Nota Pengajian Bersama Syeikh Mukhtar Ali Ad- Dasuqi
gelapnya hati

Gelapnya hati, kenapa ? Sakitnya hatiku disini ke ? Irama dn lagu yg biasa dijadikan senam robik atau zumba ke ? Catatan penyakit induk yg ma`ani/batin yg dijumpai dan dikaji ribuan tahun iaitu hasad, kebiasaan org x hiraukan pun tapi apabila ia mmberi kesan pd kt apabila ditimpa atau terkena penyakit tersebut stlh kt rs hati xnyaman, jiwa kacau,gangguan/kerasukan jin dan akhirnya terkesan pd fizikal.Apabila kt sakit br kita endahkan dan mencr jalan selesai. Ketika ini bermula lapisan kesadaran. Kt peribahasa org dulu2 “Dahlah jatuh ditimpa tangga”

Punca penyakit hasad ini bermula dr satu titik hitam yg mewarnai kehitaman yg bertimpa yg asalnya manusia dilahirkan sbg fitrah dan suci akhirnya kita mengotorkan secara maknawi.

Sabda Nabi SAW :

 إنَّ المؤمنَ إذا أذنب ذنبًا كانت نُكتةٌ سوداءُ في قلبِه ، فإن تاب ، ونزع ، واستغفر صقَل منها ، وإن زاد زادت حتَّى يُغلَّفَ بها قلبُه ، فذلك الرَّانُ الَّذي ذكر اللهُ في كتابِه : كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sesungguhnya seseorang mukmin apabila dia melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya satu titik hitam, sekiranya dia bertaubat dan meninggalkan dosanya itu serta memohon ampun, hatinya kembali menjadi bersih. Jika dia berterusan melakukan dosa, maka titik hitam itu akan terus merebak, itulah penutup (ran) yang disebut oleh Allah di dalam kitabNya : ” Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran, dengan sebab (perbuatan maksiat) yang mereka kerjakan “. (HR Ibn Majah dengan sanad Hasan)

Maka titik hitam tersbt jd penyakit dinamakan RAN menutupi segala kebaikan atau keimanan sehingga Allah SWT menyebut sebagai Nafsu Ammarah. Sbgmana disebut dalam firmanNya :

وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya : ” Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku : sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku ( maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu ). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani “.
( Surah Yusuf : 53)

Gelapnya hati ! RAN itu sbg penutup kpd cahaya yg pd hakikatnya dpt menembusi sgla ilmuNya. Apabila tertutup maka iblis mengarahkan keturunannya bernama syaitan untuk menjauhkan manusia itu kpd kebaikan atau keimanan kpd Allah SWT. Bermulalah apa yg kuar dr hati itu hasad, berfikiran jahat, perkataan yg negative atau jahat. Hati ibarat Sultan, apabila syaitan menjadi Sultan mk smua akn jd rs yg jahat, tak senang dgn org dan rs x nyaman bila x dpt buat kejahatan.

Olh itu, penyakit hasad ini mula bermaharaja dlm diri seseorg itu yg melampaui mk lama-lama dipelihara smp berlemak dlm hati, so apa yg dipdg oleh mata mula jd jahat, sbb itu Rasulullah SAW sebut penyakit Ain itu benar ! sehingga membahayakan dan merosakan org lain. Hakikatnya Allah sebut x da manfaat pun pd akhirat kelak harta dan anak kecuali org tu bawa hati yg sihat/sejahtera. Sbgmana yg difirmankan dalam surah Asyuara` : 88

يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Sabda Baginda SAW bermaksud: “Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika sekiranya daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Namun, jika seandainya daging tersebut rosak, maka rosaklah seluruh anggotanya. Daging yang dimaksudkan adalah hati”. (Hadis Riwayat Bukhari dari Nu’man bin Basyir).

Allah SWT menjelaskan mengenai hati yang mati ini melalui firman-Nya bermaksud : “Apakah sama orang yang dilapangkan Allah SWT dengan cahaya petunjuk dan orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan? Maka, kecelakaan besarlah bagi orang yang keras hatinya daripada menerima peringatan. Mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang nyata.” (Surah az-Zumar, ayat 22).

Justeru,hati yang hidup ialah hati yang sentiasa bersih dan suci daripada titik noda dan dosa. Hati perlu dididik dengan sifat mahmudah seperti ikhlas, rendah diri, dan zuhud agar ia tidak mudah dipengaruhi oleh hawa nafsu. Dengan zikrullah, ikuti kelas mengaji dan mendalami ilmu agama dapat merawat hati agar dijauhi penyakit keras hati.

Bibliografi

Al-Hadith. (n.d.). الدرر السنية - الموسوعة الحديثية. الترغيب والترهيب. Retrieved May 31, 2020, from https://www.dorar.net/hadith/sharh/85947
al-Quran. (n.d.). القرآن الكريم - تفسير السعدي - تفسير سورة الشعراء - الآية 88. Retrieved June 1, 2020, from https://quran.ksu.edu.sa/tafseer/saadi/sura26-aya88.html#saadi
al-Quran. (n.d.). القرآن الكريم - تفسير الطبري - تفسير سورة المطففين - الآية 14. Retrieved May 31, 2020, from http://quran.ksu.edu.sa/tafseer/tabary/sura83-aya14.html
Muhammad Soulhiey Zeckry. (2020, May 28). Bahaya Penyakit Ain Tanpa Disedari • Wacana Az-Zeckry. Wacana Az-Zeckry. http://zeckry.net/2020/05/28/bahaya-penyakit-ain-tanpa-disedari/
طه محمد الساكت. (2013, March 23). العين حق. www.alukah.net. http://www.alukah.net/sharia/0/52319/

By Muhammad Soulhiey Zeckry

Merupakan seorang pengkaji, penulis dan pendakwah yang sentiasa mencari cahaya.

3 thoughts on “Gelapnya Hati”
  1. […] Walau bagaimanapun, ketiga penyakit ini msykt kita tidak mengambil serius (utk perlindunga) melainkan apabila mereka ‘merasai’ dan melalui ‘gangguan dalaman/ma`nawi seperti ketakutan tiba-tiba, cemas, cuak, tidak blh tgk cermin lama2 dan sering bermimpi yg buruk atau pelik-pelik sekaligus ini telah menganggu jaringan kehidupan yg tenang dan sejahtera sama ada dari segi rohani dan jasmani. Sedangkan dalam ilmu tasauf atau spritual/sufism terus membincangkan kepada akar umbi penyakit hasad ini berpunca daripada hati yg kotor, penulis telah membincangkan sebelum ini dalam gelapnya hati. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.