Kajian Teks Sahih Muslim

Sebagaimana disiplin ilmu tafsir dalam pengajian al-Quran, ilmu syarah al-Hadith mempunyai peranannya yang tersendiri dalam memberikan kefahaman dan penjelasan terhadap maksud sebenar sesebuah hadith Rasulullah SAW. Hadith-hadith Rasulullah SAW merupakan sumber utama dalam Islam selepas Al-Quran. Sebagaimana Al-Quran yang diturunkan dapat difahami secara mendalam dihayatinya dalam kehidupan seharian kerana Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT secara mujmal dan memerlukan kepada takhsis (rumusan) agar ia dapat dipraktikkan dengan sempurna.

 

Walau bagaimanapun, Al-Hadith menurut bahasa bermaksud sesuatu yang baru. Manakala Hadith menurut istilah para sarjana hadith bermaksud sesuatu yang disandarkan kepada Nabi SAW sama ada dari segi perkataan, perbuatan, pengiktirafan atau pengakuan (taqrir) atau sifat-sifat beliau sama ada sifat-sifat fizikal atau sifat-sifat peribadinya. Maka, seiring dengan ilmu hadith, syarah al-hadith merupakan komponen di dalam disiplin pengajian hadith yang memberikan penekanan terhadap kefahaman serta penjelasan terhadap sesuatu hadith tersebut.

 

Oleh itu, huraian kepada hadith lebih dikenali dalam bahasa Arab dengan istilah fiqh al-Hadith dan syarah al-Hadith. Kedua-dua istilah ini memberikan maksud yang sama iaitu mendapatkan keterangan dan kefahaman sebenar bagi sesebuah hadith.

 

Justeru, bagi memahami pengajaran dan kehendak sesebuah hadith, wajar disyarahkan atau ditafsirkan. Semasa mensyarahkan hadith, ulama telah berpegang kepada metode-metode tertentu. Maka, menerusi tugasan ini, akan menelurusi metode yang berkaitan dengan syarah hadith iaitu ; kaedah syarah hadith dan jenis syarah hadith dengan meneliti kitab-kitab syarah hadith dan menjelaskan kepentingan rujukan terhadapnya dalam memahami hadith agar kefahaman yang tepat betul pada sesuatu hadith sama ada sudut sanad (jalur periwayatan) dan matan (lafaz hadith) serta menganalisis metodologi penulisan dan huraian hadith dalam kitab Fath al-Bari serta mengemukakan kelebihan dan kekurangannya

 

  • Kepentingan merujuk kepada karya syarah hadith

 

Menurut (al-Misri) perkataan syarah (syarh) berasal dari bahasa Arab شرح – يشرح – شرحا  yang ertinya menerangkan, membukakan, dan melapangkan. Istilah syarh (pemahaman) biasanya digunakan dalam kajian Hadis, manakala istilah tafsiran merujuk kajian Al-Qur’an. Maka, kedua-duanya adalah sama (maksud sama maksud, makna atau mesej); tetapi dari segi kedua adalah berbeza. Istilah tafsir adalah khusus kepada Al-Qur’an (menjelaskan makna, makna, kandungan, atau mesej dari ayat al-Qur’an), sementara istilah Syarah (syarh) termasuk hadith (menjelaskan maksud, makna, dan disiplin lain).

 

Secara istilah definisi syarah hadis adalah sebagai berikut:

 

شَرْحُ الْحَدِيْثِ هُوَ بَيَانُ مَعَانِي الْحَدِيْثِ وَاسْتِخْرَاجُ فَوَائِدِهِ مِنْ حُكْمٍ وَحِكْمَةٍ

 

Syarah hadis adalah menjelaskan makna-makna hadis dan mengeluarkan seluruh kandungannya, sama ada meliputi hukum hakam ataupun hikmah yang tersembunyi.

 

Definisi ini hanya berkaitan dengan syarah terhadap matan hadis, sedangkan definisi syarah yang mencakupi semua komponen hadis itu, baik sanad maupun matannya, adalah sebagai berikut:

 

شَرْحُ الْحَدِيْثِ هُوَ بَيَانُ مَايَتَعَلَّقُ بِالْحَدِيْثِ مَتْنًاوَسَنَدًا مِنْ صِحَّةٍ وَعِلَّةٍ وَبَيَانُ مَعَانِيْهِ وَاسْتِخْرَاجُ اَحْكَامِهِ وَحِكَمِهِ.

