Wasiat memudahkan urusan pembahagian harta si mati kepada waris.

1-WASIAT ORANG BUKAN ISLAM

Wasiat Orang Bukan Islam tertakluk kepada Akta Wasiat 1959 (AW59).

Akta Wasiat 1959 yang diambil daripada Akta Wasiat 1837 yang digunakan di England.

Terdapat 3 perkara yang mesti dipenuhi bagi memastikan wasiat dibuat adalah sah iaitu :

-Umur
-Keupayaan berwasiat
-Bentuknya memenuhi syarat yang ditetapkan dalam AW59
[UKB= Umur, Keupayaan dan Bentuk]

Dalam AW59, wasiat dijelaskan sebagai seuatu bentuk pengisytiharan yang boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang berkenaan niat pewasiat tentang harta bendanya atau perkara lain yang ingin dilaksanakan setelah kematiannya.

Ini termasuk testament, codicil, perlantikan, penjagaan dan pendidikan anak.

Testament = Wasiat itu sendiri yang ditulis dengan lengkap

Codicil= Segala bentuk dokumen meminda wasiat yang telah dibuat terlebih dahulu. Codicil dikenali sebagai dokumen sampingan atau tambahan (supplementary) kepada dokumen induk atau wasiat. Kedua-dua mesti dibaca bersama-sama dan dianggap sebagai satu dokumen yang lengkap.

Dari segi bentuk, tiada satu contoh khusus yang dikendaki undang-undang. Cuma ia mestilah mengikut cara-cara yang telah ditetapkan. Umumnya, wasiat mestilah dibuat secara bertulis, ditandatangan oleh pewasiat dan dua orang saksi atau lebih.

Dalam undang-undang sivil, terdapat dua istilah yang merujuk kepada pemberian melalui wasiat, tetapi membawa maksud yang sedikit berlainan.

Bequest : Merujuk kepada pemberian melalui wasiat bagi harta ahli sahaja.

Devise : Merujuk pemberian melalui wasiat bagi harta tidak alih.

2-WASIAT ORANG ISLAM
Wasiat orang Islam tertakluk kepada hukum Syarak.
Kebanyakan undang-undang Islam berkaitan wasiat tidak dinyatakan dalam bentuk undang-undang bertulis.

Terdapat juga negeri di Malaysia yang mempunyai undang-undang Islam bertulis yang khusus berkaitan wasiat. Antaranya :

Sek.2(1)
-Enakmen Wasiat Orang Islam (Melaka) 2005
-Enakment Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004
-Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999

Perbezaan Wasiat Islam dan Sivil

-Isu bentuk wasiat.
-Bahagian harta 1/3
-Wasiat kepada ahli waris

Dalam Islam, wasiat boleh dibuat secara lisan, bertulis dan isyarat. Manakala, wasiat bukan Islam, ia mesti dibuat secara bertulis.

Wasiat Islam tidak boleh melupuskan lebih daripada 1/3 harta. Rasionanlnya, pewasiat perlu memastikan ahli warisnya yang berkahk menerima pusaka, tetap akan menerima bahagian mereka.

Jika dalam wasiat Islam, pewasiat memberi harta kepada ahli warisnya sendiri, maka keizinan waris yang lain mesti diperoleh.

Jika waris lain tidak setuju, waris itu tidak boleh terima bahagian yang disebut dalam wasiat itu kerana waris sudah terima bahagiannya dalam faraid.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

Merupakan seorang pengkaji, penulis dan pendakwah yang sentiasa mencari cahaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.