Otak hanyalah kotak menyimpan segala program agar manusia dapat melakukan gerak dan tindakbalas.Semuanya dah set. Pandai-pandai lah diri masing2 nak upgradekan otak dengan memasang RAM yang lebih tinggi. Nak minum air zam-zam ke,buah kismis ke,air tok pawang ke atau buat pembedahan untuk sambung saraf-saraf optik atau fiber cabel.

Akal ne kiranya macam Modem (alat utk connect internet tu).Bergantung pada modem apa.Lagi canggih lagi bagus.

Kalau dah siap software dan hardware nya,…apa lagi,…cuba try testlah.Berapa KHZ boleh tangkap isyarat.Siaran kutub utara pun masuk dalam siaran. Haru biru jadinya.

Kalau dibedah secara saintifik akan tau lah tentang saraf-saraf dan selsel.Setakat ni uji kaji sains telah membuktikan pelbagai penemuan yang unik tentang otak.Otak boleh di up grade kan, boleh di baiki,boleh dirosakkan.Walau apa pun ia ibarat sebuah memori proseser menerima data dan mengarahkan anggota dalam bentuk tindak balas.

Pastinya ada suatu lebih halus dari otak yg.tersimpan dalam peti otak hingga ia boleh mengatasi dan menguasai program yang dilakukan otak.

Bila manusia diberi suntikan dadah atau pelali, otak tak dapat apa-apa maklumat dan tak dapat menganalisa apa-apa.Tapi dalam masa itu satu fenomena pengetahuan berlaku dan sedar tentang kejadian dan mengambil peranan otak.

Otak manusia sangat unik.Saintis masih belum dapat mengetahui ketetapan-ketetapan makenisma sel-sel otak berkerja. Sistemnya adalah dicipta oleh penciptanya yang begitu tinggi kepakaran ilmunya.Bahan-bahan makenismanya yang sangat halus sehingga tak dapat ditiru.

Maka ciptaan otak yg.tecanggih itu dipasangkan oleh sang pencipta kepada makhluk bernama manusia.Dengan adanya otak,tubuh manusia dapat berkerja dan berfungsi dengan sifat sebagai manusia.Maka setiap otak yang dicipta,akan diprogramkan bersama sifat-sifatnya mengikut makhluk yang diciptakan.

Sebagai fungsi utama otak ialah menerima kod-kod yang dihasilkan oleh setiap saraf pengesan dan secara auto ia mengeluarkan kod-kod arahan.Namun otak hanya melakukan kerja apa yang telah diisikan sebagai programkan tampa ia mengetahui soal baik buruk,betul atau salah.

Dengan otak sahaja suatu makhluk tak jadi sempurna hidupnya,kerana ia akan membuat
kerja yang sama dan tak berkembang maju.Contohnya haiwan yang berotak.

Untuk keupayaan diri makhluk itu,penciptanya memasukkan sebuah cip yg.tersimpan dengan rapi dan tak dapat dikesan tempatnya iaitu akal.Akal untuk haiwan bermacam macam  program.Akal untuk manusia lebih istemiwa.Kerana ia mempunyai kelebihan mengadakan programnya sendiri dan mengaturnya mengikut ilmu yang diisikan.

Oleh itu manusia yang mula berakal akan mula mempelajari sesatu.Sesuatu yang dipelajari dari hasil pengalaman hidupnya sebagai manusia,sebagai haiwan,sebagai tumbuhan,sebagai jin dan pelbagai pengaruh persekitaran.

Maka otak mempunyai kebolehan menerima dan memberi,mengarah dan mengatur serta
memahami hukum alam kejadian.Sehinggalah semakin matang ilmu yang diterokai akal itu, maka semakin berkuasa dan berdayalah ia melakukan pelbagai kerja.

Maka tak heranlah kelebihan dan kekurangan seseorang itu jika dikatakan akalnya adalah
penyebab setiap apa yang diamalkan.Jika ia tertarik kepada suatu pengaruh ilmu dan kebenarannya maka ia akan berpegang pada fakta tersebut sehinggalah terdapat satu ilmu yang mengatasi fakta dan pengaruh sedia ada.

Tapi menurut al-Quran, Allah suruh ‘bedah hati’ tu.Lihat apa dalam hati,kenal apa hati,macamana hati berfungsi.Kerana dikatakan hati tu tempat meletakkan suatu yang bersih suci.

Hanya hati yang berkata benar jika dibandingkan dengan otak dan akal dan nafsu.
Kalau solat pun tangan memeluk hatinya, tidak pulak letak kat kepalanya.

Mula-mula terbentuk dalam menjadikan tubuh manusia ialah hati yg.berasal dari segumpal darah dan dinamakan pula seketul daging.Kenapa tak mulakan dari otak atau anggota lainnya.

Kemudian dibalut dengan anggota yang membentuk janin dan keluarlah bentuk-bentuk anggota kaki tangan dan kepala.

Nampaknya hati tu jadi perkara utama pada manusia dan Allah melihat pada hati manusia dan tak melihat pada otak atau akal manusia.Yang dikatakan melihat hakikat juga melalui mata hati.Yang bersih atau kotor juga hati.

Otak manusia kalau dimasukkan otak haiwan pun rasanya boleh hidup.Mungkin perangainya macam haiwan kot.Kalau otak tu dibuang rasanya semua anggota tak berfungsi.Jawabnya,..bacakan yasin je lah.

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.