Pada umumnya, terdapat tiga kumpulan kaum utama yang membentuk masyarakat Malaysia iaitu Melayu. Cina dan India. Disamping tiga kumpulan etnik ini, terdapat pula kumpulan minoriti seperti Orang Asli. Punjabi, Serani dan lain-lain. Kehadiran tiga kaum ini dan kaum-kaum lain telah mewujudkan masyarakat majmuk di negara ini.

Walaupun mereka menetap di sebuah negara yang sama, namun ketiga-tiga kaum masih mengekalkan identiti masing-masing dan mengamalkan tradisi tersendiri. Kesetiaan setiap kaum dalam masyarakat berbilang banga terhadap budaya masing-masing telah menimbulkan kesulitan untuk membentuk satu budaya perpaduan nasional di Malaysia. Oleh yang demikian, kepelbagaian adat resam dan budaya dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia terus kekal. Ini jelas terbukti melalui berbagai-bagai jenis perayaan yang dirayakan oleh masyarakat Malaysia pada ini. (Ibrahim, 2007)

Kefahaman tentang konsep bangsa dan etnik dalam hubungan sosial dan budaya adalah salah satu elemen penting dalam membentuk sebuah masyarakat yang baik dalam negara yang mempunyai pelbagai budaya. Pengetahuan ini adalah berguna untuk membantu seseorang bagi memahami tentang budaya setempat. Oleh itu, tanpa penyerapan kefahaman ini boleh memusnahkan sesebuah negara kerana kes penghapusan etnik yang sentiasa menjadi isu dan permasalahan dunia pada saat ini misalnya penghapusan etnik Rohingya oleh Kerajaan  Myanmar.  Etnik Rohingya adalah  etnik  minoriti  yang  duduk  di wilayah  Rakhine,  Myanmar  Barat,  berbatasan  dengan  Bangladesh. (Abdul Halim Sidek, 2016)

Justeru, persefahaman dan bermuafakat akan mencerminkan keperibadian mulia dan ketamadunan sesebuah negara, bermula dari sikap toleransi dan keterbukaan seterusnya dapat bersama-sama mempertahankan ancaman luar yang boleh menggugat keharmonian dalam sesebuah masyarakat. Peribahasa menyebut: “Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat”.

Tugasan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar tentang kepelbagaian bangsa dan etnik serta hubungannya dengan aspek sosial dan budaya. Penulis akan menjelaskan konsep bangsa dan etnik, juga konsep etnik dalam hubungan sosial dan budaya. Disamping itu menganalisis sebab-sebab berlaku perkauman dan etnosentrik yang membawa kepada pergaduhan dan memberi pendapat untuk mengelakkan konflik ini terus berlaku.

KONSEP BANGSA DAN ETNIK

Konsep Bangsa

Menurut (Kamus Dewan, 2016) bangsa adalah jenis manusia daripada satu asal keturunan atau kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan

Oleh itu, kewujudan bangsa atau ras dan lahir entiti sebuah negara yang mewakili bangsa berkenaan. Menurut (Amri, 2012), kewujudan negara dan bangsa ini berdasarkan tiga keadaan berikut:

Pertama: Satu bangsa mewakili satu negara. Ia berteraskan kepada satu ras membentuk bangsa dan membentukan satu negara. Sebagai contoh, bangsa Jepun membentuk negara Jepun.

Kedua: Bangsa tanpa negara. Terdapat beberapa bangsa tanpa negara dan mereak menuntut bangsa mereka untuk bernegara dan mempunyai autonomi sendiri. Contohnya, bangsa Melayu Patani di Selatan Thailand. Bangsa Melayu Patani dahulu merupakan sebuah kerajaan yang berautoriti sendiri, akibat daripada penjajaahan, maka Patani diserahkan kepada Siam (Thailand) sedangkan, bangsa Melayu Patani adalah beragama Islam dan berbudaya Melayu. Maka berlaku konflik apala meraka merasakan bahawa mereka bukan sebahagian daripada bangsa Thailand yang berbudaya Thai dan beragama Buddha.

Ketiga: Negara tanpa bangsa. Senario ini berlaku pada negara apabila kewujudan sesebuah negara berlaku dan diperakui kedaulatannya, tetapi tidak jelas dari segi identiti bangsa yang dibina. Misalnya, Malaysia lahir sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa atau ras dengan setiap etnik berkenaan mengekalkan identiti etnik masing-masing.

Justeru, konsep bangsa dan etnik dalam konteks Malaysia, kita dapat katakan negara bangsa sebagai sekumpulan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik, agama dan budaya mendiami sempadan politik tertentu. Mereka mengamalkan sikap toleransi, permuafakatan dan bersefahaman dan kemudian berlaku proses akulturasi dan asimilasi dalam suasana hubungan etnik yang harmoni melibatkan pelbagai kaum. (Mohd Syariefudin , 2014)

Apabila Malaysia diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957, yang dilahirkan adalah sebuah negara dan bukannya sebuah bangsa. Begitu juga, apabila Malaysia terbentuk pada 16 September 1963, yang diwujudkan adalah negara Malaysia bukannya bangsa Malaysia.

Maka, Malaysia masih dalam proses pembentukan bangsanya. Inilah antara cabaran yang paling sukar dalam pembinaan negara Malaysia adalah untuk menyatukan pelbagai etnik yang terdiri dariapda pelbagai latar belakang, agama, bahasa dan pengalaman yang berbeza di bawah satu payung iaitu Malaysia. Namun, Malaysia terbukti berjaya menguruskan masyarakatnya dengan baik. Walaupun berlaku ketidakpuasan hati dalam aspek tertentu tetapi lebih kepada pengukuhan dan rundingan agar hubungan etnik di Malaysia dan tidak menjurus kepada konflik etnik yang berpanjangan. (Embong, 2006)

Konsep Etnik

(Kamus Dewan, 2016) Etnik bermaksud masyarakat yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yang sama.

Menurut Ting Chew Peh (1987), istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani yang dipanggil ethnos bermaksud orang iaitu sekumpulan manusia atau bangsa.

Oleh itu, Etnik adalah antara istilah yang banyak digunakan dalam masyarakat kita selain istilah kaum. Etnik khususnya ialah konsep yang digunakan untuk merujuk pada kelompok manusia yang mempunyai ciri-ciri distingtif tertentu, misalnya agama, bahasa, budaya atau asal usul kebangsaan.

Apa yang dimaksudkan dalam konsep ini ialah kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Justeru, konsep etnik ini secara umum merujuk pada sekumpulan manusia yang mengamalkan budaya yang hampir sama merangkumi adat resam, pakaian, bahasa, agama, aktiviti ekonomi dan sebagainya.

Bertitik tolak daripada konsep etnik ini, lahirlah istilah etnisiti yang merujuk lebih pada konsep ras itu sendiri. Konsep etnisiti ialah konsep baru yang dimodifikasi daripada kosep ras itu sendiri. Etnisiti merujuk pada rasa kekitaan seseorang terhadap kumpulan etnik tertentu. Misalnya, seorang Melayu berbangsa Jawa akan lebih selesa berada dalam kelompok Melayu Jawa disebabkan mereka berkongsi banyak benda yang sama seperti budaya, sejarah hidup, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Oleh itu, dalam etnik dan etnisiti terdapatnya ras dan sub ras tertentu yang mempengaruhi pembentukan mereka. (Mohd Syariefudin , 2014)

KONSEP ETNIK DALAM PERHUBUNGAN SOSIAL DAN BUDAYA

Dengan lahimya konsep etnik, maka wujud konsep hubungan etnik atau dipanggil hubungan ras. Hubungan etnik ialah konsep yang merujuk pada hubungan yang wujud antara manusia yang berbeza dari segi ras dan keturunan. Hubungan ini penting apabila mereka yang berhubungan itu sedar tentang perbezaan tersebut. Hubungan ini akan menentukan konsep tentang diri mereka dan juga kedudukan masing-masing dalam masyarakat.

 

Walau bagaimana pun, hubungan etnik ini penting dan menjadi isu besar di beberapa buah negara dalam masyarakat yang majmuk atau plural. Dalam konteks Malaysia, kita ialah masyarakat majmuk, tetapi Amerika ialah lebih majmuk berbanding Malaysia. Justeru, hubungan etnik ini bukan fenomena Malaysia semata-mata, tetapi fenomena global. Dalam banyak situasi, kepelbagaian ini membawa masalah dan banyak berakhir dengan konflik seperti Bosnia, Selatan Thailand dan sebagainya.

