Apa beza dicipta dengan tercipta

Apa beza dicipta dengan tercipta

Apa beza dicipta dengan tercipta

Apa beza dicipta dengan tercipta ? ‘Sesuatu’ dan cahayanya tidak berpisah. Kalau cahaya itu hilang,..Adakah cahaya tu berada dalam tempat penghasilannya. Cahaya menjelaskan kewujudan.Umpama cahaya matahari yang menjelaskan wujudnya matahari.

Namun berbeza dengan bulan yang bercahaya. Sedangkan bulan tiada mempunyai cahayanya seperti dilihat waktu purnamanya. Tapi pantulan bulan itu dapat membiaskan cahayanya seolah-olah ia mempunyai cahaya.

Jadi Apa beza dicipta dengan tercipta ?

Di mana kita nak cari kuasa letrik yang mengalir. Dalam lampu ke atau dalam dawai.Tak pakai dawai pun letrik boleh mengalir dalam udara dalam air.

Bila jumpa jana kuasa pun tak jumpa tenaga letriknya.Bila janaletrik digerakkan,maka terhasil kuasa lertik.

Adakah gelung2 jana eletrik tu yang mencipta kuasa letrik.Pakai tenaga solar pun boleh hasilkan tenaga letrik. Adakah solar atau matahari itu mencipta letrik.

Semuanya adalah alat untuk menerima arus letrik sedangkan elektrik tu tak bertempat dan tak memerlukan bekas.Bekas hanya alat untuk peraturan hukum letrik dalam menyatakan wujudnya.

Macamana kalau tiba-tiba tak ada angin tak ada ribut, manusia asyik terkena eletrik aja lah. Huh, pening kepala nak kaji akhirnya kita imagine buat sangkaan dengan mengatakan HANTU. Sebelum ni saya ada catatkan kaitan hantu dan cahaya.

Apabila sesuatu itu tidak logik akal dan tak mampu lagi akal nak fikirkan, maka akan berlaku ‘sangkaan sendiri’. Kadang-kadang kita terperangkap dengan sangkaan itu apabila orang lain mengatakan tidak (batil) ?

Begitulah halnya, manusia mesti tegak atas pendirian yang mesti berdiri atas hakikat sendiri dan bersama-sama yang wajib wujud sehinggakan ‘AKU’ tidak perlu menyalahkan pendapat orang lain kerana itu bukan aku.Itu cara dia mengenali dirinya dan belum menyampai mengenali yang sebenarnya wujud yang tidak dapat disifatkan.

Aku dapati dan aku menyakini bahawa sesungguhnya ada wujud asli dari wujud aku. Kerana aku pernah meminta sesuatu dari yang ghaib itu lalu diberinya mengikut hajat ku. Jadi aku kenali diriku wujud kerana wujudnya dan sentiasa bersamanya.

Andai kata Ar-Rumi meminta sebatang rokok lalu tuhan memberinya, pasti Ar-Rumi akan meminta banyak lagi dari rokok itu. Sebelum ini manusia telah diberikan jalan (petunjuk/arah) itu lalu mereka lebih sesat. Kenapa ?

Mencari hakikat beza dicipta dengan tercipta ?

Aku tidak dapat mengatakan bahawa aku adalah ayah ku atau ibu, walaupun aku dari darah dagingnya dan sel-selnya yang disalirkan. Ayah ku juga tidak dapat mengatakan bahawa aku adalah dirinya. Namun hakikat hanyalah berasal dari keduanya.

Nama aku dan nama ayah ku tak dapat dipisahkan melainkan aku dilupakan untuk mengenali diri ku. Namun ayah ku tetap mengenali anaknya biar pun wajah semakin berubah. Seorang anak sukar mengenali ayahnya sekiranya ia tidak pernah melihat wajah ibu bapanya sejak kecil.

Apabila seorang anak yang terpisah begitu lama ditemukan kepada ayahnya, Maka siapakah yang akan menyatakan bukti dan tanda pengenalan. Si anak mengenal ayah atau ayah lebih dulu mengenali anaknya?

Kehebatan Matahari Ciptaan Tuhan

Kehebatan Matahari Ciptaan Tuhan

Kehebatan Matahari Ciptaan Tuhan

Matahari merupakan satu sistem. Ia umpama reaktor yang menempat gas-gas yang tidak stabil.

Ketidak stabilan gas-gas tersebut menyebabkan ia senantiasa bertindak balas antara satu sama lain.

Hasil tadi tindakbalas gas-gas tersebut menghasilkan letupan yang mengadungi haba, tenaga dan cahaya.

Dari letupan itulah terlimpahnya cahaya. Dek kelihatan di mata hanya cahaya, maka disimpulkan sifatnya matahari itu adalah cahaya.

Kalau begitu bolehlah di katakan cahaya itu sifatnya mentol, lilin, kunang-kunang dan lain-lain yang bercahaya.

Sehingga sampai ke kurun ke17 baru pakar-pakar astronomi dapat memahami bahawa matahari ialah sebenarnya bintang biasa seperti bintang-bintang lain di langit. Yang membezakannya cuma kedudukannya yang amat hampir dengan Bumi. Malah, Matahari ialah bintang yang cukup dekat dengan Bumi sehingga membolehkan penyelidikan berlaku dengan lebih teliti. Cuma Matahari sajalah bintang yang mempunyai permukaan yang dapat dicerap dengan kepersisan tinggi. Di samping itu, ia juga merupakan satu langkah asasi dalam usaha kita untuk mempelajari bintang-bintang.

Matahari merupakan satu objek yang agak ringkas, satu bebola gas raksasa bergaris-pusat 1.4 juta km, iaitu 110 kaliganda saiz Bumi. Jisimnya adalah 2000 billion billion billion kg, iaitu 330 000 kaliganda jisim Bumi. 75 peratus daripada jisimnya adalah terdiri daripada hidrogen, 25 peratus helium dan selebihnya terdiri daripada unsur-unsur yang lebih berat.

Kehebatan matahari ciptaan tuhan ini jika dilihat dari sudut perubatan dan faedahnya, bahawa sinar matahari menghasilkan vitamin D. Sejumlah besar kolesterol tersimpan di bawah kulit. Sinar matahari dapat mengubah kolesterol menjadi vitamin D. Menghadapkan tubuh ke matahari selama 5 minit saja sudah memperoleh 400 unit vitamin D bagi tubuh. Jumlah yang cukup sesuai yang diperlukan menurut RDA USA.

Selain itu, sinar matahari boleh mengurangi kolesterol darah, dengan mengubah kolesterol yang ada di bawah kulit, ketika sinar ultra violet disaring oleh kulit. Kolesterol yang ada dalam darah boleh keluar dari darah bergerak kulit sehingga dapat dikurangkan.

Begitu juga, cahaya matahari memberikan insulin yang menyebabkan kemudahan glukosa masuk ke sel-sel tubuh. Ini merangsang tubuh untuk mengubah glukosa menjadi glikogen yang tersimpan di hati dan otot, sehingga menurunkan kadar gula darah.

Maka, tidak heran biasa pelajar pengsan ketika upacara bendera disebabkan belum sarapan pagi kerana kurangnya kemasukan gula darah yang didapatkan dari sarapan itu sendiri. Boleh merujuk di pautan ini untuk dapatkan pengetahuan manfaatnya  https://mrazizazziizt.wordpress.com/2012/01/22/manfaat-cahaya-matahari-pagi-bagi-tulang/

 

Perhatikan video ini dengan sebaiknya untuk mengetahui kehebatan matahari ciptaan Tuhan

Apa Itu Aura Yang Sering Kita Dengar Satu Dunia Ni