Pengaruh Islam dalam karya-karya sastera Melayu

Hikayat-hikayat yang dihasilkan kebanyakkannya bertujuan untuk meyebarkan pengetahuan
mengenai Islam disebabkan majoriti masyarakat di Alam Melayu masih tidak dapat lihat
kepentingan membaca. maka kisah Rasulullah S.A.W dan tokoh-tokoh Islam lain diceritakan
melalui lisan


Di antara hikayat-hikayat yang tercipta hasil daripada perkembangan Islam adalah Hikayat
Nur Muhammad dimana Nur yang dicipta oleh Allah sebelum wujudnya alam semesta.
Kemudian daripada Nur Muhammad Allah mencipta burung, kepala Ali bin Abu Talib,
matanya Hasan dan Husin, lehernya Fatimah, sayapnya Abu Bakar dan Umar, ekornya
Hamzah bin Abu Talib, belakangnya Abbas dan kakinya Khadijah.

Ia bersambung lagi dengan kurniaan tujuh laut kepada Nur Muhammad iaitu lautan ilmu,kebaikan, kesabaran, rasional, pemikiran, nikmat dan cahaya dan ia merenanginya selama beribu tahun. Ia bersambung lagi dari kewujudan 24,000 Nabi sehinggalah kewujudan elemen-elemen bumi iaitu api, air, tanah dan angin. Hikayat ini berakhirdengan menyatakan bahawa sesiapa yang membca kitab ini akan menerima pahalasama seperti mereka yang membaca Torah, Zabur,
Injil dan Al-Quran

Zeckry (2019)

Hikayat ini sangat popular di kalangan Muslim yang beraliran mistik. Aliran Sufism pada masayang sama telah juga menular disekitar Nusantara selari dengan perkembangan Islam.Aliran mementingkan kesempurnaan rohani tetapi terdapat beberapa perbezaan antara sastera Melayu berunsur Islam dan sastera Sufi.

Hikayat-hikayat ini dikaryakan dengan mencampuradukkan lagenda dan mitosyang
mengagungkan Nabi Muhammad SAW dan bertujuan untuk menceritakan waktu kelahiran
Nabi Muhammad SAW dan dilihat mengambil inspirasi daripada Sirah. Selain daripada
hikayat berdasarkan Rasulullah terdapat juga hikayat dimana iamengambil inspirasi daripada
orang-orang yang sering mendampingi Rasulullah S.A.W. Ini dapat dilihat melalui Hikayat
Amir Hamzah yang menceritakan mengenai perjuangan seseorang tokoh Islam yang sangat
terkenal sewaktu fasa awal Islam.Sayydina Amir Hamzah merupakan seorang pahlawan
Islam yang terkenal dengan sifat keberanian, kepahlawanan dan jasanya di medan perang
terutama dalam Perang Badar.

Di dalam penceritaan hikayat ini Amir Hamzah dilihat sebagai seorang pahlawan yang gagah
dan pada masa yang sama menonjolkan sifat keampunan kepadaorang dibawah
kepimpinannya serta meyebarkan agama Nabi Allah Ibrahim kepadaseluruh manusia. Setelah
datangnyanya Islam melalui Nabi Muhammad S.A.W makaAmir Hamzah menjadi
penyokong terkuat dengan menyebarkan syiar Islamsehinggalah menemui ajalnya semasa
peperangan dengan Raja Lahad


Sepanjang penceritaan hikayat ini, Amir Hamzah mempunyai sifat-sifat peribadi yang tinggi
dansangat mulia yang dijadikan teladan untuk manusia terutama masyarakat di
Nusantaradalam memperjuangkan dakwah dan menegakkan syiar Islam

Hikayat Merong Mahawangsa menceritakan mengenai sejarah Kedah dan iadilihat memiripi
beberapa karya sastera daripada sasterawan Iran. Persamaan ini dapatdilihat dengan cerita
Raja Bersiung selepas termakan masakan setitik darah dari tukangmasaknya yang terluka
menjadi ketagih memakan daging manusia sehingga membunuh ramai daripada hambanya.
Maka, rakyat memberontak dan menggulingkannya.

