Prinsip Etika : Ciri-ciri masalah dalam Etika

Pembentukan etika yang baik adalah bermula daripada diri seseorang individu itu sendiri.  Seseorang itu perlu memiliki satu set panduan dan peraturan yang berhubung kait dengan tingkah laku bagi mengawal dirinya dalam setiap tindakan yang dilakukan.  Dengan berasaskan etika yang ada maka konflik terhadap keinginan boleh diselesaikan dan seterusnya meningkatkan fungsi sosial seseorang individu.  Secara umumnya etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu tindakan.  Etika tidak bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul.

Menurut   etika atau “ethics” dari sudut bahasa adalah bermaksud sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan.  White (1993) memberi maksud sebagai etika salah satu cabang falsafah yang berkaitan dengan kebaikan moral (virtue moral) dan menilai tindakan manusia.  Falsafah etika adalah berbeza daripada undang-undang keagamaan dan budaya.  Pendekatan secara peribadi kepada etika adalah menerusi kajian tingkah laku tentang moraliti melalui rasional yang dilihat kepada kehidupan manusia.  Merujuk Sahakian et.al. (1993), etika berasal daripada bahasa Greek kuno iaitu ethos yang bermaksud ”falsafah moral”.  Etika merupakan salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik.  Liputan etika adalah lebih luas daripada menganalisis apa yang betul dan salah.  Salah satu aspek utama etika ialah ”kehidupan baik”, iaitu kehidupan yang bernilai atau memuaskan.  Pencarian summum bonum atau ”kebaikan yang terbaik” merupakan salah satu isu utama dalam etika.  Tindakan yang betul akan membuahkan kebaikan yang terbaik, manakala tindakan yang tidak bermoral akan mengakibatkan hasil yang sebaliknya.

Bukan itu sahaja maksud etika juga boleh di definisikan  sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral, iaitu sesuatu yang dipertanggungjawabkan untuk menentukan tindakan seseorang itu sama ada baik ataupun buruk (Ahmad Khamis, 1999).  Berdasarkan definisi etika yang telah dibincangkan, etika berkaitan dengan konsep-konsep moral seperti kebaikan, kejahatan, benar, salah, kewajipan, tanggungjawab, keadilan dan sebagainya.  Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa etika ialah prinsip-prinsip tingkah laku yang bertanggungjawab untuk menentukan tindakan yang diambil oleh seseorang individu itu boleh diterima daripada segi moral atau sebaliknya.  Setiap individu perlu mempunyai etika yang boleh diterima oleh setiap anggota masyarakat di sekelilingnya.  Individu yang tidak mempunyai etika yang seimbang akan membawa kepada konflik sosial seperti rasuah, pecah amanah, tidak bertanggungjawab, cuai dalam tugas dan sebagainya.

Manakala etika professional pula ia boleh dedefinisikan sebagai keupayaan dan kecekapan dalam melakukan sesuatu tanggungjawab berdasarkan ilmu, latihan dan kepakaran.  Etika professional pula merujuk kepada etika dalam sesuatu profesion dan bidang profesional.  Menurut Mohd Janib Johari (2001), etika profesional adalah satu alat kawalan sosial terhadap golongan profesional yang membolehkan organisasi dan masyarakat mengawasi dan menilai tingkah laku mereka dari semasa ke semasa.  Secara ringkasnya, etika profesional boleh disimpulkan sebagai satu panduan dan tatacara yang menentukan kualiti moral, profesional dan nilai.

Profesion ini sangat penting dimana dalam  etika profesional dijadikan sebagai panduan oleh setiap kakitangan dalam melakukan tugasan yang mereka pikul.  Etika tersebut perlu dipatuhi untuk mengelakkan sebarang masalah atau konflik sosial seperti jenayah ketika menjalankan tanggungjawab.

