Kita sekarang melalui suatu zaman menghias agama. Agama dihias secara zahiri supaya nampak gah di pandang mata. Masjid dihias mengikut asas binaan ( مباني ) bukan berteraskan ma’nawi ( معاني ).Untuk melengkapkan syiar Islam perlu berjuta- juta wang ringgit.

Tetapi utk mendirikan tempat bersuluk pun wang ringgit dipertaruhkan. Ilmu mengenal diletakkan di penjuru binaan yg usang. Mungkin org mencarinya akan dihukum sesat. Keliru dgn panduan ikutan apa sebenarnya sekarang. Lagi belajar ingin memahami agama lagi semakin keliru.

Binaan baru yang tersergam indah dilihat pada hiasan dan material. Ketahanan jiwa pembawa agama rapuh dgn jajaan kantong-kantong pemuas harta duniawi. Tidak boleh ditegur kerana yang lebih ‘alim itu adalah aku. Tiada yg tersisa lagi kecuali isinya dibuang dan kulitnya dimakan. Bijinya ditanam lain buahnya yg tumbuh. Pakaiannya menutup kemas. Batinnya tersiksa. Tuan tuan guru mencari penuntut ilmu. Guru mencari murid. Murid lebih hebat dari guru kerana guru terhutang budi.

Doktor mencari pesakit. Penyakit semakin parah. Ayah mencari anak. Murid mendakwa itu gurunya kerana bertemu sekali dua. Tiada yg dpt dibanggakan kecuali dengan jajaan. Hati semakin keras, ilmu semakin nipis. Dulunya sungai dan lubuk yg dalam. Sekarang sudah menjadi sungai yang cetek lagi tiada ikan. Fatwa semakin meluas. Mufti semakin kurang fungsinya dgn ramai nya al mustafti (penerima fatwa) dari mufti. Guru yg mengajar mesti mengikut selera murid. Ilmu tidak konsisten, barang yg dijual lebih tiada erti apa kepada pembeli.

Pembeli hanya menjadikan barang itu sebagai perhiasan. Mesti mengikut citarasa. Binaan dan kebendaan lebih mahal dari ilmu. Persen dibahagikan sesuka hati. Cabaran hanya satu shj iaitu wang. Tiada yg boleh bergerak kecuali wang.

Ilmu bukan segalanya. Wang itu segalanya. Membalut serban linkaran jubah. Akan sampai zaman ketika melaksanakan tuntunan agama tetapi menjadi tontonan semata-mata. Akan sampai masa tatkala menunaikan keta’atan kepada Allah ‘Azza wa Jalla dianggap sebagai perkara yang pelik lagi sesat.

Para ilmuan berdebat sampai pendapatnya dipegang seperti menggigit dgn gigi geraham. Tidak akan lepas sehingga mata menjadi merah kerana mempertahankan pendapat. Sedangkan sepuluh hadith pun tidak dihafalnya. Al quran pun surah al Fatihah dan ayat lazim pendek.

Akan sampai saat manakala bersungguh-sungguh dalam memenuhi kewajiban agama dipandang sebagai perilaku berlebihan dan bahkan melampaui batas… Nak mengeluarkan kata-kata bahawa benda wajib mesti dipertahankan pun takut dikecam. Benda haram secara zahirpun tak berani kerana keraguan.

Akan datang suatu masa saat berpegang teguh kepada agama Islam ini dianggap ketidakwarasan dan gila. Akan datang waktu dimana memegang kebenaran seperti menggenggam bara panas di kedua tangan…memilih api atau air.

Memilih roti atau kayu. Memilih susah atau senang. Memberi atau menahan. Akan datang masa dimana para ulama berbondong bondong mendekati penguasa untuk kepentingan dunia semata..mencari kesenangan dan kemewahan.

Geraklah ilmu dgn amal. Rasulullah Sallallahu alaihiwasallam tidak pernah menjaja utk dirinya bahkan utk org lain. Para sahabat Radiyallahu anhum sentiasa faham dgn tugas mereka, mengorban jiwa raga utk Allah dan Rasul.

Tangan yg diatas lebih baik dari tangan yg dibawah. Memberi itu lebih baik dari meminta. Peminta akan datang pada hari kiamat dlm keadaan isi dan kulit muka akan gugur bertebaran.

Belajarlah memberi dan jgn belajar meminta.Berjalanlah para pendakwah di jalan Allah dan Rasul dengan sifat qanaah. Masih adakah segolongan puak umat sekarang yg sebulat hatinya menghabiskan seluruh jiwanya menyintai Allah dan RasulNya ?

Perlukah mencari mereka itu? Mereka tiada terkesan dengan apa jua yg berlaku krn kecintaan mereka melebihi segalanya.

Tulisan ini dicatatkan oleh sahabat:

Azmir `Alim

https://www.facebook.com/azmir.alfalah

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net adalah Rakan Penyelidik Nusantara dalam pembangunan dan perkembangan kajian Sains Sosial , Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah di Nusantara. Selain itu, menyediakan Perkhidmatan & Perundingan Guaman Syarie dan Pengurusan Harta Islam. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.