 

Bidang hubungan etnik mengkaji tingkah laku dan interaksi sosial antara masyarakat yang mempunyai perbezaan dari segi fizikal dan budaya. Apabila masyarakat berlainan budaya bertembung, maka sudah tentulah timbul masalah dari segi interaksi sosial antara mereka kerana masing-masing mempunyai amalan budaya yang berlainan. Kajian hubungan etnik juga melihat bagaimana persekitaran sosial dan budaya memainkan peranan penting dalam mempengaruhi interaksi tersebut, sama ada hubungan itu penuh dengan harmoni atau sebaiknya. (Mohamed Yusoff Ismail, 2009)

 

Oleh itu, perhubungan sosial yang baik di antara setiap etnik akan membentuk sekumpulan masyarakat yang hidup bersama di satu tempat dengan aturan dan cara tertentu dengan harmoni. Menurut Roucek dan Warren (1979), masyarakat bermaksud kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka hidup bersama.

 

Ahli masyarakat tersebut mempunyai perhubungan terus menerus dalam kalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama berabad-abad. Umumnya, masyarakat merupakan sekumpulan manusia yang berkongsi budaya yang sama, menduduki satu kawasan khas dan merasai kewujudan mereka sebagai entiti yang bersatu padu dan berbeza dengan entiti yang lain. Masyarakat juga merupakan kumpulan atau kelompok manusia yang mempunyai struktur organisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif dan mampu menyatupadukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara sarrta lain, serta melahirkan satu sistem yang dinamakan sebagai kebudayaan.

 

Masyarakat mempunyai institusi yang kompleks. Institusi merupakan praktis yang mantap untuk mengawal pelbagai aktiviti sosial dan membentuk kehidupan sosial. Institusi ini membentuk set kepercayaan yang akan dikongsi bersama berdasarkan prosedur mantap bagi memenuhi keperluan sosial. Contoh institusi ialah perkahwinan, kurikulum pendidikan, ritual keagamaan kerajaan. Institusi tersebut memberikan kestabilan terhadap aspek yang berlainan dalam kehidupan kita. Hal ini bermakna institusi dalam masyarakat adalah saling berkait dan bergantung antara satu sama lain.

 

Oleh yang demikian, tahap masyarakat yang bermula dengan tahap keluarga, komuniti, negara dan bangsa dan seterusnya masyarakat organisasi global dan antarabangsa.

 

Walau bagaimanapun, masyarakat merupakan entiti penting dalam kewujudan kebudayaan. Sebaliknya tanpa masyarakat, mustahil kebudayaan akan terbina. Kewujudan kebudayaan ialah manifestasi kewujudan masyarakat. Realitinya, masyarakat mempunyai kebolehan untuk mencipta, mengubah, menokok dan melestarikan budaya dan berupaya menurunkan kepada generasi yang akan mewarisinya.

 

Justeru, terdapat dua komponen dalam menyebarkan budaya dalam masyarakat iaitu generasi yang menurunkan budaya dan generasi yang menerima budaya. Simbiosis ini akan membantu sesebuah masyarakat berkenaan kekal sebagai sebuah masyarakat.

 

Oleh itu itu, masyarakat dapat dilihat sebagai kelompok manusia yang berbeza dari segi kepentingan bersama, penyertaan dalam perhubungan yang mempunyai ciri khusus, penyertaan dalam institusi yang dikongsikan bersama dan mengamalkan budaya yang sama. Masyarakat juga dilihat sebagai komuniti yang tinggal disebuah negeri atau wilayah tertentu, mempunyai adat resam, undang-undang serta organisasi yang dikongsi bersama. Misalnya, Malaysia yang terdiri daripada pelbagai masyarakat seperti Melayu, Cina dan India.

 

Dalam konteks ini, payung besar yang memayungi negara ialah masyarakat Malaysia. Walaupun setiap etnik mempunyai masyarakat masing-masing, tetapi setiap etnik itu akur pada payung yang lebih besar iaitu Malaysia. Justeru, cara bertindak dan berhubung dalam kehidupan masyarakat pelbagai etnik ialah melalui dasar dan undang-undang yang ada di Malaysia, di samping budaya setiap etnik itu sendiri yang mendasari pembentukan dan pembinaan Malaysia.