Kesimpulannya, etika profesional ialah satu garis panduan yang bertujuan untuk meningkatkan tahap disiplin, kualiti dan produktiviti seseorang kakitangan dalam sesebuah organisasi.  Etika profesional memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan, peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.  Prinsip etika ini perlu difahami dan diaplikasikan oleh setiap anggota masyarakat dalam apa juga perkara yang dilakukan.Selain itu, faktor situasi akan menghantui diri etika seseorang.  Walaupun sesuatu perilaku itu diketahui tidak beretika, tetapi faktor situasi boleh menyebabkan  seseorang melanggar etika tersebut.  Seorang ahli perniagaan yang mengalami masalah kewangan boleh bertindak mengubahsuai keuntungan perniagaan untuk mengurangkan cukai yang dikenakan.

Penulis ada mengkaji satu masalah etika dalam pengurusan dimana kajian ini mampu memberi panduan buat kita semua.Ikuti perbincangan penulis dibawah ini.

Cerita ini sudah berlalu lebih kurang sejak 4 tahun yang lepas dimana ada seorang guru yang diberi nama Jaafar (bukan nama sebenar) yang berkhidmat di sekolah Ulu Perak.Beliau berkhidmat sudah hampir 15 tahun  di sekolah itu dan telah dilantik menjadi Guru Besar di sekolah itu semenjak 5 tahun yang lalu.

 

Pada awal bulan Februari 2003,ada seorang kontraktor yang datang ke sekolah tersebut dan telah memperkenalkan dirinya itu sebagai Hassan (bukan nama asal),serta memberitahu bahawa dia telah mendapat tender pembersihan di sekolah itu.Setelah itu Jaafar meminta kontraktor tersebut menunjukkan surat pengesahan bagi membuktikan tendernya.Pada awalnya kontraktor itu kelihatan sukar untuk menunjukkan surat pengesahan yang diminta,namun beliau terpaksa menujukkan juga lantikan pengesahan yang beliau dilantik sebagai kontraktor di sekolah itu bagi membuktikan kesahihannya.Apabila diberikan kepada Jaafar surat itu tertera tender berikut kosnya berharga RM6000.Bagi skop kerja penyelenggaraan seperti membersih parit,pagar sekolah dan memotong rumput di seluruh kawasan penjuru sekolah tersebut.Semua kos pembersihan di sekolah itu ditanggung sepenuhnya oleh kontraktor berikut.

 

Setelah itu,memandangkan bilik pentadbiran tidak dapat digunakan untuk berbincang disebabkan kesibukkan kerja guru-guru lalu Hassan mengajak Jaafar ke kantin. Setibanya mereka di kantin, kontraktor itu pun menyuarakan, “ bos,sekiranya bos sain surat pengesahan ini saya bagi bos RM600 dan habis cerita” sambil memberikan wang kepada Jaafar itu.Jaafar terkejut melihatnya.Jaafar memberitahu ‘Saya tidak berani lah encik’.Jaafar menolak tawaran itu dengan cara yang baik akan tetapi kontraktor itu seolah-olah memaksanya.Ternyata beliau ingin mendapatkan wang tersebut tanpa melakukan tender yang telah di amanahkan untuk sekolah itu. “ ok,macam ni bos,saya naikkan lagi jadi RM800 ,saya bagi bos balik fikir kan dulu nanti kita jumpa esok pula”,kata Hassan kepada Jaafar.Pada esok hari, kontraktor itu dengan cerianya datang ke pejabat dan meletakkan wang di atas meja Jaafar ,sambil meminta tandatangan Jaafar  untuk surat selesai tender pembersihan kawasan sekolah tersebut agar beliau mudah  mendapatkan tuntutan pembayaran.Akan tetapi,hasilnya tidak berjaya kerana Jaafar tetap dengan pendiriannya sebelum ini.Kontraktor itu berasa agak marah dengan tindakan Jaafar,namun dia berusaha menahan persaan itu. “ You memang tidak mahu duitkah? Tak apalah bos,saya tinggalkan wang dan surat pengesahan kat sini tapi saya akan datang lagi”, kata kontraktor itu dengan perasaan kecewa dan terus beredar tanpa sempat Jaafar berkata-kata.

