Menurut Othman Talib semasa mendengar satu tal dari Dr Claire Aitchisan yang merupakan bekas pensyarah/ Prof  yang kini menjadi seorang consultant for higher education dari Oz yang diminta berkongsi pengalaman dgn PG UPM bagaimana menjadikan artikel dari tesis dapat diterbitkan dalam jurnal. Beliau diundang khas oleh Graduate School UPM utk adakah beberapa siri ceramah / talk.

Ciri Artikel Yang Diterima Review Panel

Menurut beliau, Dr Claire memberikan 3 sebab sepintas lalu sesuatu artikel dari tesis diterima oleh panel review iaitu:

i. Sesuai dgn skop / focus jurnal
ii. . Menepati audience / scholar
iii. Hot topics / current debates / current conversation

Perkara i, ii dan iii saling berkaitan. Siapapun audience / scholar yang akan membaca jurnal adalah mereka dari bidang yang releven dgn skop jurnal tersebut. Cuma aku tertarik dgn keperluan mendapatkan hot topic dari hot issues / current debate / conversation.

Dr. Claire menyebutkan bahawa, panel tidak akan teragak2 untuk reject artikel yang ditulis tidak menepati “standard” minimum jurnal, ditambah jika kajian hanya melibatkan isu yang biasa-biasa sahaja.

Tetapi…

Sesuatu yang menarik apabila beliau menyebutkan bahawa review panel akan consider artikel wpun tidak menepati “standard” minimum sesuatu jurnal tetapi akan diminta untuk diedit dan diperbaiki sekiranya artikel tersebut mengkaji hot topics / isu terkini / current debates / current conversation. Alasannya mudah, artikel begini akan menyumbang kepada body of knowledge tanpa ragu2, serta berpotensi mendapat perhatian dan citation yang tinggi.

Gesaan mencari gap dgn maksud “looking for missing elements / something that had not been done before / kelompongan” sedang itu bukan yang dicari oleh review panel.. malah dalam talk selama 2 jam tersebut, tak ada satupun perkataan “gap”, gesaan mencari gap atau apa2 yang sewaktu dengannya yang disebut oleh Dr. Claire.

 

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.