1. Akta Umur Dewasa (Age of Majority Act) 1971 menetapkan umur dewasa bagi rakyat Malaysia ialah 18 tahun. Ini selaras dgn peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 yg mentakrifkan “Kanak-Kanak” ialah mereka yg berumur di bawah 18 tahun.
  2. Mengikut undang-undang Negara, sesiapa yg berumur di bawah 18 tahun tidak boleh memasuki apa-apa kontrak (perjanjian) dan tidak mempunyai “legal capacity” untuk menyaman atau disaman dalam sesuatu tindakan Sivil.
  3. Walau bagaimanapun, mereka masih boleh didakwa di Mahkamah Juvana untuk apa-apa kesalahan jenayah yg dilakukan termasuk kesalahan membunuh, merogol dll cuma perbicaraan & hukumannya adalah tertakluk kpd bidang kuasa Mahkamah Juvana tsbt.
  4. Adapun utk tujuan mengikrarkan sesuatu Akuan Sumpah, kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun adalah dibenarkan berbuat demikian dgn syarat dia faham kandungan Akuan Sumpah tsbt dan isi kandungannya tidak memudarat @ memprejudiskan kanak-kanak tsbt.
  5. Rasionalnya ialah kerana ia merupakan satu “keterangan @ akuan” dari kanak-kanak tersebut sama seperti kanak-kanak yg menjadi saksi dan memberikan keterangan dalam sesuatu kes di Mahkamah.
  6. Sungguhpun begitu, terdapat beberapa pengecualian berkenaan had umur 18 tahun dlm undang-undang. Sebagai contoh, umur 15 tahun dibenarkan utk bekerja, umur 16 tahun sudah boleh memiliki lesen motor dan lesen senjata api dgn kebenaran Ketua Polis Negeri, umur 17 tahun sudah boleh memiliki lesen kereta, mereka yg berumur bwh 18 tahun tidak boleh memilih agamanya sendiri dan umur 21 tahun sudah boleh mengundi. Dgn pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan, had umur mengundi sudah diturunkan kepada 18 tahun berkuatkuasa dalam PRN di Johor dan Pilihan Raya Umum ke 15 yang baru lalu.
  7. Dalam hal ehwal perkahwinan pula, tidak ada had umur utk penduduk asal & pribumi Sabah & Sarawak utk berkahwin, utk non-Muslim yg berumur bwh 18 tahun tidak dibenarkan berkahwin manakala yg berumur 16-17 tahun yg hendak berkahwin, perlu mendapat kebenaran Ketua Menteri atau Menteri Besar terlebih dahulu.
  8. Bagi org Islam lelaki yg berumur bawah 18 tahun dan perempuan yg berumur bwh 16 tahun yg hendak berkahwin kena mendapat kebenaran secara bertulis dari Hakim Mahkamah Syarie terlebih dahulu. Begitulah had-had umur berbeza dalam hal perkara tertentu yang ditetapkan dlm undang-undang Negara kita.

Ahmad Zamri Bin Asa’ad Khuzami
Biro Perundangan PESUMA

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.