Ada satu je perkara yang 100% pasti dalam dunia ni: Mati. Miskin atau kaya, muda atau tua, sakit atau tak sakit, popular atau takda siapa kenal, semua orang akan meninggal dunia bila sampai ajal.

Tetapi, kalau si mati berharta, kematian itu mencetuskan satu lagi masalah pewarisan harta yang tak boleh dipandang remeh.

Berapa banyak kisah keluarga berpecah dan bergaduh bertahun-tahun sebab harta yang kita dengar. Itu bukan drama TV, itu masalah betul-betul jadi.

Sebab itu penting untuk pengurusan harta pusaka. Jika si mati meninggalkan surat wasiat, dokumen yang waris perlukan adalah Geran Probet. Jika tiada wasiat (atau wasiat tidak sah), waris memerlukan Surat Kuasa Mentadbir.

https://www.propertyguru.com.my/bm/panduan-hartanah/Apakah-geran-probet-dan-surat-kuasa-mentadbir-harta-38221

27-KEPUTUSAN-MLFNS-27-1

Probet adalah satu proses pentadbiran harta pusaka seseorang yang meninggal dunia untuk ditadbir dan dipindah kepada waris atau pihak lain. Di Sarawak, pentadbiran estet ditadbir berdasarkan kepada Ordinan Pentadbiran Harta Pusaka (Administration of Estates Ordinance) Bab 80 dan duti harta pusaka berdasarkan kepada Ordinan Duti Harta Pusaka (Estate Duty Ordinance) Bab 29.

Surat Kuasa Pentadbir (Letter of Administration) diberi kepada seseorang untuk mentadbir harta pusaka si mati apabila si mati meninggal dunia tanpa wasiat.

Surat Probet diberi kepada pentadbir bagi seseorang yang meninggal dunia berwasiat. Pemohon surat probat hendaklah waris yang sah di dalam wasiat.

Pegawai Probet adalah Pegawai Daerah.


UNDANG-UNDANG BERKAITAN
Ordinan Pentadbiran Estet (Administration of Estate Ordinace), Bab 80
Ordinan Duti Harta Pusaka (Estate Duty Ordinance), Bab 29


SIAPA YANG LAYAK MEMOHON (SYARAT)
Waris yang dewasa dan waras adalah berhak untuk memohon dan diberi Surat Kuasa Pentadbir mengikut keutaman di bawah Seksyen 8, Ordinan Pentadbiran Harta Pusaka seperti berikut:
1.       Duda/Balu Simati (sekiranya Simati berkahwin) atau;
2.       Anak- Anak Simati (sekiranya Simati mempunyai anak dan Isteri/Suami Simati telah meninggal dunia) atau;
3.       Bapa/Ibu Si mati (sekiranya Simati bujang) atau;
4.       Adik-beradik Simati (sekiranya Simati bujang dan IbuBapa Simati telah meninggal dunia) atau;
5.       Cucu Simati (sekiranya anak dan isteri Simati telah meninggal dunia) atau;
6.       Pemiutang Si Mati.

Pemohon Surat Probet hendaklah waris yang sah di dalam wasiat.


CARA PERMOHONAN (TATACARA)
Pemohon dikehendaki membawa dokumen rasmi antaranya seperti berikut:
   1.       Sijil Kematian Simati ASAL serta salinan
   2.       Surat Akuan Sumpah jika tiada Sijil Kematian
   3.       Semua dokumen asal harta peninggalan Si Mati dan salinan
   4.       Surat Wasiat asal beserta dengan Surat Sumpah saksi (sekiranya mempunyai Wasiat)
   5.       Salinan kad Pengenalan Waris-Waris
   6.       Surat Persetujuan waris jika tidak dapat hadir semasa pendaftaran (letter of consent)
   7.       Salinan Sijil Nikah(untuk kematian suami/isteri) / Sijil Cerai
   8.       Salinan Sijil Kelahiran Waris-Waris (anak-anak Simati sahaja)

*Suka diingatkan, Ketua Kaum atau Ketua Masyarakat wajib untuk mengesahkan segala keterangan permohonan oleh ahli waris. Sehubungan itu Ketua Kaum atau Ketua Masyarakat harus hadir semasa permohonan di buat atau pada masa berlainan (bila-bila masa, secepat mungkin) bagi membuat pengesahan terhadap maklumat pemohon berkenaan.

tulis-wasiat

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net adalah Rakan Penyelidik Nusantara dalam pembangunan dan perkembangan kajian Sains Sosial , Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah di Nusantara. Selain itu, menyediakan Perkhidmatan & Perundingan Guaman Syarie dan Pengurusan Harta Islam. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.