Seterusnya,pada hari keempat dan kelima,kontraktor itu tidak datang menjenguk.Bagi tanggapan Jafaar mungkin Hassan cuba memberi tempoh masa agar tawaran yang diberikan itu mendapat pertimbangannya.Pada hari keenam,kontraktor itu muncul dan terus menayakan tentang tawaran itu.Selepas mengetahui pendirian Jaafar yang tetap sama,lalu kontraktor  Hassan menaikkan tawarannya. “ Beginilah,saya bagi bos RM1000 dan bos sain surat ini”,katanya sambil nada yang gugup.Namun Jaafar tetap dengan pendiriannya serta menolak terus tawaran tersebut dngan cara yang baik.Kontraktor itu beralih air mukanya dan terkejut malah kecewa dengan apa yang diharapkanya.Tanpa banyak kata,Hassan terus membuat beberapa panggilan.Jaafar hanya melihat gerak geri kelakuan dan tindakan kontraktor itu dengan perasaan yang berbeza.

Selepas hampir setengah jam berlalu,kelihatan  pancuan empat roda tiba di sekolah dengan membawa beberapa orang penumpang ternyata itu adalah para pekerja kontraktor tersebut.Setibanya mereka,terus mengeluarkan perkakasan seperti  mesin rumput,parang,cangkul dan sebagainya serta mula melakukan kerja pembersihan di sekitar kawasan sekolah tersebut.Jaafar  mengarahkan seorang guru untuk memantau kawasan itu.Tidak sampai sejam,kontraktor itu mendapat panggilan dari seseorang “ Ok.Gua caya sama lu la.Nanti ini malam kita jumpa”,kontraktor itu membalas panggilan nya dengan nada yang gembira.Tanpa mempedulikan Jaafar disisi.Selepas meletakkan panggilan itu dia mengarahkan para pekerja nya untuk mengemas barang-barang tersebut dan meninggalkan tempat itu dengan kadar segera.Jaafar amat kecewa dengan apa yang berlaku.Kontraktor itu berlalu pergi  sambil senyum sinis kepada Jaafar.

Mari ikuti kajian penulis dengan lebih lanjut mengenai etika dalam pengurusan ini.

3.0 CIRI-CIRI MASALAH ETIKA

3.1 MEMPUNYAI AKIBAT YANG BERPANJANGAN

Sekiranya kita melakukan sesuatu keputusan mahupun tindakan yang di ambil oleh seseorang pengurus atau pihak pentadbiran boleh mendatangkan kesan atau akibat yang berpanjangan terutama terhadap masyarakat jika kita menyentuh tentang pendapat atau sudut etika.Keputusan yang dilakukan boleh mempunyai kesan atau akibat kepada seseorang atau orang lain,sama ada mereka yang berada dalam organisasi terbabit atau dalam sesebuah masyaraat.Akibat-akibat itu akan berlaku diluar kawalan mereka.

Disebabkan itu lah ,para pentadbir dalam mengurus  sesebuah organisasi besar mesti memikirkan kesan atay akibat di atas hasil keputusan yang akan berlaku sebelum mereka bertindak diluar jangkaan.Misalnya,sebuah keputusan etika yang mempunyai kesan yang negatif yang berpanjangan  ialah :

-Rasuah mengubah proses-proses pemerintahan kerajaan

-Pencemaran udara yang mengakibatkan kesihatan terjejas

-Produk-produk yang tidak selamat mampu mengancam orang ramai

 

Dalam masalah kes  Jaafar yang berlaku ini,seandainya beliau terpengaruh dengan tawaran wang(rasuah) tersebut yang di hasut oleh Hassan itu,berkemungkinan kawasan sekolah itu terjejas seperti keadaan dimana :

 

-Rumput yang panjang dengan semak samun

-Tidak akan selamat disebabkan berkemungkinan besar ada ular di kawasan parit atau semak

-Keadaan perparitan yang kotor dan tersumbat

-Penyakit seperti demam denggi kerana ada takungan air untuk nyamuk membiak

-Peersekitaran yang tidak sedap mata memandang

-Keadaan sekolah akan menjadi bersih dengan rumput yang pendek

Akan tetapi, sekiranya Jaafar memilih untuk menolak wang atau rasuah itu hasil kepada sekolah adalah seperti berikut;

