Sebelum ini sy ada catatkan Keliru Matlamat Kajian Dan Objektif Kajian, kali ni sy nk lunaskan agar kita perlu faham apa itu matlamat dan objektif kajian.

Bila kita nyatakan masalah dan soalan kajian kita kemukakan perkara yg akn dikaji, maka pernyataan objektif kajian adalah utk memperjelaskan benda atau perkara apa yg akn dicapai di akhir kajian tersebut. Penyataan ni mesti selaras. Ciri penting penyataaan ini ialah :

-Mesti JELAS/NYATA

-x de unsur/elemen yg blh jd keliru

Penyataan yg kabur akn hanya mengelirukan penyelidik sendiri mengenai apa sebenarnya yg hendak dicapai.

Kalau nk mudah guna kaedah ni yg sll dipakai utk memandu kita buat penyataan objektif kajian. Klau kita pakai cara mudah ni mesti kita (penyelidik) blh buat penyataan yg kemas, rapi, padat dan BERFOKUS…apa kaedah itu ? nk tau apa dia senang je..

Apakah objektif kajian ?

Pernah dengar SMART GOAL ?

Kaedah SMART mesti blh membantu anda !

S – Spesifik : setiap penyataan objektif hendaklah JELAS tentang apa yg nk capai.

M-Meansureable : blh dinilai pencapaianya. xde maknanya letak penyataan yg subjektif, tp payah utk nilai pencapaianya.

A-Achievable : mampu utk dicapai. yg nk dicapai tu biarlah praktikal dan dlm ‘rumah’ atau lingkungan kemampuan yg ada. xde makna buat pernyataan objektif yg terlalu IDEAL dan SUKAR, akhirnya x blh dicapai.

R- Relevan : Objektif tu sesuai dgn masalah yg dikaji. supaya penyelidik leh mengelak jd OVER FOKUS atau OVER EMPHASIZE. Mungkin juga leh jd begitu ENTHUSIASTIC dgn kajiannya smp melampaui masalah tu sendiri. atau R : Result Oriented yakni kajian berkenaan mampu dpt result atau keputusan yg baik sbb semua kaedah dirancang dgn teratur.

T- Timeliness sesuai dgn keperluan sama ada keperluan intelektual ataupun keperluan pihak tertentu seperti masyarakat, institusi yg mengalami masalah. Sbb apa? sbb ada kajian mrk buat semata-mata utk tambah atau mengembangkan pengetahuan ttg sesuatu je tp x nampak kegunaannya tp penting bg tujuan intelektual. Jd, sestgh kajian x perlu pun penyataan yg pjg lebar, terperinci sprt yg biasa ada pd kajian2 sejarah dan tekstual yg penting JELAS dan RESULT ORIENTED. Pembaca blh tahu apa yg hendak dicapai oleh kajian berkenaan.

Tuntasnya, arah tuju yg jelas utk capai matlamat (umum), point, aliran (flow), rumah cerita yg jelas, Ibarat terlalu membebel tp x tunjuk jalan yg jelas utk sampai ke tempat tu. nama dah objektif. Kalau kt tgk sesuatu OBJEK mesti lah kena jelas br nampak dan berfokus tgk padu sehingga menimbulkan persoalan…benda apa ? dari mana ? apa riwayat dia ? mcm2 soalan timbul bergantung pd org yg melihat lah..

Bibliografi :

Mahani, R. (2013, October 10). Aktiviti Kreatif PAKK: Beza antara tujuan dan objektif kajian. Aktiviti Kreatif PAKK. http://pakkkreatif.blogspot.com/2013/10/beza-antara-tujuan-dan-objektif-kajian.html

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.