 

Syarah hadis adalah menjelaskan kesahihan dan kecacatan sanad dan matan hadis, menjelaskan makna-maknanya, dan mengeluarkan hukum dan hikmahnya. (Ali, 2001)

 

Oleh yang demikian berdasarkan definisi tersebut, maka gambaran kepentingan merujuk kepada karya syarah hadith dalam memahami sesuatu hadith secara kerangkanya adalah seperti berikut :

 

1)      Menjelaskan kualiti pada sesuatu hadis dari segi sanad maupun sudut matan, sama ada secara keseluruhan atau pun terpinci. Setiap hadith perlu meliputi penjelasan mengenai salasilah periwayatannya, penjelasan identiti dan sifat para periwayatnya, serta analisis matan dari sudut kaedah-kaedah dari segi penggunaan bahasa pada matan hadis.

2)      Menghuraikan makna dan maksud hadith dengan jelas, meliputi penjelasan kaedah pembacaan lafaz-lafaz tertentu, penjelasan struktur kalimah, penjelasan struktur kalimat, menyingkap rahsia makna-makna yang tersembunyi dari segi tatabahasa dan pengertian yang dimaksudkan.

 

3)      Mengungkap hukum-hakam dan hikmah serta rahsia maksud matan yang terkandung di dalamnya yang meliputi istinbat (menciptakan, mengeluarkan, mengungkapkan atau membuat kesimpulan) terhadap sesuatu hukum dan hikmah yang terkandung dalam matan hadith sama ada yang tersurat maupun yang tersirat.

 

4)         Syarah hadith sebagai pembukaan dalam meneliti dan menganalisis, kemudian menjelaskan setiap komponen yang terdapat pada sebuah hadith. Seterusnya, ulama hadith menjelaskan terdapat dua komponen utama yang ada pada sebuah (teks) hadith iaitu sanad (Rantaian perawi hinggalah sampai kepada hadis Rasulullah SAW) dan matan (Lafaz atau nas hadith yang diperolehi melalui sesebuah sanad). Secara mudahnya, Sanad adalah rangkaian perawi (individu yang terlibat dalam periwayatan hadis) yang memindahkan matan dari sumber asal. Sedangkan matan adalah editorial atau teks hadits yang menjadi unsur pendokong kepada pengertiannya.

 

Sebagai contoh, kita akan mengetahui kedudukan sanad, perawi dan matan pada hadith seperti berikut :

  • Hadis Lengkap

 

حدَّثَنَا آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا شُعْبَةُ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي السَّفَرِ ، وَإِسْمَاعِيلَ بْنِ أَبِي خَالِدٍ ، عَنْ الشَّعْبِيِّ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ ، وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ “

 

  • Sanad (Rantaian perawi hinggalah sampai kepada hadis Rasulullah SAW) :

 

حدَّثَنَا آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا شُعْبَةُ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي السَّفَرِ ، وَإِسْمَاعِيلَ بْنِ أَبِي خَالِدٍ ، عَنْ الشَّعْبِيِّ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

 

  • Perawi (Individu yang terlibat dalam periwayatan hadith):

 

1-آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ

2-شُعْبَةُ

3-عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي السَّفَرِ

4-إِسْمَاعِيلَ بْنِ أَبِي خَالِدٍ

5-الشَّعْبِيِّ 

6-عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو

 

  • Matan (Lafaz atau nas hadith yang diperolehi melalui sesebuah sanad) Hadith :

 

 الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ ، وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ

 

Oleh yang demikian, setiap hadith memerlukan syarah bagi mendapatkan penjelasan yang menyeluruh dan terperincil dari sanad, perawi dan matan hadith tersebut bagi menyatakan kualiti dan meyakinkan umat Islam.

  • Latar belakang kitab Fath al-Bari dan biodata pengarangnya Imam Ibn Hajar al-`Asqalani.