-Keadaan sekolah menjadi bersih dengan rumput yang pendek

-Keadaan perparitan yang bersih dan selamat dari ancaman

-Tidak ada penyakit seperti demam denggi,sakit berjangkit dan sebagainya

-Persekitaran sekolah menjadi kemas ,cantik mata memandang

 

 3.2 MEMPUNYAI AKIBAT YANG TIDAK PASTI

Isu etika dalam sesuatu pentadbiran ataupun pengurusan adalah dipercayai bahawa ia bebas daripada risiko ataupun mampu menimbulkan keraguan.Ini disebabkan oleh seseorang pengurus  atau pentadbir sudah mengetahuihasil atau habuan yang bakal menanti mereka melalui pilihan yang mereka lakukan.Sebagai mana contoh :

-Memberi rasuah dan menerima barangan import tersebut dengan segera

-Melaburkan peralatan mengawal pencemaran udara dan kepulan asap akan berkurangan

-Mengeluarkan barangan atau produk yang selamat dengan kos tambahan yang minimal.

Sesuatu model yang membuatkan keputusan ialah,sesuatu yang tidak mempunyai kemungkinan-kemungkinan yang memudahkan proses analisis,tetapi tidak menhuraikan dilema pengurusan yang sebenar.Akibat yang bakal menyusul hasil daripada alternatif pilihan seperti mengelakkan pemberian rasuah kepada pegawai kastam tidak mungkin dapat dipastikan.

Seperti kes yang terjadi kepada Jaafar dimana berkemungkinan beliau tidak tahu dengan jelas akibat-akibat yang mungkin akan menyusul jika beliau menerima rasuah  yang diberikan oleh kontraktor pembersihan terbabit.Berkemungkinan beliau akan disabit kan kesalahan menerima rasuah dan dipenjarakan.Beliau juga tidak mungkin akan tahu akan kemungkinan-kemungkinan yang bakal menyusul andai beliau melaporkan perbuatan kontraktor itu meninggalkan kerja pembersihan tersebut separuh jalan kepada pihak atasan kemungkinan besar beliau Berjaya membuat kontraktor itu dihukum oleh undang-undang atau sebaliknya beliau yang mendapat susah disebabkan kontraktor tersebut mungkin telah memberi rasuah kepada pihak atasannya juga.

 

3.3 MEMPUNYAI IMPLIKASI PERIBADI

Keputusan etika mempunyai hampir semuanya berkaitan dengan implikasi peribadi.Adalah di percayai secara umumnya bahawa isu etika dalam pengurusan sebahagian besarnya hanyalah untuk kepentingan peribadi seseorang pengurus dalam sesebuah organisasi.Ramai orang mempercayai bahawa keputusan-keputusan prima fasi atau pada zahirnya,yang berkaitan dengan etika adalah lebih kepada mereka contoh dari segi pendapatan (gaji) dan kenaikan pangkat yang diutamakan.

Seperti kes yang dikaji ini bahawa terdapat banyak keputusan etika yang mendatangkan implikasi peribadi kepda Jaafar mahupun kontraktor yang terbabit.Dimana,beliau mempunyai pilihan sendiri untuk mengambil wang rasuah sebanyak RM1000 dan ia boleh menambahkan simpanannya di dalam bank.Dengan wang yang banyak itu juga,beliau boleh memberi barang-barang yang diingini oleh nya tanpa memikirkan tentang kebajikan atau kepentingan majikannya.

Malah kontraktor itu hanya  perlu melepaskan 20% sahaja daripada pendapatannya sebanyak RM5000 untuk mendapatkan hasil keuntungan besar kepad dirinya sendiri.Sekiranyabeliau memilih untuk melakukan tugasnnya tender pembersihan kawasan sekolah itu,beliau mungkin hanya akan mendapat 30% – 40% sahaja daripada jumlah RM5000  yang diperuntukkan di dalam surat tender itu.Ini disebabkan kontraktor terbabit terpaksa menghabiskan masa yang lama untuk membersihkan kawasan sekitar sekolah yang luas  dan sudah semestinya ia akan memakan belanja yang besar untuk menyiapkan nya.

