Vaksin berasal dari bahasa latin vacca (sapi) dan vaccinia (cacar sapi). Vaksin mengandungi antigen yang terdapat dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk meransang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus (Yeong May Luu 2017).

Manakala, menurut Arieff Salleh Rosman (2015), vaksinasi merupakan salah satu kaedah imunisasi bagi rawatan pencegahan yang dikemukakan oleh perubatan moden kerana rawatan pencegahan melalui imunisasi adalah bertepatan dengan maqasid syariah iaitu memelihara nyawa.

Oleh itu, vaksin daripada definisi dan konsepnya untuk menguatkan antibodi yang berfokus kepada jasad zaman sekarang digunakan dalam perubatan dalam memerangi Covid-19 yang dikatakan juga sebagai ancaman kepada nyawa manusia sejak 2019 lalu.

Jika lihat dari dimensi yang berbeza iaitu bukan dari sudut jangkitan, akan dibukakan kaitan peristiwa akhir zaman. Sesetengah berpendapat virus Covid-19 konsepnya macam jin yang melakukan gangguan pada jaringan roh yang akhirnya memberi kesan kepada jasad dan ia juga dikatakan sebagai simbol kelalaian manusia yang memusnahkan semua perkara, kemanusiaan, ketuhanan, keadilan, keharmonian.Malahan kini, segalanya musnah akibat Covid-19.

Bagaimanapun, jika ditahsin (تحصين) adalah melengkapkan sebagai pelindungan zahir dan batin kerana kita tidak dapat mengingkari rohani yang kita miliki sekarang sebab kewujudan jasad kita sekarang ini adalah mesti adalah roh yang bersifat halus mulus.

Oleh yang demikian, perkataan Tahsin (تحصين) merupakan pinjaman daripada bahasa arab, bermakna benteng yang kukuh dengan mengambil langkah penjagaan keselamatan daripada penyakit untuk haiwan atau manusia (Osman Khalid,et.al 2015). Dalam al-Quran terdapat 18 ayat yang menunjukkan kepada kalimah Tahsin (تحصين) yang bermaksud pemeliharaan dan penjagaan ( Muhammad Fuad Abdul Baqi, 1982).

Kalimah (التحصين) biasa diguna pakai oleh golongan sufisme yang mengandungi doa, selawat atau zikir yang telah diistinbatkan oleh Aulia Allah yang digunakan sebagai pendinding roh agar tiada gangguan dalam perjalanan penyucian jiwa. Selain itu, bagi menimbulkan konsep sabar, latihan puasa, selawat, latihan zikir dan sebagainya yang semuanya dirangkum dalam satu ilmu yang dinamakan tasauf. Silibusnya atau kurikulum latihannya dinamakan tariqah (Abu Muhammad Soulhiey Az-Zeckry 2021). Kebiasaan mereka mengamalkan pelbagai zikir, selawat yang dihimpunkan dalam hizib-hizib seperti hizib saifi, hizib mughni, hizib bahr dan sebagainya . (Catatan sebelum ini Rahsia Sebalik Hizib)

Maka, penulis menggunakan konsep Vaksin Rabbani untuk roh kita melalui pengamalan zikir, selawat, ayat-ayat al-Quran yang diambil secara perguruan (rujuk para wali-wali Allah) yang menerima amanah untuk menjaga kebenaran.Metode untuk berjumpa dengan mereka tersangat mudah apabila kita menyakini, minta dengan Allah SWT melalui solat hajat sebanyak-banyaknya dan selalu mengharapkan petunjukNya, pasti akan ditemui dengan kaedah yang Allah SWT aturkan jua.

Santunilah Para Aulia Allah Untuk Mendapatkan Tahsin Zahir dan Batin

Oleh itu, vaksin untuk jasad semua orang sudah maklum vaksin untuk memerangi Covid-19 dengan memakai pelbagai nama seperti Sinovic, Pfizer, Astrazeneca dan sebagainya. Kini, sesetengah masih meragui dengan vaksini ini walaupun sudah lengkap dua dos, tambahan pula masih lagi tidak bebas untuk merentasi negeri. Peningkatan kes semakin mencanak ! ditimpa pula dengan virus yang sangat merbahaya pula datang.

Tuntasnya, kembalilah kita semua kepada Allah SWT dengan kaedah mendekati para Aulia Allah SWT agar kita dibukakan segala rahsiaNya. Lengkapkan dengan vaksini Rabbani, Konsep rabbani ini mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan konsep tauhid. Rabbani berasal daripada perkataan Robb (رب)  iaitu Allah, Tuhan yang Maha Esa, satu-satunya Pencipta, Pemilik, Pentadbir Alam Semesta. Oleh itu, Wan Mukhtar (2009) Rabbani bermaksud sesuatu yang dinisbahkan kepada Allah SWT atau sesuatu yang bersumberkan daripadaNya.

Al-`Arif Billah Pak Teh Enggong ( 1938 – Kini )

Justeru, pengamalan Tahsin (تحصين) yang diambil dari saluran perguruan untuk kita amalkan dan menyantuni Aulia Allah sebagai pelengkap untuk perlindungan rohani dan jasad. Sewajarnya Vaksin Rabbani harus diburu dalam membina benteng yang kukuh pada roh seseorang itu agar lebih positif dan tenang serta Allah SWT menjaganya.

Rujukan

[zotpress items=”{5090062:RAZNG3IY},{5090062:EBKSLNBL},{5090062:NAMB7VAP},{5090062:2C6LGL3D},{5090062:CLZ2EVDR}” style=”apa”]

[zotpress items=”{5090062:RTFE5LDP}” style=”apa”]

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.