 

Menurut (Zuhri, 2003) Tidak dinafikan bahawa kitab Sahih Bukhari merupakan kitab hadith yang paling otentik di muka bumi ini. penulisnya, Imam al-Bukhari, hanya mencatumkan hadith-hadith sahih di dalamnya dngan syarat-syarat periwayatan yang begitu ketat. Bahkan untuk memantapkan pilihannya beliau tidak segan untuk solat istikharah dua rakaat setiap setiap kali mencantumkan hadithnya di kitabnya itu sebagai bukti keseriusan dan pertanggungjawaban beliau di hadapan Allah SWT. Maka sangatlah wajar apabila kitab ini dinobatkan sebagai kitab yang kandunagnnya paling agung setelah kitab suci al-Quran.

 

Justeru itu, munculnya kitab Fath al-Bari merupakan antara karya agung karangan Ibn Hajar al-`Asqalani yang mempunyai kedudukan tinggi sebagai rujukan utama dan menghuraikan hadith Sahih Bukhari. Perbahasannya agak mendalam dan diterima baik oleh sekalian umat Islam. Sumbangan usaha beliau menulis karya yang mensyarahkan al-Jami’ al -Sahih susunan al-Imam al-Bukhari telah mengkayakan sumber-sumber rujukan kitab di kalangan ilmuan. Antara kitab lain yang mensyarahkan al-Jami’ al–Sahih ialah ‘Umdat al-Qari karangan Badr al-Din Mahmud bin Ahmad al-Halaby, Irshad al-Sari karangan Abi al-‘Abbas Ahmad bin Muhammad al-Qastolani, Tuhfat al-Bari karangan Zakariyya al-Ansāri dan kitab al-Kawakib al-Darari karangan Shams al-Din bin Yusuf al-Karmani.

 

Karya utama ini ditulis oleh al-Imam al-Hafiz Sheikh al-Islam Shihab al-Din Abi al-Fadl Ahmad bin ‘Ali bin Muhammad bin ‘Ali bin Mahmud bin Ahmad bin Hajr al-Shafi‘e al-‘Asqalani . beliau dikenali dengan nama Ibnu Hajar, dan gelarnya “al Hafizh”. Berasal dari keluarga yang menetap di ‘Asqalan Palestin tetapi dilahirkan pada 23 Sya‘ban tahun 773 hijrah di Kaherah Mesir selepas keluarganya berpindah ke situ.Nama dan keturunannya yang sebenar nya ialah Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Ahmad. (Irfah, 2012)

 

Namun ada sedikit perbezaan namanya seperti yang tercatat dalam Muqaddimah Fath al-Bari iaitu Abu al-Fadl Ahamad Ibn ‘Ali bin Muhammad bin Muhammad bin ‘Ali. Beliau juga lebih dikenali dengan panggilan Ibn Hajar, al-Kinani dan al -‘Asqalani. Dalam kitab Mu’jam al-Buldan, al -‘Asqalan bermaksud bahagian tertinggi pada kepala. Ia juga adalah nama suatu kawasan tinggi yang terletak di tepi pantai antara Gaza dan Bayt Jibrin. Berasal dari Palestin tetapi dilahirkan di Kaherah Mesir pada 12 Sya‘ban tahun 773 hijrah.

 

Karya-karya beliau banyak diterima oleh umat islam dan tersebar luas, semenjak beliau masih hidup. Bahkan menurut Imam asy-Syakhawi dalam kitabnya Al-Jawhar wa Ad-Durar menyebutkan karya Ibnu Hajar mencapai lebih dari 270 kitab. As-Suyuthi dalam kitabnya Nazham Al-Uqyan menyebutkan karangannya berjumlah 198 kitab. Al-Baqa’ mengatakan karangannya berjumlah 142 dan Haji Khalifah dalam kitabnya Kasyfu Azh-Zhunun mengatakan, bahawa karangannya berjumlah 100 kitab.

 

Mengikut (Nae, 2018) di antara karya beliau yang terkenal dalam bidang ‘Ulum Al-Qur’an, beliau menulis Asbab an-Nuzul, Al-Itqan fi jam’ Ahadits Fadha’I Al-Qur’an, Ma fi Waqa’a Al-Qur’an Min Ghayr Lughat an-Nazhar. Dalam bidang ‘Ulum Al-Hadits, beliau menulis Nukhbat al-Fikr, Nuzhat an-Nazhar an-Nukat. Dalam bidang Fiqih, beliau menulis Bulugh al-Maram. Dalam bidang Syarah Hadits, beliau menulis Fath al-Baari. Dalam bidang Rijal, beliau menulis Tahdzib at-Tahdzib Taqrib at-Tahdzib, Lisan al-Mizan, dan Al-Ishabah.

