Apa Itu Aura Yang Sering Kita Dengar Satu Dunia Ni

apa itu aura yang sering kita dengar satu dunia ni

Apa itu aura yang sering kita dengar satu dunia ni

Apa itu aura yang sering kita dengar satu dunia ni menyebut, ada yang faham ada yang masih terkial-kial mencari apa benda yang heboh ni sehingga pelapik tidur Bio Velocity Sleep Mate pun dikatakan ada aura dan boleh menguatkan tenaga badan. Ada elektrik ke kain selimut tu ?

Beginilah penulis cuba kongsikan berdasarkan pembacaan dan penelitian juga sebagai pengalaman dalam perubatan alternatif. Aura juga dikatakan sebagai Nur=Tenaga/Energy ada disebut dalam al-Quran ribuan tahun dulu, (konsep Nur `Ala Nur) tetapi telah dikaji oleh barat pun dah lama. Kita je baru nak faham.

Menurut Yohan Kurniawan dan Alexander Stark dari Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan dalam Jurnal Melayu : Kajian Saka dari Perspektif Sains Berdasarkan Warna Aura (2017) menjelaskan, Aura dikenali sebagai cakra (daripada bahasa Sanskrit yang bermakna roda tenaga).

Menurutnya lagi,ramai berpendapat bahawa aura ialah cahaya daripada badan manusia, tetapi pakar sains mempunyai pandangan yang berbeza. Mereka berpendapat bahawa aura ialah medan tenaga (elektromagnetik) yang mengelilingi makhluk hidup (aura imaging). Aura dibentuk oleh cahaya yang berwarna halus yang mengelilingi badan manusia, dan setiap warna yang dihasilkan mempunyai getaran dan makna tertentu. Warna aura yang dihasilkan memberikan maklumat tentang kualiti, keadaan emosi, pemikiran dan kekuatan tertentu yang dimiliki seseorang. » Read more

1 2 3 4