Rahsia Sebalik Hizib

Hizib asal dari perkataan bahasa arab bermaksud Pasukan/Himpunan. Amalan para Aulia Allah yang sentiasa diamalkan oleh umat Islam seperti hizib as-saifi, hizib Bahr, hizib Mughni dan sebagainya. Ini bermakna sebagai himpunan doa yang digubah dan digarab oleh pasukan Aulia Allah.

Hakikatnya mengamalkan perintah Allah SWT untuk selalu berdoa dan mengamalkan perintah Rasulullah SAW yang menegaskan bahawa doa adalah otak bagi ibadah dan senjata bagi orang mukmin.

Maksud otak membuka gambaran kepada kita bahawa walaupun semua badan itu sihat tapi otaknya lemah, maka sia-sia saja badannya. Apatah lagi kalau otaknya tidak waras atau gila, maka seluruh tubuhnya tidak akan berguna lagi.

Sebaliknya, apabila sebahagian anggota badan lemah bahkan kelainan upaya tetapi otaknya cerdas dan mantap, maka pasti banyak memberikan manfaat kepada orang lain.

Itulah yang dimaksudkan bahawa doa sebagai Otak Ibadah, walaupuun semua jenis ibadah telah dilakukan, jika doa dan munajatnya kepada Allah SWT masih lemah, maka semua ibadah itu belum dikatakan bagus dan bernilai.

Tetapi, kenapa mesti berdoa dengan hizib ? Allah SWT sendiri telah memerintahkan kita untuk mengikuti petunjuk orang-orang soleh. Maka berdoa dengan hizib adalah hakikatnya mengamalkan perintah Allah, iaitu mengikuti petunjuk orang-orang soleh dalam berdoa atau bermunajat kepada Allah SWT.

Kebiasaannya, dalam sesuatu hizib terhimpun sejumlah doa dan selawat sangat mulia. Penyusun adalah Aulia Allah yang sangat dekat kepada Allah SWT doanya mustajab dan maqbul serta memiliki tambah nilai dalam seni bermunajat kepadaNya.

Apabila doa juga dikatakan sebagai senjata orang mukmin, maka hizib adalah seampuh-ampuhnya dan setajam-tajam senjata yang hebat sehingga Aulia Allah mampu menembusi semua langit dan bumi yang dapat menghasilkan kemenangan dan kegemilangan yang tiada tara dan bandingan apabila ditinggikan darjat mereka di sisi Allah SWT sebab sebelum ini mereka adalah hamba yang sangat rendah hatinya di sisi manusia sekeliling.

Oleh itu, himpunan segala doa keramat bagi Aulia Allah yang mempunyai kepakaran mereka dalam perubatan batin, kalau pakar perubatan untuk fizikal (Hissi).. Kenapa kita menidakkan untuk menyakinan para Aulia Allah sebagai pakar perubatan hati secara Maknawi ?

Maka himpunan itu sebagai ubat atau penawar hati kita yang seringamengalami kegelisahan dan ketidakstabilannya yang membezakan adalah lapisan KESEDARAN atas sebab kita yang mahu menjadi orang yang berfikir ke arah kebenaran dan kebaikan yang tidak mengatakan diri itu kuat, hebat atau bijak…

Kalau nak tau kita tu bijak dan pandai ke.. kita tu cuba bagitau ada berapa helai bulu kening disebelah kanan atau berapa helai rambut di atas kepala anda ? mampukah anda beritahu ? Bertanyalah kepada yang pakar dalam sesuatu perkara dengan hati terbuka…fikiran terbuka..bukan menghukum sebarangan demi mempertahankan ‘Akulah Betul” anda semua salah !

Diri yang tidak mengenal diri itulah amat sukar untuk difahami seandainya kita tidak mahu berfikir dengan baik, apabila hati sudah dirasuki oleh iblis sehingga melempar segala tuduhan yang membuang masa, ada khadam lah….apa lah…konsep tu tak faham…bila tidak faham jangan bawa orang tu juga tidak faham macam kita jugak !

Hati Itu Mati….Maka Lenyaplah Kita….

Rujukan :

Abdul Aziz Sukarnawadi. (2016, November 13). Mengapa Membaca Hizib? Pencinta dan Pelayan Ilmu. http://www.aziznawadi.net/mengapa-membaca-hizib/

Tok Kenali Sepanjang Zaman

Hari ini 19 November 2020 maka, genap 87 tahun Tok Kenali wafat.

