Harga Motosikal Hibrid

Menyedari bahawa bumi semakin terbeban dengan pencemaran, ramai bersetuju inilah masanya kita beralih kepada gaya hidup yang lebih sihat dan tidak menjejaskan alam sekitar dalam semua aspek kehidupan. Selain industri pengilangan yang sering menjadi penyebab utama masalah itu, sektor pengangkutan juga turut menerima tempiasnya kerana dikatakan antara punca pengeluaran asap atau pembebasan gas hidrokarbon.

Justeru, mekanisme mengurangkan pelepasan asap terutama di kawasan bandar dan mengurangkan penggunaan kenderaan adalah salah satu daripadanya. Namun, pertambahan populasi di kawasan bandar terutamanya disebabkan penghijrahan tidak memungkinkan mengurangkan kenderaan dapat dilaksanakan. Maka, teknologi hibrid tidak asing lagi dikalangan masyarakat hari ini. (Junus, 2015)

Menurut Prof. Dr. Azhar Abdul Aziz, berdasarkan sejarah, teknologi hibrid bermula pada tahun 1901 apabila Ferdinand Porche telah menghasilkan sebuah kenderaan hibrid yang dikenali sebagai Lohner-Porsche Mixte Hibrid. Ini merupakan sebuah kenderaan yang menggunakan gandingan enjin petrol-elektrik yang pertama di dunia.  Ketika itu, kenderaan elektrik hibrid tidak digunakan secara meluas ketika itu sehinggalah pelancaran kereta Toyota Prius di Jepun pada tahun 1997. Kemudian diikuti oleh model kereta Honda Insight pada tahun 1999. (Azhar Abdul Aziz, 2015)

Oleh yang demikian,  Syarikat  Synergy  Technology  Sdn  Bhd  turut mengintai dalam mengeluarkan motosikal baru  yang  mengetengahkan konsep mesra alam dan teknologi Hibrid sepenuhnya kerana pembangunan teknologi hibrid dan menganggapkan bahawa ia sebagai satu segmen yang penting pada masa yang akan datang.

Memandangkan teknologi ini adalah hasil kerja dan pembangunan penyelidikan tempatan sepenuhnya. Maka, penulis ingin membincangkan beberapa aspek yang harus dikenal pasti dan diberikan perhatian yang teliti antaranya aspek harga dan penetapan harga dalam pasaran,  penentuan faktor  yang  harus dikenal pasti dalam penentuan harga dan strategi  yang  terbaik untuk perletakkan harga baru bagi motosikal  Hibrid ini.

Di samping penganalisaan juga kita dapat melihat harga yang mampu mempengaruhi pemasaran dan merangsang dalam proses pembelian di dalam pasaran agar misi syarikat ini dapat mengekalkan fokus perniagaan ini.

PENGERTIAN HARGA DAN PERLETAKAN HARGA DALAM CAMPURAN PEMASARAN

Konsep campuran pemasaran diperkenalkan oleh Jerome McCarthy sekitar tahun 1960an merupakan unsur-unsur pemasaran yang boleh dikawal dan berstrategi di mana setiap syarikat menggabungkannya untuk menghasilkan maklumbalas yang dikehendaki di dalam pasaran sasaran.

Syarikat  Synergy  Technology  Sdn  Bhd  menumpukan kepada unsur-unsur di dalam campuran pemasaran untuk menerapkan strategi pemasaran motosikal Hibrid berdasarkan kepada empat elemen iaitu produk, harga, saluran agihan dan promosi atau lebih dikenali sebagai ‘4 P’ (product, price, place and promotion) yang menjadi sumber asas dalam perancangan pemasaran bagi Syarikat ini. 

Dari sudut unsur harga, Menurut (Ismah, 2011) harga di sisi pembeli adalah nilai sesuatu barangan atau perkhidmatan. Manakala di pihak penjual pula, harga merupakan hasil daripada jualan atau lebih dikenali sebagai asas keuntungan. Maka, perletakan harga merupakan salah satu elemen terpenting dalam kaedah pemasaran.

Oleh itu, konsep perletakan harga ialah proses yang mana harga sesuatu produk atau perkhidmatan diletakkan berdasarkan kualiti, kos pengeluaran dan kebergantungan kepada kuantiti permintaan pembeli.