 

Pembentukan budaya dipengaruhi oleh proses sosialisasi. Sosialisasi ialah proses penerapan adat dan budaya yang berlaku pada diri seseorang. Mungkin proses ini mengambil jangka masa yang lama untuk diri seseorang menyerap budaya tersebut. Justeru, tidak hairanlah proses penerapan budaya matang pada diri seseorang berlaku dalam jangka masa yang lama mungkin mengambil masa belasan tahun atau puluhan tahun. Apa yang menjadi persoalan ialah sama ada budaya boleh dipelajari. Jawapannya ialah ya. Antara ciri-ciri budaya ini adalah seperti diperturunkan dari generasi ke generasi, dikongsi bersama, dipelajari, menggambarkan nilai dan identity kelompok, menyediakan kerangka rujukan bagi masyarakat tertentu dan bersifat dinamis dan kreatif.

 

Jika diperhatikan ciri-ciri budaya, kita boleh memperkatakan bahawa budaya merupakan elemen yang boleh dipelajari. Tidak mustahil kita boleh mempelajari budaya orang lain, walaupun kita mempunyai budaya kita sendiri. Budaya bersifat dinamik dan berubah-ubah melalui perkembangan masa dan zaman. Justeru, budaya antara satu etnik dengan etnik yang lain mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Keadaan ini boleh dipengaruhi oleh keadaan persekitaran, agama dianuti dan masyarakat majoriti sesuatu kawasan.

 

Sekiranya ilmu budaya tidak dipelajari, hal ini akan menimbulkan konflik. Ini kerana, ia akan menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat tersebut. Dalam senario yang lebih luas, perkara ini akan menyebabkan konflik yang tidak berkesudahan. Misalnya, dalam masyarakat orang asli Nawamo di Afrika, cara mereka menerima kita dalam masyarakat mereka adalah dengan meludah kahak ke atas tangan mereka dan bersalaman dengan kita. Di Malaysia, perkara ini dianggap menjijikan dan ditolak dalam masyarakat. Tetapi, bagi masyarakat Nawamo, cara ini dianggap mulia bagi menghormati tetamu mereka. (Mohd Syariefudin , 2014)

ANALISIS SEBAB-SEBAB BERLAKU PERKAUMAN DAN ETNOSENTRIL

 

Ketidakstabilan Sosio-Ekonomi Antara Kaum

Ini adalah antara punca awal yang membawa kepada kegagalan integrasi kaum di Malaysia. Dari aspek sosial, kesan daripada konstruksi penjajah dahulu, kaum-kaum di Malaysia dipisahkan mengikut kawasan petempatan. Orang Melayu di kampung-kampung, orang Cina di pekan dan bandar-bandar, orang India pula berada di estet-estet. Keadaan ini memang meyukarkan interaksi antara kaum ini berlaku lantas turut menyukarkan proses integrasi antara kaum-kaum terbabit.

Ekoran daripada pengkelasan kaum mengikut kawasan petempatan ini, ianya membawa kepada suatu lagi konflik lain iaitu perbezaan pendapatan masyarakat. Masyarakat Melayu yang tinggal di kampung-kampung menjadi kaum yang paling susah dan miskin walaupun mereka adalah bumiputera, manakala kaum Cina yang menetap di bandar muncul sebagai kaum yang terkaya. Hal ini telah menimbulkan rasa cemburu dan tidak puas hati dalam kalangan golongan yang miskin memandangkan mereka adalah peribumi di Malaysia.

Isu ekonomi utama dari aspek agihan dan kesamarataan sentiasa hangat semenjak neg<ini merdeka hingga kini. Kaum Melayu dilihat jauh ketinggalan berbanding kn lain selepas merdeka disebabkan tidak diberikan peluang yang sama rata un1 terlibat dalam sektor aktiviti ekonomi yang berdaya maju dan mampu bersaing. Antara faktor yang menjerumus masyarakat pelbagai etnik di Malaysia ke dalam tragedi konfk luk 13 Mei 1969 juga dikaitkan dengan isu ekonomi.

Pandangan Penyelesaian:

Isu ekuiti dan ketidaksamaan agihan kek ekonomi antara kaum menjadi isu yang berpanjangan hingga sekarang dan mungkin berlanjutan hingga masa depan. Jika isu ekonomi berjaya diurus dengan baik, maka sebahagian permasalahan negara ini berjaya diselesaikan. Dalam situasi ini, kerajaan perlu memikirkan pendekatan yang bijaksana supaya masyarakat daripada etnik bukan Melayu dan Bumiputera tidak terkesan dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan.