 

Setelah meninggalkan khazanah yang begitu berharga kepada dunia keilmuan syarah hadith, beliau kembali kepada rahmatullah pada 28 Zulhijjah tahun 852 Hijrah

Metodologi penulisan dan huraian hadith oleh Ibn Hajar al-`Asqalani dalam kitab Fath al-Bari

 

Metode berasal daripada bahasa Yunani yang membawa maksud cara atau jalan. Dalam bahasa Arab dikenali sebagai manhaj.

 

Menurut (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2015), metode bermaksud cara melakukan sesuatu atau sistem. Sementara metodologi pula bererti sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu disiplin.

 

Penulisan kitab ini menghabiskan waktu seperempat abad (25 tahun). Dimulai tahun 817 H dan selesai tahun 842 H. Maka tidak menghairankan bila kitab itu paling bagus, teliti dan sempurna serta disusun dengan penuh keikhlasan.

 

“Fath al-Bari bi Sharh Shahih al-Bukhari” adalah salah satu kitab syarah hadits yang mempunyai metode berbeza, adapun “Fath al-Baari bi Sharh Shahih al-Bukhari” disusun dengan metode maudhu’i iaitu berdasarkan tema, dimulai dengan kitab bada al-wahyi kemudian kitab iman dan seterusnya.

 

Dalam mensyarah hadits, Ibnu Hajar mensyarah secara lengkap dari para perawinya kemudian matannya. Beliau juga menjelaskan para rawi secara lengkap, kemudian mensyarah matannya kalimat demi kalimat dan di akhir pensyarahan beliau menambahkan pendapat ulama ataupun kesimpulan dari hadits tersebut.

 

Dalam kitab “Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhari”, Ibnu Hajar al Asqalani menjelaskan masalah bahasa dan i’rab dan menguraikan masalah penting yang tidak ditemukan di kitab lainnya, juga menjelaskan dari segi balaghah dan sasteranya, mengambil hukum, serta memaparkan pelbagai masalah yang diperdebatkan oleh para ulama, sama ada yang bersangkutan dengan fiqh maupun ilmu kalam secara terperinci dan tidak memihak. (Zulhilmi Mohamed Nor, 2013)

 

Di samping itu, beliau mengumpulkan seluruh sanad hadits dan menelitinya, serta menerangkan tahap kesahihan dan keda’ifannya. Semua itu menunjukkan keluasan ilmu dan penguasaanya mengenai kitab-kitab hadith.

 

Perlu diketahui bahawa Sahih Bukhari terdiri dari beberapa kitab yang dimulai dengan bab permulaan wahyu telah menjadi dasar utama bagi syariat Islam. Kemudian disusuli dengan kitab Iman, Kitab Ilmi, Kitab Thaharah, Kitab Solat, kitab Zakat dan seterusnya. Dalam kitab ini juga dimuatkan hal pemerintah dan kehakiman. Kemudian kitab I’tisam bil kitab was sunnah dan yang terakhir adalah kitab Tauhid, sebagai penutup kitab sahihnya yang terdiri dari 97 kitab dan 3,450 bab. (ISMA, 2010)

 

Dalam muqaddimahnya, Ibnu Hajar menyebutkan langkah-langkah dalam mensyarah Kitab Hadits Sahih Bukhari :

  1. Mengumpulkan hadith-hadith dalam bab-bab
  2. Menyebutkan hubungan munasabat diantara keduanya walaupun samar-samar
  3. Menjelaskan kesahihan hadith dari sudut matan dan sanad. Menjelaskan tadlis dengan mendengar dan mengikuti orang yang mendengar dari syaikh yang bercampur sebelumnya. Dengan meninjau kepada kitab-kitab musnad, jawami’, mustakhrijat, ajza’, dan fawaid dengan memenuhi syarat kesahihan atau hasan dari apa yang didapatnya.
  4. Menyambung sanad-sanad yang terputus
  5. Menjelaskan makna lafaz-lafaz yang sukar difahami.
  6. Menjelaskan hasil istinbath (mengeluarkan) dari imam-imam hadith yang mahir dalam hukum-hukum fiqh, mauizah zuhud dan penjagaan adab terus mengambil pendapat yang majoriti ulama..
  7. Menjelaskan hikmah diulanginya hadith dalam pelbagai bab jika terdapat pengulangan matan.