Majalah “Pengasuh” keluaran 11.12.1933 mencatitkan berita tentang kematian Tok Kenali antara lain berbunyi : “Kembali ke Darul-Baqa 1352H yang meredupkan alam Kelantan dengan dukacita. Innalillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun” Hari wafatnya dilawati oleh tidak kurang daripada 2,500 orang dan sembahyang jenazahnya lebih daripada 1,000 orang.

Bayangkan pada tahun 1933, media elektronik tiada lagi untuk kita maklum pada orang awam dalam masa yang singkat. 2,500 orang yang hadir bukanlah angka yang sedikit diwaktu itu ditambah pula sistem pengangkutan yang belum lagi maju. Sungguh Allah Taala telah muliakan auliyaNya. Marilah kita sedekahkan bacaan al-Fatihah buat Wali Allah Tokoh Ulamak Ulung Nusantara ini. Baca Alfatihah kepada Roh Tuan Guru Sheikh Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 1933)

Tok Kenali Dalam Ingatanku…..

Selama 22 tahun berada di Mekah dan kembali ke tanah air 1909, kisah dan karamah Tok Kenali ni telah banyak digarapkan secara ilmiah atau bukan ilmiah. Tetapi ku biasa merasai ‘kehadirannya”, seolah2 kehadirannya pada 2 hari sebelum tarikh 19/11 yang dikatakan juga sebagai hari memperingati Hari Lelaki Sedunia ! ‘kehadirannya’ sebelum tarikh yang genapnya 87 tahun berada di alam baqa` (kekal selama2), “kehadiranya” kadang dalam sedar dan tidak sedar, kadang kelibatnya ! benar atau tidak tapi hatiku memang yakin itu ‘dia’. Apabila ku mencari pengesahan dan mengkaji serta mencari jawapan mmg dapat disahkan setelah berjumpa oleh beberapa orang yang dapat ‘melihat secara batin”…

Cuma dapat disimpulkan bahawa, datuk di sebelah bapaku adalah seperguruan masa dulu dan bersahabat baik dengan atok yang senior daripada Tok Kenali, Tok Kenali ni memang dah terkenal dengan karamah ilmunya, tetapi sahabat baik dia adalah atokku yang selalu ke mana-mana siang atau malam,

Atok aku ni dia low profile dan ada satu ilmu dalam perbuatan keris, tapi sayang ilmu itu hanya dibawa mati je..mungkin dia nampak keturunan bawahnya tidak berbakat cuma bakat seni ukiran besi tu ada pada bapaku dan aku pula mungkin ada rahsia yang tersendiri (tak perlu cite lah kat sini) hanya aku je yang tahu !

Cuma pendek cite mereka berdua ada ilmu secara batiniyyah…hatta ilmu keris itu pun memang xdapat diwarisi pada generasi ini mungkin ada generasi yang akan datang, Wallahu A`lam…kerana ilmu keris ni, dia akan beri kepada orang yang berhak saja dan ‘bacaan hatinya kuat’ hanya yang beramanah saja dia akan beri ketika itu.

Pengesahan atokku ni seperguruan dengannya ada rahsia besar dan misinya, ptt lah ku dapat merasai ‘kehadirannya’ dan kelibatnya…apa nk heran kalau orang lain boleh merasai ‘kehadiran’ jenis jin/hantu/bunian ke apa, tapi aku bukan ke arah benda tu, sebab aku memulakan perjalanan ini dengan berguru dengan Pak Teh Enggong sampai ku Mesir untuk meneruskan misi perguruan..orang cite jumpa hantu dan kehadiran mereka…apa salah aku nak citekan ‘kehadiran’ Aulia Allah…cite sama je misalnya orang kata…betul ke ada siksa kubur ?

Kenapa orang tanya pasal seksa tu ? ada buat dosa ke ? kenapa orang tak tanya tenang nikmat kubur atau nikmat syurga ? (cukup menghairankan)…..sedangkan jalan untuk ke ‘nikmat’ tu jalannya sangat berliku dipukul badai dan dilambung ombak dengan segala serangan mental dan fizikal ! Ingat senang untuk dapatkan KETEGUHAN HATI ( baru boleh faham apa itu makna zat…apa lah sibuk nak cari…sibuk nak bahas…sibuk nak bincang !) atau bahasa TAWAJJUH kepadanya…cakap senang je nak redah dan tempuhi tu amat sukar !

