Perceraian Fasakh Menurut Hukum Syara`

Dari segi bahasa, perkataan Fasakh diertikan sebagai ‘batal’ ataupun ‘bubar’ Apabila kalimah ini disandarkan kepada pernikahan, ia disebut Fasakh al-Nikah yang membawa maksud ‘membatalkan` atau membubarkan ikatan pernikahan antara seorang suami dengan isterinya kerana sebab-sebab tenentu yang menghalang kekalnya perkahwainan tersebut.

Pengertian kepada perkataan Fasakh al-nikah sukar ditemui di dalam buku- buku tulisan Fuqaha silam. Kebanyakan mereka terus menyentuh tentang sesuatu alasan tanpa memberikan definisi perkataan tersebut.

Sebagai satu contoh, Ibn Abidin di dalam bukunya Hasyiyah Radd al-Mukhtar menyebut, suami yang fakir atau tidak mengirimmkan khabar kepada isterinya tidak boleh dijadikan alasan untuk diberi Fasakh. Beliau tidak memberikan pula apa yang dimaksudkan dengan perkataan Fasakh di sini. Perkara yang sama boleh dilihat di dalam buku Hasyiyah al-Dusuqi dan juga Mughni al-Muhtaj.

Keharusan Fasakh

Pada dasarnya, peruntukan perceraian secara Fasakh tidak dinyatakan secara jelas di dalam al-Quran. Namun begitu prinsip tentang keharusannya boleh dilihat di dalam ayat 34 dan ayat 35 daripada surah al-Nisaa ‘.

Dalam ayat 34, Allah SWT menunjukkan jalan agar para suami mengambil tindakan untuk memperbaiki keadaan rumah tangga mereka jika isteri melakukan perkara yang tidak menepati Hukum Syara`.

وَٱلَّٰتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَٱهۡجُرُوهُنَّ فِي ٱلۡمَضَاجِعِ وَٱضۡرِبُوهُنَّۖ فَإِنۡ أَطَعۡنَكُمۡ فَلَا تَبۡغُواْ عَلَيۡهِنَّ سَبِيلًاۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيّٗا كَبِيرٗا ٣٤

“Wanita-wanita yang kamu khuatiri nusyuznya maka nasihatilah mereka dan pisahkan diri dari tempat tidur mereka, dan pukullah mereka, kemudian jika mereka mentaatimu,  maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya” (Surah al-Nisaa :34)

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberi jalan sekiranya berlaku masalah antara suami isteri, tindakan segera hendaklah diambil untuk mententeramkan suasana dan menyelamatkan rumah tangga tersebut.

Sekiranya perselisihan berpunca daripada isteri yang melakukan nusyuz, maka suami hendaklah membetulkan isterinya dengan mengambil beberapa tindakan iaitu masihatinya, kemudian meninggalkan tempat tidur serta mengelak dari tidur bersamanya dan juga memukulnya dengan syarat pukulan yang tidak merbahay.

Begitu juga dengan al-Tabari yang menyebut bahawa sekiranya rumah tangga yang dibina mengahadapi masalah dan ia berpunca daripada sikap isteri yang nusyuz, maka hendaklah isteri tersebut diberi peringatan supaya kembali taat kepada Allah dan melaksanakan hak suami ke atasnya.

Sekiranya isteri berlaku nusyuz dengan meninggalkan tempat tidur, maka hendaklah ditegur dengan kata-kata nasihat seperti, “Bertakwalah kamu kepada Allah  dan kembalilah ke katilmu”

Tindakan kedua jika isteri masih berlaku nusyuz selepas ditegur ialah suami meninggalkannya dan tidak melakukan persetubuhan bersama isterinya. Dalam keadaan ini, al-Tabari mentafsirkan bahawa ada dua cara yang dibolehkan iaitu :

Pertama, suami masih tidur bersama isteri di atas katil yang sama tetapi tidak melakukan persetubuhan.

 Kedua ialah suami meninggalkan isterinya iaitu tidak tidur bersama tetapi masih berada dalam ruang lingkup rumah yang didiami oleh pasangan terbabit.

Sekiranya selepas dua tiadakan dilakukan tetapi isteri masih tetap berlaku nusyuz. maka tindakan seterusnya ialah suami boleh memukul isterinya dengan pukulan yang tidak mencederakannya sehingga isteri berubah dan kembali taat kepada Allah dan suaminya. Sekiranya isteri sudah kembali taat maka suami tidak boleh lagi mengambil tindakan seperti dinyatakan di atas.

Tafsiran yang sama turut dipersetujui oleh al-Jassas, seorang pengikut mazhab Hanafi yang berpendapat bahawa melalui ayat ini Allah memberi panduan bahawa isteri wajib mentaati suaminya dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh membawa kepada nusyuz.

Manakala suami pula diarah supaya bergaul mesra dan melayan isterinya dengan baik serta membetulkannya apabila isteri tersebut melakukan sesuatu perkara nusyuz.

Para mufassirin di atas telah cuba untuk menunjukkan bahawa Islam sangat mementingkan hubungan baik antara pasangan suanu isteri. Sebarang masalah perlu diselesaikan agar hubungan pernikahan dapat dipentahankan. Akan tetapi ayat di atas hanya merujuk kepada masalah yang berpunca daripada pihak isteri sahaja.

Bagaimana pula jika segala permasalahan berpunca daripada pihak suami ataupun berpunca daripada kedua-dua belah pihak suami dan isteri? Apakah yang harus dilakukan untuk menyelesaikannya?

Menurut Ibn Kathir, ayat 34 di atas sebenarnya adalah berkait rapat dengan ayat 35 surah yang sama iaitu Allah SWT telah berfirman:

وَإِنۡ خِفۡتُمۡ شِقَاقَ بَيۡنِهِمَا فَٱبۡعَثُواْ حَكَمٗا مِّنۡ أَهۡلِهِۦ وَحَكَمٗا مِّنۡ أَهۡلِهَآ إِن يُرِيدَآ إِصۡلَٰحٗا يُوَفِّقِ ٱللَّهُ بَيۡنَهُمَآۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا خَبِيرٗا ٣٥

“Dan jika kamu khuatirkan ada perbalahan antara keduanya, maka kirimlah hakam dari keluarga lelaki dan hakam dari keluarga perempuan. Jika keduanya bermaksud mengadakan pembaikan, nescaya Allah memberi taufik kepada suami isteri itu’ (al-Nisaa ‘: 35)

Kedua-dua ayat di atas secara umumnya memberi panduan bagaimana sesuatu tindakan patut diambil apabila berlakunya perselisihan dalam sesebuah keluarga Sekiranya permasalahan timbul berpunca daripada sikap isteri yang nusyuz maka suami hendaklah mengubah dan mendidik isteri sebagaimana dinyatakan dalam perbincangan ayat 34 di atas.

Tetapi sekiranya perselisihan berpunca daripada kedua-dua pihak maka hakam atau wakil dari setiap pihak hendaklah dilantik dan mereka adalah pihak yang diamanahkan untuk mendamaikan pasangan tersebut. AI-Tabari menyebut bahawa para ahli takwil berselisih pendapat dalam memutuskan kepada siapa ayat ini ditujukan. Setengah daripada mereka berpendapat bahawa ayat ini ditujukan kepada pemerintah yang menjadi tempat diketengahkan semua perselisihan.

Maka pemerintahlah yang benanggungjawab melantik hakam dari kedua-dua pihak untuk menyelesaikan perselisihan itu. Manakala setengah ahli takwil yang lain berpendapat ayat ini ditujukan kepada pasangan suami dan isteri yang berselisih itu. Supaya mereka mengambil keputusan untuk melantik hakam bagi menyelesaikan masalah mereka. Menurut al-Qurtubi, pendapat pertama di atas adalah pendapat yang dipegang oleh jumhur ulama iaitu ayat ini sebenarnya ditujukan kepada pemerintah dan juga para hakim dan bukannya kepada pasangan yang bermasalah tersebut.

Apakah hakam yang dilantik mesti tertentu kepada ahli kerabat kedua pihak pasangan yang berselisih sahaja ?

Menurut al-Sabuni kedua-dua hakam hendaklah dipilih daripada kerabat pasangan tersebut kerana mereka lebih mengenali pasangan terlibat, lebih memahami masalah yang dihadapi dan lebih mengharapkan agar pasangan tersebut kembali berdamai.

Apatah lagi pasangan yang berselisih akan lebih tenteram jiwanya untuk berbincang dan memberitahu isi hati mereka sama ada masih ingin hidup bersama ataupun menlilih untuk bercerai. Hakam itu pula akan bercakap mengenai perkara ini dengan kerabat mereka sahaja menyebabkan isu perbalahan pasangan tersebut tidak akan tersebar kepada orang luar yang bukan kerabat pasangan.

Pendapat yang sama dipersetujui oleh al-Qurtubi iaitu hakam haruslah dilantik dari kalangan pasangan yang terlibat. Tetapi sekiranya tidak terdapat ahli keluarga pasangan yang boleh dilantik, maka hakam hendaklah dilantik dari kalangan dua orang yang adil dan berilmu. Peranan hakam dilantik adalah untuk menyelesaikan perselisihan di antara suami dan isteri sehingga berjaya mencapai kedamaian dan membawa islah (kebaikan).

Dalam konteks ini tindakan hakam boleh membawa kepada dua keadaan.

Pertama, hubungan pasangan tersebut berjaya diselamatkan dan didamaikan hingga tiada lagi pertikaian. Pertelingkahan antara mereka berjaya diselesaikan dan pasangan suami isteri tersebul kembali hidup bersama secara aman.

 

 

Kedua selepas berusaha, hakam tidak mampu untuk mendamaikan dan menjernihkan hubungan pasangan tersebut. Perbalahan tidak berjaya diselamatkan dan hanya perpisahan sahaja dilihat sebagai jajan penyelesaiannya.

Menurut Ibn Kathir, kedua-dua hakam yang dilantik hendaklah berusaha sedaya upaya untuk menyatukan kembali pasangan suami isteri yang berselisih agar hubungan perkahwinan dapat diselamadan. Namun begitu. mereka juga berhak untuk memisahkan pasangan tersebut walaupun tanpa izin daripada suami atau isteri sekiranya hakam berpendapat tiada lagi jalan penyelesaian untuk berdamai antara pasangan tersebut. Pada pandangan hakam, perpisahan antara mereka dikira sebagai satu tindakan yang wajar dan perlu.

Namun begitu, pendapat yang berbeza dipegang oleh al-Tabari. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua hakam hanya dibenarkan merancang dan berusaha untuk membaikkan pasangan tersebut sahaja dan tidak mempunyai kuasa untuk memisahkan pasangan terlibat.

Pendapat Ibn Kathir dilihat hampir sama sebagaimana yang dipegang oleh mazhab Maliki iaitu mereka mengatakan bahawa hakam yang dilantik adalah berdasarkan kuasa pemerintah ataupun hakim.

Apabila memutuskan sesuatu kes, hakim tidak perlu meminta persetujuan daripada kedua belah pihak yang bertikai. Oleh itu, sekiranya pasangan tersebut sudah tidak boleh didamaikan dan perpisahan adalah jalan yang terbaik, maka hakam berhak membuat perintah perceraian walaupun kedua-dua pasangan suami dan isteri tidak bersetuju terhadap keputusan tersebut.

Professor HAMKA dalam bukunya Tafsir al-Azhar mengenengahkan pendapat yang sama iaitu berdasarkan pada ayat ini dan amalan para sahabat RA., hakam mempunyai kuasa penuh ke atas hubungan perkahwinan yang bermasalah.

Jika mereka berpendapat perceraian pada waktu itu adalah keputusan yang terbaik maka ia dianggap satu usaha untuk membawa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Maka atas dasar itu memutuskan bahawa perceraian adalah penyelesaian juga termasuk dalam kategori islah (kebaikan).

Justeru, walaupun ayat di atas tidak menyebut secara langsung tentang peruntukan Fasakh, tetapi ia telah menjadi hujah bahawa ayat tersebut telah menyentuh secara tidak langsung tentang keharusan perlaksanaan Fasakh di dalam urusan perkahwinan umat Islam.

Keharusan Fasakh ini juga didasarkan kepada larangan melakukan kemudaratan sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah SAW iaitu:

“Tidak memudaratkan dan Tidak dimudaratkan. ” (Riwayat Ibn Majah)

Menurut al-Suyuti dan Ibn Nujaym, menerusi hadis ini Rasulullah SAW telah menyentuh tentang larangan membawa mudarat atau melakukan darar ke atas orang lain dan juga larangan membiarkan kemudaratan berlaku.

Hadis di atas menjadi dasar kepada satu kaedah fiqah yang lain iaitu:

 “Kemudaralan hendaklah dihilangkan. “

Kaedah fiqah ini menurut Ibn Nujaym memberi ruang bertindak kepada banyak perkara seperti membenarkan khiyar (pilihan) dalam proses jual beli apabila barang yang dibeli mempunyai keaiban atau kecacatan.

Ini kerana aib pada barang adalah satu kemudaratan kepada pembeli dan kemudaratan tersebut hendaklah dibuang. Begitu juga dengam menolong orang lain yang dikenakan gangguan atau terkena mudarat, maka hendaklah kemudaratan yang dihadapinya itu dibuang dan dia diselamatkan daripaa keadaan yang tidak aman itu.

AI-Suyuti turut menghurai kaedah fiqah ini juga memberi ruang bertindak untuk menuntut Fasakh dalam urusan perkahwinan yang mengandungi unsur-unsur darar ke atas satu pihak yang lain sama ada kerana keaiban ataupun salah laku pasangannya. Ini kerana ia dianggap sebagai satu kemudaratan dan pasangan yang menjadi mangsa hendaklah diselamatkan dari menanggung kemudaratan tersebut. Oleh sebab itu ikatan tersebut dibenarkan untuk difasakhkan.

Perkara ini lurut dibincangkan dengan lebih terperinci oleh al-Zarqa` dengan menyatakan bahawa sekiranya berlaku sesuatu keadaan  yang boleh menyebabkan wujud kemudaratan atau kesusahan kepada seseorang, maka perkara tersebut hendaklah dibawa kepada hakim untuk diselesaikan.

Ini bermakna pihak yang menanggung kesusahan hendaklah membuat pengaduan ke muka pengadilan dan kemudian dengan perintah hakim bamlah pihak yang menanggung mudarat itu boleh dipisahkan. Ini menunjukkan bahawa kuasa hakim adalah satu perkara penting dalam menyelesaikan kes-kes sebegini.

Menurut Syeikh Ali Hasb Allah, apabila isteri membuat pengaduan kepada hakim tentang tindakan suaminya yang tidak menggaulinya dengan wajar dan menyebabkan wujud darad ke atas isteri, maka Allah memberi hak ke atas hakim untuk mengangkat darar tersebut dengan memerintahkan supaya pasangan itu dipisahkan.

Kuasa hakim untuk memisahkan pasangan ini terbina atas konsep wilayah ‘am seseorang hakim. Ini bermaksud hakim mempunyai hak dan kuasa untuk menyelamatkan dan mengangkat darar yang dihadapi oleh semua orang termasuklah kaum isteri yang teraniaya dari terus dizalimi oleh suaminya.

Dari segi pengamalan Fasakh diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah memfasakhkan seorang wanita yang dikahwininya atas alasan wanita tersebut mempunyai keaiban. Sedangkan keaiban itu telah sedia wujud sebelum akad dan ia tidak dimaklumkan kepada Baginda sebelum perkahwinan berlangsung.

Zaid Ibn Kaab meriwayatkan: “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah berkahwin dengan seorang perempuan daripada Bani Ghaffar. Apabila Rasulullah ingin mendatanginya didapati di belakang perempuan tersebut terdapat sopak. Rasulullah telah bangun daripada katil dan bertaca, ‘Pakailah bajumu dan kembalilah kepada keluargamu, Dan Nabi tidak mengambil kembali mahar yang diberikan kepadanya. ” (Riwayat Ahmad)

Hadis ini dijadikan sandaran bahawa Rasulullah SAW telah melaksanakan kaedah Fasakh semasa memutuskan perkahwinan tersebut walaupun tidak dinyatakan secara jelas tentang tindakan Baginda tersebut.

Begitu juga dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah SAW pernah ditanya tentang kedudukan suami yang tidak memberi nafkah kepada isterinya. Baginda bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Nabi bersabda mengenai seorang lelaki yang tidak memperolehi sesuatu yang akan dinafkahkan untuk isterinya. Hendaklah dipisahkan antara keduanya. ” (Riwayat Dar al-Qatni dan al-Baihaqi)

Dalil dan pendapat di atas menunjukkan bahawa walaupun Fasakh tidak diperuntukkan secara jelas di dalam al-Quran, tetapi keharusan pengamalannya diterima pakai demi kebaikan hidup mana-mana pihak yang memerlukannya.

References

Nurhidayah, M. H. (2006). Perceraian Secara Fasakh : Konsep dan Amalan Di Malaysia. Shah Alam, Selangor: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) Universiti Teknologi MARA .

 

Contoh Perintah Fasakah Mahkamah Syariah

TUNTUTAN FASAKH ini telah didengar pada hari ini di mana Plaintif hadir dan diwakili oleh Peguam Syarienya  manakala Defendan tidak hadir.

Setelah Mahkamah mendengar dan meneliti keterangan daripada pihak Plaintif dan setelah Mahkamah berpuashati, maka Mahkamah perintahkan seperti berikut :-

1. Mahkamah Fasakhkan perkahwinan Plaintif dan Defendan mulai hari ini ;

2. Mahkamah Perintahkan Plaintif beriddah selama tiga kali suci mengikut Hukum Syarak mulai hari ini dan perceraian ini hendaklah didaftarkan di Jabatan Agama dan surat asal perakuan Nikah hendaklah dikembalikan kepada pihak yang sama untuk dibatalkan ;

3. Mahkamah Perinthkan Pendaftar Nikah, Cerai & Rujuk Jabatan Agama mendaftarkan penceraian ini ;

4. Perintah ini berkuatkuasa serta merta mulai hari ini.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.