 

Oleh itu, kaedah penafsiran kitab Syarah Fathul Bari menggunakan metode tahlili (kaedah analisis) iaitu menjelaskan hadith-hadith Nabi dengan memaparkan segala aspek yang terkandung di dalam hadith tersebut serta menerangkan makna-makna yang tercangkup di dalamnya, sesuai dengan kecenderungan dan kepakaran pensyarah.

 

Berdasarkan kaedah Tahlili, seorang pensyarah hadith yang mensyarahkan hadith akan menjelaskan hadith berdasarkan turutan asal hadith yang terdapat dalam kitab-kitab hadith yang dikenali sebagai al-Kutub al-Sittah. Kebiasaannya, pensyarah memulakan penjelasannya dari kalimat demi kalimat dan hadith demi hadith secara berurutan. Huraian yang dibuat melibatkan pelbagai aspek yang terkandung di dalam hadith seperti kosa kata, makna perkataan, latar belakang turunnya hadith (jika ada), kaitannya dengan hadith lain serta pendapat-pendapat ulama yang berkaitan dengan hadith tersebut, sama ada pendapat para sahabat, para tabiin mahupun pendapat para ulama hadith.

 

Secara umumnya, kitab-kitab syarah yang menggunakan metode tahlili biasanya bebentuk ma`thur (riwayat) atau ra`y (pendapat atau pemikiran rasional). Syarah yang berbentuk ma`thur merupakan riwayat-riwayat yang datang daripada dari sahabat, tabiin dan ulama hadith. Sementara syarah yang berbentuk ra`y merupakan pemikiran atau pendapat seseorang pensyarah itu sendiri.

 

Kitab tersebut mempunyai ciri-ciri yang berikut antaranya :

 

  • Syarahan yang dilakukan mengguakan pendekatan menjelaskan makna yang terkandung di dalam hadith secara menyeluruh.

 

  • Semasa mensyarahkan hadith, dijelaskan perkataan demi perkataan yang terdapat di dalam hadith tersebut secara berurutan, juga turut diternagkan sabab al-wurud yang difahami daripada hadith-hadith lain, sekiranya hadith tersebut memiliki sabab al-wurud

 

  • Huraian dan pemahaman yang dibuat oleh para sahabat, tabiin dan ulama syarah hadith yang lain merangkumi pelbagai disiplin ilmu dan

 

  • Dijelaskan juga hubungan (munasabah) antara satu hadith dengan hadith lain.

Oleh yang demikian, penulisan kitab ini menghabiskan waktu seperempat abad yang dimuliai dari tahun 817 H dan selesai tahun 842 H. Maka tidak menghairankan apabila kitab itu paling, teliti dan sempurna.

 

Berikut adalah contoh petikan yang terdapat dalam kitab Fath al-Bari Syarah Sahihi al-Bukhari oleh Imam Ibn Hajar al-`Asqalani, Beliau menggunakan pendekatan metode tahlili semasa mensyarahkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (‘Asqalâniy):

 

حدثنا الحميدي عبد الله بن الزبير قال حدثنا يحيى بن سعيد الأنصاري قال أخبرنـي محمّدابن إبراهيم التيمي أنه سمع علقة بن وقاص الليثي يقول سمعت عمر بن الخطاب رضي الله عنه على الـمنبر قال سمعت رسول الله صلّى الله عليه و سلّم يقول إنّما الأعمال بالنّيات و إنّما لكلّ امرئ ما نوى فمن كانت هجرته الى دنيا يصيبها أو إلى امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هجر إليه.