Di dalam karya sastera Iran pula yang bertajuk Shah-nama yang dikaryakan oleh penyairagung Parsi bernama Firdawsi meceritakan mengenai seorang pemerintah bernama Dhahak yang digoda oleh Iblis untuk memakan daging yang lazat sahaja sehingga raja enggan memakan sayur atau tumbuhan-tumbuhan lain. Dhahak telah jugamembenarkan Iblis untuk mencium kedua belah bahunya yang telah menyebabkan duaekor ular menjalar daripada bahunya. Bagi mengurangkan penderitaan yang dialamioleh Dhahak, raja tersebut perlu membunuh dua anak remaja setiap hari.
Setelah,setelah kekejaman yang dialami oleh rakyatnya selama seribu tahun, akhirnya rajat
ersebut diguling juga.

Persamaan dua kisah ini dapat melihat bahawa Hikayat Merong Mahawangs amengambil
beberapa idea dan plot daripada sastera karya Islam bagi mencerminkan hura-hara yang
sedang berlaku. Kekacauan yang berlaku selepas Raja Bersiung inidiusir dapat dilihat sebagai
peperangan dengan Selangor dan pencerobohan Siam. Iadi cerminkan Raja Bersiung secara
hyperbolik mengenai salah seorang raja yang kejam dan telah diguling oleh rakyatnya
sehingga mengakibatkan kekacauan politik.

Kesimpulan

Kedatangan Islam ke alam Melayu telah banyak memberi kesan kepada ketamadunan dunia
Melayu seperti kepercayaan, politik, adat istiadat, budaya, bahasa dan kesusasteraan. Kesan
pengaruh Islam terhadap kesusasteraan Melayu telah menyebabkan bahasa Melayu menjadi
bahasa lingua franca di seluruh Nusantara khususnya melalui tulisan Jawi. Kitab agama,
hikayat, undang-undang dan pentadbiran negara berkembang dengan pesat seiring dengan
perkembangan Islam melalui tulisan Jawi. Tokoh ulama menyebarkan agama Islam melalui
medium sastera sehingga pelbagai karya sastera dihasilkan oleh golongan ini.

Oleh itu, kedatangan Islam banyak mengubah tamadun di alam Melayu dalam pelbagai aspek
seperti bahasa, intelektual, undang-undang, kepercayaan, politik, adat istiadat dan kesenian
termasuk aspek kesusasteraan. Ramai tokoh ulama giat menyebarkan dakwah melalui
kesusasteraan. Pelbagai hasil karya sastera Melayu berkembang dengan pesat selepas Islam
bertapak di alam Melayu. Apapun kesan pengaruh terhadap kesusasteraan ini wajar
diketengahan pada semua peringkat agar ia dapat dihayati oleh setiap generasi terutama
melalui media atau pengiklanan.

Rujukan

Che Bakar Che Mat.et.al. (2007). Pengenalan Kepada Sistem Kemasyarakatan dan  Kenegaraan. Shah Alam: Pusat Penerbitan (UPENA) UiTM.
 Darusalam, G. (2014). Tamadun Islam dan Tamaduan Asia. Selangor: Open Universiti  Malaysia.
 Jojie, c. (2009, Ogos 16). Sastera Pengaruh Islam. Didapatkan dari
 http://jojiecome.blogspot.com/2009/08/sastera-pengaruh-islam.html
 M.Azizan. (2019, November 12). Pengaruh Islam Dalam Aspek Sastera dalam Alam Melayu. Didapatkan dari https://www.academia.edu/
 Othman, S. (2015). Islam dan Kebudayaan Melayu. Selangor: Open Universiti Malaysia.
 Yaacob, N. R. (2007). Penguasaan Jawi dan Hubungannya Dengan Minat Dan Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 161-172.

