Manusia berusaha untuk melahirkan sifat sabar.Demikian itu hanyalah kata2 dari lidah dan sebenarnya
manusia itu adalah disabarkan oleh tuhan juga.Seperti Musa yg.berguru dengan Khidir tidak dapat bersabar
dalam memahami ilmu.

Apabila Allah memberi ujian kpd.manuisa,sesungguhnya ujian itu adalah yg.termampu untuk ditanggung.Tapi
mengapakah manusia gagal dan mengatakan ujian tersebut sangat berat hingga tak tertanggung sedangkan
mereka tahu bahawa Allah akan menolong nya.Dari Allah ujian itu kepada Allah jua kembali segala penderitaan itu.

Inilah satu percobaan yg.banyak menghalang manusia untuk dipilih apabila ia tak faham cara bersabar dan cara meyakini pertolongan tuhan.

Walau pun seseorang itu percaya adanya tuhan yg.akan menolong namun kesabaran orang2 yg.mengharapkan
pertolongan tuhan itu bermacam-macam dan berbeza.

Bersabar ketika dalam kesusahan adalah berbedza dengan sabar dalam kesenangan.
Dalam kesusahan manusia hanya berharap untuk kesembuhan atau menghilangkan penderitaan sakit
dan sebagainya.Soal mendapat kurnia kesenangan atau lebih sempurna bukan keutamaan.Yang penting
tuhan mengeluarkan dia dari belengu dan cengkaman penderitaan itu adalah satu nikmat.

Kesabaran membuktikan iman seseorang.Orang yang tak sabar adalah lupakan tuhan dan ingin bertindak
mengikut kepandaian dan jalan sendiri.Maka itu ia tidak dapat perhatian tuhan.Ada juga orang yg.tak beriman
berjaya mengeluarkan dirinya dari kesusahan.Dia akan sangka bahawa manusia juga mampu berusaha tanpa
tuhan tolong.Manusia demikian tidak menyedari bahawa usahanya juga diizinkan tuhan dengan Allah tidak
meredhainya.

Jika kita ingin memelihara iman dimasa ujian sampai hendaklah bersabar dan yakin bahawa Allah sangat
mengetahui masa dan saatnya untuk sang hamba dikeluarkan dari penderitaan.Setiap kesusahan perlu
ingat,…bahawa itu adalah hukum bagi kesalahan manusia dan menjadi ujian iman.

Walaupun kita tau Allah akan mengeluarkan kita dari kesusahan atau mendatangkan kurnia yg.dihajati
kita disuruh berusaha.Usaha itu adalah menjadi sebab untuk Allah menilaikan keikhlasan hambanya apabila
diuji.Kerana terdapat manusia yang putus asa dalam berusaha lalu menyerah nasibnya pada diri sendiri.

Bila kesusahan atau ditimpa sesuatu yg.kita tidak hajati dan sukai,…perlulah renung sedalamnya tentang
hikmah yg.terdapat dalam kesusahan tu.Ada kesusahan yg.Allah berikan itu sebagai kebaikan yg.tidak
difahami manusia lalu kita minta Allah ambil semula.

Sebab itu sebelum memohon sesuatu pertolongan,..hendaklah memohon petunjuk agar Allah jelaskan
hikmah yg.terdapat dalam kurnia.

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.