Ibarat petikan seorang wali agung iaitu : “Perjalanan makrifah ibarat merentasi 70,000 lautan ganas, 70,000 gunung berapi dan 70,000 belantara dan 70,000 musim yang amat sejuk dan hati yang sering berbolak balik setiap hari 70,000 kali sehari untuk menempis segalanya bagi KETEGUHAN/KELURUSAN HATI di titian yang lurus (selalu disebut dan ucapkan sbb tu FATIHAH tu rukun solat).

Begitulah kita, kenapa sibuk dengan cerita hantu, cerita mistik, cerita paranormal (negatif) kenapa kita sibuk pun dengan cerita-cerita tentang Aulia Allah (positif) yang lebih hebat daripada cerita hantu pocong, pontianak tu padahal TAKUT pun…..ptt lah kita ni bila balikkan perkataan HANTU dan TUHAN kita lebih takut yang mana sebenarnya ? kalau live paranormal sanggup kita tunggu tu yang dibuat oleh individu tertentu untuk menerjah rumah puaka, banglo lama, tanah perkuburan. dipergunungan dan sebagainya orang sanggup tunggu dan tontonan live boleh mencecah sampai puluhan ribu dalam beberapa jam dibuat secara langsung….

» Read more

Keliru Dengan Tuhan ?

Keliru dengan Tuhan, jalan cerita macam ni lah, senang cerita…

Al-Kisah, seorang Ustaz ke kedai gunting rambut untuk gunting rambutnya. Ketika rambutnya sedang digunting, si tukang gunting rambut bertanyakan satu soalan kepada si Ustaz.

Tukang Gunting: Saya nak tanya satu soalan.

Ustaz: Ya, silakan.

Tukang Gunting: Benarkah Tuhan itu wujud?

Ustaz : Mestilah wujud. Kalau Tuhan tak wujud, pastinya kita pun tak wujud di dunia ni.

Tukang Gunting: Kalau betul Tuhan itu wujud, kenapa ketika manusia dalam kesusahan Tuhan tak bantu. Kalau betul Tuhan itu wujud, semestinya takkan ada manusia dalam kesusahan di dunia ini.

Ustaz : “Diam dan tersenyum sambil menggelengkan kepala”.

Tukang Gunting: Kenapa Ustaz diam??

Ustaz : Kamu gunting rambut saya bagi siap dulu, dan saya akan jawab soalan tu selepas semua selesai.

Si tukang gunting pun dengan segera siapkan rambut Ustaz itu kerana ingin tahu apa jawapan Ustaz itu. Akhirnya siap.

Tukang Gunting: Ok dah siap Ustaz. Apa jawapannya Ustaz?

Ustaz: Berapa harga?

Tukang Gunting: RM10 sahaja. (masih menunggu jawapan dari Ustaz)

Ustaz : “Ustaz keluarkan dompet sambil tersenyum tanpa sebarang kata”.

Setelah membayar Ustaz terus keluar dari kedai. Si tukang gunting terdiam melihat tindakan Ustaz yang agak pelik. Tiba-tiba Ustaz masuk kembali ke kedai tersebut dengan membawa seseorang. Orang itu adalah pengemis di tepi jalan dengan rambut kusut masai.

Ustaz : Kamu tengok dia ni. Benarkah wujud Tukang Gunting Rambut dalam dunia ni??

Tukang Gunting: Mestilah wujud. Saya ni kan tukang gunting.

Ustaz : Kalau betul wujud tukang gunting, takkan ada manusia yang rambut tidak terurus seperti ini. Kalau betul wujud tukang gunting mesti rambutnya terurus.

Tukang Gunting: Dia yang tak pernah mencari tukang gunting, mestilah rambutnya tak terurus.

Ustaz : Jadi, itulah jawapan saya untuk soalan kamu tadi.

Tukang Gunting: “Terdiam seketika”.

Ustaz : Manusia yang tidak mencari Tuhan, sombong dengan Tuhan. Tuhan itu sentiasa ada dengan kita. Kalau kita mencari Tuhan, pasti hidup kita terurus seperti rambut yang dijaga.

