Tips dan panduan ini sangat berkesan dan berkualiti apabila kita membuat penulisan diposting forum OCP yang berkualiti. Ikuti langkah-langkah seperti berikut:

1-Fahami kehendak soalan dan keperluan OCP.

2-Highlight ‘POWER WORD’ atau ‘KEYWORD’ bagi memudahkan anda mengenalpasti apa yang perlu ditulis dalam posting didalam forum OCP.

3-Pengisian posting hendaklah informatif dan cuba ringkaskan jawapan anda agar posting anda tidak terlalu panjang. Elak daripada memasukkan isi-isi yang tidak penting atau kurang tepat. Jawapan posting sebenarnya tiada istilah BETUL mahupun SALAH, kerana ianya merupakan platform penyertaan pelajar bagi membincangkan Tugasan 2.

4-Anda juga boleh menyertakan sumber rujukan diakhir posting anda. Ini boleh menjadikan egrader lebih tertarik kepada posting anda kerana berkemungkinan egrader menganggap anda menjawab posting tersebut secara terbaik dengan merujuk pelbagai sumber.

5-Elakkan daripada salin dan tampal (Copy and Paste) secara terus menerus daripada sumber yang anda telah rujuk. Mohon untuk parafrasa (paraphrase) dengan ayat anda sendiri untuk menjadikan posting anda lebih segar dan unik. Ini juga bagi mengelakkan anda daripada melakukan plagiat.

6-Pastikan posting anda tidak sama seperti pelajar yang lain. Gunakan idea dan berusaha untuk mendapatkan isi-isi dengan titik peluh anda sendiri.

7-Imej screen shot mesti dalam format imej (sama ada JPG atau PNG). Screen shot mesti mengandungi:

-Nama

-Tajuk Perbincangan

-Hari

-Tarikh dan

-Masa

8-Cara saya untuk buat imej screen shot adalah dengan klik print dan simpan fail dalam bentuk pdf. Kemudian, fail pdf tadi saya akan save as JPEG atau JPG format. Crop imej tadi seperti yang dikehendaki. Ini akan menjadikan imej screen shot lebih jelas dan kabur.

9-Pastikan anda boleh membaca tiap posting anda. Laksanakan screen shot posting anda dan isikan dalam tugasan anda sebagai file imej. (Rujuk gambar yang disertakan).

10-Ambil perhatian bahawa posting anda tidak boleh dilakukan sekaligus dalam masa sehari.

11-Elakkan untuk melakukan posting pada saat-saat akhir yang menghampiri due date tugasan anda.

12-Pastikan anda melakukan posting secara selang hari. Anda juga perlu aktif berforum. Anda boleh untuk melakukan lebih daripada 5 posting, namun anda hanya perlu memilih 5 posting terbaik anda untuk disertakan sebagai bukti penyertaan tugasan OCP anda.

13-Elakkan memberi komen dengan respon yang ringkas dan tidak meluas dan tidak bermakna. Usaha minimum (Cth: “Saya bersetuju dengan Tina”). Tetapi anda perlu sertakan justifikasi, isi, pandangan mengapa anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan pendapat rakan/pelajar lain didalam forum.

14-Kelima-lima komen baik, sesuai, relevan, bermakna dan berhemah. Postings mencerminkan penyertaan aktif sepanjang tempoh tugasan. Fokus kepada rubrik yang disertakan pada kolum CEMERLANG.

15-Set minda anda dengan mensasarkan markah yang terbaik dalam tugasan anda. Jika anda memperoleh markah yang tinggi, tidaklah anda berasa ‘SAKIT’ pada final exam anda. Dan anda juga bole target grade dan pastikan ianya mengenai sasaran.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.