Manakala penentuan harga pula ialah proses menentukan harga mengikut keadaan pasaran semasa seperti dipengaruhi oleh beberapa makanisma yang boleh mempengaruhi perletakan harga antaranya faktor kualiti, geografi, psikologi, kadar pertukaran matawang, bahan mentah dan sebagainya manakala penentuan harga ini boleh disifatkan kepada pengaruh pasaran atau persekitaran yang memberi kesan positif mahupun negatif kepada harga dalam pasaran. (Irwan, 2016)

Sekiranya Syarikat Synergy Techology menggunakan kaedah psikologi harga yang merupakan salah satu strategi  dalam perang harga bersama pesaing. Contoh, Ahmad membeli motosikal baru dengan harga  RM3,499.00. Jika di lihat harganya hampir kepada RM3,500.00.Tetapi bagi pengguna seolah harga itu telah mengurangi  hampir seratus bagi mereka. Psikologi harga telah memanipulasi disitu. Dalam hal ini, terdapat empat tanggapan dalam psikologi harga.

  1. Tanggapan Simpanan
  2. Tanggapan Nilai
  3. Tanggapan Diskaun
  4. Tanggapan Tidak Diikat
  1. .Tanggapan Simpanan

Tanggapan simpanan merujuk kepada peruncit-peruncit menamatkan harga mereka dengan sentiasa ada RM0.99, daripada satu “0” atau “1”? Ternyata strategi meletakkan RM9.99 semakin baik daripada RM10.00. Selepas semua, bahawa ialah hanya RM1.00 atau RM0.01 simpanan. Walau bagaimanapun, pelanggan-pelanggan melihat barang-barang dengan harga berkesudahan “.99” itu lebih baik. Tanggapan simpanan adalah satu strategi penentuan harga itu berkuasa.

2. Tanggapan Nilai

Menawarkan produk dengan secara percuma dengan beli satu percuma satu atau hadiah merupakan produk sendiri. Satu lagi helah yang biasanya diguna pakai oleh peniaga di Internet. Strategi ini merupakan tanggapan bahawa pengguna akan mendapat mendapat lebih, ataupun keuntungan daripada apa yang mereka bayar. Semua orang sukakan hadiah-hadiah percuma dan untung ! Biasanya kita lihat dan baca tawaran-tawaran berkaitan seperti :  “Beli Sekarang Dan Mendapat Pakej Insuran Sepanjang Hayat percuma ! ” atau “Membeli Hari Ini, dapat baucer Tesco bernilai RM200.00.”

Kebiasaannya tawaran-tawaran mereka dengan memasukkan bukan satu, tetapi empat bonus untuk pembelian satu produk. Mengikut kajian, strategi ini telah terbukti menjadi sangat berkesan dalam memperolehi kuasa membeli dari pelanggan.

3. Tanggapan Diskaun

Mendiskaunkan ­ dari 10% untuk 75% dari ­ adalah satu-satunya stratigek yang paling berjaya dengan pembeli. Ini sudah tentu dengan memberi diskaun yang cukup besar , rata -rata pelanggan akan dapatkan lebih nilai wang mereka. Diskaun beberapa peratus,  untuk harga ahli yang mendaftar juga adalah strategik untuk dapatkan pelanggan tetap atau berulang. Diskaun yang betul dan tidak jelas akan memanipulasi harga, ini pasti akan mendapat daya tarikan pembeli.

4. Tanggapan tidak diikat

Tidak diikat harga ke dalam bayaran-bayaran biasa juga menjejaskan keputusan kepada pembelian. Pemasar telah menemui harga itu tidak diikat boleh membuat kos yang sangat sama remeh untuk pelanggan-pelanggan ­ dan oleh itu, lebih menarik.

Contoh mudah, yang kita tengok ialah Insurans Hayat. Anda akan mendengar kenyataan seperti berikut: “Untuk sekadar RM5 satu hari, anda akan mendapat satu hayat jaminan.” atau “Hidup Insurance untuk RM1.00.” Bila membuat pendekatan seperti ini, premium berbunyi sangat ­ munasabah dan seperti mampu untuk kita bayar, kerana orang merasa terbeban apabila diberitahu  “ Membayar Secara Tahunan Premium bernilai  RM1,825.00”  Sekarang, harga mengambil satu “wang besar” tanggapan , dan boleh sebenarnya melemahkan semangat rakyat daripada membeli produk. (Husaini, 2010)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.