KAEDAH PENULISAN ILMIAH

Langkah- Langkah Dalam Penulisan Ilmiah

Menurut Prof Mohd Kamil Abd Majid [1]  terdapat beberapa langkah awal dalam penulisan Ilmiah yang perlu dihalusi para penyelidik. Langkah itu adalah seperti berikut:

  • Memahami masalah sebenar yang hendak dikaji. Masalah tersebut dapat dikesan daripada andaian penyelidik melalui teknik apa, mengapa dan bagaimana…..Masalah tersebut perlu kepada penyelesaian dan jawapan secara ilmiah berdasarkan bahan – bahan yang sedia ada melalui pembacaan umum dan data yang diperolehi.
  • Membuat andaian jawapan kepada permasalahan tadi secara rambang
  • Merangka satu bentuk penyelidikan berdasarkan andaian jawapan tadi dan idea awal yang sedia ada. Bentuk kajian ini sama ada secara Maktabi atau Maidani atau Maktabi dan Maidam sekaiigus ( kedua-dua sekaii).
  • Mencari bahan – bahan yang berkenaan yang sesuai dan perlu bagi dijadikan asas dalam menghuraikan jawapan permasalahan tersebut.
  • Menulis hasil kajian tersebut secara menyeluruh berdasarkan bahan-bahan yang diperolehi serta ulasan, pandangan serta analisa sendiri yang berasaskan kepada nilai – nilai pemikiran secara ilmiah dan pandangan secara objektif.
  • Menyunting dan mengedit penulisan bahan berdasarkan kesuaian tajuk tersebut.

Secara kesimpulannya langkah penulisan ilmiah adalah seperli berikut :

-Tentukan masalah

-Mengandaikan jawapan

-Menentukan method kajian

-Menghimpunkan bahan / data

-Menulis bahan secara berobjektif

-Mengeditkan bahan berdasarkan objektif kajian.

 

—————————————————————

[1] Lihat : Mohd Kamil Abd Majid, op.cit. m.s 5

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.