Menurut sumber (Jakim, 2017) di Malaysia tokoh yang paling popular dalam bidang Ilmu Tajwid ialah Datuk Hassan Azhari (lahir 18 Ogos 1928) adalah seorang rakyat Malaysia berketurunan Melayu merupakan seorang pendidik terkenal dengan rancangan Muqaddam pada awal 1970-an di saluran RTM. Beliau merupakan orang yang melaungkan azan semasa kemerdekaan negara Malaysia pada 31 Ogos 1957.

Kehidupan peribadi

Beliau dilahirkan di kampung Syu’ib Amir di Mekah pada 18 Ogos 1928. Ayahnya bernama Azhari Abdul Khaliq, tokoh agama terkenal di Selangor manakala ibunya ialah Fatmah Abdul Hakim, berketurunan Arab Mesir al-Shanani dan Padang, Indonesia.

Keluarga

Beliau mempunyai 22 orang anak dari tiga orang isteri. 13 orang anak yang pertama hasil perkahwinan beliau dengan isteri pertama, Sahara Abdul Samad, yang meninggal pada April 2004, Tiga orang anak lelaki yang pertama amat dikenali ramai iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, bekas ADUN Hulu Klang, Dato’ Fuad Hassan kini Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Khas atau JASA Kementerian Penerangan, dan pelakon terkenal Dato’ Jalaluddin Hassan. Seorang lagi anaknya dengan isterinya Maimunah Abd. Ghani, Mohammad Izzat Hassan megikuti jejak langkah abangnya Musa di dalam bidang kepolisan. Beliau dikhabarkan sangat tegas dalam agama tetapi masih seorang bapa yang penyayang.

Pendidikan

Beliau dibesarkan dalam persekitaran keluarga dan masyarakat yang berilmu dan beragama. Beliau mempelajari al-Quran sejak kecil di Mekah. Di peringkat rendah, mempelajari secara formal di Madrasah Dar al-Ulum, Mekah.

Antara guru beliau di sini ialah Sheikh Yasin al-Fadani dan di Masjidil Haram, gurunya ialah Sheikh Ismail Tamim (salah seorang imam masjid di Mekah)

Ketika berusia lapan tahun, berhijrah ke Malaya (Malaysia) bersama abangnya, Abdul Hakim dengan menaiki kapal laut selama beberapa bulan. Di Malaya, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Marta al-‘Ulum al-Diniyah di Kuala Langat, Selangor seterusnya ke Sekolah Arab al-Hayat al-Mardiyyah di Kampung Jawa, Selangor. Beliau menyambung pelajaran ke Sekolah al-Junaid, Singapura selama dua tahun untuk meningkatkan penguasaan bahasa Arab. Antara gurunya ialah Sayyid Abu Bakar al-Saqqaf dan Sheikh Abdullah al-Faqih.

Kemudian, beliau menyambung pengajian ke Maahad al-Ulum (kini Sekolah Agama Menengah Hishamuddin, Kelang) dan memperoleh sijil Rabi’ Thanawi. Bagi mendalami pengajian al-Quran, beliau kembali ke Mekah dan menyambung pengajian dengan Sheikh Ismail Tamim.

Beliau kemudiannya mempelajari bidang tarannum dengan beberapa ulama terkenal antaranya Syed Mahmud Lutfi Amir. Guru-guru al-Quran yang lain ialah Sheikh Mahmud al-Bukhari (riwayat Hafs), Sheikh Muhammad Abdul Samad, Dr. Ahmad Nuaina dan Syed Mahmud Amin Tantawi (riwayat Warsy Imam Nafi’).

Pencapaian

Beliau telah memberi sumbangan besar kepada negara dengan melaungkan azan semasa menyambut kemerdekaan negara di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957. Beliau turut melaungkan azan pada perasmian Masjid Negara pada tahun 1967, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan, Brunei.

Beliau juga merupakan penerima Tokoh Ma’al Hijrah 2002, yang merupakan penghormatan tertinggi bagi individu yang memberikan banyak sumbangan terhadap kemajuan Islam di dalam negara.

Beliau juga telah mengajar al-Quran dalam Radio Malaya dari 1960 hinggalah 2000. Beliau juga turut mengacarakan rancangan agama selama lapan tahun di TV1 yang bertajuk Muqaddam pada 1970-an. Rancangan ini memberi pendedahan yang mudah untuk membaca al-Quran daripada permulaan.

Pada 1997, beliau mendapat Anugerah Khas Seri Angkasa kerana penglibatannya selama 40 tahun bersama RTM.