Kesusasteraan Melayu-Islam sehingga abad ke-19

Kedatangan Islam ke Nusantara telah banyak mempengaruhi cara hidup serta budaya
pemikiran masyarakat Melayu. Dengan kedatangan agama Islam ke alam Melayu pada
abad ke-13, tamadun masyarakat Melayu mulai berubah sedikit demi sedikit.
Perkembangan ini meliputi pelbagai bidang termasuklah ekonomi, politik, kepercayaan,
adat istiadat, undang-undang, kesusasteraan dan kesenian. Akhirnya, menjelang abad ke-14
pengaruh Islam telah menguasai sepenuhnya budaya masyarakat Melayu.

Istilah ‘Sastera’ ialah kata pinjaman bahasa Sanskrit iaitu ‘Susastra’ yang membawa maksud yang luas yang meliputi semua hasil penciptaan yang diungkapkan secara lisan mahu pun dizahirkan melalui penulisan. Kata dasar ‘su’ bererti indah, manakala ‘sastra’ membawa maksud huruf atau tulisan yang mengandungi pengajaran, arahan atau petunjuk cara
bagaimana sesuatu itu harus dilakukan. Menurut Ismail Hussein : 1997 “sastera atau kesusasteraan membawa maksud keindahan bahasa”.

Manakala Rahman Shaari memberi maksud sastera di dalam bukunya (Bimbingan Istilah Sastera : 2001: 89) sebagai karya seni bahasa. Secara umumnya dapatlah disimpulkan bahawa sastera atau kesusasteraan adalah merujuk penghasilan segala karya yang menggunakan bahasa yang indah, halus dan menarik serta dapat mempengaruhi perasaan seseorang itu yang mendengar atau membacanya.

Tulisan ini bertujuan untuk mengetahui tentang penerimaan pengaruh Islam dalam perkembangan kesusasteraan Melayu. Pelbagai fator terutamanya penerimaan pengaruh luar, khususnya pengaruh Islam. Terdapat peringkat-peringkat perkembangan kesusasteraan dengan setiap peringkat menonjolkan tokoh-tokoh yang tersohor. Selain itu, dibincangkan tentang jenis-jenis kesusasteraan Melayu-Islam yang telah dikategorikan oleh sarjana-sarjana sastera. (Jojie, 2009) » Read more

Keselarian antara sistem dwi mahkamah

Malaysia mengamalkan sistem dwi mahkamah, iaitu mahkamah sivil dan mahkamah syariah yang mempunyai bidang kuasa dan peruntukan undang-undang yang berbeza, namun terdapat beberapa peruntukan undang-undang mahkamah syariah yang mengambil undang-undang mahkamah sivil (common law) sebagai panduan dan mengharmonikannya mengikut lunas Islam seperti yang berlaku pada Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah. Proses yang dikenali sebagai harmonisasi dan Islamisasi perundangan ini membuka dimensi baharu perundangan syariah di negara ini. Antara inti pati yang diharmonikan dalam Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah termasuklah kaedah pembuktian kes.

Dalam konteks keterangan dan pembuktian, status yang dirujuk di mahkamah sivil ialah Akta Keterangan 1950 (Akta 56), manakala mahkamah syariah pula berpandukan statutnya yang berbeza mengikut negeri seperti Akta Keterangan Mahkamah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan 1997 (Akta 561) dan Enakmen Keterangan Syariah (Negeri Selangor) 2003 kerana undang-undang syariah merupakan hak eksklusif negeri seperti yang termaktub dalam Senarai II, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Status yang berbeza ini digunakan sebagai panduan untuk mengemukakan pembuktian dan keterangan di mahkamah. Oleh sebab Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah mengadaptasi Akta Keterangan 1950 sebagai panduan.