Antara cabaran yang besar adalah meyakinkan kaum bukan Melayu bahawa pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan dalam aspek ekonomi hari ini adalahdalam konteks membantu semua etnik dalam situasi menang-menang (win-winsituation) dan mempengaruhi hubungan antara kaum. Jika ekonomi orang Melayu dibantu secara tidak langsung, masyarakat bukan Melayu juga akan menerima tempiasnya. Maka aktiviti ekonomi akan menjadi lebih aktif.

Isu Kepercayaan kepada Tuhan dan Perbezaan Agama

 

Malaysia bukan sahaja terdiri daripada pelbagai etnik malahan etnik yang ada diidentitikan pula oleh agama yang berbeza. Misalnya, jika dilihat pada tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India, didapati etnik Melayu dilihat sebagai beragama Islam, etnik Cina beragama Buddha dan etnik India adalah beragama Hindu. Sementara itu, etnik lain dengan pelbagai agama yang ada menambah warna warni Malaysia. Namun begitu, agama Islam ialah agama rasmi negara dan mempunyai penganut terbesar daripada etnik Melayu. Perbezaan agama ini merupakan elemen yang cukup penting. Ini kerana di kebanyakan negara, perbezaan agama ini boleh membawa kepada konflik etnik.

Pandangan Penyelesaian: Memperkasakan pengamalan keagamaan mengikut kepercayaan masing-masing melalui program-program keagamaan yang bersifat intektual bagi memantapkan dalam pelaksanaan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Ini bermakna pengukuhan falsafah pendidikan negara bermatlamat untuk melahirkan insan yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Oleh itu, majoriti agama Malaysia adalah Islam, maka program-program kerohanian, integriti dan pembangunan sahsiah harus dipertingkatkan untuk dijadikan contoh kepada masyarakat lain.

Isu Pendidikan

 

Pendidikan merupakan platform terbaik untuk merapatkan hubungan antara etnik di peringkat usia muda. Namun begitu, pendidikan di Malaysia masih mempunyai pelbagai aliran pendidikan yang dikenali dengan panggilan sekolah vernakular. Sekolah vernakular menggunakan bahasa ibunda masing-masing dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah seperti Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) sama ada aliran Cina (SJK.C) atau Tamil (SJKT) untuk orang India. Walaupun konsep sekolah vernakular ini merupakan konsep yang dipersetujui bersama dalam kalangan pemimpin semasa pembinaan negara ini, tetapi sekolah vernakular mewujudkan jarak sosiobudaya pelbagai etnik hingga etnik tertentu sukar memahami budaya etnik lain.

 

Pandangan Penyelesaian: Pendidikan memainkan peranan penting dalam mendidik pemikiran dan pengamalan konsep perpaduan dan intergasi di kalangan pelajar dengan menjayakan sekolah yang mempunyai pelbagai kaum terutama dengan mempertingkatkan pengambilan pelajar ke aliran Sekolah Keseniaan dan Kebudayaan Nasional atau Sekolah Kesukanan Nasional yang memberi fokus kepada kebudayaan dan kesukanan di Malaysia.

 

 Isu Rasisme

Ras (Race) adalah kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan yang berkongsi ciri-ciri biologi tersendiri yang diwarisi, dan dapat dibezakan dengan jelas dalam masyarakat (Macionis, 1998:214). Pada suatu ketika dahulu, manusia pernah dibahagikan kepada kategori Caucasoid, Mongoloid, Negroid dan Australoid dengan berdasarkan kepada perbezaan fizikal seperti warna kulit, warna rambut, rupa bentuk dan lain-lain.

Walau bagaimanapun pembahagian sedemikian adalah secara kasar sahaja kerana memang terdapat golongan yang sukar diklasifikasikan ke dalam mana-mana kumpulan ras. Ini adalah kerana manusia sentiasa bergerak, bersosial, berinteraksi dan perkahwinan campur sering berlaku di antara satu sama lain. Kesannya akan menghasilkan golongan baru yang mempunyai keturunan campuran yang tidak dapat digolongkan ke dalam mana-mana kumpulan ras.

Oleh yang demikian, konsep Ras melahirkan Prasangka atau prejudis (prejudice) merupakan akar-umbi segala bentuk rasisme. Prasangka adalah satu pandangan yang buruk terhadap individu atau kelompok manusia lain dengan hanya merujuk kepada ciri-ciri tertentu seperti ras, agama, pekerjaan, jantina atau kelas (Macionis, 1998). Sebagai contoh, kaum kulit hitam dianggap kurang dari segi intelektual dan kekayaan kerana berpunca daripada persaingan daripada sumber yang bernilai seperti kuasa, tanah dan pekerjaan.

Kebiasaannya, prasangka timbul akibat penilaian awal (prejudgement) yang dibentuk tidak dirujuk dengan tinjauan terhadap fakta-fakta yang sebenar. Perasaan prasangka sering kali dijadikan alat oleh golongan majoriti untuk menindas golongan minoriti. Walau bagaimanapun, ia tidak bererti bahawa golongan minoriti yang tertekan tidak mempunyai prasangka terhadap anggota majoriti atau kelompok lain – Teori Scapegoat. (Zanas, 2017)

Pandangan Penyelesaian: Peruntukan dalam belanjawan negara perlu di kaji semula terutama dalam meningkatkan pembangunan yang kesamarataan di antara etnik ke arah perpaduan dan integrasi Nasional seperti pembangunan ekonomi, kesenian, kesukanan dan pendidikan bagi kaum minoriti di Malaysia, juga pengambilan pekerjaan dalam pelbagai sektor.

KESIMPULAN

Tuntasnya, Malaysia merupakan satu negara yang unik dimana ia merupakan satu negara yang mempunyai banyak kaum yang didiami oleh Masyarakat Melayu, Cina dan India yang merupakan tiga kaum utama negara Malaysia, berdasarkan elemen etnik dan sivik.

Masyarakat Malaysia ialah negara yang boleh dikatakan Berjaya menguruskan kepelbagaian etniknya. Walaupun bukan sebuah negara bangsa yang diidamkan, tetapi kita berjaya menguruskan negara dengan baik. Misalnya, Malaysia berjaya menduduki antara kedudukan yang baik dalam ranking Global Peace Index pada tahun 2011 iaitu pada kedudukan ke-19 di belakang negara maju yang lain walaupun mempunyai masyarakat yang rencam.

Walaupun, terdapat isu perkauman dan isu-isu sensitif boleh menggugat perpaduan, keharmonian dan kesepakatan antara kaum, semua pihak harus berperanan, berpendidikan dan berkesedaran tentang kepentingan hubungan antara kaum yang boleh merencatkan keselesaan rakyat pelbagai kaum agar dapat hidup dengan harmoni dan mengusutkan hubungan interaksi antara agama dan budaya.

Oleh itu, usaha ke arah perpaduan semua kaum dan pengekalan budaya dan adat agar sentiasa mendapat perhatian dari pihak kerajaan dan rakyat agar kesejahteraan dan keamanan dalam sesebuah negara akan terjamin dengan sebaik mungkin seterusnya rakyat akan hidup dengan aman dan makmur dan mempunyai identiti tersendiri.

RUJUKAN

 

Abdul Halim Sidek, Y. K. (2016, Disember 03). Penganiayaan Dan Pencabulan Hak Asasi Masyarakat Rohingya. Didapatkan dari http://umkeprints.umk.edu.my

Amri, S. (2012). Kesepaduan Dalam Kepelbagaian. Didapatkan dari http://academia.edu

Embong, A. R. (2006). Negara Bangsa : Proses dan Perbahasan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ibrahim, S. (2007). Malaysia Kita. Selangor Darul Ehsan: International Law Book Services.

Kamus Dewan. (2016). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mohamed Yusoff Ismail, e. (2009). Manusia, Masyarakat dan Budaya. Selangor: Open University Malaysia.

Mohd Syariefudin . (2014). Hubungan Etnik. Selangor: Universiti Terbuka Malaysia.

Shariff, M. S. (2012, November 21). Punca Masalah Perkauman. Didapatkan dari http://studenthbpusm.blogspot.my

Sophia, P. (2011, November 25). Konflik Perkauman Mudah Berlaku. Didapatkan dari http://hagemarucweety.blogspot.my/

Zanas. (2017). Konflik Etnik dan Ras. Didapatkan dari https://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/dari-tanah-melayu-ke-penubuhan-malaysia/konflik-etnik-dan-ras/

 

 

 

 

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.