Cara mudah baca Quran yang tercari-cari oleh ramai sahabat-sahabat kita di Kuching yang ingin belajar quran tetapi tidak tahu di mana dan cara yang berkesan walaupun telah memulakan belajar mengaji,

Sekali lagi Pertubuhan Kebajikan Islam Kuching (PERKACH) akan menganjurkan Kursus Mudah Baca Quran (KUBACA) untuk dimanfaatkan oleh beberapa sahabat-sahabat kita yang tercari-cari teknik berkesan. Maka anda ke sini tidak salah memilih jalan dengan pengalaman yang cuba PERKACH kongsikan cara mudah baca quran dalam program KUBACA.

Cara mudah baca quran ini tercetus hasil daripada pengajaran kelas al-Quran yang kami anjurkan sebelum ini secara personal dan berkumpulan.

Kepada siapa Kursus Cara Mudah Baca Quran (KUBACA) ini ?

Terbuka kepada lelaki atau wanita DEWASA sahaja yang langsung tidak mengenal huruf atau tidak dapat baca huruf al-Quran sehingga dapat membaca dengan baik, lancar dan fasih serta memahami dengan baik.

Apa yang kita dapat diakhir program KUBACA?

Dapat membaca al-Quran dengan cara yang betul dan berkesan serta dapat aplikasikan kepada anak-anak dan kaum keluarga yang pastinya dapat merapatkan hubungan kasih sayang. Selain itu dapat memahami al-Quran dengan baik.

Berapa lama kursus KUBACA ?

Pendedahan peringkat asas bagi pengambilan pertama yang akan diadakan pada 23 Ogos 2020 (Ahad)

Teknik membaca dengan betul yang jarang didedahkan oleh guru al-Quran. Pengalaman guru ini 25 tahun dalam keahlian al-Quran yang cuba berkongsi ilmu kepada anda.

Tetapi kali ini kami perlukan 3-4 jam sahaja untuk selesaikan masalah anda yang selama ini tidak pandai baca Quran. dengan teknik yang telah kami formulakan.

cara mudah baca quran

Jam berapa KUBACA ini bermula ?

8 Malam hingga 11 Malam

Apakah kelebihan menyertai program KUBACA ?

1-Mendapat bimbingan terus menerus

2-Pendedahan Ruqyah Syari`yyah (Bagaimana al-Quran sebagai penyembuh penyakit)

3-Pendedahan “Anda seorang yang BOLEH !”

4-Pendedahan rahsia ‘membunuh susah baca Quran dan malu belajar baca al-Quran

5-Pendedahan pemahaman al-Quran sebagai kekuatan rohani

6-Pendedahan gangguan-gangguan jiwa yang sering datang menganggu seperti bisikan (halusinasi, saka, sihir dll)

dan banyak lagi…tidak rugi anda menyertai KUBACA ini.

Adakah pengambilan terhad program KUBACA ini ?

Ya..pengambilan pertama ini adalah terhad siapa cepat dia punya tempat. Tempahan kerusi MESTI didahulukan dengan mendeposit bayaran KURSUS MUDAH BACA QURAN (KUBACA).

HANYA TERHAD 25 ORANG SAHAJA DAN SERIUS !

DImana program ini akan berlangsung ?

Tempat yang dicadangkan di 2nd Floor, 13766, Section 65 KTLD 4 Mile, Matang Road Metrocity, 93050 Kuching, Sarawak (Tertakluk Kepada Perubahan Tempat Akan Dimaklum Sekiranya Berubah)

Berapakah yuran KUBACA ini ?

Hanya RM50.00 sahaja bagi menyertai KURSUS MUDAH BACA QURAN (KUBACA).

Deposit hanya RM30.00 sbg tempahan dan komitmen anda untuk menyertai KUBACA yang akan diadakan pada 23 Ogos 2020 (Ahad)

Yuran KUBACA ini sebahagiannya akan disumbangkan untuk pembangunan PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM KUCHING (PERKACH) termasuk Pembangunan Wakaf Kompleks Pendidikan Az-Zeckry dan Tabung PERKACH

Bagaimana pembayaran deposit ?

Deposit KUBACA ini boleh didepositkan ke akaun CIMB BANK atas nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM KUCHING (PERKACH) dan Whatapps kami segera di pautan ini

Bilakah tarikh tutup penyertaan KUBACA ?

Pengambilan bagi program KUBACA ini akan ditutup setelah mencukup 20 orang pada 21 OGOS 2020 dan akan dibuka semula untuk pengambilan ‘gelombang kedua”

Pasti CARA MUDAH BACA QURAN ini menjadi impian anda untuk menepati tuntutan agama yang ditawarkan oleh Allah SWT iaitu kerahmatan dan keampunan..Nabi bersabda : Sebaik-baik kamu adalah orang belajar al-Quran dan mengajar al-Quran.

Contohi lah si anak kecil ini sebagai impian anda untuk berjaya

https://www.facebook.com/watch/?v=251658686199664

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.