4.0 KAEDAH ANALISIS MASALAH ETIKA

4.1 ANALISIS EKONOMI

Dalam masalah yang sangat dilema ini untuk memberi keputusan yang tepat demi keperibadian serta keamanan semua pihak yang ditakbir,Jaafar sangat berhati-hati dalam membuat keputusan yang telah ditawarkan kepadanya itu.Sekiranya Jaafar mengambil langkah yang salah atau menerima rasuah yang diberikan oleh kontraktor itu berkemungkinan besar beliau akan mengalami krisis ekonomi bukan untuk dirinya sahaja malah semua yang berkaitan dengannya juga turut terjejas.Mungkin Jaafar akan digantung pekerjaannya dan tidak lagi diberi amanah sedemikian.Jaafar perlu bersifat bukan peribadi untuk memutuskan antara prestasi ekonomi dan sosial.

4.2 ANALISIS UNDANG-UNDANG

Dalam kehidupan manusia,undang-undang sangat penting dalam menegakkan keadilan.Salah satu daripada kepentingan undang-undang ialah mengatur pelbagai perjalanan hidup manusia tidak mengira pangkat, warna kulit, agama, ideologi politik dan sebagainya.  Ini terbukti apabila undang-undang itu sendiri mengatur dan menentukan peranan institusi atau badan kerajaan dalam sesebuah negara.  Selain daripada itu, undang-undang juga berperanan sebagai ejen keamanan dan kesejahteraaan.  Undang-undang digunakan untuk mengawal ahli-ahli masyarakat daripada melakukan sebarang tindakan yang salah dan memudaratkan diri dan orang ramai.  Individu yang melanggar peraturan undang-undang akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka.  Hukuman tersebut dibuat bertujuan untuk memberi pengajaran kepada si pelaku dan orang ramai.  Oleh yang demikian, hak-hak dan kebebasan setiap individu akan terpelihara dan akhirnya satu bentuk kehidupan sosial dan poitik yang stabil dapat diwujudkan.

Kepercayaan yang diberikan kepada Jaafar ia menjadi dasar kaedah sebuah masyarakat yang boleh menubuhkan peraturannya sendiri.Seandainya orang-orang dan organisasi mampu mematuhi peraturannya,mesti akan mendapat perhatian seberapa adil yang mungkin.

Dalam masalah ini,undang-undang sangat diutamakan kerana dengan undang-undang negara kita jadi adil dan saksama.Jaafar mengambil langkah yang sangat bagus kerana tidak melanggar undang-undang kerajaan.Dia tetap dengan pendirian dirinya dan tidak pernah terfikir untuk mengambil risiko rasuah itu serta tidak termakan dengan pujuk rayu kontraktor yang ingin memberi wang kepadanya hanya untuk kepentingan beliausemata-mata.

 

4.3 ANALISIS ETIKA

Kita dapat melihat akibat-akibat yang akan berlaku masalah etika dengan menggunakan struktur falsafah normative,seperti bergantung sepenuh nya kepada prinsip-prinsip asas bagi memutuskan sesuatu perkara antara “betul” dan “salah”.

Seperti yang berlaku kepada Jaafar ini dimana beliau dapar melihat perkara yang mana betul dan salah tanpa terpengaruh dengan apa yang ditawarkan kepadanya.Mungkin bagi yang tidak mengikuti prinsip atau melanggar prinsip ia tidak mementingkan dasarnya contoh,kontraktor itu yang dengan mudah merasut Jaafar dengan wang semata-mata untuk permudahkan urusan tanpa memikirkan benda bakal terjadi.

 

 4.0 PENYELESAIAN  MASALAH ETIKA

4.1 MEMPERJELASKAN  TUJUAN DAN NIAT BELIAU

Dalam hal ini Jaafar sangat gembira kerana telah berjaya membuktikan niat dan tujuan beliau semasa membuat keputusan kepada penyelesaian masalah dilema etika yang telah dihadapi olehnya.Beliau inginkan sekolahnya sentiasa berada dalam keadaan yang sepatutnya seperti yang diimpikan iaitu selamat,bersih dan sedap mata memandang dan beliau amat bersyukur niat dan tujuannya itu terlaksana dan keutamaan dicapai setelah bergeluk dalam dilema.