Oleh itu, pemakaian kaedah fiqhiyyah dan Maksim Perundangan Inggeris dalam Undang-undang Keterangan Islam memainkan peranan yang penting dalam sesuatu prosedur penghakiman yang menepati hukum syarak. Kaedah-kaedah ini yang diharmonisasikan secara praktikalnya di dalam undang-undang keterangan membantu hakim mencari kebenaran dan menjatuhkan hukuman yang tepat seperti yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Keadilan akan dapat ditegakkan melalui pelaksanaan undang-undang yang adil, keterangan yang tepat dan pembuktian yang kukuh.

Di samping itu, dengan menggunapakai kaedah fiqhiyyah dalam keterangan dan prosedur pembuktian di mahkamah, secara tidak langsung hakim telah menghukum berdasarkan apa yang telah digariskan dan diperintahkan oleh-Nya. Hal ini kerana, hakim-hakim hanya menghukum berdasarkan yang zahir sahaja, manakala hanya Allah sahaja yang mengetahui perkara yang tersembunyi.

Selain itu, kaedah ini juga diambil dan terhasil dari sumber yang paling utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Ini akan mewujudkan satu keputusan yang adil dan amanah selain memelihara hak-hak Allah SWT dan hak-hak manusia seluruhnya.

Manakala, dalam sesuatu penghakiman kes, kaedah fiqhiyyah ini juga dilihat dapat menjaga kemaslahatan dan hak-hak pihak yang terlibat. Oleh itu, dapat dikatakan disini bahawa  pemakaian kaedah ini di dalam Undang-undang Keterangan Islam bukan sahaja memberi kemudahan kepada hakim dan para pengamal undang-undang malah kepada pihak-pihak yang terlibat. Pihak yang mendakwa akan membuktikan dakwaannya, pihak yang didakwa diberi  peluang membela diri dan membuktikan dirinya tak bersalah supaya hak yang dirampas dapat dikembalikan dan pihak yang bersalah akan dihukum (Suhaizad Saifuddin, 2019).

Menurut Mohamad (2017) kes Myriam v. Mohamed Ariff [1971] 1 MLJ 265. Dalam kes itu, hakim mahkamah sivil yang selama ini mempunyai bidang kuasa dalam hal jagaan anak, tidak kira Islam atau bukan Islam, berpendapat bahawa mahkamah sivil masih mempunyai bidang kuasa itu walaupun bidang kuasa itu, mengenai orang-orang Islam, telah diberi kepada mahkamah syariah. Akibat daripada penghakiman ini, Perkara 121 dipinda dengan memasuki klausa (1A). Ringkasnya, apa yang dikatakan oleh klausa (1A ) ialah: (Mahkamah sivil) “…….tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah.” (Ditambah oleh Akta A704, seksyen 8, berkuatkuasa mulai 10-06-1988.

Tujuannya, seperti yang dikatakan oleh Tan Sri Professor Ahmad Ibrahim dalam artikelnya bertajuk “The Amendment to Article 121 of the Federal Constitution : Its Effect on the Administration of Islamic Law” [1989] 2 MLJ xvii, adalah untuk mengatasi masalah seperti yang berbangkit dalam kes Myriam v. Mohamed Ariff itu.  Pindaan itu hanya tertumpu kepada “apa-apa perkara” (“any matter”) dalam bidang kuasa mahkamah syariah. Jika perkara itu terletak dalam bidang kuasa mahkamah syariah seperti hak jagaan anak dalam kes itu, mahkamah sivil tidak ada bidang kuasa mengenainya .

Kesimpulannya, mahkamah di negara kita hanya dibahagikan kepada dua iaitu Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Kedua-dua kategori tersebut mamainkan peranan berbeza, berikutan bidang kuasa yang berbeza tertakluk kepada peruntukan yang dibenarkan. Mahkamah Sivil diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan sementara Mahkamah Syariah pula diletakkan di bawah bidang kuasa negeri, bergantung kepada kuasa yang diberikan oleh Sultan atau pemerintah tertinggi negeri tersebut.

