Keusahawanan

Aktiviti keusahawanan sebenarnya bukan sahaja memberi keuntungan kepada golongan belia itu sendiri malah berpotensi menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan bina upaya kepada usaha meningkatkan inovasi, kreativiti dan daya saing sesebuah negara seperti dikemukakan oleh pengkaji Barat, Adam Smith.  Sikap bergantung kepada kerajaan dan kurang minat kepada bidang keusahawanan sebenarnya menjerumuskan seseorang itu ke dalam situasi yang tidak menentu seperti ini.

Kebanyakan individu, terutama siswazah lebih bergantung kepada orang lain untuk memberi mereka pekerjaan daripada ‘mencipta’ pekerjaan sendiri dengan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan mereka.

Jadi, melalui pendedahan akan asas keusahawanan inilah, sedikit sebanyak dapat membantu golongan belia membuat persiapan menghadapi kehidupan yang mencabar pada masa akan datang yang mana belia tidak perlu lagi terlalu bergantung kepada kerajaan dalam mencari pekerjaan selepas bergelar graduan misalnya, kerana mereka mampu untuk berdikari dengan mengaplikasikan ilmu keusahawanan yang dipelajari di universiti. Walaupun kini siswazah universiti telah menambah kesukaran mencari pekerjaan disebabkan peluang yang terhad ditawarkan para majikan.

Oleh, sokongan modal insan berkualiti dan kompetitif amat diperlukan bagi proses transformasi Malaysia daripada ekonomi berasaskan pengetahuan kepada ekonomi berpaksikan inovasi bagi mencapai aspirasi untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi. Bidang keusahawan ini amat luas kalau kini ramai belia menyertai.

Dalam era Revolusi Perindustrian 4.0, kebanyakan majikan ingin mengurangkan pekerja dengan menggunakan sistem automasi dalam perniagaan mereka.  Pekerja hanya diperlukan pada waktu tertentu dan dibayar untuk tugasan itu sahaja. Maka di sini juga, peranan freelancer memenuhi keperluan majikan era baharu. Era ini juga dikenali sebagai The Gig Economy. Hanya kebergantungan kepada modal insan dan kreativiti seseorang itu mampu menjanakan perniagaan yang sesuai dengan teknologi di era Revolusi Perindustrian 4.0 (Siti Adyani Maliki, 2016).

Menyertai koperasi

Melibatkan diri dalam sektor koperasi bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di negara ini. Kepentingan koperasi sekaligus memajukan kepentingan negara tidak boleh diketepikan kerana pembangunan koperasi merangkumi banyak aspek pembangunan manusia dan komuniti. Selain itu,  koperasi berperanan dalam pembangunan sosial dan ekonomi juga menonjol di mana model perusahaan koperasi menyumbang kepada pekerjaan belia bukan hanya menyediakan kerja makan gaji tetapi juga mewujudkan peluang pekerjaan melalui bekerja sendiri kerana melalui koperasi untuk mendapat modal pusingan dengan aktiviti yang tersedia ada yang bermula di komuniti setempat yang bersesuaian dengan aktiviti yang sedang berjalan dan akan berjalan.

Penglibatan Sektor Pertanian

Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah menyediakan banyak insentif bagi golongan belia untuk menceburi dalam sektor ekonomi dalam saranan kerajaan membantu rakyat hala tuju itu adalah memodenkan dan meningkatkan pengeluaran pertanian; merancakkan penglibatan pelaburan swasta; pertanian sebagai satu sumber pendapatan; menambah baik ekosistem industri pertanian; dan memperkukuh struktur organisasi di bawah MOA. Cuba bayangkan kalau ketirisan hasil laut sebanyak RM6 bilion setahun disebabkan pencerobohan nelayan asing yang dilaporkan pada tahun 2019 oleh Kementerian,  bagi mengawal pencerobohan nelayan asing iaitu kolaborasi antara kementerian melalui Ops Naga yang bermula pada tahun lepas bertujuan mengawal pencerobohan yang mengakibatkan ketirisan hasil laut sebanyak RM6 bilion setahun (Bernama, 2019).

Tambahan pula, sebagai usaha membangun dan menggalakkan penglibatan golongan belia dalam sektor pertanian, sejumlah 863 permohonan argopreneur muda diluluskan dengan nilai geran RM14.08 juta. Selain itu, pertanian pintar juga mampu memberikan impak kepada golongan belia untuk menyertai sektor pertanian, namun, pembabitan belia dalam bidang pertanian dapat menyelesaikan isu pengangguran dalam kalangan mahasiswa dan belia yang sedang meningkat dengan ketara berikutan kesan pandemik COVID-19.

Isu kebergantungan negara kepada tenaga buruh asing dan golongan petani berumur juga dapat diatasi dengan menyediakan lapisan golongan belia dalam sektor ini. Tanggapan sektor pertanian memerlukan modal dan kos tinggi bagi urusan pemilikan tanah dan pembiayaan tenaga kerja serta berdepan risiko faktor cuaca yang tidak menentu, antara faktor penyumbang kepada kurangnya penyertaan belia dalam sektor pertanian.

