dengan berkomunikasi manusia boleh membentuk pengalaman sehingga manusia dapat berkembang sejahtera dan mengawal kesihatan psikolgi manusia. (Sari, 2012)

 

 PERBINCANGAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA BERLAKUKANYA KONFLIK DALAM HUBUNGAN PERIBADI

Konflik berasal dari kata kerja Latin ‘configere’ iaitu saling memukul. Secara Sosiologinya, konflik diertikan sebagai suatu proses sosial antara dua orang atau lebih, yang dimana salah satu pihak berusaha menyingkirkan pihak lain dengan menghancurkannya sehingga tidak berdaya berhubung lagi.

Namun, setiap hubungan peribadi mengandungi unsur-unsur konflik, pertentangan pendapat atau perbezaan kepentingan. Konflik adalah situasi dimana tindakan salah satu pihak berakibat menghalangi atau mengganggu tindakan pihak lain (Johnson, 1981)

Robbins (1996) dalam “Organization Behavior” menjelaskan bahawa konflik adalah suatu proses interaksi yang terjadi akibat adanya ketidaksesuaian di antara dua pendapat yang berpengaruh atas pihak-pihak yang terlibat baik pengaruh positif ataupun pengaruh negatif.

Oleh itu, konflik terjadi disebabkan wujudnya interaksi yang dipanggil komunikasi. Hal ini bermaksud, apabila kita ingin mengetahui konflik, kita harus mengetahui kemampuan dan perilaku komunikasi. Semua konflik mengandungi komunikasi, tapi tidak semua konflik berakar pada komunikasi yang buruk.

Pelbagai mitos tentang konflik difahami berdasarkan dua pandangan, iaitu tradisional dan kontemporari. Dalam pandangan tradisional, konflik dianggap sebagai sesuatu yang buruk yang harus dihindari. Kebiasaannya konflik dikaitkan dengan kemarahan dan pertentangan sama ada secara fizik ataupun kata-kata kasar. Sebaliknya, pandangan kontemporari mengenai konflik didasarkan pada anggapan bahawa konflik adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan sebagai kesinambungan logik interaksi manusia. (Rimasekarani, 2010)

Oleh yang demikian, di antara faktor yang menyumbang tercetus konflik antaranya:

1-Perbezaan individu pada pendirian dan perasaan.

Setiap manusia adalah individu yang unik, ini bermakna setiap orang memiliki perbezaan pendirian dan perasaan di antara satu sama lain. Perbezaan pendirian dan perasaan dalam sesuatu hal atau lingkungan boleh menjadi faktor penyebab konflik kerana dalam menjalani hubungan, seseorang tidak selalu sehaluan dengan orang lain.

Misalnya, ketika berlangsung pentas muzik di kawasan perumahan, perasaan setiap penduduk berbeza persepsi. Ada yang merasa terganggu kerana bising, tetapi ada pula yang merasa terhibur.

2-Perbezaan latar belakang kebudayaan.

Seseorang sedikit banyak akan terpengaruh dengan pola-pola pemikiran dan pendirian kelompoknya. Oleh yang demikian, kepelbagaian kebudayaan sehingga membentuk peribadi yang berbeza. Pemikiran dan pendirian yang berbeza itu pada akhirnya akan menghasilkan perbezaan individu yang dapat mencetus konflik.

Justeru, terdapat dua komponen dalam menyebarkan budaya dalam masyarakat iaitu generasi yang menurunkan budaya dan generasi yang menerima budaya. Simbiosis ini akan membantu sesebuah masyarakat berkenaan kekal sebagai sebuah masyarakat.

Oleh itu itu, individu dapat dilihat dari kelompok manusia yang berbeza dari segi kepentingan bersama, penyertaan dalam perhubungan yang mempunyai ciri khusus, penyertaan dalam institusi yang dikongsikan bersama dan mengamalkan budaya yang sama. Masyarakat juga dilihat sebagai komuniti yang tinggal disebuah negeri atau wilayah tertentu, mempunyai adat resam, undang-undang serta organisasi yang dikongsi bersama. Misalnya, Malaysia yang terdiri daripada pelbagai masyarakat seperti Melayu, Cina dan India.

3-Perbezaan kepentingan antara individu.

Manusia memiliki perasaan, pendirian maupun latar belakang kebudayaan yang berbeza. Oleh sebab itu, dalam masa kebersamaan masing-masing orang memiliki kepentingan yang berbeza-beza. Kadang-kadang orang dapat melakukan hal yang sama, tetapi untuk tujuan yang berbeza-beza. Jika kita lihat kepada konsep Ras juga melahirkan prasangka atau prejudis yang merupakan akar-umbi segala bentuk rasisme. Prasangka adalah satu pandangan yang buruk terhadap individu atau kelompok manusia lain dengan hanya merujuk kepada ciri-ciri tertentu seperti ras, agama, pekerjaan, jantina atau kelas (Macionis, 1998). Sebagai contoh, kaum kulit hitam dianggap kurang dari segi intelektual dan kekayaan kerana berpunca daripada persaingan daripada sumber yang bernilai seperti kuasa, tanah dan pekerjaan.