Tukang Gunting: “Terus terdiam dan terkedu mendengar jawapan Ustaz itu dalam keadaan menitis air mata”.

Pengajaran kisah: Hidup kita semua bergantung pertolongan dari Allah. Jangan sesekali kita anggap kita boleh hidup tanpa bantuan Allah. Sebenarnya Allah tidak memerlukan manusia. Tetapi manusia yang memerlukan Allah.

Macamana Nak Faham Makna Zat

Macamana nak faham makna zat..persoalan yang menjadi tanda tanya ribuan Insan yang hidup bukan hari ini dan saat ini saja..sebab tu anda cuba mengoogle kan ! Baiklah mengikut pemahaman dan pemerhatian yang telah saya dengar dalam pengajian di merata ceruk…

Menurut (Ibrahim, 1996) zat Allah dan sifat-sifatNya adalah suatu perkara yang wujud lagi Qadim yang tidak tersusun dari anasir-anasir. Dan sifat-sifat Allah juga adalah qadim yang berdiri di atas zat Allah yang qadim. Hakikat zat Allah dan sifat-sifatnya tidak seorang pun yang dapat mengetahuinya kerana akal manusia tidak sampai untuk menjangkau perkara-perkara tersebut, sekalipun manusia itu kuat penangkapan akalnya, tetapi akalnya tetap terbatas dalam sesuatu batasanya yang tertentu dan manusia itu sampai saat kini pun belum dapat mengetahui hakikat sebenarnya tentang jiwa manusia itu sendiri.

Manakala (Wook, 2013) mengatakan bahawa erti atau makna pekataan “zat” itu, adalah bermaksud “suatu perkara yang tiada iktibar” iaitu suatu perkara yang tidak dapat dijangkau oleh akal”. Dalam pemahaman zat Allah pula, bukannya bererti perkataan “zat Allah itu, bermaksud Allah itu ada zat, Allah tidak ada zat. Perkataan zat Allah yang selalu kita sebut-sebut itu, bukan bererti Allah itu, ada roh, bukan bererti Allah itu, ada sesuatu didalam diriNya dan bukan bererti Allah itu, ada megandungi sesuatu dalam tubuhnya. Dalam diri Allah itu, tidak ada sesuatu, tidak ada sifat, tidak ada nama, tidak ada afaal dan tidak ada zat. Allah itu, adalah Allah.

Macamana Nak Faham makna Zat ?

Menurutnya lagi, pemakaian perkataan “zat” oleh sesetengah ulamak atau oleh sesetengah pengarang-pengarang itu, adalah bagi mengambarkan bahawa Allah itu, tidak ada iktibar, tidak dapat dijangkau oleh akal, tidak dapat difikir oleh otak, tidak dapat dibayagkan oleh kata-kata dan sebagainya, itulah maksud, erti dan makna kepada perkataan “zat Allah” dan bukannya bilamana disebut perkataan “zat Allah”, ianya bererti Allah itu ada zat.

Ramai yang tidak faham erti perkataan zat. Kita boleh sebut perkataan zat tetapi jangan pula tersalah tafsir dan jangan pula tersalah erti. Allah itu adalah Allah, tidak ada sesuatu yang berdamping denganNya. Allah berdiri dengan sendirinya, tanpa didatangi, ditumpangi, disertai, diwakili atau dijelmakan oleh bayangan zat!. Apakah Allah itu masih memerlukan zat untuk Dia hidup atau apakah Allah itu masih berkehendakkan kepada sesuatu yang lain bagi menghidupkanNya. Itu makanya Tok Kenali, jarang menggunakan bahasa zat Allah, kebimbangan tersalah faham dan tersalah erti. Itulah makanya saya tidak mahu menggunakan bahasa atau perkataan zat Allah (perkara yang tiada iktibar).
Oleh itu (Wook, 2013) menegaskan bahawa perkataan zat itu, adalah bermaksud, “TIDAK ADA IKTIBAR!

Macamana Nak Faham makna Zat ?
Maka konsepnya begini, Allah SWT ..Dia adalah sangat2 tersembunyi yang dikenali sebagai Ghaib Ghuyub….tak boleh disentuh (Maha Suci-Nya)..

