Mungkin anda pening2 untuk menjawab soalan Bahasa Arab Komunikasi 2 bagi calon Jurusan Pengajian Islam yang mengambil Degree. Di sini saya berikan panduan oleh kerana ramai yang bertanyakan melalui komen dan whatapps.

Ini gaya soalan yang telah ditanya bagi soalan 2017 daripada sumber pelajar yang ambilan semester Mei 2017

Oleh itu anda mesti menguasai dari penggunaan ganti diri, kefahaman petikan dan perkataan mufrad/jamak/jamak taksir

1-Soalan berbentuk kefahaman-Akan diberikan potongan petikan atau diolag (hiwar) daripada modul Bahasa Arab Komunikasi II (Anda mesti baca dan faham) Kemudian diberikan soalan untuk dijawab berdasarkan isi kandungan petikan yang diberi tanpa tajuk. Kebiasaanya soalan akan tanya juga apakah tajuk yang sesuai dengan petikan itu.

2-Diberikan perkataan-perkatan jama`(plural) dan tukarkan kepada mufrad (singular). (10 Perkataan)

3-Diberikan perkataan Fiel Madhi yang bersambung kata ganti diri Mukhatab (tuju orang bercakap) dan Kemudian tukarkan kepada Fiel Mudhari` (10 perkataan)

4-Diberikan perkataan-perkataan dialog (hiwar) 5 ayat dan pilihkan penggunaan ganti diri yang sesuai.

5-Diberikan ayat mudah Bahasa Melayu dan terjemahkan ke dalam Bahasa Arab

6-Diberikan ayat mudah Bahasa Arab dan terjemahkan ke Bahasa Melayu

7-Diberikan perkataan dan binakan perkataaan dengan memasukkan perkataan yang diberikan.

8-Diberikan ayat dan tandakan betul atau salah (diberikan 4 soalan)

9-Membuat karangan ringkas yang tidak kurang dari 100 perkataan (Bahagian C).Contoh Soalan 2017 (Diberikan 2 soalan pilihan-hanya buat 1 sahaja)

i- Soalan mengenai aktiviti yang akan dibuat oleh pelajar Universiti sempena cuti pengajian rancangkan program yang akan dibuat.

ii-Ceritakan Tentang Hari Sukan Universiti Terbuka Malaysia.

Semoga anda membuat persediaan awal untuk menghadapi subjek ini..

Bagi yang ‘zero’ Bahasa boleh mulakan dengan belajar menulis huruf arab dan memahami gaya soalan yang akan diberikan kelak.

Selamat Maju Jaya.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net adalah Rakan Penyelidik Nusantara dalam pembangunan dan perkembangan kajian Sains Sosial , Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah di Nusantara. Selain itu, menyediakan Perkhidmatan & Perundingan Guaman Syarie dan Pengurusan Harta Islam. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

One thought on “Cara Jawab Soalan Bahasa Arab Komunikasi 2 Dengan Berkesan”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.