Isu bankrup yang dihadapi oleh segelintir masyarakat kita hari ini menjejaskan keharmonian dalam kehidupan mereka. Oleh itu, secara umum, undang² kebankrapan di negara kita untuk kita jadikan pengetahuan bersama. Perbincangan ini sebenarnya panjang tapi diringkaskan oleh yang berkeahlian dalam perundangan untuk kefahaman.

Saya percaya kita semua pernah berhadapan dgn dokumen² atau Afidavit² yg berkaitan dgn bankruptcy atau winding up of a company, samada dari Pemiutang Penghakiman/Judgment Creditor (JC) atau dari Penghutang Penghakiman/Judgment Debtor(JD) sendiri. Pengetahuan Am Tentang Undang-undang Kebankrapan
1. Hal ehwal kebankrapan di negara ini dikawal di bawah Akta Insolvensi 1967.

2.Had minimum (threshold) utk memulakakan tindakan kebankrapan ialah RM100 ribu dan ke atas.

3. Selepas 3 tahun dari pengisytiharan bankrap (pemfailan Penyata Hal Ehwal di Jabatan Insolvensi), sibankrap boleh memohon untuk pelepasan dari bankrap (discharge of bankrupt) dari Ketua Pengarah Insolvensi, tertakluk kpd beberapa syarat tertentu dan dengan kebenaran Mahkamah.

4. Sekiranya sibankrap telah menyelesaikan sepenuhnya jumlah yg terhutang dan tertakluk kepada persetujuan Pemiutang, beliau boleh memfailkan permohonan untuk pembatalan (annulment) perintah kebankrapan tersebut.

5. Sungguhpun begitu, dalam 4 kategori ini, sibankrap akan dilepaskan dari status kebankrapannya secara automatik menurut Akta Insolvensi 1967, iaitu:-

a) Individu yg telah dibankrapkan sedangkan dia dalam kategori “Penjamin Sosial”. [Takrifan “Penjamin Sosial” akan dijelaskan dlm Bahagian 2 tulisan ini] ;

b) Orang kurang upaya di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008 ;

c) Individu bankrap yang mengalami kesakitan yang serius (“serious illness”) yang disahkan oleh Doktor dari Hospital Kerajaan ;

d) Sibankrap yang telah meninggal dunia.

6. Dalam pembentangan Belanjawan 2023 yang lalu, Kerajaan telah mengumumkan satu lagi kategori yang berhak mendapat pelepasan dari kebankrapan secara automatik dari Ketua Pengarah Insolvensi, iaitu :-

a) Individu yang sudah lebih 5 tahun bankrap, jumlah kebankrapan kurang dari RM50 ribu dan tidak terlibat dgn apa-apa kes Mahkamah yang lain berkaitan dgn kebankrapan tsbt.

7. Mereka yang dalam kategori ini hanya perlu hadir ke Pejabat Insolvensi yg berkaitan untuk mengisi borang tertentu dan tidak perlu mendapatkan perintah dari Mahkamah.

8. Kerajaan juga akan meminda Akta Insolvensi bagi memasukkan 2 lagi kategori baharu bagi membolehkan bankrap mendapat pelepasan, iaitu:-

a) Individu bankrap yang tidak dapat menguruskan diri sendiri akibat mengidap penyakit mental yang disahkan oleh pakar psikitari Hospital Kerajaan ; dan

b) Individu bankrap yang berumur 70 tahun dan ke atas yang layak pada pendapat dan pertimbangan Ketua Pengarah Insolvensi.

9. Apakah yang dimaksudkan dengan “Penjamin Sosial“(social guarantor)?
Seksyen 2 Akta Insolvensi mendefinasikan “Penjamin Sosial” ialah mereka yg menjamin sesuatu pinjaman yg bukan bersifat keuntungan atau perniagaan/komersial seperti berikut,:-

a) Pinjaman utk tujuan pendidikan, biasiswa, geran utk educational or research purposes.

b) Pinjaman sewa-beli (hire purchase) kereta untuk kegunaan sendiri dan bukannya utk perniagaan; dan

c) Pinjaman perumahan utk kediaman sendiri.

10. Penjamin yang berada dalam kategori di atas TIDAK boleh diambil tindakan kebankrapan terhadapnya walaupun jumlah yang terhutang melebihi RM100 ribu.

11. Berdasarkan Seksyen 8(1)(b) Akta Insolvensi, apabila seseorang diisytiharkan bankrap @ muflis, segala urusan pentadbiran harta sibankrap adalah terletakhak (vested) kepada Ketua Pengarah Insolvensi yg akan bertindak sebagai penerima, pengurus, pentadbir dan pemegang amanah bagi harta sibankrap tersebut.

12. Apakah “Borang Bukti Hutang @ Proof of Debt Form”?
Borang Bukti Hutang ialah dokumen yang diisi dan difailkan oleh Pemiutang Penghakiman di Jabatan Insolvensi bagi membuktikan @ mengesahkan jumlah yg terhutang oleh sibankrap (Penghutang Penghakiman) yg dikira setakat tarikh Perintah Kebankrapan (Bankruptcy Order) atau Perintah Penggulungan Syarikat (Winding Up Order) tersebut diperolehi.

13. Biasanya ia difailkan bersama dgn borang Proxy Am tetapi hanya Borang Bukti Hutang yang ditandatangani oleh Pemiutang Penghakiman sahaja yg perlu diakusumpah oleh PJS.

14. Format Borang Bukti Hutang (POD) ini adalah sama utk kes kebankrapan individu mahupun utk kes penggulungan syarikat. Biasanya ia akan melampirkan bersama dokumen² sokongan utk pembuktian hutang tsbt seperti penyata akaun utk jumlah yg terhutang setakat tarikh kebankrapan atau tarikh penggulungan sykt, salinan penghakiman, surat tawaran, dokumen² pinjaman, invois dan lain² dokumen yg relevan dgn tuntutan Pemiutang Penghakiman tsbt.

15. Selain Borang Bukti Hutang, dokumen² lain yg perlu diakusumpah oleh PJS ialah seperti berikut :-

a) Afidavit Sokongan utk permohonan pembatalan (annulment) atau pelepasan (discharge) kebankrapan ;

b) Afidavit permohonan utk kebenaran Mahkamah utk memulakan tindakan kebankrapan terhadap mereka yg bukan dari kategori Penjamin Sosial ;

c) Surat akuan utk penyata hal ehwal (statement of affairs) sibankrap ;

d) Surat akuan Penjamin untuk kebenaran sibankrap keluar negara ;

e) Afidavit Verifying Petition utk pemfailan Winding Up Petition (Petisyen Penggulungan Syarikat) ;

f) Afidavit Penyampaian utk serahan dokumen² seperti Notis Kebankrapan (Bankruptcy Notice), Petisyen Pemiutang (Creditor’s Petition) dan Petisyen Penggulungan Syarikat (Winding Up Petition);

Dan lain² dokumen yg berkaitan dgn urusan kebankrapan individu mahupun penggulungan syarikat.

Sumber/Rujukan oleh :

Ahmad Zamri Bin Asa’ad Khuzami
Biro Perundangan PESUMA

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net adalah Rakan Penyelidik Nusantara dalam pembangunan dan perkembangan kajian Sains Sosial , Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah di Nusantara. Selain itu, menyediakan Perkhidmatan & Perundingan Guaman Syarie dan Pengurusan Harta Islam. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

2 thoughts on “Undang-Undang Kebankrapan di Malaysia”
  1. Jika hutang bawah 100 ribu,boleh ke kita buat self declare dibankrupkan sebab dah x mampu nak bayar hutang2 tu

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.