Apa hebatnya manusia sehingga diakui oleh para malaikat..Insan mampu keluar atau melintasi keluar dari Matrix ! Insan yang pertama melaluinya adalah Rasulullah s.a.w ke Sidratul Muntaha. Jika mengikut kalender ianya berlaku 1500 tahun tetapi dalam alam matrix ianya melipat masa atau dimensi maknanya setiap masa.

Ini menunjukkan sebelum Nabi Muhammad SAW belum ada individu yang paling hebat spiritual (yang melepasi matrix manusia) yang mampu sampai ke peringkat itu, sekalipun Malaikat sebagaimana peristiwa Mikraj semasa di Sidratul Muntaha dalam peristiwa Isra` Dan Mikraj :

فقال جبريل :يعز علي فراقك يارسول ال ..
يارسول ال ..أنت إذا تقدمت إخترقت وأنا إذاتقدمت إحترقت !
والذي بعثك بالحق لو أني تقدمت خطوة واحدة لحترقت بنور الجلل

Peristiwa Isra` dan Mikraj cuba antara bukti kebesaran bahawa Nabi s.a.w mengatasi Malaikat Saidina Jibril A.s di mana malaikat Jibril tidak dapat meneruskan perjalanannya semasa dilangit Sidratul Muntaha sehinggakan Nabi s.a.w berpesan kepada Saidina Jibril a.s “Sekiranya kamu mendahului aku kamu akan terbakar” kerana kekuatan Nur-Allah tidak dapat ditangkis oleh nur malaikat…[sedangkan Malaikat dijadikan daripada Nur..]..Itulah kehebatan Nur Muhammad yang mengatasi Nur Malaikat.

Ini menunjukkan bahawa manusia adalah hebat ! walaupun tahap kedudukan manusia yang dikatakan neutral antara baik dan buruk..sekiranya ia ke arah kebaikkan mereka juga boleh mengatasi alam malaikat dan sekiranya mereka itu ke arah kejahatan mereka lebih sesat dan teruk dari binatang !

Dalam peristiwa Isra` dan Mikraj juga sebenarnya menggambarkan kebesaran Nabi Muhammad s.a.w yang mana umat Nabi Muhammad s.a.w menerima syariat fardhu solat lima waktu sehari semalam berbanding umat sebelum ini lima puluh waktu.Turun naik Nabi Muhammad s.a.w untuk meringankan beban ketika bertemu dengan Nabi Musa a.s dalam perjalanan tersebut baginda menasihatkan supaya Nabi Muhammad s.a.w meminta agar Allah mengurangkan bebanan itu kerana nabi-nabi termasuk Nabi Musa a.s sendiri ingin melihat Nabi Muhammad s.a.w yang agung seolah-olah ingin melihat kekasih yang dirindui dan dicinta yang disebut-sebutkan sebelum ini dan tertulis pada dua kalimat syahadah di pintu syurga. Nur Muhammad awal kejadian segalanya.Perlu difahami Nur-nya bukan Jasadnya kerana dikatakan di alam arwah atau ruh semua kejadian bermula daripada percikan Nur Muhammad atau sumber asal kejadian alam ini.
Hadis riwayat dari Imam Abdul Razak, “Dan telah meriwayatkan oleh Abdul Razak dengan sanadnya dari Jabir bin Abdullah radiallah anhu , beliau berkata;

” Ya Rasulullah , demi bapaku ,engkau dan ibuku ,khabarkanlah daku berkenaan awwalawwal sesuatu yg Allah taala telah ciptakan sebelum sesuatu ! .
Bersabda Nabi saw : Ya Jabir, Sesungguhnya Allah taala menciptakan sebelum sesuatu, Nur Nabi mu daripada Nur Nya . Maka jadilah Nur tersebut berkeliling dengan QudratNya sekira-kira yg menghendaki Allah taala…hingga akhir al hadis.
Menurut Dr. Ali Jum’ah al-Syafi’i yang merupakan Mufti Republik Arab Mesir antara menjawab persoalan mengenai kedudukan Rasulullah s.a.w. Di dalam kitab “Al-Bayan Lima Yusyghil AlAdzhan”.

Benarkah Rasulullah s.a.w adalah cahaya? ataukah manusia seperti kita?

Rasulullah adalah cahaya, itu adalah benar. Kerana Allah berfirman:
“Wahai Ahli kitab, telah datang kepadamu cahaya dan kitab yang menerangkan”.
Allah juga berfirman: “Dan untuk jadi penyeru kepada agama Allah dengan izinNya dan untuk jadi cahaya yang menerangi”.
Jadi, tidak salah bila meyakini beliau sebagai cahaya selama Allah sendiri yang menyatakannya.