3-Mengabaikan pendidikan agama

Ketenangan di antara hubungan peribadi terletak pada banyak faktor dan yang paling utama ialah beragama. Awal kepada agama ialah mengenal Tuhan (akidah). Mendidik hubungan kepada Tuhan pada hakikatnya ialah usaha menanam keyakinan bahawa hidup adalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Menurut ajaran Islam, instrumen yang diguna pakai ialah menjaga solat lima kali sehari dan yang terbaik ialah berjemaah. Pengabaian amalan agama membentuk hubungan yang pincang, resah, hilang kesabaran dan kesan jangka masa panjang yang negatif kepada hubungan jua.

 

STRATEGI YANG BERKESAN BAGI MENGATASI KONFLIK DALAM HUBUNGAN PERIBADI

Setiap orang memiliki strateginya masing-masing dalam meleraikan konflik. Strategi-strategi ini merupakan hasil dari pembelajaran dan pergaulan, biasanya dimulai sejak masa kanak-kanak, remaja sehingga dewasa. Spiegel (1994) menjelaskan ada lima tindakan yang dapat kita lakukan dalam menangani konflik:

1-Bersaing

Pilihan tindakan ini boleh selesai dilakukan jika situasi itu membolehkan keputusan yang cepat, kepentingan salah satu pihak lebih utama dan pilihan kita sangat penting. Hanya perlu diperhatikan situasi menang-kalah akan terjadi disini. Pihak yang kalah akan merasa dirugikan dan dapat menjadi konflik yang berpanjangan. (Rimasekarani, 2010)

2-Menghindari konflik

Tindakan ini dilakukan jika salah satu pihak menghindari dari situsasi tersebut secara fizik ataupun psikologi. Sifat tindakan ini hanyalah menunda konflik yang terjadi. Menghindari konflik bisa dilakukan jika masing-masing pihak mencoba untuk mendinginkan suasana, membekukan konflik untuk sementara. Kesan kurang baik boleh terjadi jika pada ketika yang kurang tepat konflik meletus kembali, ditambah lagi jika salah satu pihak menjadi stress kerana merasa masih memiliki hutang menyelesaikan persoalan tersebut.

3-Penyesuaian Diri

Jika kita mengalah dan mengorbankan beberapa kepentingan sendiri agar pihak lain mendapat keuntungan dari situasi konflik itu. Hal ini dilakukan jika kita merasa bahawa kepentingan pihak lain lebih utama atau kita ingin tetap menjaga hubungan baik dengan pihak tersebut. Pertimbangan antara kepentingan peribadi dan hubungan baik menjadi keutamaan. Perlunya komunikasi yang mementingkan kepentingan dan tujuan bersama dan tidak mementingkan tujuan peribadi. Dalam situasi ini tidak boleh bercakap kerana hendak memperjuangkan perasaan diri sendiri sahaja. (Sari, 2012)

4-Kompromi

Tindakan ini dapat dilakukan jika ke dua belah pihak merasa bahawa kedua hal tersebut sama-sama penting dan hubungan baik menjadi yang utama. Masing-masing pihak akan mengorbankan sebahagian kepentingannya untuk mendapatkan situasi yang saling menguntungkan. Penyelesaian konflik melalui Kaedah Penyelesaian Secara Bekerjasama (KPSB) adalah melalui beberapa tahap (Abdul Rahman Abdul Aziz, 2000). Kaedah ini diperkenalkan oleh Mary Parker Folet yang lebih mengkhususkan kepada konflik yang melibatkan dua orang. Melalui kaedah ini, dua orang yang berkonflik tadi memilih cara yang diterima oleh mereka berdua. Dalam kaedah penyelesaian begini, tidak ada pihak yang kalah kerana kedua-duanya berkompromi untuk kebaikan bersama.

i-Bekerjasama

Menciptakan situasi hubungan saling bekerjasama. Pilihan tindakan ada pada diri kita sendiri dengan akibat dari masing-masing tindakan. Jika terjadi konflik pada hubungan peribadi dan kepentingan yang harus kita pertimbangkan. Namun biasanya kita tidak menyedari cara bertingkah laku kita dalam situasi-situasi konflik.  Apa yang kita lakukan seolah-olah terjadi begitu saja.