Hassan juga merupakan hakim Pertandingan Tilawan al-Quran yang paling lama berkhidmat dalam negara. Hampir 46 tahun berkhidmat sebagai hakim, beliau juga menjadi hakim di Arab Saudi, Mesir, Iran, Dubai, Brunei dan Thailand.

Kesimpulan daripada perbincangan ini,

Tuntasnya, sesungguhnya al-Quran terus dijaga dengan baik melalui kaedah tajwid yang tepat dan sistematik. Pendekatan seharusnya diambil mengikut kemajuan teknologi yang sentiasa berkembang seiring dengan pemikiran dan daya ingatan seseorang.

Oleh yang demikian, pembelajaran al-Quran akan membosankan pelajar jika guru kurang mahir terhadap pendekatan pembelajaran ini. Sebagai seorang guru perlu mencari strategi atau pendekatan yang boleh menarik minat pelajar terhadap al-Quran.

Penetapan minat pelajar kepada al-Quran ini dihati pelajar-pelajar dan fokus kepada matlamat pendidikan Islam yang utama ialah untuk membawa pelajar mengenal penciptanya. Hanya pendidikan yang berkualiti akan melahirkan individu-individu yang berpotensi.

Kelemahan pada murid tidak dapat dihapuskan secara keseluruhan tetapi boleh diperbaiki sekiranya kesungguhan semua pihak mengambil berat, kerana murid itu golongan yang perlu dibimbing, manakala ibu bapa dan guru sebagai pembimbing dan pencetus dalam kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Justeru, kesedaran dari semua pihak seharusnya memainkan peranan dalam terus memelihara al-Quran yang suci sebagaimana diturunkan dan diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya dengan mengetengahkan melalui media murid yang berjaya agar terus menjadi teladan kepada yang lain. Maka, pendidikan kepada ibu bapa dan guru juga harus diberikan penekanan daripada pakar atau ulama qurra` melalui kursus-kursus penambahbaikan dan perbincangan dari masa ke semasa.

 

Rujukan

Al-Syaridah, M. A. (2004). Taqwim Kitabul at-Tajwid. Mekah: Universiti Raja Saud.

An-Nadawi, S. S. (2007). Ilmu Tajwid. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd.

Fazilah Abdullah. (2015, Oktober 08). Isu dan Permasalahan Pembelajaran al-Quran Pada

Masa Kini, Faktor-faktor Kelemahan dan Cara Mengatasinya. Didapatkan dari Universiti Sultan Idris: http://www.myguru3.upsi.edu.my

Jakim. (31 Oktober, 2017). TIlawah : Tan Sri Hassan Azhari. Retrieved from http://www.tilawah.gov.my/index.php/ms/juri/tan-sri-hassan-azhari

Maimunah Hamid. (2016, Jun 05). Isu dan Permasalahan Pembelajaran al-Quran Pada

Masa Kini, Faktor-faktor Kelemahan dan Cara Mengatasinya. Didapatkan dari Universiti Perguruan Sultan Idris: https://myguru3.upsi.edu.my

Maragy, A. G. (2013). Siraj Al Qari. Kota Bharu: Jabal Maraqy Enterprise.

Mohd Yusuf Ahmad. (2000). Sejarah Dan Kaedah Pendidikan Al-Quran. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Muhammad Amiri Ab Ghani. (2011). Al-Tuhfah Al-Jauhariyyah Dalam Memahami Usul

Riwayat Warsy Menurut Tariq Al-Syatibiyyah. Kota Bharu: Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Nor Asikin Arbain. (2015, Oktober 15). Isu dan Permasalahan Pembelajaran al-Quran Pada Masa Kini, Faktor-faktor Kelemahan dan Cara Mengatasinya. Didapatkan dari Universiti Perguruan Sultan Idris: http://www.myguru3.upsi.edu.my

Nor Asikin Arbain. (2015, Oktober 20). Masalah Ketidakupayaan membaca al-Quran. Didapatkan dari Universiti Perguruan Sultan Idris: https://myguru3.upsi.edu.my

Sahil, M. D. (2012). Al-Quran Rasm Uthmani : Bertajwid dan Disertai Makna. Selangor: Pustaka Haji Abdul Majid.

Saudy Uji. (2015, Oktober 15). Isu dan Permasalahan Pembelajaran al-Quran Pada Masa Kini, Faktor-faktor Kelemahan dan Cara Mengatasinya. Didapatkan dari Universiti Perguruan Sultan Idris: http://www.myguru3.upsi.edu.my
Wan Azlina Wan Semail. (2017, Jun 15 ). Isu Pendidikan Islam. Didapatkan dari http://mdazriamin5119.blogspot.my/2010/05/bidang-pengajian-pendidikan-kolej.html

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.