Di Mana Keimanan dan Keyakinan ?

Persoalan yang sukar seandainya kita masih melihat dengan mata kepala bukan dengan mata hati…jalan ceritanya macam ni lah,

Ustaz: Kalau kita hidup zaman Firaun agak-agak kita jadi pengikut Firaun ke, atau pengikut Nabi Musa?

Jemaah: Tentulah Nabi Musa.

Ustaz: Yakin??

Jemaah: Yakinnnn!! (bergema seketika dewan)

Ustaz: Tapi yang membangunkan Mesir, Firaun. Yang bina piramid, Firaun. Yang terKAYA, Firaun. Yang ada kuasa tentera, Firaun. Yang bole beri PERLINDUNGAN Firaun. Yang boleh beri arahan, Firaun. Yang bole sediakan MAKANAN MINUMAN, Firaun. Yang bole sediakan HIBURAN, Firaun. Yang buat shopping complex, Firaun. Yang bagi duit bantuan rakyat, Firaun. Nabi Musa AS cuma pengembala kambing. Senjata dia pun tongkat je. Yakin?

Jemaah: Dah mula diam..

Ustaz: Dah la kejenya hanya jaga kambing, tau-tau ajak kita redah laut tak guna sampan. Yakin ke kita nak ikut Nabi Musa ni?

Dasyat Ustaz ni perli kita..

Betapa manusia zaman Firaun dan zaman kita TIDAK BANYAK BEZA.

Kita di zaman ini masih lagi lebih percayakan pada harta, kedudukan, duit dan pengaruh. Kebenaran kita akan tolak bila terkena orang yg berpengaruh dan orang yg kita idolakan sehinggakan lupa banyak kepada Tuhan.

Fikir-fikirkanlah….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.