Definisi Perpesktif Bahasa

Dari Sudut Bahasa Arab Anak tak sah taraf disebut sebagai walad al-zina yang bermaksud anak zina atau anak luar nikah. Zina dari sudut istilah ialah seseorang lelaki menyetubuhi seorang perempuan pada qubul, bukan yang dimiliki dan syubhah. Seseorang anak dihukumkan sebagai anak zina jika kelahirannya melalui persetubuhan tanpa pernikahan yang sah dan dinasabkan kepada ibunya bukan kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya.[1]

Definisi Perspektif Syariah

Anak tak sah taraf atau luar nikah adalah anak yang lahir atau terbentuk sebelum diadakan perkahwinan yang sah.

Contohnya, jika sepasang lelaki dan perempuan bersekedudukan (sama ada lama atau sekejap) kemudian mengandung, maka anak yang dikandung itu dianggap anak tidak sah taraf walaupun anak itu lahir dalam perkahwinan yang sah. 

Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada hasil daripada zina atau rogol, dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan. Anak yang dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh)[2].

Ini menjelaskan bahawa mana-mana anak yang dilahirkan dalam tempoh 6 bulan atau lebih yang dikira daripada masa suami isteri melakukan persetubuhan melalui nikah yang sah, maka nasab anak tersebut disabitkan kepada suami wanita berkenaan (bapa biologi) dan terpakai segala hukum-hakam nasab ke atasnya. Sebaliknya, jika anak tersebut lahir kurang daripada 6 bulan, maka nasabnya tidak bersambung dengan suami kepada ibu atau wanita yang melahirkan anak yang berkenaan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-1 yang bersidang pada 28-29 Januari 1981 telah membincangkan Penamaan Anak Tak Sah Taraf (Anak Luar Nikah). Muzakarah telah memutuskan bahawa anak zina atau anak di luar nikah (anak tak sah taraf) sama ada diikuti dengan perkahwinan kedua pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah[3].

Seterusnya…


[1] Muhammad Rawwas Qal’aji. (2000). Al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah. Jil. 2. Beirut: Dar al-Nafa’is, h. 1983.

[2] Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian kesihatan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). (2017). Anak Tidak Sah Taraf Dari Sudut Syara’. H.1-2.

[3] Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Komplikasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia,Penamaan Anak Tak Sah Taraf (Anak Luar Nikah) (1981),Crystal Creative Empire, h.155

By Muhammad Soulhiey Zeckry

Merupakan seorang pengkaji, penulis dan pendakwah yang sentiasa mencari cahaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.