Justeru, terdapat sisi persamaan dan perbezaan antara enakmen keterangan mahkamah syariah dengan Akta 56 dalam konteks kaedah pembuktian. Persamaan dan perbezaan ini terhasil daripada proses adaptasi dan Islamisasi yang berlaku pada enakmen keterangan mahkamah syariah. Terdapat tujuh kaedah pembuktian yang diperuntukkan dalam undang-undang keterangan mahkamah syariah dan lima daripadanya diadaptasi daripada Akta 56, iaitu pengakuan, kesaksian, keterangan lisan, keterangan dokumen dan keterangan pakar. Namun, kesemua kaedah ini cuba diharmonisasikan mengikut lunas keterangan Islam.

Maka, peningkatan kesedaran, pengetahuan dan kefahaman kita terhadap perundangan negara  dapat menyatukan masyarakat yang lebih harmoni dan progresif. Mahkamah Syariah adalah mengkhususkan kepada orang Islam yang boleh dimartabatkan sebagai satu sistem perundangan yang unggul bagi kita semua khususnya yang beragama Islam.

Rujukan

Aziz, S. A. (2018, March 15). Kolumnis Berita Harian Online. Didapatkan dari Perbetulkan Istilah, Takrifan Kurang Tepat: https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/03/399660/perbetulkan-istilah-takrifan-kurang-tepat

Bahrom, H. (2010). Siasah Shar`iyyah. Selangor: Open University Malaysia.

Borhan, A. J. (2013). Konsep Siyasah Syar`iyyah dan Pelaksanaannya Dalam Konteks Malaysia. Siyasah Syar`iyyah Dalam Konteks Masa Kini : Isu dan Cabaran Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), 1-8.

Hussin Che Pa, N. H. (2016). Bidang Kuasa Eksklusif Mahkamah Syariah Selepas Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan : Satu Penilaian. Malaysian Journal Of Syariah and Law, 1-20.

Jabatan Bantuan Guaman. (2019, Februari 15). Laman Rasmi Jabatan Bantuan Guaman. Didapatkan dari http://www.jbg.gov.my

JKSM. (2019, Jun 10). Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Didapatkan dari http://www.jksm.gov.my/index.php/ms/profil-jabatan/pengenalan/latarbelakang-jksm/92-jksm/maklumat-korporat

Karim, M. R. (1999). Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institusi Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Khallaf, A. W. (2003). Siasah Syari`yyah Dalam Pemerintahan Islam Terj.Mohd Hapiz Mahaiyadin. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

Mohamad, T. A. (2019, Jun 15). Sistem Kehakiman dan Perundangan Di Malaysia : Satu Wawasan. Retrieved from https://tunabdulhamid.me/2001/04/sistem-kehakiman-dan-perundangan-di-malaysia-satu-wawasan/

Suhaizad Saifuddin, R. M. (2019). Kaedah Pembuktian Dalam Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil DI Malaysia : Suatu Kajian Perbandingan. Kanun : Jurnal Undang-Undang Malaysia, 1-34.

Status Mahkamah Syariah di sudut perlembagaan

Penubuhan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada 1 Mac 1998 berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 Julai 1996 yang bersetuju dengan cadangan penyusunan semula Mahkamah-Mahkamah Syariah seluruh Malaysia. Maka, status Mahkamah Syariah dari sudut perlembagaan negara dengan penubuhan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang ditubuhkan berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan Jadual Kesembilan yang memperuntukkan Senarai 2 kepada bidang kuasa negeri. Jadual Kesembilan tersebut memberikan kuasa perundangan kepada negeri mentadbirkan Undang-Undang Islam dan semua hal ehwal Islam di negeri masing-masing kecuali Wilayah Persekutuan yang diletakkan di bawah kerajaan Persekutuan.

Bidang kuasa Mahkamah Syariah

Terdapat tiga peringkat berdasarkan bidang kuasa iaitu:

  1. Mahkamah Rendah Syariah yang ada di semua bahagian dan diketuai oleh Hakim Syarie.

Bidang kuasanya terdiri daripada Kes Mal dengan tuntutan tidak melebihi RM300,000.00 dan Kes Jenayah dengan denda tidak melebihi RM3,000.00 atau  penjara tidak lebih dua tahun.

