Menurut Mohsin Husain (2020) di antara hikmah covid-19 menggambarkan kita semua jadi ‘pemimpin’ dalam sebuah keluarga sama ada bermula solat jamaah isteri dan anak-anak dengan mengimamkan solat wajib dan sunat tarawih, berkhutbah raya, bergambar berhari raya dengan gaya tersendiri, bak kata kebersamaan dengan keluarga yang tersayang, Maka itulah diri kita yang menjadi pemimpin dalam mengepalai untuk mengemudi sebuah bahtera, maka secara langsung kita dapat mengenal diri kita sebenar dimana kelebihan dan kekurangan.

Seandainya kita merasakan kekurangan di masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini teruskan menimba ilmu dalam pencarian kita tentang komunikasi kita dengan isteri dan anak-anak yang selama ini kita sibuk dengan kerja.

Justeru, masa untuk menimba ilmu sentiasa ada terutama mendalami al-Quran bagi mendapat tadabburnya yang dapat diaplikasikan dalam semua aspek seperti kekeluargaan, masyarakat dan negara sebelum ini saya telah menulis tentang kepentingan institusi kekeluargaan.

Zaman sekarang kepincangan Institusi Kekeluargaan sangat teruk sedar atau tidak terpulang kepada individu itu sendiri kerana telah diberikan hati dan akal yang sempurna bila kita mula berakal maka dalam Islam memberikan syariat untuk ditaklifkan dalam hal-hal ibadah.

Cuba fikirkan sejenak kenapakah wanita bernama Nuroh Ta`allah dari Algeria ini menulis buku bertajuk “Kaifa Tufhamu al-Marah (Bagaimana Anda Faham Tentang Wanita) setebal 10 ribu halaman atau seberat 45kg di zaman ini ? (buku paling tebal di dunia) ini bermakna apabila diri pemimpin itu gagal mengemudi sebuah bahtera dengan baik, maka Allah menzahirkan ilmunya agar kita semua berfikir dan tidak mustahil 50 tahun lagi kedapatan wanita yang menulis buku seberat 1000kg atau satu tan di masa akan datang, Jelas menggambarkan kepada wanita betapa beratnya bebanan yang “terbuku’ dihati wanita zaman sekarang yang diabaikan oleh sang lelaki !

Oleh itu, penzahiran ‘perasaan itu dibukukan agar lelaki memahami keadaan wanita yang diselubungi dengan emosi dan perasaan yang tidak tenang dan hati yang tidak aman akhirnya mengakibatkan wanita menjadi murung, tawar dalam hubungan kekeluargaan, gangguan jin dan saka (buku Ruqyah Syariyyah akan diterbitkan nanti).

Oleh yang demikian, kesakitan wanita yang berpunca daripada serangan dalaman oleh si lelaki apabila tidak dirawat akhirnya terkesan dengan tubuh badan dengan pelbagai penyakit zahir (medikal).

Buku ini mesti dibaca oleh kaum lelaki !

Buku Men are from Mars, Women are from Venus telah lama mengupas ‘kejadian lelaki dan wanita” ini, antara buku best seller bagi yang belum dapatkan boleh dapatkan di shoppe dengan versi English atau Bahasa Melayu.

Sewajarnya, lelaki adalah pemimpin yang digambarkan dalam ayat: 34 dalam surah an-Nisa sudah jelas, Seharusnya wanita juga mengetahui ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang lelaki itu, pastinya ILMU maka kembalilah kepada Allah SWT yang diajarkan melalui lisan Nabi SAW untuk membawa rahmat (kasih sayang) ke alam ini. Bagaimana untuk kembali kepada Allah ?

Pertama : Belajar dan terus menimba Ilmu agama yang benar dengan guru mursyid sebagai pemandu kita jalan yang diredhainya, mulakan dengan mempelajari al-Quran dan memahaminya. Sukar untuk mencari guru al-Quran ?guru ibarat perigi atau telaga, maka siapakah yang memerlukan air ? Kalau belajar al-Quran di Kuching peringkat zero atau ‘buta huruf” boleh bermula di Pertubuhan Kebajikan Islam Kuching (PERKACH) yang menumpukan kepada kebajikan keilmuan dalam pembangunan Insaniah di Kuching atau ikuti http://zeckry.net/kelas-al-quran/.

Kedua : Sentiasa berdamping dengan orang yang soleh dan berilmu agar sentiasa dalam keberkatan rahmat Allah SWT.

Ketiga: Amalan bersedekah meliputi semua aspek sama ada mendoakan kepada orang, menyebarkan ilmu dan dimanfaatkan oleh orang lain.

Oleh itu, Covid-19 telah membongkar rahsia disebaliknya, maka, sebelum jasad dimamah usia belajarlah..kerana yang dipersoalkan kelak kita sudah ada jawapan bukan di dalam kubur yang gelap gelita. Jawapan yang mesti dicari adalah sekarang ! Jangan biarkan jiwa kita kosong dan tandus tanpa ilmu agama yang dapat menenangkan dan mengamankan hati kita kerana apa ? ikuti kupasan selanjutnya.

Bibliografi:

Orang Ramai. (2020, May 21). Nuroh, Penulis Buku Paling Tebal di Dunia - Orang Ramai. Buku Paling Tebal di Dunia. https://www.orangramai.id/sosok/nuroh-penulis-buku-paling-tebal-di-dunia/
Muhammad Soulhiey Zeckry. (2018, July 8). Kepentingan Institusi Kekeluargaan • Wacana Az-Zeckry. Wacana Az-Zeckry. http://zeckry.net/2018/07/08/kepentingan-institusi-kekeluargaan/

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net adalah Rakan Penyelidik Nusantara dalam pembangunan dan perkembangan kajian Sains Sosial , Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah di Nusantara. Selain itu, menyediakan Perkhidmatan & Perundingan Guaman Syarie dan Pengurusan Harta Islam. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

One thought on “Pemimpin di zaman Covid-19”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.