Kenali zeckry.net

Alhamdulillah…Segala puji bagi Allah SWT dan selawat serta salam buat KekasihNya Saidina Muhammad SAW dan ahli baitnya serta kepada semua yang mengikuti sunnahnya..Al-Fatihah…

Siapa Kami zeckry.net ?

Muhammad Zeckry Ad-Dumyaty adalah nama pena zeckry.net untuk berkongsi ilmu dalam penyelidikan dan penelitian dalam meneroka ilmu-ilmu Allah SWT.

Laman ini dibangunkan sebagai perkongsian ilmiah, penulis merupakan lepasan Universiti Al-Azhar, Arab Republic Of Egypt dalam jurusan Bahasa Arab dan Pengajian Islam, Syariah Islamiah dan Open University Malaysia (OUM) dalam bidang Pengajian Islam.

Selain sebagai penulis, beliau juga aktif sebagai pendakwah di Masjid dan Surau dalam menyampaikan kebenaran yang milik multaq Allah SWT dalam bidang Fiqh Islami, al-Quran Wat Tajwid, Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Kelas Intensif Bahasa Arab.

Justeru itu, manusia tegak atas pendirian mestilah berdiri atas hakikat sendiri dan bersama-sama yang wajib wujud.

Aku tidak perlu menyalahkan pendapat orang lain kerana itu bukan aku.

 

 

Itu cara dia mengenali dirinya dan belum menyampai mengenali yang sebenarnya wujud yang tidak dapat disifatkan.

 

 

Aku dapati dan aku menyakini bahawa sesungguhnya ada wujud asli dari wujud aku, kerana aku pernah meminta sesuatu dari yang ‘ghaib’ itu lalu diberinya mengikut hajat ku.

 

 

Jadi aku kenali diri ku wujud kerana wujudnya dan sentiasa bersamanya.

 

Maka, Aku tidak dapat mengatakan bahawa aku adalah ayah ku atau ibu, walau pun aku dari darah dagingnya dari sel-selnya yang disalirkan.

 

 

Ayah ku juga tidak dapat mengatakan bahawa aku adalah dirinya. Namun hakikat hanyalah berasal dari keduanya.

Nama aku dan nama ayah ku tak dapat dipisahkan melainkan aku dilupakan untuk mengenali diri ku.

 

 

Namun ayah ku tetap mengenali anaknya biar pun wajah semakin berubah. Seorang anak sukar mengenali ayahnya sekiranya ia tidak pernah melihat wajah ibu bapanya sejak kecil.

Apabila seorang anak yang terpisah sebegitu lama ditemukan kepada ayahnya,…Maka siapakah yang akan menyatakan bukti dan tanda pengenalan. Si anak mengenal ayah atau ayah lebih dulu mengenali anaknya?

Teruskan meneroka bersama zeckry.net untuk mengerti akan sesuatu dan cahayanya tidak berpisah. Jika cahaya itu hilang….Adakah cahaya itu berada dalam tempat penghasilannya. Cahaya menjelaskan kewujudan. Umpama cahaya matahari yg.menjelaskan wujudnya matahari.

Namun berbeza dengan bulan yang bercahaya.Sedangkan bulan tiada mempunyai cahayanya seperti dilihat waktu purnamanya. Tapi pantulan bulan itu dapat membiaskan cahayanya sesolah-olah ia mempunyai cahaya.

Zeckry.net menjemput dan membuka peluang kepada mereka yang berminat dalam Pengumpulan Kajian dan Penghasilan Penyelidikan melalui Kelab Pengumpulan Kajian dan Penghasilan Penyelidikan Ilmiah (KEMPEN) untuk projek-projek kajian dan penyelidikan yang dirancang.

Sekiranya berminat boleh hubungi di pautan ini.

Semoga mendapat manfaat.

Salam hormat,

Muhammad Zeckry Ad-Dumyaty

www.zeckry.net