Sifat kenabian yang perlu ada pada seorang kaunselor.

Kaunseling adalah satu proses interkasi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran serta menghasilkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai terhadap perubahan tingkah laku.

Terdapat empat sifat kenabian yang perlu ada pada seorang kaunselor iaitu :

  • Beriman dan Bertakwa

Seorang kaunselor perlu meletakkan keimanan dan takwa sebagai paksi dalam pengendalian tanggungjawabnya. Sifat keimanan dan ketakwaan akan melahirkan keyakinan yang teguh terhadap pertolongan Allah SWT Nabi Muhammad SAW. sering ditimpa ujian dalam menyebarkan dakwah di Mekah dan di Madinah; namun segala halangan dan kesusahan telah dilalui oleh Baginda dengan meletakkan pergantungan kepada Allah SWT.

Sebagai contoh, Baginda telah berdoa kepada Allah SWT memohon kekuatan setelah dibaling dengan batu sehingga berdarah dalam dakwah Baginda di Taif.

  • Adil

Adil merupakan salah satu daripada sifat yang perlu ada pada diri seorang kaunselor. Sifat adil bermakna bijak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Nabi Muhammad SAW. telah menyelesaikan masalah perebutan dalam kalangan kabilah-kabilah Arab dalam meletakkan kembali Hajar al-Aswad di Kaabah dengan adil apabila Hajar al-Aswad tersebut telah diletakkan di atas sehelai kain manakala setiap kabilah memegang setiap penjuru kain tersebut bersama-sama.

  • Lemah Lembut

Sifat lemah lembut terhadap sesama manusia mempunyai daya tarikan yang boleh mendekatkan seseorang, sebaliknya sifat kasar akan menjauhkan hubungan sesama manusia. Nabi Muhammad s.a.w. sangat lembut dalam hubungan sesama manusia. Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran, ayat 159:

Maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah keampunan bagi mereka, dan bermesyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu lelah membulatkan tekad, maka bcrtawakkallah kepada AIlah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadanya.

  • Toleransi

Sifat toleransi sangat penting kepada seorang kaunselor. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan seorang kaunselor yang unggul apabila Baginda selalu boleh menerima pandangan, hujah dan cadangan para sahabatnya. Dalam mengaturkan strategi peperangan, Nabi Muhammad SAW. mengambil pandangan sahabat dalam menentukan pemilihan lokasi Perang di Badar, keputusan untuk berperang dalam kawasan Madinah atau di luar Madinah sewaktu Perang Uhud serta strategi penggalian parit dalam Perang Khandaq.

Kesimpulan

 

Tuntasnya, berdasarkan sejarah peperangan yang dikendalikan oleh Nabi Muhammad SAW, kita dapat lihat kebijaksanaan Baginda dalam merancanng, menyusun, melaksana dan mengawal setiap operasi peperangan. Kekalahan dalam perang Uhud berlaku dilihat berpunca daripada kecuaian terhadap perintah dan pesanan seorang ketua ialah Nabi Muhammad SAW.

 

Kalau dilihat seawal penciptaan manusia Allah SWT memilih manusia sebagai khalifah yang menjaga amanah di bumi ini dengan sebaiknya kerana tujuan pencipataan manusia sebagai khalifah yang mengurus, memimpin dan pemegang amanah di muka bumi. Setiap yang kita miliki sama ada kekayaan, kemewahan, kemahiran, kuasa dan seluruh alam yang wujud ini merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT dan dimanfaatkan kepada seluruh umat manusia lain untuk kelangsungan kehidupan dan tanpa mencerobohi hak orang lain. Justeru, dalam konteks keusahawanan Islam adalah menjadi tanggungjawab Muslim terhadap amanah pada diri dan amanah sesama manusia.

 

Nabi Muhammad SAW telah mengamalkan beberapa sifat asasnya seperti beriman kepada Allah, adil, lemah lembut dan toleransi yang semestinya diamalkan oleh kaunselor muslim yang berpegang kepada akhlak dan ciri positif Nabi Muhammad SAW merupakan model peribadi yang perlu dijadikan asas etika dalam setiap kegiatan kehidupan manusia.

 

Oleh itu, pengamalan dan penerapan nilai-nilai murni tersebut sewajarnya dilatih bermula dari institusi kekeluargaan, masyarakat dan umat seperti dengan mengiklankan akhlak yang terpuji yang dicontohi Nabi Muhammad SAW dari masa ke semasa melalui media berdasarkan kreativiti. Begitu juga dalam pengamalan dalam hubungan sesama manusia.

 

Rujukan

 

Abdullah, M. S. (2014). Hubungan Etnik. Selangor: Open Univesity Malaysia.

Aini, M. A. (2009). Sirah Nabawiyyah dan Akhlak. Selangor: Open University Malaysia.

Al-Qaraḍāwī, Y. (2001). Dawr al-Qiyām wa al-Akhlāq fī al-Iqtiṣād al-Islāmī. Al-Qāhirah: Maktabah Wahbah.

Kamus Dewan. (2016). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mariam Abdul Majid & Zulkefli Aini. (2009). Sirah Nabawiyah dan Akhlak. Dalam Modul OUM : ABST1103 (hlm. 128-132). Selangor: Open University Malaysia.

Mubarak, M. Z. (2017, Jun 13). Universiti Malaysia Kelantan. Didapatkan dari Konsep Keusahawanan Islam: Terminologi, Kerohanian dan al-Falah: http://umkeprints.umk.edu.my/6163/1/Konsep%20Keusahawanan%20Islam%20_%20terminologi_%20kerohanian%20dan%20al-falah.pdf

Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri, (. R. (2004). Sirah Nabawiyyah S.A.W. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Saodah, A. R. (2017, Mei 15). Berniaga Berasaskan Keberkatan Ilahi. Didapatkan dari International Islamic University Malaysia: http://irep.iium.edu.my/53057/1/Berniaga%20Berasaskan%20Keberkatan%20Ilahi.pdf

Siddiqi, M. H. (1979). The Economics Enterprise In Islam. New Delhi: Markazi Maktaba Islami.

Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa, M. N. (2002). Pengantar Perniagaan Islam. Petaling Jaya, Selangor: Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Zulkefli Aini. (2013). Sirah Tarbawiyyah. Selangor: Open University Malaysia.

 

 

 

 

 

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.