 

قوله حدثنا (الحميدي (هو أبو بكر(عبد الله بن الزبير) بن عيسى منسوب إلى حميد بن أسامة بطن من بني أسد بن عبد العزى بن قصي رهط خديجة زوج النّبي صلّى الله عليه و سلّم يجتمع معها في أسد ويجتمع مع النّبي صلّى الله عليه وسلّم في قصي وهو إمام كبير مصنف رافق الشافعي في الطلب عن بن عيينة وطبقته و أخذ عنه الفقه و رحل معه إلى مصر ورجع بعد وفاته ‘لى مكة ‘لى أن مات بها سنة تسع عشرة و مائتين فكأن البخاري امتثل قوله صلّى الله عليه و سلّم قدموا قريشا فافتتح كتابه بالرواية عن الحميدي لكونه أفقه قرشي أخذ عنه و له مناسبة أخرى لأنه مكي كشيخه فناسب أن يذكر في أول ترجمة بدء الوحي لأن ابتداءه كانبمكة ومن ثم ثنى بالرواية عن مالك لأنه شيخ أهل المدينة وهي تالية لمكة في نزول الوحي و في جميع الفضل و مالك و ابن عيينة قرينان قال الشّافعي لولاهما لذهب العلم من الحجاز قوله (حدثنا سفيان) هو ابن عيينة بن أبي عمران الهلالي أبو محمد المكي أصله و مولده الكوفة و قد شارك مالكا في كثير من شيوخه و عاش بعده عشرين سنة وكان يذكر أنه سمع من سبعين من التّابعين قوله (عن يحي بن سعيد) حدثنا يحي بن سعيد (الأنصاري) اسم جده قيس بن عمرو و هو صحابي و يحي من صغار التّابعين و شيخه(محمد بن إبراهيم) بن الحارث بن خالد(التيمي) من أوساط التّابعين…والله اعلم.

 

Berdasarkan contoh syarah hadith tersebut menunjukan bahawa dalam menerangkan hadîth, pensyarah mengemukakan analisis mengenai perawi sesuai dengan urutan sanad, sabab al-wurud, serta mempamerkan hadîth atau riwayat lain yang berhubungan dengan hadîth tersebut, termasuk menyatakan ayat al-Quran yang berkenaan dengan hadîth.

 

Disamping itu, pensyarah menggunakan riwayat-riwayat dari Ulama. Syarahan juga banyak diambil dari pendapat mereka sehingga huraian yang begitu panjang sehingga pendapat dari pensyarah hampir-hampir tidak ditemui. Selain itu juga, disajikan penjelasan kosa kata yang terdapat di dalamnya.

 

Maka dapat diringkaskan bahawa walaupun syarah ini menggunakan metode tahlili namun ia mengandungi huraian yang terperinci kerana berbentuk al-ma’tsur, pendapat dari pensyarah tetap sukar ditemukan. Inilah salah satu ciri utama yang membezakan secara terang dengan Syarh bi-al-ra’yi.

  • Kelebihan dan kekurangan kitab Fath al-Bari karya Ibn Hajar al-`Asqalani

 

Keistimewaan Kitab Fath al-Bari

 

Terdapat beberapa kelebihan yang terdapat dalam karya agung ini. Antaranya ialah:-

i-Ruang lingkup perbahasan yang luas;

 

Metode tahlili mencangkupi pelbagai aspek iaitu kata, frasa, kalimat, sabab al-wurud, munasabah dan lain-lain lagi.

ii-Memuatkan pelbagai idea dan gagasan

 

Dengan berpegan kepada metode ini, pensyarah berkesempatan melontarkan idea-idea dan pemahaman-pemahaman yang dikemukakan oleh para ulama.

Kekurangan kaedah tahlili

 

Selain memiliki kelebihan berbanding metode lain, ternyata metode ini juga memiliki beberapa kekurangan. Adapun kekuarangan metode ini seperti:

i-Menjadikan petunjuk hadith bersifat parsial :

 

Metode analisis menjadikan petunjuk atau pengajaran hadith bersifat parsial iaitu terpisah-pisah hingga seolah-olah pengajaran daripada hadith menjadi tidak jelas dan menyeluruh kerana syarahnya hanya tertumpu kepada hadith yang sama dan kurang memberi perhatian kepada hadith yang mirip dengannya.

