Pada penghujung tahun 2019, satu dunia dikejutkan dengan penularan virus COVID-19 yang dipercayai berpunca dari bandar Wuhan yang terletak di Wilayah Hubei, China.[1] COVID-19 atau Coronavirus Disease 2019 adalah satu wabak yang boleh berjankit melalui titisan pernafasan sperti batu dan bersin serta sentuhan pada permukaan yang tercemar atu dicemari virus daripada individu yang telah dijangkiti daripada individu lain.[2]

Pada 11 Mac 2020, World Health Organization (WHO) telah menukar status wabak tersebut daripada tahap apademik kepada pandemik. Ini menggambarkan bahawa bahayanya telah menjangkau kepada seluruh dunia.[3] Malaysia juga tidak terkecuali daripada mengalami peningkatan jangkitan dan kadar kematian. Pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia ini menyebabkan kerajaan terpaksa mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung daalam memutuskan rangkaian penyebaran wabak COVID-19.[4]

Melihat kepada keadaan pendemik COVID-19 yang telah merebak ke seluruh dunia pada hari ini, sudah pasti akan menyentuh beberapa hukum agama khususnya yang melibatkan praktikal fiqh ibadat yang berbeza dengan ibadah ketika dalam keadaan pendemik antaranya seperti solat. Solat adalah kewajiban individu Islam yang wajib dikerjakan dalam apa jua keadaan. Bahkan dalam keadaan sakit, seseorang itu tetap wajib melakukan solat dengan cara yang semampu mungkin. Dalam ibadat solat sendiri, ada banyak keringanan-keringanan yang diharuskan dalam beberapa keadaan tertentu, seperti adanya rukhsah solat bagi orang yang bermusafir berupa solat jamak dan qasar, boleh solat duduk bagi yang tidak mampu berdiri, boleh bertayammum jika tidak menemukan air untuk berwudu’, dan lain pelbagai lagi.

Terkait dengan situasi pendamik ini, maka bagaimana pula solat tenaga petugas kesihatan yang biasanya menggunakan PPE (Alat Pelindung Diri) dalam waktu yang lama sehingga mereka tidak mampu untuk berwuduk ketika hendak melaksanakan solat sedangkan dalam keadaan berhadas. Bolehkah mereka melaksanakan solat jamak?

 Apatah lagi jika tugasan tersebut melibatkan nyawa dan tidak boleh sewenang-wenangnya ditinggalkan seperti petugas COVID-19. Maka lebih utama baginya untuk menjamakkan solat daripada dia meninggalkan solat dengan sengaja.

Justeru, untuk mengetahui perkara ini, kita perlu kepada perbahasan yang terperinci berdasarkan pandangan ulama dan kaedah-keadah fiqh bagi menentukan hukum pengamalannya.

Penulisan ini, menganalisis berkaitan pegawai perubatan sememangnya memerlukan kepada rukhsah (kelonggaran) jamak solat semasa COVID-19 disebabkan keadaan mereka yang amat terdesak untuk membantu pesakit COVID-19. Penelitian ini juga akan memberikan solusi bagi pegawai perubatan agar dapat melaksanakan ibadah pada masa pandemik COVID-19 sesuai dengan aturan fiqh dan bersesuaian dengan objektif syariat.

Seterusnya……


[1] Eikhwan Ali & Mahirah Rashid. (2020). Pendemik COVID 19 : Mendepani Impak Sosial. Terengganu Strategic & Integrity Institut TSIS.5 April 2020. Hlm 4.

[2] Kementerian Kesihatan Malaysia. (2020). My Health For Life. Putrajaya: Cawangan Media Kesihatan Bahagian Pendidikan Kesihatan. Hlm 4.

[3] Op.cit. Eikhwan Ali & Mahirah Rashid. (2020).

[4] Op.cit. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2020).

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.