Maka bila kita terlibat dalam suatu konflik dengan orang lain, ada dua hal yang harus kita pertimbangkan iatu kepentingan peribadi yang harus dipertahankan mati-matian atau tidak terlalu penting penting sehingga dengan mudah kita korbankan dan hubungan baik dengan pihak lain. Seperti tujuan peribadi, hubungan dengan pihak lain juga adapat kita rasakan sebagai hal yang sangat penting atau sama sekali tidak penting.

Walau bagaimanapun, ini berbalik kepada cara tingkah laku ketika berlaku konflik dengan hubungan peribadi, akan ditentukan bertunjungkan kepada tujuan peribadi dan hubungan dengan pihak lain. Berdasarkan dua pertimbangan itu, (Johnson,1981) menemukan lima gaya untuk mengenalpasti masalah konflik di antara peribadi berdasarkan watak beberapa haiwan di antaranya :

-Gaya kura-kura: Kura-kura lebih senang menarik diri bersembunyi di balik tempurung badannya untuk menghindari konflik. Mereka cenderung menghindar dari perkara pokok masalah maupun dari orang-orang yang dapat menimbulkan konflik. Mereka percaya bahwa setiap usaha memecahkan konflik hanya akan sia-sia. Lebih mudah menarik diri, secara fizik maupun psikologi daripada menghadapi konflik.

-Gaya Ikan Yu: Senang menawan lawan dengan memaksanya menerima penyelesain konflik yang diajukan. Baginya, tercapainya tujuan peribadi adalah yang utama, sehinggakan hubungan dengan pihak lain tidak terlalu penting. Maka, konflik harus dipecahkan dengan cara satu pihak menang dan pihak lainnya kalah. Watak ikan Yu adalah selalu mencari menang dengan cara menyerang, mengungguli dan mengancam ikan-ikan lain.

-Gaya kancil: Seekor kancil sangat mengutamakan hubungan, dan kurang mementingkan tujuan-tujuan peribadinya. Ia ingin diterima dan disukai binatang lain. Ia berkeyakinan bahawa konflik harus dihindari, demi menjadi keharmonian. Oleh itu, setiap konflik tidak mungkin dipecahkan tanpa merosak hubungan. Konflik harus didamaikan, bukan dipecahkan, agar hubungan baik tidak rosak.

-Gaya Musang: Musang senang mencari kompromi. Baginya, baik mencapai tujuan-tujuan peribadi maupun hubungan baik dengan pihak lain sama-sama cukup penting. Ia mahu mengorbankan sedikit tujuan-tujuannya dan hubungannya dengan pihak lain demi tercapainya kepentingan dan kebaikan bersama.

-Gaya Burung Hantu: Burung hantu sangat mengutamakan tujuan peribadinya sekaligus hubungannya dengan pihak lain. Baginya konflik merupakan masalah yang harus dicari pemecahannya. Pemecahan itu harus seiring dengan tujuan-tujuan peribadinya mahu pun lawannya. Oleh itu, konflik bermanfaat meningkatkan hubungan dengan cara mengurangi ketegangan di antara dua pihak. Maka, menghadapi konflik, burung hantu akan selalu berusaha mencari penyelesaian yang memuaskan kedua pihak. Penyelesaian juga mampu menghilangkan ketegangan serta perasaan negatif lain yang mungkin muncul di dalam diri kedua pihak akibat konflik itu.(Mujahidah, 2013)

 

ii-Mendengar

 

Tuhan memberi dua telinga supaya manusia dapat mengimbangkan pendengarannya. Seimbang di sini bermaksud dapat menilai baik dan buruk sesuatu isu sebelum membuat keputusan. Kemahiran mendengar adalah kaedah mudah untuk mengawal emosi dan menurunkan perasaan marah yang meluap-luap. Bagi kanak-kanak atau remaja, ibu bapa harus mendidik mereka untuk mendengar biar apa pun yang berlaku supaya proses mendengar itu menjadi kebiasaan. Keajaiban mendengar ialah menurunkan perasaan orang yang sedang marah dan membina kembali hubungan yang lebih produktif.

iii-Memujuk

Memujuk memerlukan kemahiran diplomasi yang sangat tinggi. Matlamat membina hubungan peribadi dari segi emosi ialah menyuburkan kasih-sayang di antara dua individu. Sebenarnya, konflik yang muncul memerlukan satu pihak untuk melihat ke hadapan apakah yang perlu dilakukan tanpa menjejaskan prasangka buruk dan meninggalkan keserabutan. Menggunakan pujukan bagi menyelesaikan konflik bermaksud menggunakan fikiran, bukannya tangan atau kaki. Elemen memujuk termasuk lenggok bahasa, pernyataan emosi dan perlakuan membantu ke arah mengurangkan ketegangan. Kaedah memujuk yang terbaik adalah berdialog (Sherman, J.R, 1987).

iv-Sistem S-TLC

Lulofs dan Cahn (2000) dalam buku Conflict: From Theory to Action mencadangkan sistem S-TLC bagi mengurangkan konflik antara perorangan melalui kemahiran komunikasi yang menggalakkan.

