Keutuhan Penanda Wacana

Jenis Penanda Wacana
Jenis Penanda Wacana

Menurut Abdu Aziz & Masuri (2006) keutuhan wacana terzahir apabila cara penggunaan penanda wacana diserasikan dgn unsur-unsur linguistik dan tautan idea yg disampaikan. Manakala Safiah Karim (2010) mengatakan bhw penanda wacana sbg perkataan atau rangkai kata yg menyatakan kesinambungan dlm teks yg terdiri elemen-elemen penanda leksikal, rujukan, penghubung, penggantian serta elipsis (pelenyapan untuk mengelakkan pengulangan maklumat dlm ayat seterusnya).

Sblm ni sy ada catatkan Cara Guna Penanda Wacana, kali ni mari kita memahami jenis-jenis penanda wacana, penanda wacana digunakan utk memantapakn lg keutuhan wacana bagi :

1-Mengaitkan perenggan dgn perenggan cth : penanda wacaa utk merumuskan hujah ialah sbg penyimpul kata, akhir kata dan kesimpulan

2-Maksud tambahan : ialah lagi, serta, di sampung itu dan selanjutnya.

3-Menunjukkan masa iaitu pd mulanya, apabila, semasa dan ketika

4-Perbandingan iaitu sesuai dengan, serupa dgn, dan seperti juga

5-Urutan, iaitu kemudian daripada itu, selepas itu, pertama, seterusnya, akhirnya dan kedua

6-Menunjukkan pertentangan iaitu bagaimanapun, sebaliknya, namun begitu, tetapi dan sungguhpun

7-Menunjukkan tempat iaitu bertentangan dengan, berhampiran dgn dan bersebelahan dgn

8-Menunjukkan pernyataan semula iaitu seperti yg diterangkan, dgn kata lain dan iaitu

9-Pengesahan iaitu pastilah, sebenarnya, sewajarnya, sesungguhnya, sememangnya, tentulah dan

10-Menunjukkan contoh iaitu umpama, bagai, bak kata, contoh, seperti, sebagai, laksana dan macam

Sehubungan itu, terdapat tiga jenis penanda wacana pada skala besar iaitu penanda kronologi, penanda organisasi dan penanda idea seperti minda minda di atas.

Tuntasnya, keutuhan penanda wacana ini akan terserlah bila ada elemen-elemen yg mengikut jenis penanda wacana kerana jenis penanda wacana antaranya menghubungkan organisasi penulisan yg berfungsi menghubungkan bahagian wacana dgn bhg wacana lain dan memaklumkan pembaca apa2 yg dibuat atau didedahkan kpd bilangan tertentu spt dlm hubungan ini.

Rujukan :

Zeckry, M. S. (2020, June 18). Cara Guna Penanda Wacana • Wacana Az-Zeckry. Wacana Az-Zeckry. http://zeckry.net/2020/06/18/cara-guna-penanda-wacana/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.