  • Mahkamah Tinggi Syariah : Diketuai oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

Bidangkuasa : Kes Mal dengan tuntutan RM300,000.00 dan ke atas dan Kes Jenayah dengan denda tidak melebihi RM5,000.00, penjara  tidak melebihi 3 tahun dan 6 sebatan. Di Mahkamah Tinggi Syariah juga mendengar rayuan dari Mahkamah Rendah Syariah dan pengawasan serta penyemakan Mahkamah Rendah.       

  • Mahkamah Rayuan Syariah yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Syarie dan mempunyai panel rayuan.

 Bidangkuasa: Rayuan dari Mahkamah Tinggi Syariah, Penyemakan dan Pengawasan

Maka, di bawah kuasa Perlembangaan Persekutuan tersebut, pihak berkuasa negeri mewujudkan Enakmen Pentadbiran Islam Negeri dan di bawah Enakmen itulah Mahkamah Syariah ditubuhkan dan peruntukkan bidang kuasa dan juga pegawai-pegawai mahkamah yang akan mengendalikannya. Pentadbiran mahkamah ini juga telah diasingkan daripada pentadbiran agama Islam negeri.

Sistem dwi mahkamah di Malaysia

Status berdasarkan sudut Perlembagaan Negara

Menurut Mohamad (2019), sejarah perundangan di Malaysia dikatakan bermula dengan kedatangan Islam di abad ketiga belas Masihi. Islam membawa undang-undang Islam ke rantau ini. Walaupun pada masa itu tidak terdapat mahkamah-mahkamah seperti sekarang, undang-undang Islam, di samping adat Melayu, menjadi teras undang-undang di negara ini sehingga kedatangan British.

Kedatangan British membawa bersamanya undang-undang Inggeris khususnya “Common Law of England” dan “the rules of equity” yang dibawa masuk melalui Charter, melalui peguam-peguam dan hakim-hakim yang terlatih di England dan kemudiannya melalui undang-undang bertulis seperti ordinan, enakmen, kanun, kaedah dan peraturan.  Pada masa itu cuma ada satu sistem mahkamah melaksanakan undang-undang yang dibuat di sini yang berasaskan undang-undang di England di samping memakai “common law of England” dan “the rules of equity”. Mahkamah syariah belum ada lagi masa tersebut. Maka, makin sehari semakin kukuhlah kedudukan undang-undang Inggeris dalam pelaksanaannya di negara ini.

Setahun sebelum British meninggalkan Malaya (pada masa itu) Civil Law Act 1956 dikanunkan. Ia memperuntukkan bahawa “common law of England” dan “the rules of equity” seperti yang berkuatkuasa di England pada 7 April 1956 hendaklah di pakai, melainkan jika ianya didapati tidak sesuai dengan keadaan di sini. Demikian juga dengan undang-undang perdagangan. (Peruntukan ini juga terpakai di Sabah dan Sarawak, tetapi tarikhnya berlainan).

Oleh yang demikian, pada asasnya, Pelembagaan Persekutuan memperuntukan tiga badan utama membentuk Sistem Pemerintahan Kerajaan Malaysia iaitu:

  1. Badan Perundangan yang hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada mana-mana pihak dan tidak boleh memilik kuasa,
  2. Badan Pemerintah (Eksekutif) yang melaksanakan kuasa eksekutif dan ia tidak membuat undang-undang dan penghakiman dan
  3. Badan Kehakiman mentafsirkan dan memutuskan perbalahan yang berbangkit dalam pelaksanan undang-undang itu (Karim, 1999).

Secara mudahnya, Badan Perundangan membuat undang-undang membolehkan seseorang ditahan selama dua tahun tanpa perbicaraan seperti di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985. Menteri Dalam Negeri (Eksekutif) membuat Perintah Tahanan. Orang Tahanan itu mencabar penahanannya sebagai tidak sah.