Kenapa dia tak boleh disentuh..sbb dia bukan dimensi..angan2 tak boleh sentuh Dia..Tuhan bukan di hadapan..Dia bukan ada dibelakang..sbb depan tu dimensi..belakang pun dimensi..tuhan bukan di kanan..dia bukan di kiri..sbb tu dimensi..tuhan tak de di atas dan dia bukan dibawah..sbb tu pun dimensi…tuhan tak de di dalam..dan dia bukan diluar..jadi dia di mana ? tanya MANA je FAIL lah..tuhan bukan ada MANA..abis tu..abis two three..kita ada depan ? bila kita ada depan..tuhan ada tak depan ? bila dia tiada di depan nak tengok macamana..

Sebab tu Dia (Allah) tak bagi kita fikir pun…bila tak cantas siap2 tu ramai org sentuh zatNya dengan akal sedangkan dia tu MAHA SUCI (tak dapat dijangkau atau disebuh oleh akal manusia pun) bila disentuh dengan akal tu lah jadi imagine/khayalan/angan2 bentuk TUHAN macam2 dan diterjemahkan dengan berhala dan sebagainya..

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ
Aku (Allah) tidak menyamai segala sesuatu..

Gitau NILAI…. FAIL lah..

Tuan2 solat mengadap ke arah kiblat tu pasai apa ? berdoa angkat tangan ke langit..kenapa ? tu bukan tuhan…tu PERSAMAAN. (kiblat bermaksud : arah ) London pun hadap situ…German pun hadap situ….supaya tidak berkecemuk atau huru hara..
Misalnya kita di sini..tapi tuhan bukan di situ..tuhan ada di mana skrg ni..DIMANA ? Kalau nak gitau setakat akal boleh terima je ni….Di mana tuhan yang tak bertempat tu..tuhan ada pada pengetahuan..di mana ada TAHU..di situlah dia wujud..sbb tu tahu ni…ada di dalam ke ada diluar..dalam pun tak..luar pun tak..tahu yang menyatakan DALAM…tahu yang menyatakan LUAR..tapi TAHU nya bukan dalam dan luar..Bila dia bukan dalam dia bukan luar jangan p duk kat dalam..jgn duk p duk kat luar..dia tak de disitu..Dia ada di TAHU je…

Tuhan dia buat lelaki..dia laki2 ke..Tuhan dia buat perempuan..dia perempuan ke…tuan dia buat khunsa..dia khunsa ke? sbb tu ttg tuhan ni SUNYI..tak de sapa TAHU..yang tahu diri TUHAN ni..Tuhan saja..

Kita ni kenyataan bukan hakikat…kenyataan saja..apa dia..? menerima semua anugerah…menerima saja nikmat hidup..kita tak pernah hidup..maka yang tidak di ketahui zat ni..ketika Dia tidak ketahui ..Dia tidak dikenali….Dia tidak disaksi…dan dia tidak disebut..waktu ni bila? waktu tidak ada garisan cahaya setitik cahaya tak de waktu ni..

Cuba Tuan2 bagitau kat saya keadaan/situasi dia macamana tak boleh kata cerah…tak boleh kata gelap…nak kata lagumana ni..bukan cerah bukan gelap..waktu tidak ada matahari..waktu tidak ada bulan..nak kata lagumana…waktu bukan ada bumi..bukan ada langit..nak kata macamana keadaan ini..maka ketika tu lah Dia ni ADA (zat Allah) yang tersembunyi ni dah ada..yang tersembunyi dah wujud..wujud dalam pengetahuan Dia saja..lain tak de..Maka apa yang ada dekat dia..waktu kita semua tak ada..waktu kita semua tak wujud..dia haba dah dalam Quran :

هَلْ أَتَى عَلَى الإِنسَانِ حِينٌ مِّنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُن شَيْئًا مَّذْكُورًا

Bukankah telah datang kepada Insan suatu masa yang ia tidak pernah wujud dan tidak boleh disebut ?…

Ada ke tak de ? tak ada..bila tak de..sapa yang ada..TAHU (ILMU) lah yang ada..
Dalam diri ILMU tu..sapa yang ada ? yang ada wajah2 ni lah..kita ni dulu semua duk dalam ILMU-NYA lah..ni dengan seraut wajah..dengan sekujur tubuh berada di dalam pengetahuanNya..