Dalam banyak hadis juga akan ditemukan para sahabat mengatakan bahawa wajah Rasulullah s.a.w seperti bulan, dan kecahayaan tersebut bersifat fisikis dan bukan sekadar pujian saja dari para sahabat.
Namun, di waktu yang sama, kita tidak boleh menafikan kemanusiaan Rasulullah s.a.w. kerana Allah juga berfirman “Katakanlah: Aku manusia seperti kalian, akan tetapi aku diwahyukan”. Mari kita yakini beliau sebagai cahaya berbentuk manusia, tanpa harus melakukan penelitian secara detail. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w lebih terang dari bulan dan lebih mulia dari semua ciptaan.

Adakah Rasulullah s.a.w. adalah awal ciptaan Allah s.w.t ?

Meskipun hadis yang menyatakan hal tersebut tidak shahih atau maudhu’, namun kewujudannya boleh dikatakan benar, sebab alam-alam Allah begitu banyak seperti alam ghaib, alam roh, alam jin, alam mala’ikat, alam malakut, alam mulk, alam syahadah dan lain-lain. Disana terdapat cahayacahaya ciptaan Allah. Kemungkinan juga Rasulullah s.a.w. adalah cahaya Allah yang pertama kali diciptakan sebagai penguat umat manusia di alam roh.
Benarkah Saidina Muhammad s.a.w. adalah ciptaan Allah yang paling mulia nasabnya [keturunannya] ? Apakah dalilnya?
Saidina Muhammad s.a.w. adalah manusia teragung sebagaimana sabdanya “Aku adalah penghulu seluruh manusia, dan akupun tidak bangga”. Bahkan beliau adalah ciptaan Tuhan yang paling agung. Beliau lebih mulia dari Arsyi. Dari itu, tidaklah layak jika dimuliakan seseorang (meskipun seorang nabi) atau makhluk apapun di atas kemuliaan beliau dalam hal apa pun.

Garis keturunan yang mulia adalah keutamaan terpenting yang dimiliki beliau. Allah s.w.t telah memuji garis keturunan beliau dalam ayat “Dan perpindahanmu di antara orang-orang yang sujud”. Saidina Ibnu Abbas ra. menafsirkan ayat tersebut dengan perkataannya: “Dan perpindahan beliau dari (tulang rusuk) nabi ke nabi, dari Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, sampai akhirnya lahir menjadi seorang nabi terunggul”. Maka Rasulullah Saw. adalah nabi tersuci nasabnya secara mutlak.
Dalam sebuah hadis dikatakan: “Allah telah memilih Nabi Isma’il dari keturunan Nabi Ibrahim, lalu Allah memilih Bani Kinanah dari Keturunan Nabi Isma’il, kemudian Allah memilih Quraish dari keturunan Bani Kinanah, lalu Allah memilih Bani Hasyim dari keturunan Quraish, dan akhirnya Allah memilihku dari keturunan Bani Hasyim”.

Adakah benar Allah s.w.t menciptakan semua ciptaan-Nya kerana Rasulullah s.a.w.?
Ungkapan-ungkapan seperti itu harus difahami dengan benar dan jangan semudahnya menuduh kafir, fasiq, sesat dan bid’ah.

Ini kaedah yang harus dipegang oleh umat Islam ketika mendengar ungkapan apapun dari saudarasaudara mereka yang seagama.

Contohnya, seseorang beragama kristian ketika mengungkap bahawa Nabi Isa dapat menghidupkan orang mati, maka jangan cepat menuduh syirik kepada orang muslim yang senada dengan orang kristian tersebut, sebab orang kristian menyakini bahwa Nabi Isa a.s memiliki kekuatan yang tulen tanpa sumber, sementara orang muslim menyakini bahwa kekuatan itu murni dari Allah dan berlandaskan restu atau izin Allah s.w.t.
Keyakinan sebahagian umat Islam bahawa penciptaan Allah s.w.t. terjadi hanya kerana Rasulullah s.a.w sama sekali tidak mengandung nilai syirik. Di manakah letak kekufuran itu apabila seseorang menyakini bahawa Allah menciptakan suatu ciptaan kerana seseorang ?

Keyakinan tersebut sama sekali tidak kontra dengan Islam, prinsip-prinsip akidah maupun dasardasar tauhid. Keyakinan tersebut sungguh benar apabila difahami dengan benar pula.
Allah berfirman: “Sungguh Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk mengabdi kepadaKu”. Nah, pengabdian tersebut tak dapat direalisasikan kecuali melalui Rasulullah Saw. Maka Rasulullah merupakan satu-satunya sumber rujukan bagi umat manusia.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

One thought on “Di mana hebatnya bernama Insan”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.