Badan Kehakiman (Mahkamah) memutuskan sama ada penahanan itu sah atau tidak, tegasnya, sama ada penahanan itu dibuat mengikut yang diperuntukkan oleh undang-undang itu atau tidak. Jikalau sah, penahanan itu diisytiharkan sah. Jika tidak diisytiharkan tidak sah. Oleh itu, dalam membuat keputusan itu mahkamah cuma memandang sama ada apa dilakukan oleh pihak Eksekutif itu selaras dengan apa yang diperuntukkan oleh undang-undang atau tidak.

Mahkamah tidak boleh mengatakan penahanan tanpa bicara itu tidak sah semata-mata kerana Hakim berkenaan tidak bersetuju dengan adanya kuasa penahanan tanpa perbicaraan. Itu bukan dalam bidang kuasa mahkamah. Sama ada undang-undang seperti itu hendak diadakan atau tidak terletak dalam bidangkuasa Badan Perundangan.

Justeru, mahkamah boleh mengisytiharkan sesuatu undang-undang itu tidak sah dan batal. Ini berlaku apabila undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan, kerana Perlembagaan adalah undang-undang utama di negara kita.

Oleh itu, Menurut Karim (1999), apabila membincangkan tentang mahkamah dalam badan kehakiman yang merupakan badan ketiga dalam Sistem Pemerintahan Kerajaan Malaysia. Mengikut Perlembangaan Persekutuan Perkara 121, kuasa kehakiman bagi Persekutuan adalah seperti berikut:

  1. Maka hendaklah ada dua Mahkamah Tinggi yang setara bidang kuasa dan tarafnya iaitu :
  2. Satu di Negeri-Negeri Tanah Melayu, yang dikenali sebagai Mahkamah Tinggi di Malaya dan mempunyai pejabat pendaftarannya yang utama di mana-mana tempat di Negeri-Negeri Tanah Melayu yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.
  • Satu di Negeri Sabah dan Sarawak, yang dikenali sebagai Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak dan mempunyai pejabat pendaftaranya yang utama di mana-mana tempat di negeri-negeri Sabah an Sarawak sebagaimana ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan mana-mana mahkamah bawahan yang diperuntukkan oleh undang-undang persekutuan dan Mahkamah-Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah bawahan itu hendaklah mempunyai apa-apa bidang kuasa dan kuasa sebagaimana yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan.

Kuasa Kehakiman juga terletak pada Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan yang mempunyai kuasa tertentu seperti yang termaktub dalam Perkara 126,128 dan 130 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Mohamad (2001) selepas Merdeka dan penubuhan Malaysia dan Singapura keluar dari Malaysia, mahkamah-mahkamah di Malaysia dari yang paling tinggi kepada yang paling rendah ialah:

  1. Jawatankuasa Privi (Privy Council)
  2. Mahkamah Persekutuan
  3. Mahkamah Tinggi Malaya/Borneo
  4. Mahkamah Sesyen
  5. Mahkamah Majistret
  6. Mahkamah Penghulu

Manakala, Mahkamah Kanak-Kanak pula, diperuntukkan oleh satu undang-undang lain iaitu The Juvenile Courts Act 1947 dan bolehlah dikatakan sebagai sebahagian daripada Mahkamah Sesyen).

Oleh yang demikian, setiap mahkamah mempunyai bidang kuasa masing-masing dan Rayuan daripada Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret pergi ke Mahkamah Tinggi, dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Persekutuan dan dari Mahkamah Persekutuan di Privy Council mengiku syarat-syarat tertentu.