Apa dia ? barang yang sangat dicintai…Tuhan tahu kerana Dia cinta kat kita…rambutan keluar dari ranting2 pokok..yang ranting pokok tak tahu dia nak gitau ada buah rambutan…keladi dia keluar…dia tak tahu..dia batang keladi…hanya kerana pandangan zat kepada kita yang duk ada ni..

Macamana Nak Faham Makna Zat ?

Tuan2 sedar tak kita ni yang sangat2 dikasihi Allah..cinta gila2 punya..bkn cinta main2..cinta Allah taala kt kita BUTA tau..dia tak pilih warna..dia tak kisah..aku cinta kat hang sampai semua keliling hang keluar/terbit kerana cinta ku dekat hang..hang tengok keliling hang tu tanda aku kasih kat hang…hang ingat tak kasih aku kat hang..keluar cerah kerana ingat kat hang..terbit matahari kerana ingat aku kat hang..selama hang tengok matahari dan bulan..hang tau dak cinta aku kat hang..kalau hang tak tahu..buang otak tu..

Maka ku kembalikan kepada keimanan yang terbanyak untuk memberi komen…dalam mencari jawapan Macamana Nak Faham Makna Zat…

Macamana Nak Faham Makna Zat ?

Kekosongan tidak pernah ada. Yang wujud adalah kepelbagaian ini.
Sekiranya kita mati, kita tidak akan pernah merasakan kematian itu.

Hidup, sedar-sedar sahaja kita telah pandai berjalan beserta pakej2 kehidupan kita, ibubapa, nama, rupa dll. Dan terkemudian nanti kita pasti kan mati. Pabila mati lupuslah segalanya. Kita tidak mengetahui kita dimana, tidak ada langsung memori menggambarkan kita pernah hidup malah kita sendiri tidak akan sedar bahwa kita ADA! Contohnya, kita tidak pernah tahu kita pengsan melainkan kita tersedar selepas itu. Ketika pengsan kita tidak pernah merasakan pengsan, hidup maupun mati. Kita tidak sedar langsung!

amalan rezeki tok syed kopiah merah
Macamana Nak Faham Makna Zat ?

Apa akan jadi semuanya mati? Tidak akan ADA akan dunia ini. Tiada dunia dek tiada ruang. Wujud ruang oleh rasa berahi inginkan ruang. Pada demensi yang tidak berperasaan itu akan terwujud satu alam yang sebenar-benar kosong. Kosong yang kosong pada segala rasa yang mewujudkan segalanya. Lastas tiada wujud!

Adakah itu akan berlaku? Jelas tidak! Kerna rasa akan senantiasa memberahi. Rasa yang diterjemahkan dalam seribu satu tubuh, pacaindera, minda, impian dan setiap dambaan. Rasa akan memberahi untuk menyatakan bahwa AKU wujud! Menyatakan keegoaan dan bangga pada DIRInya yang wujud. Untuk memberitahu alam yang DIA ada. Walhal ia hanya berkata sendirian.

Namun, bolehkah keadaan MUTLAK TIADA itu wujud. Jawapannya tiada APA yang MUSTAHIL. Jadi dimanakah kedaan ZAT MUTLAK itu?
Jawapannya ringkas. DI MANA-MANA! Baik sadar, baik tidak, itulah MUTLAK. Namun, MUTLAK hanya boleh dinyatakan melalu RASA.

RASA yang proksinya mimpi minda dan dambaan. Jika tidak SEPI lah MUTLAK itu tanpa bekas.Umpama wira yang tak didendang. Tak wujudpun!
Maka untuk menyatakan ZAT MUTLAK perlukan majoriti bukan kosong!

Tak faham juga lah….pening-pening2 memang pada awal2 kita pening lah sebab kita tak biasa dengan benda-benda ni..tp tetap mencari…

Bersambung lagi Macamana nak faham makna zat  di pautan di bawah

Tulisan berkaitan :

Macamana Nak Faham Makna Zat

Rahsia Besar Solawat Tafrijiyyah

Tok Kenali Sepanjang Zaman

Rahsia Sebalik Hizib

Amalan Ibu Duit Siri Pertama

Bibliography

Ibrahim, S. (1996). Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kuala Lumpur: Darul Ma`rifah.

Wook, S. M. (2013, 05 17). Erti Perkatan Zat Allah. Didapatkan dari makrifattokkenali.com: https://makrifattokkenali.com/2013/05/17/erti-perkatan-zat-allah/