Oleh yang demikian, penggunaan teknologi boleh digunakan sebagai pemangkin untuk menarik minat belia menyertai bidang pertanian. Ramai yang masih kurang sedar persekitaran kerja sektor pertanian berubah selaras Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dengan penggunaan teknologi digital menerusi pertanian pintar bagi meningkatkan kecekapan serta produktiviti sektor ini.

Penggunaan kemudahan teknologi moden seperti dron, sensor, robotik dan internet kebendaan (IoT), menjadi mekanisme penting bagi tujuan pengeluaran dan pengedaran produk pertanian yang terbukti dapat meningkatkan produktiviti. Ini secara tidak langsung menjadikan sektor pertanian sumber pendapatan lumayan. Salah satu kaedah yang menambat hati petani ialah pemantauan ladang menggunakan telefon pintar, atau lebih dikenali teknologi pembaja-airan (fertigation) pintar.

Kalau dulu pemantauan tanaman bagi tujuan pembajaan dan pengairan perlu digerakkan secara manual, kini ia boleh digerakkan hanya melalui telefon bimbit tanpa memerlukan keberadaan di ladang secara fizikal.  Dalam hal ini, notifikasi mengenai maklumat penting seperti keadaan cuaca, suhu ladang, kadar PH (tingkat keasaman) tahan, kelembapan tanah serta kepekatan baja yang diperlukan, akan dimaklumkan secara berkala hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).  Pembaja-airan pintar ini memberi beberapa kelebihan terutamanya dari segi kos kerana tidak membabitkan tenaga kerja ramai.

Bagi kelompok belia yang mementingkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan dalam memilih kerjaya, teknologi pembaja-airan pintar adalah faktor penarik untuk mereka menceburi sektor pertanian. Lebih menarik, ada antara petani menggunakan kaedah ini berjaya meningkatkan pendapatan mereka sehingga 80 peratus berbanding pemantauan tanaman secara manual. Kepelbagaian kaedah tanaman moden dan berimpak tinggi dapat menggalakkan belia di bandar mengusahakan pertanian bandar terutama yang tiada akses kepada sumber tanah.

Memajukan Tanah

Ketiadaan pemilikan tanah bukan lagi isu untuk mengelak daripada menceburi sektor pertanian kerana ia boleh diusahakan menggunakan ruang minimum. Perladangan kini boleh dilaksanakan di tapak kilang terutamanya di kawasan tertutup melalui kaedah pertanian vertikal. Contoh kaedah pertanian vertikal yang kini mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat bandar ialah tanaman hidroponik. Kerajaan menggalakkan kaedah ini diusahakan secara individu, berkumpulan, komuniti atau institusi. Kaedah ini secara tidak langsung, menjamin bekalan bahan makanan mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan bukan saja pada peringkat individu, malah negara. Kaedah ini juga tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan dapat mengurangkan risiko apabila banjir berlaku.

Kesimpulan

Tuntasnya, Inflasi berlaku apabila wujudnya senario di mana banyak wang mengejar sedikit barangan, atau keadaan di mana berlakunya kenaikan harga barangan yang berterusan. Manakala masalah pengangguran pula timbul apabila berlakunya lebihan buruh di dalam ekonomi. Jika dilihat dalam sistem ekonomi Islam, masalah inflasi tidak seharusnya berlaku kerana segala urusan ekonomi adalah berdasarkan kepada kegiatan ekonomi sebenar dan tidak berasaskan kepada spekulasi atau perdagangan matawang, kerana wang bukanlah komoditi.

Oleh yang demikian, masalah inflasi dapat ditangani dengan efisien dalam sistem ekonomi Islam seandainya pemerintah mengguna dan mengagihkan sumber-sumber ekonomi ke arah memenuhi tuntutan pengeluaran barangan bagi memenuhi keperluan asas penduduk. Umat Islam juga digalakkan untuk berusaha dan bekerja sendiri bagi memenuhi tuntutan dan keperluan diri dan keluarganya, kerana berusaha untuk bekerja itu lebih di pandang mulia di sisi agama.

Rujukan :

Siti Adyani Maliki. (2016, May 20). Keusahawanan atasi pengangguran. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2016/05/155565/keusahawanan-atasi-pengangguran
Roy Anthony Rogers. (2020, May 3). Hubungan antarabangsa pasca wabak. Sinarharian. https://www.sinarharian.com.my/article/81680/KHAS/Pendapat/Hubungan-antarabangsa-pasca-wabak
Husniyati Ali. (2012). Prinsip Ekonomi. Open University Malaysia (OUM).
Mohd Rizal Abdul Ghani. (2010). Peranan Bank Negara Malaysia (BNM) Dalam Melaksanakan Dasar Kewangan : Analisis Dari Perspektif Ekonomi Islam. Universiti Malaya.
Bernama. (2019, December 16). MOA laksana pelbagai inisiatif majukan sektor pertanian tahun ini. Sinarharian. https://www.sinarharian.com.my/article/62197/BERITA/Nasional/MOA-laksana-pelbagai-inisiatif-majukan-sektor-pertanian-tahun-ini

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.