Kehebatan Matahari Ciptaan Tuhan

Kehebatan Matahari Ciptaan Tuhan

Kehebatan Matahari Ciptaan Tuhan

Matahari merupakan satu sistem. Ia umpama reaktor yang menempat gas-gas yang tidak stabil.

Ketidak stabilan gas-gas tersebut menyebabkan ia senantiasa bertindak balas antara satu sama lain.

Hasil tadi tindakbalas gas-gas tersebut menghasilkan letupan yang mengadungi haba, tenaga dan cahaya.

Dari letupan itulah terlimpahnya cahaya. Dek kelihatan di mata hanya cahaya, maka disimpulkan sifatnya matahari itu adalah cahaya.

Kalau begitu bolehlah di katakan cahaya itu sifatnya mentol, lilin, kunang-kunang dan lain-lain yang bercahaya.

Sehingga sampai ke kurun ke17 baru pakar-pakar astronomi dapat memahami bahawa matahari ialah sebenarnya bintang biasa seperti bintang-bintang lain di langit. Yang membezakannya cuma kedudukannya yang amat hampir dengan Bumi. Malah, Matahari ialah bintang yang cukup dekat dengan Bumi sehingga membolehkan penyelidikan berlaku dengan lebih teliti. Cuma Matahari sajalah bintang yang mempunyai permukaan yang dapat dicerap dengan kepersisan tinggi. Di samping itu, ia juga merupakan satu langkah asasi dalam usaha kita untuk mempelajari bintang-bintang.

Matahari merupakan satu objek yang agak ringkas, satu bebola gas raksasa bergaris-pusat 1.4 juta km, iaitu 110 kaliganda saiz Bumi. Jisimnya adalah 2000 billion billion billion kg, iaitu 330 000 kaliganda jisim Bumi. 75 peratus daripada jisimnya adalah terdiri daripada hidrogen, 25 peratus helium dan selebihnya terdiri daripada unsur-unsur yang lebih berat.

Kehebatan matahari ciptaan tuhan ini jika dilihat dari sudut perubatan dan faedahnya, bahawa sinar matahari menghasilkan vitamin D. Sejumlah besar kolesterol tersimpan di bawah kulit. Sinar matahari dapat mengubah kolesterol menjadi vitamin D. Menghadapkan tubuh ke matahari selama 5 minit saja sudah memperoleh 400 unit vitamin D bagi tubuh. Jumlah yang cukup sesuai yang diperlukan menurut RDA USA.

Selain itu, sinar matahari boleh mengurangi kolesterol darah, dengan mengubah kolesterol yang ada di bawah kulit, ketika sinar ultra violet disaring oleh kulit. Kolesterol yang ada dalam darah boleh keluar dari darah bergerak kulit sehingga dapat dikurangkan.

Begitu juga, cahaya matahari memberikan insulin yang menyebabkan kemudahan glukosa masuk ke sel-sel tubuh. Ini merangsang tubuh untuk mengubah glukosa menjadi glikogen yang tersimpan di hati dan otot, sehingga menurunkan kadar gula darah.

Maka, tidak heran biasa pelajar pengsan ketika upacara bendera disebabkan belum sarapan pagi kerana kurangnya kemasukan gula darah yang didapatkan dari sarapan itu sendiri. Boleh merujuk di pautan ini untuk dapatkan pengetahuan manfaatnya  https://mrazizazziizt.wordpress.com/2012/01/22/manfaat-cahaya-matahari-pagi-bagi-tulang/

 

Perhatikan video ini dengan sebaiknya untuk mengetahui kehebatan matahari ciptaan Tuhan

Apa Itu Aura Yang Sering Kita Dengar Satu Dunia Ni

Artikel Berkaitan

2 comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *