PENGENALAN

Menurut (An-Nadawi, 2006) ilmu Tajwid telah bermula sejak al-Quran diturunkan dan dibacakan kepada Rasulullah SAW lagi kerana baginda sendiri diperintah untuk membaca al-Quran dengan Tajwid dan Tartil sebagaimana firman Allah SWT melalui surah al-Muzammil ayat 4. :

وَرَتِّلِ ٱلۡقُرۡءَانَ تَرۡتِيلًا

Maksudnya : Dan bacalah al-Quran dengan tartil.

 

Kemudian baginda SAW mengajarkan kepada para sahabat seperti mana bacaan yang sama secara bertajwid juga. Saidina Ali  KW apabila ditanya apakah maksud bacaan al-Quran secara tartil, maka beliau menjawab : Ianya adalah mengelokkan sebutan setiap huruf dan berhenti pada tempat yang betul.

 

Tajwid dari segi bahasa ialah mengelokkan dan membaikannya. Manakala pada sudut istilah bermaksud sesuatu ilmu untuk mengetahui cara melafazkan huruf-huruf al-Quran dengan betul.

 

Al-Jazari mentakrifkan Tajwid sebagai menunaikan hak huruf dan apa yang sepatutnya bagi sesuatu huruf al-Quran seperti menunaikan apa yang sepatutnya bagi Makhraj sesuatu huruf, sifat-sifatnya, degungnya, panjangnya, tebal atau tipisnya sebutan sesuatu huruf dan hal yang berkaitan dengan ilmu Tajwid.

 

Oleh itu, hukum mempelajari ilmu Tajwid adalah fardhu Kifayah dan mengamalnya dalam bacaan adalah fardhu Ain. (Al-Syaridah, 2004)

 

Mengikut sejarah, Ilmu tajwid dikatakan ilmu klasik yang lahir kira-kira abad ke 3 Hijrah ketika Abu `Ubaid Qasim bin Salam wafat pada tahun 224H menerbitkan bukunya, al-Qiraat dan disusuli oleh Musa bin Abdullah bin Yahya al-Haqqani yang menerbitkan qasidah ” Qashidah al-Haqqaniyyah.

 

Walau bagaimanapun, Ilmu Tajwid adalah lebih dekat kepada seni yang mengutamakan praktikal seperti ilmu-ilmu kemahiran memasak, menjahit dan sebagainya. Memandangkan sifatnya kepada kemahiran dan praktikal ia dinilai dengan teori-teori yang bersumber dari pengalaman seseorang guru. (Nasution A. S., 2014)

 

Oleh itu, tugasan ini menumpukan kepada penjelasan tentang hukum bacaan ر dan menghuraikan kedaan bacaan ر bagi setiap hukum. Di samping itu, mengenalpasti hukum bacaan ر bagi setiap keadaan serta mengeluarkan contoh setiap bahagian daripada surah al-Mulk.

HUKUM BACAAN RA`

Menurut (An-Nadawi, 2006) menjelaskan hukum bacaan ( ر  ) seperti berikut :

Tarqiq

Tarqiq dari sudut bahasa bermaksud menipiskan, Manakalah maksud dari segi istilah ilmu Tajwid bermaksud : Menipiskan sebutan sesuatu huruf atau menjadikan sebutan huruf tersebut ringan pada Makhraj dan lemah pada sifat-sifatnya.

Tafkhim

Tafkhim dari segi bahasa bermaksud menebalkan. Dari segi istilah ilmu Tajwid Tajwid bermaksud menjadikan sebutan huruf tersebut berat pada Makhraj dan kuat pada sifat-sifatnya.

 

Dapatkan kandungan penuh di www.zekry.net

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

One thought on “Hukum Bacaan Ra`”
  1. tulisan tuan sangat bermanfaat

    Saya berminat untuk mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang kajian ilmiah tuan

    zakaria Nasirudin
    Kamunting Perak
    012-4315349

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.