Cara Guna Penanda Wacana

Sesuatu teks atau petikan hanya dianggap sbg sbuah wacana jika mempunyaki ciri2 yg utuh. Tnpa ciri yg utuh ini sesebuah teks atau petikan tu hanyalah sekumpulan ayat yg x bermakna. Camne nk tau wacana yg utuh ? kena ada unsur2 penting yg membentuknya :

Perkataan—–>Frasa——>Klausa——->Wacana

Keutuhan wacana ni dpt dikesan cam ne? blh je nk kesan dgn rasa wujudnya susunan yg berurutan atau teratur dlm sesuatu wacana.

Ciri ni sgt penting kerana dpt menentukan sesuatu ujaran atau tulisan tu ada wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yg x teratur.

Penanda Wacana
Jenis Penanda Wacana

Penanda wacana digunakan untuk menulis ringkasan dan pemahaman, karangan.

i) Penanda wacana untuk memulakan karangan

  1. Pada era globalisasi ini,
  2. Dalam meniti arus kemodenan ini,
  3. Dewasa ini,
  4. Pada masa ini,
  5. Kini,
  6. Dasawarsa ini,
  7. Sejak sedekad yang lalu,
  8. Kebelakangan ini,
  9. Belakangan ini,
  10. Sejak akhir-akhir ini,
  11. Baru-baru ini,
  12. Umum mengetahui bahawa,
  13. Sejak zaman-berzaman
  14. Sejak dahulu lagi
  15. Pada tahun-tahun belakangan ini,

ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas perenggan pengenalan

  1. Antara, (untuk perenggan kedua)
  2. Selain itu,
  3. Di samping itu,
  4. Sementara itu,
  5. Dalam pada itu,
  6. Lain daripada itu
  7. Dalam pada itu,
  8. Seterusnya,
  9. Begitu juga dengan
  10. Ahkir sekali,

iii) Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan

  1. Saya berpendapat demikian kerana
  2. Hal ini demikian kerana
  3. Hal ini berlaku kerana
  4. Hal ini terjadi kerana
  5. Hal ini disebabkan oleh
  6. Hal ini wujud akibat daripada
  7. Hal ini bersangkut-paut dengan
  8. Hal ini berpunca daripada
  9. Hal ini tercetus apabila
  10. Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya……………..

iv) Penanda wacana untuk memberi contoh dalam karangan

  1. Misalnya,
  2. Contohnya,
  3. Sebagai contoh,
  4. Tamsilnya,
  5. Seperti yang kita sedia maklum,
  6. Antaranya adalah seperti
  7. Satu contoh
  8. Satu cara
  9. Antara contoh

v) Penanda wacana untuk menghuraikan contoh

  1. Hal ini mengakibatkan
  2. Hal ini menyebabkan
  3. Oleh itu,
  4. Maka,
  5. Oleh hal yang demikian,
  6. Oleh sebab itu,
  7. Jelaslah bahawa
  8. Justifikasinya,

vi)Penanda menutup isi

  1. Kesannya,
  2. Natijahnya,
  3. Akibatnya,
  4. Akhirnya,
  5. Dengan itu,
  6. Kesudahannya,
  7. Dengan berbuat demikian,
  8. Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat

  1. justeru
  2. juga
  3. malah
  4. malahan
  5. tambahan pula
  6. sementelahan
  7. bahkan juga
  8. sekali gus
  9. di samping
  10. bahkan
  11. malar-malar

viii) Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup

  1. Kesimpulannya,
  2. Intihanya,
  3. Secara tuntas,
  4. Tuntasnya,………….
  5. Konklusinya,
  6. Sebagai penutup wacana,
  7. Sebagai penghias bicara akhir,
  8. Sebelum mengakhiri wacana ini,
  9. Secara keseluruhan,
  10. Secara total,
  11. Akhir kata,

ix) Penanda wacana untuk menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

  1. Walau bagaimanapun,
  2. Namun demikian,
  3. Namun begitu,
  4. Meskipun,
  5. Daripada perspektif yang berbeza,
  6. Jika dilihat dari sudut lain,
  7. Dengan kata lain,
  8. Kontradiksinya,
  9. Di sebalik itu,
  10. Dalam pada itu,
  11. Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan ungkapan menarik termasuk peribahasa, slogan dan kata-kata hikmat

  1. ___bak /seperti kata peribahasa,
  2. ___bak kata peribahasa Melayu,
  3. ___bak kata pepatah Melayu,
  4. ___bak kata pepatah Cina/Inggeris/dll
  5. ___bak kata mutiara,
  6. ___bak peribahasa,
  7. ___bak pepatah,
  8. ___bak kata cendekiawan,
  9. ___persis kata peribahasa,
  10. ___persis kata peribahasa Melayu,
  11. ___persis kata orang tua-tua,
  12. ___persis kata mutiara,
  13. ___persis peribahasa,
  14. ___persis kata cendekiawan,
  15. Hal ini sama dengan peribahasa
  16. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni
  17. Fenomena ini dikatakan
  18. Masalah ini sama dengan peribahasa
  19. Saya yakin kalau slogan _ diamalkan
  20. Saya berharap agar slogan _ dijadikan pegangan oleh semua

Bibliografi :

Faridah Nazir, Hashimah Ibrahim, Norhiza Mohd. Salleh, & Zairinah Mohd. Shukur. (2014). Wacana penulisan.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.