Sewaktu kontraktor itu menyatakan hasratnya (bagi rasuah),Jaafar tetap mempertahankan betapa pentingnya menjalankan tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan oleh kontraktor tersebut melalui keputusan yang sangat eksekutif yang dilakukan oleh Jaafar.Niat dan tujuan Jaafar sudah perjelaskan sehingga akhirnya kontraktor tersebut akur dengan keputusan Jaafar.

 4.2 MEMARTABATKAN NILAI MURNI DALAM PENTADBIRANNYA

Jaafar dalam hal ini sangat gembira kerana beliau tidak menerima rasuah.Semakin besar habuan yang dijanjikan oleh kontraktor terbabit semakin kuat dia menolak tawaran tersebut.Kini Jaafar telah mengenali watak peribadinya sendiri dengan lebih mendalam.Sesungguhnya Jaafar mempunyai keperibadian yang mulia dan jujur serta setia dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya.

Seandainya Jaafar menerima suapan daripada kontraktor terbabit,Jaafar mungkin akan menjadi lebih “demanding” padamasa hadapan.Perbuatan tersebut mungkin akan menjadi kebiasaannya dalam pengurusan pentadbirannya pada masa-masa akan dating.Disebabkan hal itulah akan lahir seorang pegawai kerajaan yang korup dan tidak amanah dalam jentera pentadbiran di Negara kita ini.Dengan demikian Jaafar bersyukur dengan tindakan yang diambil olehya kerana dengan pendirian itulah beliau masih lagi seorang yang pegang amanah diberikan serta jujur dalam menjalankan tugas sebagai seorang pentadbir dan guru.

5.0 KESIMPULAN

Justeru itu seperti yang di bincangkan di atas tadi,konflik yang berlaku ini banyak memberi impak dan iktibar kepada kita semua tidak kira lah kepada individu,organisasi dan seumpamanya.Setiap ciri-ciri yang dijelaskan tadi itu belum cukup untuk kita melengkapi dalam menghakimi nilai moral yang mengiringi setiap tindakan keputusan etika yang dilakukan oleh seseorang individu seperti yang terjadi kepada Jaafar itu.

 

Disebalik kejadian dilema rasuah yang berlaku itu memberi makna kepada individu ataupun kita semua yang terlibat dengan pengurusan dan pentadbiran atau pengurus sendiri.Sebelum membuat keputusan kita mesti menkaji kaedah analisis seblum membuat keputusan kerana ia mampu memberi impak yang negatif.Implikasi yang paling besar untuk individu yang menjadi pengurus ialah tidak ada satupun sistem yang benar-benar mantap atau sempurna dari segi penakulan tingkah laku atau “moral reasoning” yang boleh memberi panduan sepenuhnya kepada mereka dalam membuat keputusan etika yang amat sukar ini.Keadaan ini akan berjaya mengatasi atau mendapat keputusan yang jelas sekiranya kita menggabungkan semua ciri,kaedah,analisis etika dalam pengurusan.

 

Diharapkan semua organisasi kerajaan mampu mengatasi dan mempunyai sikap yang amanah dalam memegang jawatan yang diberikan agar negara kita tidak mundur dengan masalah yang tidak bermoral.Masyarakat yang sempurna seharusnya berpegang teguh kepada falsafah moral dan etika yang tinggi demi untuk kesejahteraan dan keharmonian sesebuah negara.  Menghayati dan mengamalkan falsafah moral dan etika adalah penting kerana kemajuan daripada segi kebendaan sahaja akan menyebabkan sesebuah masyarakat dan negara itu pincang. Penghayatan dan amalan nilai-nilai yang positif dan etika oleh setiap anggota masyarakat akan menjadi penghalang dalaman kepada mereka untuk tidak menyalahgunakan kemahiran atau kelebihan yang dimiliki untuk mengganggu hak orang lain seperti rasuah itu.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *