Adakah anda berhajat ronda-ronda Kuala Lumpur? Hanya RM5 sehari boleh naik semua pengangkutan awam seperti LRT, MRT, Monorel & Bus Rapid Transit (BRT) untuk melancong ke Kuala lumpur. RapidKL memperkenalkan MyCity Pass sejak September 2022.

MyCity Pass ini sangat bermanfaat untuk rakyat Malaysia untuk ronda-ronda KL kerana Pass perjalanan ini hanya ditawarkan kepada rakyat Malaysia sahaja. Pass ini tersedia untuk perjalanan satu dan tiga hari. Dengan pass ini, kita dapat menggunakan tiga perkhidmatan tersebut tanpa had, bagi tempoh hari bergantung kepada pass yang dibeli sama ada untuk satu hari atau tiga hari.

Bagaimana cara untuk dapatkan ?

1- Dapatkan di Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL di semua stesen LRT, MRT, Moneral dan stesen BRT.

2- Guna kad Tauch N` GO atau Kad Pengenalan.Jadi, bawa kad Touch N’ Go semasa membuat pembelian nanti, dengan baki minima RM 5. Kod MyCity Pass ini nanti akan dimasukkan ke dalam kad Touch N’ Go anda. Jika tidak memiliki kad Touch N’ Go, boleh membeli kad tersebut di pusat khidmat pelanggan yang dkunjungi.

3-Pembelian pertama bagi MyCityPass satu hari, bayaran dikenakan sebanyak RM 15 termasuk tambah nilai Touch N’ Go bernilai RM 5. Nilai minimum RM 5 diperlukan untuk membolehkan pass satu hari digunakan di semua rangkaian rel dan BRT Rapid KL. Sah untuk satu hari sahaja. (Kalau dalam kad Touch N` Go/IC anda 0.00 maka, kena topup RM15 untuk membolehkan dapatkan Pass bagi satu hari)

4- Jika pembelian MyCity Pass 3 hari, dikenakan bayaran RM 25 ketika pembelian pertama kali, termasuk tambah nilai Touch N’ Go RM 5. Anda diperlukan nilai minimum RM 5 untuk membolehkan pass ini digunakan di semua rangkaian rel dan BRT Rapid KL selama tiga hari. Sah untuk tiga hari sahaja.

Untuk kefahaman yang lebih jelas boleh dapatkan di kaunter stesen-stesen LRT/MRT berdekatan, jadual dibawah untuk gambaran anda buat tindakan lanjut :

MYCity Pass/ My50Nilaian
1 HariRM5 (kad Touch N` Go baki 0.00 dikenakan RM15)
3 HariRM15 (Kad Tounch N` Go baki 0.00 dikenakan RM25)
30 HariRM50

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net adalah Rakan Penyelidik Nusantara dalam pembangunan dan perkembangan kajian Sains Sosial , Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah di Nusantara. Selain itu, menyediakan Perkhidmatan & Perundingan Guaman Syarie dan Pengurusan Harta Islam. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.