Pada 01 Januari 1978 rayuan kes-kes jenayah dan perlembagaan ke Privy Council dihapuskan. Ertinya dalam kes-kes itu rayuan cuma boleh dibuat, paling tinggi, ke Mahkamah Persekutuan. Pada 01 Januari 1982 semua rayuan ke Privy Council dihapuskan. Mahkamah Agung ditubuh bagi menggantikan Mahkamah Persekutuan. Kesannya seorang yang tidak puashati terhadap keputusan Mahkamah Tinggi cuma boleh merayu sekali, iaitu ke Mahkamah Agung.

Pindaan telah dibuat kepada Perlembagaan Malaysia, Akta Mahkamah Keadilan 1964 dan Akta Mahkamah Rendah 1948. pindaan ini mula berkuat kuasa pada 24 Jun 1994. Pindaan tersebut Mahkamah Agung ditukarkan namanya kepada Mahkamah Persekutuan semula. Di antara Mahkamah Persekutuan baru itu dan Mahkamah Tinggi ditubuhkan satu mahkamah lagi, iaitu Mahkamah Rayuan. Kesannya ialah seseorang boleh merayu dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan dan selepas itu ke Mahkamah Persekutuan. Ertinya ada dua peluang rayuan, seperti semasa ada rayuan ke Privy Council (Mohamad, 2019).

Bidang kuasa dan kuasa

Terdapat perbezaan antara bidang kuasa dengan kuasa mahkamah. Bidang kuasa adalah perihal kes-kes yang boleh dibicarakan oleh mahkamah. Kuasa adalah perihal hukuman yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah itu. Contohnya, Mahkamah Majistret Kelas Satu mempunyai bidangkuasa membicarakan kes-kes jenayah yang hukuman maksimanya tidak melebihi 10 tahun penjara. Tetapi mahkamah itu cuma boleh menjatuhkan hukuman tidak melebihi 5 tahun penjara.

Berikut bidang kuasa dan kuasa mahkamah-mahkamah, dari yang paling rendah ke atas adalah seperti berikut:-

  1. Mahkamah Penghulu:-

Bidang kuasa:

 (a) Jenayah – Kesalahan-kesalahan yang disebut dalam surat Kuasa yang sesuai dihukum denda tidak melebihi RM25.00

(b) Sivil – Tuntutan yang tidak melebihi RM50.00

Mahkamah Penghulu cuma mempunyai bidang kuasa terhadap orang-orang yang berbangsa Asia. (Ini satu peninggalan penjajah yang tidak sepatutnya dibiar berkekalan dalam undang-undang kita 37 tahun selepas Merdeka.)

Kuasa: Jenayah dengan denda tidak melebihi RM25.00.

  1. Majistret Kelas Dua:-

Bidang kuasa:

(a) Jenayah – Kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum tidak lebih daripada 12 bulan penjara atau dengan denda sahaja.

(b) Sivil – Tuntutan yang tidak melebihi RM3,000.00.

Kuasa (Jenayah) dengan Penjara tidak melebihi 6 bulan. Denda tidak melebihi RM1,000.00 atau kedua-duanya sekali.

Majistret Kelas Satu:-

Bidangkuasa:

(a) Jenayah – Kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda sahaja.

(b) Sivil – Tuntutan yang tidak melebihi RM25,000.00.

Kuasa (Jenayah): Semua hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang melainkan hukuman mati.

Mahkamah Tinggi :-

Bidangkuasa :

Sivil dan jenayah – tidak terhad.

Kuasa :

  1. Tidak terhad, ertinya semua hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang.
  2. Mendengar rayuan jenayah dan sivil daripada Mahkamah Sesyen dan Majistret
  3. Membuat penyemakan semula terhadap keputusan Mahkamah Sesyen dan Majistret.
  • Mahkamah Rayuan:-

Bidangkuasa :

Bermula pada 24 Jun 1994 mulai mendengar rayuan dari Mahkamah Tinggi

Kuasa : tidak terhad.

  • Mahkamah Persekutuan:-

Bidangkuasa :

Mulai 24 Jun 1994, mendengar rayuan dari Mahkamah Rayuan.

Kuasa: Tidak terhad.

1 2