 

ii-Melahirkan syarah yang berbentuk subjektif :

 

Menerusi metode analisis, penulis tidak sedar bahawa dia telah mensyarahkan hadith secara subjektif dan tidak mustahul pula ada di antara mereka yang mensyarahkan hadith berdasakan kemahuan peribadinya tanpa memberi perhatian kepada kaedah atau prinsip yang sepatutnya.

 

  • Kesimpulan

 

Tuntasnya, Hadith adalah sumber di dalam syariat Islam. Sebagai sumber penting di dalam perundangan Islam, inti pati dan pengajaran daripada hadith perlu difahami dengan sebaik mungkin. Namun, ilmu syarah hadith ini amat penting diketahui oleh muslimin agar mendapat pemahaman yang menyakinkan bahawa setiap hadith itu adalah bukan rekaan semata-mata. Bahkan membenarkan segala kebenaran wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT dan membenarkan bahawa kebenaran itu dari utusanNya yang mesti dipelihara kesuciaannya tanpa ada keraguan dan  pendustaan ke atas Baginda SAW.

 

Berdasarkan atas kepentingan kebenaran itulah syarah hadith yang sahih dicetuskan oleh Ibn Hajar al-`Asqalani yang mempunyai darjat tertinggi sebagai rujukan utama dan menghuraikan hadith Sahih Bukhari. Perbahasannya agak mendalam dan diterima baik oleh sekalian umat Islam. Sumbangan usaha beliau menulis karya yang mensyarahkan al-Jami’ al -Sahih susunan al-Imam al-Bukhari telah mengkayakan sumber-sumber rujukan kitab di kalangan ilmuan.

 

Di samping itu, hasil kesungguhan Ibn Hajar al-`Asqalani dengan menggunakan kaedah analisis atau tahlili mengambarkan atas ketelitian atas karya yang dihasilkan. Maka, adalah wajar ilmu syarah hadith ini wajar diaplikasikan dan diperluaskan oleh umat Islam mengikut peredaran masa dan zaman.

 

Rujukan

 

‘Asqalani, A. I. (1998). Hadyu as-Saari: Muqaddimah Fath al-Baari bi Syarh Shihih al- Bukhori. Kaherah: Darul Hadits.

‘Asqalâniy, A. i. (t.t). Fath al-Bâriy bi Syarh Shahih al-Bukhâry. Beirut: Dar al-Ma’rifah.

al-Hanbali, A. a.-F.-H. (t.t). Shadharāt al-Dhahab fi Akhbar man Dhahab. Beirut: al-Maktabah al-Tijariyyah.

Ali, N. (2001). Memahami Hadits Nabi (Metode dan Pendekatan). Yogyakarta: YPI al-Rahmah.

al-Misri, M. b.-M.-A. (t.t). Lisan al-‘Arab. Beirrut: Dar Shadir.

Al-Sakhawi, A. a.-K. (t.t). )Al-Jawahir wa al-Durār fi Tarjamah Sheikh al-Islam Ibn Hajar . Cairo: Dar al-kutub al- Misriyyah.

Ibn Hajar, A. b. (1956). al-Majma‘ al-Mu’assas li al-Mu`jam al-Mufahras. Kaherah: Dar al-Kutub al-Misriyyah.

Irfah, A. (2012, Oktober 10). Kitab Fath al-Bariy Bi Syarh Shahih al-Bukhari. Didapatkan dari Karya Ulama: http://abusyahmin.blogspot.my

ISMA, M. U. (2010, March 31). Fathul al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari (Ibnu Hajar al-A’sqalani). Didapatkan dari http://muis.org.my/2010/03/fathul-al-bari-sharh-sahih-al-bukhari-ibnu-hajar-al-asqalani/

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nae, E. (2018, Februari 20). Pemikiran Ahmad ibn ‘Ali ibn Hajar al-Asqalani. Didapatkan dari http://el-fathne.blogspot.my/2010/05/ahmad-ibn-ali-ibn-hajar-al-asqalani-i.html

Ulya. (2010). Metode Penelitian Tafsir. Kudus: Nora Media Enterprise.

Zuhri, M. (2003). Hadits Nabi Telaah Historis dan Metodologis . Yogyakarta: PT. Tiara Wacana.

Zulhilmi Mohamed Nor, R. A. (2013). Isu Kontemporari Dalam Pengajian Hadis. Seri Kembangan, Selangor: Open University Malaysia.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.