Kaedah Penyelidikan Pada Kacamata Pemeriksa
Kaedah Penyelidikan Pada Kacamata Pemeriksa

Setelah perbincangan dengan sahabat-sahabat sy di sini, kami perbincangan di ruangan whatapps ditubuhkan utk dikhaskan buat graduan-graduan yang bakal menghadapi Kertas Projek Akhir Tahun di OUM Jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam untuk mendapatkan tips2 dari otai-otai…

Research Metodologi secara analoginya..sy misalkan…aku ni duk Johor kemaruk mengidam nk mkn nasi kerabu, klau x dpt makan pasti aku diserang kemurungan yg sgt dasyat..satu2nya nasi kerabu dengan ayam bakar yg dpt memenuhi kemaruk ini hanyalah nasi kerabu mok teh..pastu aku abik abik flight airasia ke Kelantan utk menikmati nasi kerabu ayam bakar yg langsung bini aku xsuka dan digemari o

Kalau analogi kpd penyelidikan, kemaruk nasi kerabu sehingga diserang kemurungan tu adalah PERMASALAHAN…..baca SINI untuk dapatkan 10 cara mudah tulis penyataan masalah

Hasrat ke Kota Bharu Kelantan utk makan nasi kerabu ayam bakar tu adalah OBJEKTIF, manakala proses perjalanan dari Johor keĀ  Kota Bharu tu adalah METODOLOGI

Jrg org mengidam nasi kerabu ayam bakar macam ni, sampai tahap kronik cam ni..!

So apa yang perlu anda nak tau mulakan dengan tinggalkan komen di bawah..

1-Kena baca dan fahami dulu apa itu Metodologi Penyelidikan OUM

2-Tajuk apa nk buat? Tajuk jgn luas sangat skop ya..nanti susah kita mencari bahan.

3-Persediaan mental dan fizikal mesti kuat

4-Jenis apa kajian kita Kualitatif (macam temubual) atau Kuantitatif (cam soal selidik)

5-Fahami terma-terma yang digunakan dalam kajian seperti apa itu matlamat kajian, objektif kajian dan permasalahannya, skop releven atau tak?, sorotan literatur, methodologi kita gunakan, analisis dan interpretasi dapatan dan bermacam2 lagi.

Cukup dulu 5 langkah yang perlu kita fahami dan gambaran awal, mulakan dengan awal pembacaan kita tentang methodologi .

Rujukan :

Muhammad Soulhiey Zeckry. (2020, August 25). 10 Cara Mudah Menulis Penyataan Masalah • Wacana Az-Zeckry. Wacana Az-Zeckry. http://zeckry.net/2020/08/25/10-cara-mudah-menulis-penyataan-masalah/

By Muhammad Soulhiey Zeckry

Merupakan seorang pengkaji, penulis dan pendakwah yang sentiasa mencari cahaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.