 

S-Stop (Berhenti) Berhenti apabila menyedari terdapat konflik yang sedang berlaku. Contoh untuk berhenti ialah meminum seteguk air kosong sambil berlegar-legar sebelum memberi maklum balas terhadap isu yang dibincangkan. Kaedah lain ialah mengira dari belakang bermula dengan 100 hingga 0 bagi mengurangkan tekanan.

 

T-Think (Fikir) Fikir sebelum bertindak. Elakkan daripada membuat kesimpulan awal kerana banyak perkara harus diberi pertimbangan dan pilihan. Yang sangat utama ialah memikirkan hubungan dengan orang lain yang terlibat. Bijak berfikir adalah penentu kepada kejayaan bagi menyelesaikan konflik.

 

Listen (Dengar) Dengar sebelum berkata sesuatu. Kecenderungan kebanyakan orang ialah mempertahankan diri mereka sejurus mendengar kritikan berbanding mendengar terlebih dahulu keseluruhan ucapan orang lain. Dengar apa yang dikatakan dan juga cuba memahami kenapa ia berkata demikian.

 

Communicate (Berkomunikasi) Rancang bagaimana untuk bercakap. Walau bagaimanapun pilihan untuk melakukan tindakan kekerasan adalah pilihan terakhir, itu pun sebagai pertahanan diri. Yang paling digalakkan ialah bercakap atau berbual terlebih dahulu tetapi dengan cara yang bukan agresif. Menyatakan fakta dapat membantu mempercepatkan konflik berakhir.

 

Dalam Sistem S-TLC ini, peringkat T (Fikir) dan L (Dengar) adalah sangat penting kerana ia sedikit sebanyak membantu mengurangkan tekanan ke atas konflik. Kemahiran S-TLC boleh dimulakan dengan isu yang kecil-kecil seperti menentukan restoran pilihan untuk makan malam. (Zainudin, 2007)

 

KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan ini, kita telah mendapat gambaran awal tentang konflik adalah sebahagian yang masalah yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan manusia samada personal, keluarga atau masyarakat. Konflik berlaku apabila terdapat salah seorang dalam hubungan yang tidak bersetuju mengenai sesuatu perkara dalam kehidupan mereka terutamanya perbezaan pendapat dalam sesuatu hal dan bagaimana keputusan harus dibuat. Oleh itu, setiap pertikaian juga tidak boleh dipandang kepada sudut negatif saja, bahkan ia juga akan positif agar kuasa perhubungan peribadi sentiasa berkembang di antara satu sama lain.

Perselisihan pendapat, budaya dan komunikasi memberi kesan ke atas hubungan yang terjalin. Kebahagiaan dalam hubungan peribadi sebenarnya saling memahami tanggungjawab dan permuafakat antara ke dua belah pihak. Namun, sikap yang bertanggungjawab dan matang supaya penelitian yang saksama, adil dan berhati-hati dapat dilaksanakan dalam sebuah hubungan dengan sifat kasih sayang, mencintai dan keinginan terhadap satu sama lain telah disempurnakan.

Justeru, melalui pengamalan keagamaan mengikut kepercayaan masing-masing juga dapat menjamin keintiman hubungan peribadi yang diasaskan dari hubungan kasih sayang dan kepercayaan ke arah pembentukan keperibadian seseorang dengan adab dan moral yang mulia. Selain itu, komunikasi yang berkesan pasti mudah sekiranya kita membesar dalam keluarga yang memang mengamalkan komunikasi yang ikhlas dan menyayangi.

 

Rujukan

al-Quran al-Karim. (t.t).

H.Danni Nursalam, e. (2012). Al-Quran Cordoba. Bandung: Cordoba.

Mohd Baharudin Othman, M. K. (2003). Pengantar Komunikasi. Kedah: UUM Press Universiti Utara Malaysia.

Mujahidah. (2013, Oktober 12). Komunikasi Antara Individu. Didapatkan dari http://titisanmutiaraputih.blogspot.my

Rimasekarani. (2010, April 02). Konflik Dalam Hubungan Antarpribadi. Didapatkan dari https://rimuu.wordpress.com

Sari, E. T. (2012, November 18). Pentingnya Komunikasi Dalam Kehidupan Manusia. Didapatkan dari https://communicateur.wordpress.com

Shahrol Aman Ahmad,et.al. (2012). Prinsip Pengurusan. Selangor: Open University Malaysia.

Zainudin, Z. (2007, April 18). Konflik Rumah Tangga, Punca Dan Strategi. Didapatkan dari http://zahirzainudin.blogspot.my/

 

 

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *