Persoalan pokok untuk seseorang nak beragama adalah percaya tuhan.Bukan soal yakin yang dimaksudkan disini.

Jika pendirian seseorang tentang tuhan berbeza bukan suatu masaalah.Setidaknya ia ingin mengetahui sapa tuhan tak bermakna tak percaya.Keraguan dan kepercayaan yg.masih ragu2 membuatkan diri manusia selalu bertanya dan mencari jawapan.

Jika benar tuhan yg.dikatakan itu wujud pastinya aku akan menyesal diakhir nanti.Jika tuhan tidak wujud,..apakah aku berjaya membuat perjalanan kehidupan sendiri tanpa dikuasai oleh sesiapa.Namun aku terikat dengan undang2 dunia yg.menghukum aku jika tertangkap.

Tentang kepercayaan dan pegangan,..tak siapa berhak menghukum melainkan Allah.Itu pun kalau percaya adanya tuhan.

Pengajian orang2 yg.dikatakan mengenal tuhan bermacam-macam persepsi lalu membuat
pendirian tersendiri samada diredahi atau tidak ia sangat menyakini apa yg.ia faham. Ada yg.mengikut cara guru kenalkan tuhan dan ada yg.memikirkan cara guru kenal tuhan.

Saya belum berguru atau mempelajari ilmu secara mendalam.Namun perbahasan ahli tarikat, ahli ilmu ketuhanan dan pendapat2 telah saya fikirkan dan membuat perbandingan dengan kebenaran Al Quran

Pembawa2 fahaman ketuhanan kebanyakan tidak dapat memberi rujukan asas dari fahamannya.Kata2 ahli ilmu tasauf yg, berkonsep syair,kiasan dan perumpamaan sahaja digunakan untuk menguatkan hujah2 mereka,

Ada yg.telah mendalami ilmu sifat 20 namun masih dalam bentuk hafalan yg.belum membawa kefahaman.

Mengeshakan melalui ilmu tentu tak sama melalui amal dan rasa.Namun corak penerangan boleh membuktikan samada mereka telah mengalaminya

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.